~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Jumaat, 2 Disember 2011

Berdisplin atau tidak?

Selamat hari jumaat yang mulia. Hari ni 6 Muharam. Selamat berpuasa kepada yang berpuasa hari ni. Moga pahala anda sentiasa bertambah-tambah. Moga diberkati juga. Buat amalan ni tak boleh riak. Sesetengah orang kalau berpuasa, kalau boleh dia nak satu company tu tahu dia sedang berpuasa, walhal dia hanya berpuasa ganti. Samada korang bersetuju atau tidak, itu adalah realiti. Dan perkara ni sentiasa berlaku di ofis aku.

Bayangkanlah kalau dia berpuasa sunat macam mana pula. Aku cuba nak bersangka baik, mungkin dia nak menjadikan pendorong kepada kawan-kawan yang lain. Tapi, entahlah, abaikanlah. Moga dia beroleh pahala yang diidamkannya daripada Allah. Apa ek pahala bagi yang sering berpuasa? Sapa tau bagitau aku sebab aku tak tahu. Aku hanya pernah dengar ustaz kata pahala tu Allah rahsiakan, aku tak pasti sejauh mana.

Ada juga yang berlaku kat ofis aku ni, suka sangat menangguhkan puasa ganti. Ya, aku akui, puasa ganti ada tempoh setahun sebelum masuknya bulan ramadhan yang akan datang. Tapi, jangan lupa, kematian sentiasa menghampiri kita, janganlah suka mengamalkan begitu. Mana tahu kita mati dalam tidur, mati dalam perjalanan pulang dan pergi kerja, aduhhh.

Ustaz kata orang yang suka mengamalkan begitu, bermakna dia juga sering menangguhkan kerja di dalam hidupnya. Kerana apa, kerana dia tidak berdisplin. Tidak berdisplin dengan Allah, apatah lagi melibatkan makhluk. Begitu juga dengan solat, kata ustaz, solat tu mampu mendidik diri kita menjadi manusia berdisplin apabila kita mengamalkan solat di awal waktu. Lihatlah manusia yang sering melengahkan solat, dia tidak pernah berdisplin dalam hidupnya, dia sentiasa hidup dalam dunianya yang bertangguh-tangguh.

Moga ada manfaatnya perkongsian aku ni. Dalam pada masa yang sama, aku ingatkan diri sendiri!