~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Rabu, 7 Disember 2011

Sindrom suka membandingkan - buruk dan baiknya

Salam rabu yang mendung, kat ofis aku ni baru lepas hujan. Aku sebenarnya suka suasana selepas hujan sebegini, rasa tenang, rasa sejuk, rasa nikmat. Tak tahulah pada orang lain kan. Masing-masing berbeza citarasa. Kepada pendaki gunung yang tegar, biasanya akan suka suasana sunrise atau sunset. Sanggup mereka bangun awal pagi semata-mata nak abadikan photo mereka bersama sunrise, dan sanggup menuju ketibaan sunset di puncak gunung, kalau belum tiba kat puncak, sanggup berhempas pulas tiba di puncak sebelum kejadian sunset. Aku pun suka, aku rasa bertuah kerana masih mampu menatap matahari semasa kejadian tersebut. Tu salah satu nikmat yang hebat pada aku.

Sebenarnya aku nak luah sedikit rasa terkilan dengan situasi kawan-kawan aku di ofis yang sangat suka membandingkan. Aku berikan contoh di bawah ya.

1) Aku suka masak, tapi ada je suara sumbang cakap, kau tak pelah belum ada anak, bolehlah masak untuk suami. Kitaorang ni ada anak kecik, so payahlah - adoiii, macamlah aku kenal korang je kat dunia ni yang ada anak, orang lain ramai je boleh masak untuk suami walaupun anak lebih ramai daripada korang.

2) Kau bolehlah pergi terawih, kami ni ada anak kecil - dulu masa aku belum kahwin, diaorang cakap aku bujang bolehlah, esok rasanya kalau aku dah ada anak, pastilah diaorang akan cakap, kau takpelah anak sorang, hahahhaa, alasan demi alasan akan dicipta. baca sini aku pernah share pasal kisah terawih ni.

3) Kau bolehlah beli kitab sebab kau tak ada komitmen bila aku seru mereka supaya beli kitab agama daripada beli majalah artis, jawapan mereka, kami ni ada anak, macam-macam nak beli - hmmm, dulu aku belum kahwin pun korang cakap macam tu, tapi sedarkah korang, aku belum kahwin masa tu pun nak kena bayar loan rumah, loan kereta, segala bil, segala hutang sana sini, untuk jimatkan duit aku sanggup bawak bekal hari-hari ke ofis, sehinggakan ada orang gelar beg bekal aku tu beg ajaib, hahaha. Mungkin aku lebih banyak komitmen daripada korang yang ada anak, korang tak payah bayar kereta kerana laki korang yang bayar kereta, korang tak payah bayar rumah sebab laki korang yang bayar, korang tak payah bayar bil sebab laki korang yang bayar, korang jugak yang mengakukan, so?

4) Laki kitaorang tak percaya online banking ni, laki kitaorang bayar bil semua kat kaunter - ini pun jadi satu isu ke? laki korang tak apalah masa fleksibel, bebas keluar ofis suka suki nak bayar bil, aku ni hanya seorang kuli yang bergaji rendah, takkanlah masa ofis aku nak keluar pergi bayar bil astro, bil hp, bil segala bil kat kaunter, jenuhlah aku. Kang tak pasal je bos aku pecat aku 24 jam, sebab ada teknologi yang mudah tak guna, tapi pandai pulak guna teknologi (FB) kutuk orang sana sini, ustaz selalu pesan guna teknologi kalau boleh untuk dapat pahala, bukan untuk tambah dosa.

5) Laki kitaorang tak suka kalau kitaorang simpan kasut kitaorang dalam kereta - Laaa, ni satu lagi isu yang aku rasa tak sepatutnya diutarakan. Tu kereta laki korang, so laki korang berhaklah suka atau tidak. Tapi kereta tu aku yang punya, setakat ni suami aku tak pernah pun pertikai aku simpan kasut aku dalam kereta aku sendiri. Dalam kereta laki aku pun banyak barang-barang aku simpan, tapi banyak barang-barang outdoor lah, kalau terkejut tergempak kata orang tua nak masuk hutan, leh terus terjah je, hahahhaa.

6) Kau takpelah boleh datang ofis awal, kitaorang ni ada anak kecil, nak urus macam-macam - Hello, aku tak ada anak pun aku bangun 530am setiap hari. Korang yang ada anak kecil pun bangun 630am, apa kes? Dahlah hantar anak ke rumah pengasuh tak mandikan dulu anak, orang lain leh je mandikan dulu anak-anak diaorang, lagi, macamlah korang je yang aku kenal ada anak ramai, ada anak kecil, tolonglah jangan mencipta perbandingan lagi boleh tak, sesungguhnya aku lemahlah dengan manusia yang mencipta bandingan ni. Dulu masa mula-mula aku masuk department ni, ada seorang akak yang dah berhijrah kat Jeddah mengikut suaminya, dia dah remind aku, katanya hati-hatilah ek, staff department ni suka sangat compare kita dengan mereka, macam akak nilah, akak suka masak kat rumah, sekali masak, kadang-kadang 4-5 dish, diaorang cakap apa, akak bolehlah, ada maid, adoiii, walaupun akak ada maid pun akak jarang dapat tengok tv tau, tapi mereka, lihatlah, siap datang ofis bercerita tentang drama yang mereka dah tonton semalam, siap berjela-jela bersembang, akak pun tak dapat nak follow drama walaupun ada maid, bayangkanlah. Sekarang perkara ni benar-benar berlaku kepada aku.

Di atas tu adalah antara contoh yang aku ingatlah. Aku tulis entry ni untuk lepaskan rasa benganglah jugak, sebab aku masih manusia biasa, sebenarnya apa yang mereka cakap tu, aku hanya mampu balas dalam hati sebab aku rasa aku tak perlu nak luahkan secara terang.

Aku bukanlah manusia sempurna, tapi bila ada kelemahan disekeliling aku sebegini aku jadi rimas. Kenapa aku rimas? Sebab di luar ofis ni, kawan-kawan aku adalah cemerlang. Kawan-kawan aku sangat cemerlang sehinggakan aku tak mampu nak ikut cara hidup mereka yang sangat sempurna. Mereka idola aku, sehinggakan aku yang rasa malu apabila aku tak mampu mencontohi mereka. Memang aku membandingkan mereka dengan aku, sentiasa dan sentiasa, tapi bandingan yang aku cipta adalah untuk majukan diri sendiri. sebagai contoh, mereka sentiasa menjaga solat fardhu berjemaah, aku sampai sekarang tak mampu nak jaga, so pada aku membuat perbandingan tu perlu, tapi untuk kebaikan diri sendiri. Bukan untuk meruntuhkan semangat orang lain, bukan untuk buat orang lain kecil hati.

Ya Allah bantulah aku makhluk yang hina dina ni dalam permasalahan sebegini.

p/s : benda ni aku simpan dah hampir 2 tahun. Aku terpaksa luahkan kat sini sebab aku nak buang jauh-jauh rasa geram aku tadi. Dah lega.