Assalamualaikum kawan-kawan. Wahhh, hati kalian berbunga-bunga nampak, almaklumlah esok cuti ek. Aku pun tak sabar nak bercuti, tapi nampak gaya cuti 2 hari aku tak dapat juga nak menambahkan lemak di badan, kerana ada banyak agenda yang perlu aku dan suami penuhi sepanjang 2 hari cuti. Tak apalah, janji aku dapat manfaatkan masa yang terbaik untuk suami tersayang.
Cerita pasal lemak, teringat aku tragedi malam semalam. Buat pertama kalinya cincin kahwin aku tertanggal selepas 8 bulan aku berkahwin. Puncanya masa aku sedang mandi dan bersabun, cincin tu terlucut jatuh atas lantai. Mujur tak masuk dalam lubang, alhamdulillah, cemas aku sekejap. Terus aku simpan. Kalau tak simpan segera, aku pasti ianya akan berlaku lagi, sebab dah longgar pun cincin tu jika aku berterusan memakainya. Terasa janggal pulak hari ni jari aku terasa kosong. Kalau nak pakai juga, lepas ni kenalah ikat dengan benang.
Asalnya sejak sebulan dua ni cincin tu dah longgar, aku dah tak selesa nak pakai, pernah aku suarakan kepada suami aku, dia cakap kalau tak nak pakai gadaikan je, mana boleh aku cakap, cincin tu ada nilai estetika, ada simboliknya pada aku, ada kronologi cerita disebaliknya, itulah kenangan aku, aku tetap takkan tukar sekalipun suami aku cakap gadai ambil yang lagi besar. Aku tetap tak nak. Sebab aku ni bukan jenis fanatik barang kemas jugak, kecualilah aku fanatik, mungkin pendapat suami aku tadi itu aku terima dengan hati yang teruja. Untunglah suami aku ek, dapat aku ni, bukan jenis gila barang kemas (ni statement angkat bakul semata, sila abaikan).
Kedua, bukanlah niat aku nak sampaikan di sini aku dah kurus. Aku rasa berat aku sama je, tak tahulah, aku tak timbang pun. Dulu, setiap seminggu aku akan pantau berat aku, maka setiap minggulah aku akan timbang berat kat gym bawah ofis aku, tapi sekarang dah malas dah nak timbang. Sebab gym tu dah kena bayar, so agaknya sebab tu aku malas nak masuk.
Tapi ada juga antara kawan-kawan yang dah lama tak jumpa aku cakap aku nampak sedikit kurus. Kalau aku cakap pada suami aku hal ni, tentu dia akan kecil hati lagi seperti sebelum ni, apa tidaknya, dia seperti dianggap tidak pandai jaga makan minum isterinya sendiri sehingga menyebabkan berat aku berkurangan. Aku pula yang rasa lawak, tak sangka sehingga ke situ suami aku terfikir. Pada aku, pandai jaga makan minum atau tidak tidak ada kaitan langsung dengan berat badan. Bayangkan, kalau berat aku bertambah, maknanya di sini suami aku pandai jaga makan minum akulah ek. Hahaha. Pada aku, perubahan berat aku mungkin disebabkan rutin harian aku yang dah bertukar dari zaman bujang ke zaman jadi isteri orang, itu aje, faktor lain adalah tidak mungkin kot, dan kalau nak kata aku diet pula, itu adalah mustahil kerana aku adalah seorang manusia yang tidak pernah sanggup menahan makan. Sangat mustahil, kecuali ketika berpuasa jelah. So, tak ada istilah diet mendiet dalam diari hidup aku.
Berbalik kepada berat badan tadi, aku pernahlah menasihati kawan-kawan aku yang masih anak dara di ofis ni supaya menjaga berat badan mereka. Bukan apa, sejak mereka bekerja di ofis ni, ada antara mereka yang aku nampak semakin hari semakin kembang. Seperti dipam-pam. Sayangnya zaman anak dara dah saiz XL. Kalau dah beranak pinak, tu lain cerita.
Aku cakap pada mereka menggunakan pendekatan psikologilah, tidaklah pernah nak menyinggung hati mereka. Aku cakap takkan korang tak nak merasa pakai baju pengantin saiz S. Rugi tau, kahwin sekali je seumur hidup, kecualilah rasa nak berkahwin setiap tahun, hahaha. Sebenarnya, kalau nak tahu, semakin usia meningkat semakin susah nak turunkan berat badan, percayalah. Sebab tu pentingnya menjaga berat bermula daripada zaman remaja dan anak dara lagi.
