Salam hari Selasa. Rasa sekejap jekan. Semalam aku tak masuk ofis, ada briefing di luar. Selamat berpuasa ya kawan-kawan. Hari ni 10 Muharam. Untunglah bagi sesiapa yang merebut pahala pada hari ni. Hujung minggu korang buat apa? Hari jumaat malam aku dan suami bermain badminton bersama kawan-kawan. Asalnya aku tak nak main, sebab aku tak nak lasak lagi, konon mengikut nasihat kawan-kawan ofis. Budak ofis dah bising kalau aku lasak aku susah nak pregnant. Maka, aku cuba ikut nasihat mereka.
Tapi, apabila dah sampai kat court, aku terus berubah fikiran. Niat yang asal nak menemani suami aku bermain, sudahnya aku yang terjebak bermain tak ingat dunia. Suami aku main biasa-biasa je, aku pulak lebih-lebih. Hahaha.
Sebenarnya aku rindu sangat nak main badminton ni, dah lama tak main. Sejak berkahwin, aku berpeluang main sekali je tu hari. So malam tersebut aku betul-betul melepaskan gian. Sudahnya, aku terus sakit seluruh badan, sebab badan aku terkejut agaknya. Pulun bagai nak rak bermula jam 9pm sehingga 1230am. Hanya beberapa ketika je aku berhenti. Mujur tak injured, sebab aku tetap akan warm up terlebih dahulu sebelum game bermula.
Hari minggu pula tak tahu nak buat apa, suami aku ajak tengok wayang. Aku apalagi melompatlah. Aku nak sangat tengok cerita Puss in Boots tu. Aku suka watak kucing tersebut. Mujur suami aku layankan je. Ramai juga kawan-kawan aku pandang sinis pada aku selama ni sebab aku lebih cenderung tengok cerita kartun. Kata mereka kartun hanya sesuai untuk kanak-kanak.
Siapa cakap cerita kartun hanya sesuai untuk kanak-kanak? Watak-watak animasi yang ditonjolkan banyak moral disebaliknya. Aku rasa lebih afdal aku tengok cerita animasi berbanding cerita seram, yang langsung aku tak takut, kemudian moral cerita pula entah ke mana. Tujuan yang kabur. Memanjang ada adegan menjerit, bosan aku tengok. Ada watak hantu di mana suaranya dah macam suara kartun, macam mana aku nak takut, hahaha.
Aku tak nafikan ada cerita seram yang berkualiti dan banyak moralnya, aku tak nafikan ada cerita seram yang sangat suspens, tapi apabila terlampau banyak cerita seram di pasaran, aku rasa kualitinya dah banyak hilang. Kuantiti je melebihi kualiti. Seseolah tidak ada tujuan yang jelas dalam menghasilkan filem seram tersebut. Kalau teringin pun aku nak tengok, aku layan menerusi youtube.
Ramai pulak kawan-kawan yang marah aku kononnya aku tidak menyokong industri filem tempatan apabila aku cakap aku nak tengok cerita Ombak Rindu kat youtube je. Aku bukan tak nak menyokong, tapi kalau filem dihasilkan berunsurkan maksiat, aku tak rasa aku perlu menyokong. Pakai baju tak pernah cukup kain. Kemudian konon buat filem Islamik tapi berpelukan sesama bukan muhrim, macam mana tu.
Bila aku cakap begitu, ramai pulak yang cakap, kitakan ada otak, boleh berfikir yang mana buruk dan baik. Takkan yang buruk pun nak ikut juga. Memang betul, tapi masalahnya kanak-kanak yang masih tak mampu nak pertimbangkan buruk dan baik, macam mana pula, sedangkan yang boleh berfikir dengan bijak pun belum tentu mampu nak pertimbangkan yang mana baik yang mana buruk, masing-masing dah berakal, masing-masing dah baligh, tapi masih pakai baju tak tutup aurat, masih berpelukan, tidur sekatil, macam mana tu? Bayangkan minda kanak-kanak dirosakkan dengan perkara yang kononnya halal ni. Paling malang, apabila mereka tanpa rasa bersalah mengagungkan pula idola artis mereka itu. Aduiii. Ni semua akan merosakkan minda untuk kesan jangka panjang.
