~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Rabu, 15 Februari 2012

Hujan, ribut dan kereta hilang

Akhirnya, selesai sudah. Agak lama juga masa diambil untuk menyelesaikannya. Berbulan jugaklah. Tapi, berbaloi aku menyelesaikannya secara perlahan-lahan. Bosan jugaklah apabila satu-satu entry aku belek dan aku taruh label padanya. Baca sini untuk tengok berapa lama aku ambil masa untuk melabel kesemua entry aku.

Oh ya, kat ofis aku sekarang ni hujan lebat. Bulan lepas, ofis aku dilanda ribut. Walaupun ribut hanya berlaku selama 5 minit, hampir kesemua pokok kawasan ni tumbang menghempap jalan, hanya nampak pokok, ranting kayu, batang kayu berselerakan di atas semua jalan. Jalan seseolah ditutupi dengan daun-daun yang berselerak. Macam dalam filem pulak sekali pandang. Kemudian, banyak lampu jalan juga tumbang. Bumbung gerai makan ada yang terbang. Yang menyedihkan, banyak kereta kemek dan remuk akibat ditimpa pokok yang besar-besar. Mujur kereta aku tak kena walaupun aku memang parking betul-betul kat bawah pokok. Alhamdulillah. Lega sangat. Mungkin berkat doa yang dibaca setiap pagi, chewahhhhh, mohon pada Allah supaya tolong jaga kereta aku daripada sebarang masalah bencana alam dan kecurian kereta.

Kes kecurian pun selalu juga berlaku, setiap bulan, ada je kejadian staff hilang kereta. Aku pun tak faham, semua orang kat sini tak faham bagaimana kes kecurian kereta sangatlah melampau dan berleluasa berlaku di kawasan yang sentiasa sibuk ini. Betapa penyangak tersebut sangatlah profesional, polis pun sehingga sekarang tak pernah berjaya menyelesaikan kes ini, buktinya kes kecurian kereta tak pernah ada kesudahan. Sentiasa je dengar staff kat sini hilang kereta, mula-mula dulu yang hilang semuanya model kereta Malaysia, tapi sekarang model import pun dah pandai hilang. Ishhh! 

Perkara inilah yang menyebabkan aku sentiasa risau nak parking kereta aku. Tapi nak buat macam mana, nak parking kat basement ofis, aku tak mampu, mahal sangat, so parking di parking luar bangunan yang disediakan sahaja. Nak tak nak, macam-macam doa aku baca dengan harapan juga bergantung sepenuhnya pada Allah Taala. Aku ni nak cari rezeki semata, aku bukan datang ofis nak berjimba-jimba bersukaria, setakat ni alhamdulillah kereta aku selamat. Alhamdulillah syukur!

Oh ya, berbalik kepada ribut yang melanda tadi, kawan satu ofis aku, cuma berlainan department mendapat musibah yang lebih teruk. Rumahnya rosak teruk dipukul ribut, sehingga saat ni, dia masih menumpang di Penthouse ofis sementara rumahnya diperbaiki. Derma kilat serta merta dianjurkan oleh pihak HR bagi membantu meringankan bebannya.

Apa yang aku nak ceritakan di sini, maka setiap kali hujan lebat, angin kencang, aku dah mula risaukan tahap keselamatan kereta aku. Aku harap kereta aku selamat sejahtera. Sehingga entry ni berakhir, hujan masih turun dengan lebat diselang seli dengan petir yang kuat.


2 ulasan:

UMMI YL berkata...

harap-harap takda apa yang serius..insyaallah..

jahat sunggguh orang yang suka mencuri ni...hmmm tak pike orang lain..

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : diaorg ni mcm ada sendiket je, profesional sungguh