~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Isnin, 14 Februari 2011

Valentine Day

Hari ini hari valentine day. Setiap kali tiba hari kekasih ini, pasti puluhan email aku dapat tentang hukumnya sambut Valentine Day. Selain email, dalam blog ramai yang mengutarakan isu ini. Menariknya tahun ini, isu Valentine Day dipolitikkan. Wow, sangat panas isu ini. Tentang isu KJ yang terang dan bersuluh menyambut Valentine Day bersama isteri tersayang. Memberi bunga, menyanyi dan menari bersama-sama. Hehehe, aku tak nak komen, serahkan pada yang pakar.

Sejujurnya, aku tak pernah terasa hati nak sambut valentine day. Tapi aku pernah mendapat sejambak bunga kononnya daripada secret admirer. Pada aku, daripada sambut Valentine Day, better sambut hari lain yang lebih afdal seperti birthday aku kan kan kan. Hehehe.

Kenapa aku tak sambut Valentine Day. Bukannya aku tak pernah bercinta. Zaman kejahilan aku bercinta dulu pun, aku tak pernah sambut Valentine Day. Kenapa? Adakah sebab boyfriend aku dulu tidak romantik? Mungkin cara aku bercinta tidak seperti kebanyakan orang di luar sana.

Bercinta dengan aku ni bukan kemanisan je rasa, malah kepahitan pun turut terpalit sama, sebab banyak yang aku uji pasangan aku sebelum dia nak jadi suami aku. Aku tetap wanita biasa. Tapi ujian tetap aku lakukan, zaman sekarang susah nak cari lelaki yang ikhlas nak beristerikan kita, banyak yang aku jumpa jenis yang habis madu sepah dibuang. Opsss, jangan salah sangka.

Aku bukan menguji untuk mencari kelemahan pasangan, aku sendiri selemah-lemah manusia, tapi aku cuba mencari keikhlasan dari jiwa mereka. Kata orang tua, kalau ikhlas, walaupun ayat tak power tapi kasih sayang mereka akan sampai di hati kita sampai bila-bila. Begitulah yang aku lakukan sebelum ini. Ayat berdegar-degar power pun tak membantu hubungan berkekalan sekiranya ketelusan tak ada kan.

Mungkin sebab itulah kot aku tak pernah sambut valentine day. (Agaknya sebab inilah kot aku lambat kahwin? hahaha... Entahlah, tapi pinjam ayat kawan aku, aku bukannya tak ada pilihan, cuma takut untuk membuat pilihan)

Akhirnya aku dah membuat pilihan, baik atau buruk, aku terima dia seadanya kerana aku bertemu dan berpisah kerana Allah. Dan aku pohon selalu, moga sentiasa ada keberkatan dalam hubungan perkahwinan aku.

4 ulasan:

kakcik berkata...

Jangankan valentine day... Hari ulangtahun perkawinan pun sebenarnya tidak pernah kami raikan....

Wanita Bertudung Hijau berkata...

akak : mungkin kalian sambut melalui kaedah lain yg lebih bermakna :-)

cikceriacorner berkata...

salam akak..

heheh..bagi saya..xya tunggu valentine pon xpe..

ari2 kite kenela berkasih sayang sesama insan..:)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

salam cikceria : betul tu, sesuatu hbgn sentiasa perlu disemarakkan dan diharmonikan tak kira hari apa pun :-)