~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Selasa, 16 Ogos 2011

Tentang terawih

Kawan aku cakap pada aku tadi. Ko tak apalah, belum ada anak, bolehlah buat terawih, nanti ada anak mesti dah susah nak pergi buat terawih. Mmmm....

Actually, ada majlis berbuka puasa yang ofis aku anjurkan di area Cyberjaya. Memang dekatlah dengan rumah aku. Aku ajak suami pergi, suami tak nak pergi. Dia kata dia nak pergi terawih berjemaah di masjid. Aku dah sedia maklum dengan alasan tu, tapi aku tetap tanya, mana tahu dia akan berubah fikiran. Tapi, suami tetap berkeras nak pergi terawih di masjid. Kalau dia join aku berbuka, pasti tak sempat nak kejar terawih. Maka, suami aku suruh aku je pergi, sebab aku boleh je buat terawih di rumah.

Apabila alasan ni aku kemukakan kepada rakan ofis aku, mereka gunakan ayat di atas. Aku ulang ye "Ko tak apalah, belum ada anak, bolehlah buat terawih, nanti ada anak mesti dah susah nak buat terawih" Apa pendapat korang?

Apa yang aku fikir, kalau dah ada anak, susah ke nak buat terawih, walaupun di rumah? Walaupun 8 rakaat?

Sila share pendapat korang especially yang ada anak di rumah.

Adakah anak tu satu alasan untuk tidak buat terawih?



6 ulasan:

pengemis Cinta~ berkata...

Assalamualaikum..

pc tak ada anak lagi, belum kahwin pun lagi..hehe.
tapi nak bagi pendapt berdasarkn tgk akak2 pc. diorang bergilir2 dengan suamila nak terawih tu kalau anak masih baby lagi,,

kalau dah besar macam 6 7 tahun dah boelh bebaskan budak tu main then solat sama2..hehe;)

penchacaiz berkata...

masyallah. lagi ramai anak tambah mujahadah. lagi mujahadah lagi naik tingkat darjat!

anak ialah alasan yg baik untuk tingkatkan susah-payah demi agama.

RULZA berkata...

Secara realitinya bila ada anak kecil memang susah sikit nak terawih. anak seorang okay lagi. Situasi saya anak saya dua dan keduanya rapat. seorang 2 tahun 5 bulan dan yang kecil 12 bulan. Maksudnya sejurus selepas isya'tu. Kalau anak-anak masih berjaga makanya tak boleh la buat sebab keperluan anak kecil ni macam2. jarang anak tidur lepas isya'. Seingat saya baru 2 kali kot.

keduanya pula, sapa yang ada anak kecil ni badannya akan lebih letih. Tambah2 kalau menyusu kadang-kadang kita tertidur dengan anak. Terawih pun curi-curi sebelum sahur. itupun kalau sempat bangun. BF pun sudah meletihkan. Apatah lagi kalau ibu bekerja dan menyusu malah takda pula pembantu rumah.

Memang bila ada anak kecil kita susah sikit nak ibadah lebih macam masa bujang dulu. Ini memang pengalaman saya. Kondisi badan selepas bersalin menurun hampir 50%. Kalau ada kemampuan boleh la beli supplement dll, kalau macam saya harapan pada Allah saja supaya Allah beri semangat dan tenaga yang cukup.

Tapi begitulah. atur masa supaya dapat bergilir2 dengan suami.

saya sendiri terawih tak lengkap pun bulan puasa ni. kecewa sangat. Tapi saya positif, kemanisan puasa itu dari banyak segi. Menahan sabar dengan penat dan kerenah anak-anak juga adalah kemanisan dan latihan. Berusaha ibadah dan menampal kekurangan walaupun ibdah yang dikejar dalam puasa tak dapat sepenuhnya juga kemanisan. Asalkan kita tidak melakukan maksiat dan meneruskan usaha dan latihan untuk mendapatkan azam yang dicita-citakan juga kemanisan.

Semua penat lelah itu juga pahala. Lagi beruntung mereka yang punya anak berusaha untuk ibadah tentu saja lebih pahala. Saya kira bersibuk-sibuk dan penat dengan anak, menyediakan keperluan suami, juadah berbuka, juga pahala. kita boleh tambah dengan tadaruss/tadabbur quran, tambah dengan sedekah kepada jiran dan berusaha untuk buat yang termampu dan terbaik. Jangan tak buat lansung..dan yang penting biarlah ikhlas.

saya teringat bila saya merungut bila anak ada saya kerap lewat solat, ada saj kotor dll. Tapi kawan saya kata pada saya, Mungkin ibadah kita kalut sikit masa anak kecil ni tapi jangan lupa jaga anak, kesusahannya dll itu juga pahala yang sangat banyak.

Wanita Bertudung Hijau berkata...

PC : wsalam, tkasih krn sudi reply :-) begitulah sewajarnya, bergilir2 buat ibadah dan jaga anak :-) sy pun kalau ada anak,nak cuba buat mcm tu,terawih hny wujud di bulan ramadhan :-)

penchacaiz : bagus statement anda :-

rulza : sy faham benar kesibukan awk,selamat berjaya dlm segala bidang yg awk ceburi

dan sy setuju dgn pendapat anda :-)

fuad ansari berkata...

cadangan saya..

Untuk anak yg agak besar, boleh bertarawikh di tempah yg luas dan selamat seperti masjid besi, putrajaya.. supaya anak boleh bermain2 di kawasan tengah antara saf lelaki dan wanita..

Alhamdulillah, setakat ni masih tidak ada masalah untuk saya dan isteri bertarawikh walaupun anak baru menjangkau usia setahun 3 bulan..

Norsha berkata...

sebenarnya kalau ada anak kecik pun masih blh terawih kat rmh, tak lama manapun, antara nak buat dgn tak je....