~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Sabtu, 27 Ogos 2011

Salam syawal dari Pantai Timur

Dah lama tak mencoret di sini. Rindu nak mencoret di sini, tapi kekangan masa menyebabkan aku simpan cetusan idea dalam-dalam di lubuk hati. Lagipun, line internet  di sini tidak stabil. Maka, terbantutlah segala usaha aku nak berblogging.

Sedar tak sedar, dah seminggu aku di kampung suami. Sukanya aku. Sambut puasa dalam suasana kampung adalah keghairahan aku sebagai anak kampung sejati. Berbuka puasa, bertarawih dan bersahur bersama suami, mertua dan ipar duai sesungguhnya mengundang kenangan manis buat diri ini.

Dah lama aku tak rasa semeriah ni. Bergotong royong membuat kuih raya, memasak untuk juadah berbuka dan bersahur, aku bersungguh melakukannya. Aku ikhlas. Sangat ikhlas. Rasa berbangga dan berbesar hati apabila juadah yang aku sediakan, mereka makan dengan senang hati. Alhamdulillah, walaupun aku bukan pakar masakan, tapi apabila kita melakukan dengan ikhlas dan sepenuh hati, insyaallah, atas izin Allah masakan kita akan jadi sedap.

Insyaallah, 3 hari lagi kita akan sambut raya. Bermakna kita akan berterawih 2 kali sahaja lagi. Sesungguhnya tahun ni amat berbeza daripa tahun-tahun lepas, aku akan beraya bersama suami tersayang di rumah mentua. Maka, aku nak ucap selamat hari raya, maaf zahir batin, semoga Allah ampunkan segala koleksi dosa kita.

Aku tak dapat nak melalut lama-lama, aku nak sediakan juadah untuk berbuka. Sediakan juadah secara berjemaah bersama mentua dan adik-adik ipar aku.

Doakan agar raya aku kali ni berjalan lancar seperti dirancang

Pada yang memandu pulang ke kampung, memandulah dengan cermat dan hati hati, sesungguhnya malang itu tidak pernah berbau.

Salam sayang dan selamat hari raya


2 ulasan:

marinahunny berkata...

pantyai timur kat mana?

Wanita Bertudung Hijau berkata...

dekat dgn kuantan je,slmt hari raya marina :-)