Hari ni keputusan PMR diumumkan. Tahniahlah kepada pelajar yang berjaya meraih keputusan yang cemerlang. Syukur ke hadrat Ilahi. Alhamdulillah. Kejayaan itu pasti takkan datang bergolek tanpa tindakan yang maksima. Akhirnya, atas izin Allah, mereka memperolehi ganjaran atas usaha mereka yang tidak pernah berputus asa itu. Aku pulak yang terlebih excited bila keputusan di umumkan walaupun aku tak ada anak.
Kat ofis aku ni, ramai jugak anak kawan-kawan aku terlibat dalam mengambil keputusan PMR hari ni. Agak beremosi apabila salah seorang daripada kawan aku yang berlainan department menangis apabila anaknya mendapat 8A dalam PMR. Berlinang air mata seorang bapa. Tangisan refleknya itu mengundang perhatian kami semua kerana dia salah sorang lelaki dan berpangkat HOD. Dia akhirnya mengesat air matanya yang meleleh dengan muka yang paling ceria dan gembira. Tak dapat aku nak gambarkan di sini bagaimana expressi wajahnya yang sangat girang gembira itu. Kami yang lain beramai-ramai mengucapkan tahniah atas kejayaan anaknya itu. Dia kehilangan kata-kata, hanya mampu tersengih, tersengih dan tersengih. Lagaknya seperti kucing nak beranak pun ada kerana dia dah tak tahu apa yang patut dibuatnya. Walaupun seakan hilang arah sekejap, namun akhirnya dia mengawal tindakannnya dan ragamnya.
Secara jujur, aku turut merasa terharu dengan tindakan rakan sepejabat aku tadi. Aku dapat bayangkan betapa sukanya dia apabila anaknya berjaya dengan cemerlang. Malah, aku dapat bayangkan perasaan anaknya ketika ni. Suka di tangga yang teratas, suka di tahap yang maksima.
Baguslah anak-anak melayu semakin cemerlang sekarang ni. Aku tumpang rasa bangga. Yang penting setinggi mana pun kita berada, jangan lupa kepada yang menganugerahkan nikmat kejayaan tersebut kepada kita. Ingat satu perkara, hanya atas izin Allah ianya berlaku. Segalanya tidak mustahil.
p/s : kepada yang tidak berjaya, bukanlah bermakna masa depan anda sudah pudar, rezeki di bumi Allah ni sangatlah luas. Bijaklah gunakan peluang yang ada. Selamat berjuang selagi nyawa dikandung badan.
0 ulasan:
Catat Ulasan