Kemudian, aku cakap, aku rasa orang lain mungkin tidak akan pernah tegur korang, sebab biasanya manusia kat ofis ni lebih suka kita ni nampak lebih buruk daripada mereka. Mereka akan berada dalam zon selesa sekiranya kita ni nampak jauh lebih buruk / teruk daripada penampilan mereka. Tapi, mereka akan rasa tak senang sekiranya kita ni nampak lebih elegan berbanding mereka. Maka, sebab tu tak ada yang nak tegur, tapi mereka lebih suka mengutuk di belakang. Begitulah mereka.
Maka, janganlah korang pula berada di dalam zon selesa dengan peningkatan berat badan korang ni. Janganlah pula korang berada di dalam zon yang selesa bila tak ada yang menegur tentang berat korang. Aku bukanlah nak bagitau di sini aku pandai menjaga badan, pandai menjaga berat badan, tapi aku sekadar suarakan pendapat sebagai seorang kawan yang prihatian. Aku tak nak korang semakin kembang dan kembang selepas ni. Wanita ni kot mana pun tetap kena jaga penampilan termasuklah berat badan selagi hayatnya. Bukan untuk suami sahaja, tapi untuk kesihatan diri sendiri juga. Kalau dah sakit siapa yang susah, dan bukan senang tau nak turunkan berat badan, so tak rasa ralat ke berat semakin naik? Bayangkan pengorbanan yang perlu dilakukan untuk sekurang-kurang nak turun 5 kilogram. Belum cerita 10 kilogram dan ke atas lagi.
Dalam aku menegur dengan penuh keikhlasan, seorang kontraktor tiba-tiba masuk dan menegur seorang rakan aku tadi, katanya lu mana lama tak nampak, bawak anak pergi jalan ke? Aku menahan ketawa daripada berderai, tapi kawan aku yang dah beranak 4 dah ketawa mengekek. Kawan aku tadi tersipu malu dan menjawab, saya belum kahwin maaa...
Nampak tak, aku cakap, badan kau macam dah beranak 3, maka persepsi orang yang tak tahu akan cakap kau dah kahwin dan ada anak, padahal kau masih bujang. Bila orang anggap kau dah kahwin, macam mana diaorang nak masuk jarum. Hahaha. Di sini kau secara tak langsung menjadi bahan di kalangan kawan-kawan. Muka kawan aku dah berubah, tapi dia senyum dan cakap, nantilah nak puasa, dengan harapan dapat kurus.
Elok sangatlah aku cakap, habiskan puasa ganti dulu, lepas tu kalau rajin puasa sunat. Tapi jangan niat nak puasa untuk kurus semata, kurus tu sampingan je tau. Dia senyum. Dia sambung cakap, betullah kan, orang lain suka kita ni nampak buruk, tapi mereka tak suka kalau kita nampak lebih menonjol daripada mereka. Samada mereka akan perli belakang-belakang atau kutuk kita. Susah jugak ek mentaliti orang kat sini. Sepatutnya mereka tegur untuk kebaikan bersama. Haa, tahu tak apa.
Moralnya kat sini, janganlah berada dalam zon selesa. Setiap hari, kita kena buat perubahan. Kena check apa yang patut kita ubah, kita patut buat, kita patut laksanakan tanpa bertangguh. Tapi, dalam kes ni kiranya kawan aku tadi makan samanlah apa aku cakap, yang sorang lagi tanpa bersalah cakap, aku ni rangka je besar sebab tu nampak besar, terpulanglah. Aku sekadar menegur apa yang patut, selebihnya bergantung kepada diri masing-masing, tak nak ikut pun tak apa, aku tak rasa ralat atau kecewa, batang tubuh asing-asing, kalau diri sendiri sakit sebab masalah obesiti, jangan salahkan Allah pula kerana menurunkan penyakit.
p/s : pastikan BMI berada di paras normal

3 ulasan:
BMI kakcik memang tak normal! :(
bila tengok zaman anak daradulu saiz l sekarang dah xxl saya ni..
dulu aktif silat bagai memang leh maintain badan, sekarang tak makan banyak tapi tak pantang sangat pas bersalin perut tulah yang lebih ke-xxl-lan nye..:)
kakcik : tidak mengapa, pelan-pelan kayuh,
saya percaya zaman anak dara akak tentu meletup dan mengancam, lagipun saya utarakan entry ni kepada kawan-kawan saya yg masih anak dara tp macam dah beranak pinak, tu yg merugikan mereka sebenarnya, mmg apa ada pada penampilan, tp saya lebih beratkan faktor kesihatan :-)
lagipun saya sendiri blm ada anak kan, entah dah ada anak esok bagaimanalah rupanya saya ni, :-(
rulza : yg pntg mkn ikut pola makanan yg sihat supaya kita kekal cergas, ye tak, saya ni entah akan jadi yg bagaimana, belum ada anak bolehlah cakap, entah esok ada anak entahlah, barulah dikatakan ludah ke langit kena batang hidung, hahahaha
Catat Ulasan