Pada suatu hari Umar Al-Khatab berjalan di lorong dalam Kota Madinah. Di hujung simpang jalan beliau terserempak dengan seorang pemuda yang membawa kendi. Pemuda tersebut menyembunyikan kendi itu di dalam kain sarungnya yang diselimutkan di belakangnya.Timbul syak di hati Umar Al-Khatab melihat keadaan itu, lantas bertanya kepada pemuda tersebut "Apa yang engkau bawa itu?"
Kerana panik dan takut dimarahai Umar yang terkenal dengan ketegasan, pemuda tersebut menjawab dengan terketar-ketar bahawa benda yang dibawanya itu adalah madu, walhal benda itu adalah khamar.
Dalam keadaan yang bercakap bohong itu pemuda tersebut sebenarnya ingin insaf dari terus minum arak. Dia sesungguhnya telah menyesal dan insaf kerana melakukan perbuatan yang ditegah oleh agama. Dalam penyesalan itu dia berdoa kepada Tuhan supaya Umar Al-Khatab tidak akan memeriksa isi kendi yang dibawanya, yang ternyata ditegah oleh agama itu. Pemuda tersebut menunggu apa tindakan selanjutnya daripada khalifah itu.
Kerana tidak percaya Khalifah Umar ingin melihat sendiri isi kendi itu. Rupanya doa pemuda itu telah dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Seketika itu juga isi kendi itu bertukar kepada madu. Sebaik sahaja dia berniat untuk bertaubat dan tuhan memberikan hidayah, sehingga niatnya yang ikhlas, dia terhindar dari hukuman Khalifah Umar Al-Khatab yang mungkin membahayakan dirinya sendiri kalau kendi itu masih berisi khamar.
Allah Taala berfirman maksudnya "seteguk khamar diminum maka tidak diterima Allah amal fardhu dan sunatnyer selama 3 hari. Dan sesiapa yang minum khamar segelas, maka Allah Taala tidak menerima solatnya selama 40 hari. Dan orang yang tetap minum khamar, maka selayaknya Allah memberinya dari 'Nahrul Khabal'
Ketika ditanya,"Ya Rasulullah, apakah Nahrul Khabal itu?"
Jawab Rasulullah, "Darah bercampur nanah orang ahli neraka!"
0 ulasan:
Catat Ulasan