~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Khamis, 17 Februari 2011

nak cerita lain, lain pula yang aku taip ni

14 Rabiulawal. Pada siapa yang berpuasa sunat, aku doakan kalian diberikan kudrat sepanjang berpuasa dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Jangan lupa sedekahkan sama pahala puasa itu kepada aku ini. Jasamu dikenang. Hehehe

Jari jemari aku hari ni gatal nak menaip sesuatu, mungkin kerana hari ni aku tak sesibuk selalu. Malangnya, aku kekeringan idea pula hari ini. Biasanya laju je aku menaip sebab segalanya dah set dalam memori. Tanpa menyemak aku terus post tanpa membuat semakan atau edit terlebih dahulu.

Ada masa dan ketika idea datang mencurah-curah, tapi aku pula nak tak pandai nak mengupas persoalan itu. Maka, aku akhirnya biarkan sahaja terbengkalai di bahagian draft. Bila rasanya isu itu dah basi, aku terus tekan button delete tanpa berfikir panjang. Tiba-tiba rasa menyesal sebab entry tersebut barangkali berguna untuk rujukan diri sendiri di masa depan. Kerana aku menulis untuk nota sendiri, untuk muhasabah diri.

Ada masa sebelum menulis aku mencari bahan di dalam google, tapi, keterbatasan masa menyekat daripada aku melakukan sedemikian. Maka, aku menulis melalui apa yang terjangkau dek fikiran aku sahaja tanpa melibatkan sumber lain.

Ada masa dan ketika juga aku mendapat idea daripada pembacaan daripada blog kawan-kawan. Kombinasi pembacaan itu aku huraikan pula di dalam blog aku melalui persepsi aku. Biasanya aku mencilok idea ini daripada idola-idola aku.

Aku mencuba untuk melatih diri memberi entry yang terbaik untuk diri sendiri dan barangkali dapat memberikan manfaat kepada sesiapa yang membacanya. Aku menulis bukan untuk mencari publisiti, aku menulis bukan untuk mencari glamour, aku menulis bukan untuk menjadi blogger hebat.

Aku menulis atas rasa kerendahan diri untuk berdakwah ke atas diri sendiri yang sering alpa, yang sering terlepas pandang, yang sering terikut-ikut hasutan syaitan untuk lupakan akhirat walhal akhirat hakikatnya yang hakiki.

Dengan harapan, ini adalah satu permulaan untuk aku lebih yakin bergerak, berdakwah kepada orang sekeliling aku kelak. Cuma sekarang aku tidak ada keyakinan sepenuhnya kerana aku sendiri banyak nak diperbetulkan. Masih banyak kekurangan dalam diri perlu aku tangani secara drastik.

Kekuatan mental dan fizikal perlulah berada di tahap maksima sekiranya aku mahu berdakwah mengikut cara baginda kita Rasullullah S.A.W. Tapi aku bukanlah superman, aku juga bisa nangis. Hehehe. Seperti kes semalam, ada masa mental aku down ke tahap terendah biarpun aku sering dilabelkan sebagai seorang yang keras hati dan cekal. Walaubagaimanapun, sedih itu sekejap aja, Allah dah mendengar keluhan hati aku, aku pasti Dia menolong aku kerana aku nak membina masjid yang mulia.

Dugaan daripada saudara aku, aku anggap sebagai dugaan kecil yang tidak mematahkan semangat kerana itu bukan kali pertama mereka menyakitkan hati aku. Mereka hanya pandai mengkritik dan komplen, biasalah fitrah manusia. Tapi yang menanggung segala kos perbelanjaannya aku seorang. Aku maafkan diaorang dunia dan akhirat, sebab hanya Allah yang mampu membalas setiap perbuatan manusia. Aku sekadar hamba yang hina yang tak layak menjatuhkan hukum.

Allah dah bilang, Allah dah pesan, Allah dah cakap, setiap perbuatan manusia itu baik atau jahat, akan dibalas walaupun sebesar zarah. Maka, memaafkan mereka juga satu perbuatan mulia biarpun aku sering menangis juga dengan perbuatan mereka selama ini. Ikutkan hati, nak je aku koyak-koyakkan mulut yang tak ada insurans tu, tapi aku sedar aku tak ada hak nak membalasnya.

Lagipun, aku sedar aku sekadar menumpang kasih dan sayang mereka biarpun sebenarnya aku tak perlukan mereka pun di dalam hidup aku. Tapi, memutuskan ikatan persaudaraan adalah salah di sisi Allah. Nanti Allah murka, aku tak nak Allah murka aku. Maka, sebagai darah daging, aku stay dan bersabar. Itu lebih afdal, Lagipun dah habit mereka tak pandai nak menjaga hati, bukan aku saja pernah terkena, malah twin aku pun sering kecewa dengan kebanyakkan tindakan mereka.

Aku sedar, aku sebatang kara. Mereka pun tak pernah tolong aku, segalanya selama ini, selepas arwah ayah dan mak meninggal, aku berdikari tanpa bantuan mereka, aku dah biasa, aku dah lali, tapi aku tetap melayan mereka sebagai saudara. Biarlah. Aku kan masih ada Allah yang tak pernah jemu menjadi pendengar setia aku. Maka, aku bersyukur Ya Allah kerana selama ini membekalkan aku dengan kekuatan mental dan fizikal yang maksima untuk menghadapi kerenah mereka. Setiap kesabaran tetap ada ganjaran menanti. Allah tak pernah memungkiri janjinya.

Kenapalah aku melalut ni? Padahal aku nak cerita topik lain. Hahahaha

5 ulasan:

kakcik berkata...

Meluahkan perasaan juga sebagai satu cara melegakan sesak di dada. :)

imanamani berkata...

salam perkenalan...

semoga anda... akan sentiasa di lindungi dan tabah selalu....amin..

Wanita Bertudung Hijau berkata...

kak cik : hehehehee

imanamani : tkasih atas doa anda :-)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

kak cik : hehehehee

imanamani : tkasih atas doa anda :-)

cikceriacorner berkata...

emm btul tu..luahkan saje..

heheh..ceria selalu..:)