~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Rabu, 7 Disember 2011

Artikel di bawah membuatkan aku rasa sungguh teruja

Ehsan artikel daripada sini

Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara dan pakaian mereka di situ dari sutera. (Hajj:23)

Amalan soleh terbahagi dua iaitu amalan soleh yang khas dan amalan soleh yang umum. Amalan soleh yang khas adalah seperti ibadat sembahyang 5 waktu, puasa dalam bulan Ramadan, menunaikan haji dan sebagainya. Amalan soleh yang umum adalah apa-apa amalan lain yang diharuskan dan tidak bertentangan dengan syarak, seperti bekerja, bercucuk tanam dan berniaga (bisnes).

Sembahyang adalah amalan soleh yang khas, yang pertama dikira dan diperiksa di hari Kiamat nanti. Sembahyang adalah hubungan dengan Allah s.w.t. dan sesiapa yang mempunyai hubungan yang baik dan erat dengan Allah melalui ibadat sembahyang, dia akan mempunyai harapan untuk dimasukkan ke dalam syurga. Sembahyang yang wajib hanyalah 5 waktu dan 17 rakaat sehari. Oleh itu pastikan sembahyang kita cukup dan ganti sembahyang yang ditinggalkan. Selain itu ingatlah Allah dalam sembahyang dan sekiranya terlupa, cepat-cepatlah ingatkan Allah.

Amalan soleh umum yang lain seperti bekerja atau berniaga, yang tidak bertentangan dengan syarak dan diniatkan kerana Allah s.w.t juga akan diberikan pahala.

Syurga adalah tempat yang cantik dan indah yang tidak pernah terlintas atau terbayang dihati manusia.

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:Daripada Nabi saw., Baginda bersabda: Allah berfirman: Aku sediakan untuk hamba-hamba-Ku yang soleh sesuatu yang belum pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah didengar oleh telinga serta tidak terlintas dalam hati manusia.

Bahkan di syurga tiada tandas.

Daripada Jabir r.a katanya, dia mendengar nabi s.a.w bersabda:”sesungguhnya penduduk syurga makan dan minum di dalamnya. Tetapi mereka tidak meludah, tidak kencing, tidak membuang air besar dan tidak membuang hingus.” Para sahabat bertanya:”Bagaimana makanan yang mereka makan? Jawab baginda:”Keluar dari sendawa yang baunya harum seperti bau kasturi . Mereka selalu membaca tasbih dan tahmid sebanyak tarikan nafas mereka.” (Muslim)

Orang yang beriman dan beramal soleh akan dimasukkan ke dalam syurga. Ahli syurga yang paling “koman” (kelas bawahan) akan diberikan kawasan seluas tiga negara. Ahli syurga diberikan kawasan yang besar kerana mereka akan tinggal di sana selama-lamanya.

Umur ahli syurga ialah 33 tahun dan mereka tidak tua kerana di syurga tidak ada sinaran matahari yang menjadikan manusia tua.

Al-Insan [13] Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk

Abu Said r.a. mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang mati daripada orang-orang yang akan masuk syurga, baik muda atau tua, akan dikembalikan sebagai orang yang berusia tiga puluh tiga tahun tidak lebih daripadanya.”(al-hadis)

Selain itu di syurga makanannya ringan berbanding makanan di dunia. Di syurga mereka makan buah-buahan berbanding makan yang berat seperti nasi atau gandum semasa di dunia, dan mereka tidak merasa mengantuk dan tidak penat setelah makan.

Setiap hari ahli syurga menjadi semakin cantik, makananya baik, airnya bagus, dan suasana kehijauan kerana tiada pencemaran. Hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu kecantikan itu sampai ke tahap mana.

Hadis riwayat Muslim daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sesungguhnya di syurga ada pasar yang dikunjungi penghuninya setiap Jumaat, lalu bertiuplah angin dari arah utara yang menerpa wajah dan pakaian mereka, sehingga mereka semakin tampan (cantik) itu, lalu keluarga mereka berkata: Demi Allah kamu semakin cantik. Mereka menjawab: Demi Allah kamu juga semakin bertambah cantik setelah kami tinggal pergi

Di sana terdapat 4 jenis sungai, yang mengalir dari saluran emas dan mutiara. Asal setiap sungai ini adalah dari kalimah Bismillahir rahmaanir rahiim. Baginda bersabda “..sesiapa dari umatku yang membaca Bismillahir rahmaanir rahiim, pasti akan dapat minum air sungai ini di akhirat kelak”.

Bersabda Nabi s.a.w : “Semasa aku Isra’ dan naik ke langit yang tinggi, Malaikat Jibrail a.s telah memberi kesempatan kepada aku untuk melihat ke dalam semua Syurga Allah. Aku lihat di dalamnya terdapat (4) empat buah sungai yang besar-besar dan airnya bermacam-macam. Ada airnya dari susu, ada airnya dari arak tetapi tidak memabukkan, ada airnya dari madu dan ada airnya yg tidak masin.

Allah menjadikan wanita di sana sangat cantik, melebihi kecantikan bidadari. Dikatakan kecantikan isteri dunia (perempuan dunia yang solehah) sebenarnya 700 kali lebih cantik berbanding bidadari syurga. Jika kecantikan bidadari itu sendiri sudah tidak terperi, apatah lagi kecantikan isteri dari kalangan perempuan dunia yang solehah.

Ahli syurga diberikan apa saja yang dikehendaki sepertimana firman Allah “wa lahum fii masytahat anfusuhum khooliduun”.

Anbiya [102] : mereka akan kekal selama-lamanya didalam (nikmat-nikmat Syurga) yang diingini oleh jiwa mereka.

Oleh itu kita hendaklah beriman, beramal soleh, menyayangi 4 perkara dan belajar 4 perkara sebagai bekal untuk ke sana. Sayangilah 4 perkara iaitu sayangi Allah, sayangi Rasulullah s.a.w, sayangi umat Islam dan sayangi agama Islam. Belajarlah 4 perkara iaitu ilmu akidah, feqah, tafsir quran dan hadith.


2 ulasan:

UMMI YL berkata...

malah bila disyurga, tiada lansung sifat-sifat jahat seperti cemburu dengki dan macam-macam lagi..

contoh kalau kita dikuniakan pemuda disyurga suami kita takkan jeles..Bagi saya kalau difikirkan bagaimana?, tidak ada lain hanya membenarkan kata-kata Allah dengan iman yang sedikit ini kerana jika difikirkan didunia ini bagaikan mustahil tidak cemburu..Tapi itulah syurga takkan ada perkara jahat2...:)

maha suci allah

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : itulah, kat syurga tak ada sifat cemburu, suami kita esok di sana akan ada banyak bidadari, dan kita insyaallah sebagai ketua bidadari, kalau ikutkan, dengar gini pun dah jeles, tp kat sana tak rasa pun jeles.

ishhhhh, hahhaa, tak dapat bayangkan dgn logik akal, hehehee

moga kita semua masuk syurga tanpa hisab