Aku bukan nak mengutuk industri filem tempatan, kerana ramai dah artis berhijrah menjadi pendakwah, tapi aku takut sangat kes anak luar nikah dah cecah ratusan ribu. Kerajaan tak mampu nak tangani masalah ni. Kenapa, kerana apa yang tidak halal di dalam filem telah dihalalkan. Untunglah pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta berpelukan secara terang-terangan di dalam filem tanpa ada tindakan susulan. Tak ada pulak JAIS ke JAWI ke nak pergi tangkap basah sedangkan mereka terang dan nyata telah melakukan maksiat. Yang buat maksiat dalam bilik hotel, kebun bunga, dalam kereta kena ambush pula. Ini akan mengelirukan masyarakat, kenapa yang melakukan secara terangan tidak ditangkap?
Inilah filem kita wajah kita. Penuh kemaksiatan.
p/s : Aku tak nafikan banyak filem Melayu yang masih menjaga perkara negatif begini. Tapi kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Perlukah aku menyokong mereka? Tengok dalam youtube jelah. Itu pun kalau rasa nak tengok. Kadang-kadang aku tak dapat nak beza ni filem orang Islam ke filem barat, nampak sama je, cuma bahasa je membezakan.
terpulanglah pada kalian. Aku sekadar memberi pendapat. This opinion is debatable

6 ulasan:
Teringat dulu nak kakcik pernah tanay sewaktu menonton drama bersiri (dah lupa tajuknya) lakonan Umie Aida dan Ako Mustapha... 'mak, mereka bukan suami isteri, kan? peluk2 tu, haram kan?'
Memanglah kakcik jawab 'haram', tapi bila saban hari ditayangkan di kaca TV cerita2 yang membawa watak tidak banyak beza, pasti akan meninggalkan kesan di minda anak2 bahawa perbuatan itu bukanlah sesuatu yang salah. :(
kakcik : sokonglah, apabila sentiasa dilambakkan dengan adegan mcm tu, kanak2 akan anggap ianya tidak salah
:-)
betul2.. baik tgk cite kartun dr tgk cite hantu yg ntahapapa..
marina : hhehehe :-) betul tu
tak semestinya lasak tu susah mengandung...
saya dulu sebab ayah takda angkat tong gas sendiri naik tingkat 4 sebab tukang hantar gas takmau naik tingkat 4..bersilat bagai..insyaallah kuasa Allah saja menentukan.
betullah filem kita wajah kita..selain kisah2 halal haram tu kalau tengok filem melayu banyak sangat adegan terajang dan pukul mak bapak...kalau tengok filem korea dan mat saleh(walau ada part teruk2) tapi depa tak pernah tunjuk depa terajang mak dan ayah..
cerita korea plak hormat mak ayah tahap dewa..lani cerita melayu pun dah jadi cam sinetron dah..
husband memang pantang tengok cerita melayu..sejak kahwin jarang tengok dah cerita bersiri kat TV...kalau dalam ingatan yang pernah tengok nenek kebaya, siti kelembai, adamaya jela dok ikut dulu2..hihi...lani ada anak-anak ada lansung takdan tengok+husband emosi bila tengok..bagus gak tak tengok..:)
rulza : wahhhh, kagumnya angkat smp tgkt 4, sy pun belum tentu mampu :-)
ahhhkan, x penah lagi tgk citer barat tendang mak bapak, betullah, baru perasan
hahahaha, betullah, saya pun dah jarang tgk citer melayu, mujurlah husband saya suka layan berita sukan :-)
Catat Ulasan