Mengumpat sebenarnya boleh dihidu baunya seperti bau yg datang kilang asap getah kerana adalah diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. bersiar-siar bersama-sama sahabatnya,tiba-tiba mereka terhidu bau bangkai yg busuk lalu baginda bertanya, tahukah kamu sekalian bau apakah ini? Para sahabat menjawab, Allah dan rasulnya yg lebih mengetahui.Baginda menerangkan, ini adalah bau orang-orang yg mengumpat seseorg yg beriman.
Kenapa zaman sekarang tidak berbau?
Ulamak berpendapat bahawa, mengumpat sudah menjadi kebiasaan pada zaman ini dan hidung-hidung manusia sudah dipenuhi dgn bau mengumpat itu sendiri,maka bau busuk sudah tidak terhidu lagi.
Allah s.w.t menberitahu kpd Nabi Musa a.s dgn amaran barang siapa menianggal dunia sedang dia sudah bertaubat dari mengumpat, maka dia itulah orang yg terakhir masuk syurga dan barang siapa yang meninggal dunia sedang dia terus mengumpat,maka dia itulah orang yg pertama masuk ke neraka.
Rasulullah s.a.w bersabda, kifarah mengumpat ialah dgn meminta ampun terhadap org yg kau umpat.
Org yg diumpat pula, diakhirat nanti, wahai Tuhanku,darimanakah datangnya kebajikan-kebajikan ini kerana aku sendiri tidak pernah melakukannya.jawab Allah. Itu adalah dari apa org yg telah mengumpat terhadap mu semasa di dunia
Rasulullah s.a.w bersabda, barangsiapa dlm umurnya mengumpat sekali sahaja maka Allah akan menyeksanya dgn sepuluh jenis seksaan
1.dia akan jauh dari rahmat Allah.
2.malaikat memutuskan persahabatan dgn dia(tidak mahu menghampirinya).
3.dicabut rohnya dgn kesakitan yang amat sgt.
4.dia menjadi dekat dgn mereka.
5.dia akan jauh dari syurga.
6.sangat dasyat seksaan kubur terhadapnya.
7.amal baiknya dihapuskan.
8.roh Nabi Muhammad s.a.w bersa sakit kerana dia.
9.Allah murka terhadapnya.
10.dia akan menjadi orang yang muflis ditimbang amal kebajikannya hari qiamat.
Dan bertaqwalah kamu kepada Allah.Sesungguhnya Allah adalah penerima taubat lagi Maha Penyayang.”Al Hujarat (ayat 12).
semoga Allah menjauhi kita dari mengumpat..
2 ulasan:
org yg mengumpat merupakan orang yg paling muflis di akhirat nnt.. moga Allah jauhkan
hidayatullah : ahh seperti dalam senarai no 10, sayangnyakan buat amalan susah payah kemudian kasi kat org secara percuma :-)
Catat Ulasan