~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Jumaat, 18 Februari 2011

buat baik berpada-pada? buat jahat jangan sekali!

Ada satu cerita yang aku nak kongsikan di sini. Dengan harapan cerita ini dapat memberikan sesuatu yang bermanfaat untuk kita di kemudian hari. Kawan aku bertanyakan aku apa patut dia buat apabila ayahnya call terdesak mahu meminjam wang, sedangkan dia hanya ada RM50.

Aku bagi dia beberapa pilihan bagi persoalan tadi. Antaranya menyuruh dia meminjam daripada suaminya, keluarkan asbnya dll. Pada pendapat aku yang jahil ini, kalau melibatkan kedua orang tua, aku memang agak emo dan sensitif. Selagi boleh aku sanggup buat apa saja untuk mereka. Selagi hayat mereka dikandung badan, balaslah jasa mereka semaksima yang mungkin.

Jangan jadi macam aku. Ibu bapa dah tak ada. Nak berbakti macam mana? Hanya iringan doa sahaja yang mampu aku buat. Rasa tak best sangat. Tapi apalah dayaku untuk mengubah takdir Allah. Maka, selagi boleh aku menyuruh kawan aku tadi membantu ayahnya yang sangat memerlukan pertolongan itu. Balaslah jasa orang tua kita. Balaslah dan tolonglah balas. Kang kalau mereka dah meninggal, takut menyesal tak sudah kang.

Akhirnya dia menggadaikan gelang tangan kesayangannya atas nawaitu nak membantu ayahnya. Aku pendekkan cerita ya, apabila ayahnya dapat tahu duit tersebut hasil gadai gelang kesayangannya, tersentuhlah hati orang tua tu. Endingnya, ayahnya bukan saja membayar semula duit pinjaman sebelum ini, malah ayahnya membelikan seutas gelang emas baru untuk anaknya yang tersayang.

Apa moral yang korang dapat daripada cerita ini? Pendapat aku yang jahil, aku katakan kepada kawan aku, lihatlah kasih seorang ayah. Niat yang baik diberikan ganjarannya. Tak sia-sia dia meredah hujan yang lebat ke pajak gadai demi ayah tersayang. Tujuan nak membantu kewangan ayahnya. Tak sangka pula atas usaha itu dia dapat seutas gelang emas baru.

Kedua, aku katakan lagi kepadanya bahawasanya kasih sayang Allah kepada hambanya 70x ganda lebih daripada kedua orang tua kita. Kalau dengan orang tua pun kita buat baik diberi ganjaran yang tak disangka, apatah dengan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Lagilah banyak ganjaran menanti. Sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janji. Yang penting, berusahalah membuat perkara kebaikan dan sentiasalah pasang niat ke arah itu. InsyaAllah, dunia akhirat kita selamat.

Selamat berhujung minggu, semoga segala urusan kita dunia dan akhirat dipermudahkan.

p/s : pasang niat untuk esok siap-siap :-)

4 ulasan:

gadisBunga berkata...

suka sangat entri ni!

sememangnya ganjaran bersedekah adalah besar pahalanya.

tapi ganjaran berbuat baik dengan ibu bapa pula berlipat2 kali ganda jauh lebih besar pahalanya kan? :)

psstt..saya taruk link ni kat fesbuk. :)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

gb : hehehehe

thanks

cikceriacorner berkata...

salam..

terharunye..kalo kite ikhlas..Allah akan memberi lagi rejeki yg besar utk kita..

berbakti kepada ibu bapa besar ganjarannya...memang xbleh dijual beli..

Wanita Bertudung Hijau berkata...

salam cik ceria : ya, keihklasan turut memainkan peranan pntg krn sesungguhnya Allah Maha Mengetahui isi hati kita, maka balasan diberikan bkn saja di akhirat malah di dunia secara cash :-)