~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Isnin, 15 Ogos 2011

Cerita tentang zakat fitrah

Aku nak cerita tentang zakat. Ada 2 cerita yang aku nak sampaikan. Sajalah nak share di sini. Lepas gian. Maklumlah kat ofis aku tak dapat nak tulis entry. Ada ni sikit masa terluang di rumah ni, aku nak belasah tulis entry banyak-banyak. Hahaha. Lepas gian sungguh. Kalau sudi bacalah.

Cerita pertama, jumaat 2 minggu lepas, semasa berbuka puasa, suami tersayang bagitau aku, dia dah bayar zakat fitrah selepas solat Jumaat. Sejak mengenali beliau dan sejak rapat dengan beliau, sejak bercinta dengan beliau, aku memang dah sedia maklum dia akan bayar zakat di awal waktu, iaitu jumaat yang pertama di bulan Ramadhan. Memang tiap-tiap tahun macam tulah.

Aku pulak, tak tentu masa, kalau aku ke shopping kompleks, ada kaunter zakat, aku bayar, atau aku singgah ke masjid, aku bayar je kat masjid. Cuma tahun lepas sahaja aku ubah anginlah sikit, aku bayar zakat melalui sms. Memandangkan dah berpuluh tahun (macam lama sangat bunyinya), aku bayar zakat sendiri, maka, apabila suami aku bagitau dia dah bayar zakat, aku mulalah gelabah. Sebabnya aku belum bayar lagi.

Pastu suami aku dah pelik, nak bayar zakat untuk sapa lagi? Untuk akulah, aku jawab serius. Abang dah bayarkanlah. Suamilah kena bayarkan zakat untuk isteri. Laaaa, kenapa benda ni pun aku boleh lupa. Itulah, dah lama sangat aku kena bayar zakat untuk diri sendiri, semenjak selepas SPM sehinggalah sekarang, aku dah jadi terbiasa macam tu, maka, bila suami aku cakap dah bayar zakat, aku sangka aku kenalah bayar untuk diri sendiri lagi tahun ni. Suami aku ketawa. Aku pun turut share perkara ni dengan seorang rakan, rakan aku cakap, itulah, dah lama sangat hidup bujang, sorang-sorang, tu yang jadi macam tu. Apa daaa. Hahaha. Nampak sangat aku masih terbawak-bawak perangai bujangkan.

Cerita kedua, juga berlaku pada hari jumaat. Selepas terawih, suami aku ajak lepak sekejap dengan kawan-kawannya. Kira kawan-kawannya tu dah jadi kawan-kawan akulah. Kami lepak di sebuah restoran Melayu. Kami combine beberapa buah meja. Ada Melayu, Cina, Pakistan, Iban dan India. Kiranya kami mengamalkan konsep satu Malaysialah ni. Semua kaum ada.

Banyak topik yang diaorang sembangkan. Semuanya melibatkan duniawi. Aku tak banyak cakap. Cuma sesekali menyampuk, tersengih dan menggangguk. Lebihnya, aku memilih untuk menjadi pendengar sahaja. Tiba-tiba seorang rakan lelaki Pakistan ni bercerita tentang isu zakat. Dia tanya suami aku, kat mana dia boleh bayar zakat fitrah. Pernah beberapa tahun lepas semasa dia nak bayar zakat di kampungnya di Perak, tak ada siapa yang tahu kat mana nak bayar zakat. Sudahnya, pada tahun terbabit, dia tak delah bayar zakat.

Aku pandang suami aku dengan pandangan penuh tanda tanya. Musykilnya aku, takkan dia tak tahu kat mana nak bayar zakat. Suami aku jawab, bayarlah kat masjid. Aku baru je bayar Jumaat minggu lepas solat Jumaat. Suami aku jawab serius walaupun dalam hati dia sendiri rasa pelik dengan kata-kata kawannya itu.

Seorang  rakan Melayu perempuan jawab, aku bayar zakat kat shopping kompleks, banyak kaunter zakat diaorang bukak. Untuk anak aku pun aku bayar sama, senang je. Akak ni seorang janda anak 1. Selepas bercerai hidup, dia sendiri yang bayar zakat untuk diri dan anaknya. Bagusnya!

Aku akhirnya menyampuk. Last year, saya bayar zakat fitrah menerusi SMS. Mudah je. Macam mana tu, lelaki Pakistan tadi seseolah berminat. Kalau guna prepaid, dia akan deduct daripada prepaid, kalau guna pospaid, pun konsep yang sama, kiranya selepas tolak kredit kita, dia akan reply dengan satu sms. Kita baca apa yang dia tulis tu, tu kira akad lah tu. Senang je. Sah ke katanya?

Sah. Aku jawab pendek. Mmm. Teknologi kan di hujung jari. Gunakan teknologi untuk perkara yang berfaedah, perkara yang menambah pahala. Ikutkan dia lebih maju daripada aku, lebih moden daripada aku.  Kalau nak tahu, dia adalah seorang lelaki yang berumur hampir 50an, mempunyai seorang isteri yang berbangsa Iban dan 2 orang anak, berjawatan Branch Manager di salah sebuah syarikat yang terkemuka di KL ni. Tapi, pendedahan tentang zakat pun tak tahu. Menyedihkan.

Apa yang aku nak sampaikan adalah, masih ada spesis yang tak tahu nak bayar zakat kat mana. Nampak sangat tak pernah ke masjid. Dalam perjalanan pulang, aku cakap pada suami, aku jadi sedih dengan golongan yang masih tak peka tentang kewajipan membayar zakat. Suami aku tak cakap banyak, dia cuma kata, dia sendiri pelik dengan sikap kawannya tadi.

Masih adakah golongan yang tak tahu nak bayar zakat di mana? Tanyalah lebai google. Mari doakan mereka agar dapat melunaskan pembayaran zakat dengan segera. Ingat, janganlah bertangguh, takut berisiko kalau lewat membayar zakat, silap-silap lupa terus.



2 ulasan:

RULZA berkata...

haah, pelik juga kalau tak tau nak bayar zakat kat mana. Selalunya kat masjidlah la kan paling2 mesti ada..:)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : kita doakan urusan mereka utk bayar zakat dipermudahkan :-)