~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Rabu, 7 Disember 2011

Meh baca sekejap

10 hari Muharram sudah berlalu. Manusia sentiasa lagha, terumbang-ambing dalam belaian syaitan di dunia fana. Benar sekali apa yang yang dikatakan oleh Sayyidina Yahya bin Muad'dz Arrozy bahawa "Syaitan itu pengganggur, penuh waktunya untuk menjalankan rencananya, sedangkan engkau terus sibuk dan syaitan melihatmu, tetapi engkau tidak melihatnya, engkau lupa kepada syaitan, tapi syaitan selalu ingat kepadamu, dan untuk mengalahkanmu syaitan banyak pembantunya"

Dari itu sentiasa ucapkan "Aku berlindung dengan Allah dari Syaitan yang direjam" Berubah-ubah iman. Sebab iman kita iman suasana. Bila duduk dalam suasana iman, kita akan terasa 'bateri dicaj' tapi bila duduk dalam suasana lagha, kita akan terasa 'bateri weak'.

Sebenarnya, kita kena sentiasa caj bateri iman ni, paling lemah dalam tempoh 40 hari. Maksud caj bateri ni, ialah duduk dalam majlis ilmu. Rajin2 carilah sahabat yang sentiasa menjadi pendorong. Berdamping dengan sahabat-sahabat yang sedia saling tegur-menegur, rajin berhalaqah, rajin berusrah. InsyaALLAH, bila Allah beri kita hidayah untuk kembali ke jalannya, Allah juga turut sediakan petunjuknya. Tinggal lagi kita nak usaha untuk mencarinya.

Semoga aku tergolong dalam golongan yang mendapat pimpinan Allah SWT. Menjadi hamba-Nya taat dan rajin beribadah sejak muda lagi. Berbahagialah siapa yang berjaya menjadi orang tua yang tenang beribadah dan mentaati Allah SWT.

Ini merupakan petanda baik mendapat rahmat dan keredhaan Allah di akhir hayat. Hai, Terfikir pula akan nasib diri ini Bagaimana agaknya? Dapatkah berterusan Di dalam Rahmat Allah hingga menjelang tua? Kita masih tidak tahu lagi bagaimana nasib. Jika tidak bersungguh-sungguh memperbaiki diri, Mempertingkatkan dan memperhalusi ibadah.

Gelapkah nasib dimasa tua. Takut jadi orang tua yang terbuang, terbiar dan melarat kerana balasan dosa dan kelalaian semasa muda. Ya Allah, semoga Engkau memberi petunjuk dan pimpinan kepada kita semua menjadi orang yang mendapat Rahmat-Mu.

Pesan ku. ambillah peluang untuk menghadapi kehidupan ini dengan hati yang terbuka dan redha dengan ketentuanNYA sebelum kita menutup mata. Buat yang Allah suruh dan tinggalkan laranganNya.

2 ulasan:

UMMI YL berkata...

betul-betul kak..saya sendiri pun adakala bateri tecas adakala bateri weak..

selalunya bila ada kemalasan dan kesilapan memang pengecasnya mendengar dan membaca sesuatu ilmu..

hati ni tak boleh dibiarkan lapar...hati yang tempat iman duduk ni pun perlu diberi makan....

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza: saya pernah dengar ustaz pahrol cakap juga, jangan biarkan hati kosong, nanti senanglah syaitan nak menghasut :-)