~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~
Memaparkan catatan dengan label kitab penenang jiwa iman al ghazali. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kitab penenang jiwa iman al ghazali. Papar semua catatan

Khamis, 2 Februari 2012

4 Nukilan Ayat Cinta Suci Allah SWT di Arasy untuk Orang Mukmin

Rasulullah SAW telah bersabda :


” Tertulis di Arasy ‘

1- Aku menuruti orang yang Taat kepadaKu.

2- Aku menyintai orang yang menyintaiKu.

3- Aku kabulkan orang yang berdoa kepadaKu.

4- Dan Aku ampuni orang yang mohon ampun kepadaKu.

Kitab Penenang Jiwa. Imam Al-Ghazali.

Selasa, 10 Januari 2012

Sejuta Rahmat Allah SWT bersama anda ketika sakit


Rasulullah SAW bersabda :

Allah SWT telah berfirman

Sesiapa ditimpa bencana, lalu dia memohon perlindunganKu, pasti Aku memberinya sebelum dia meminta. Dan sesiapa ditimpa bencana, lalu dia meminta perlindungan kepada makhluk,  pasti Ku tutup semua pintu langit baginya”.

Rasulullah SAW bersabda :

Sesiapa sakit semalam, dia sabar dan rela kepada Allah SWT. Maka bersih daripada dosa bagaikan ketika lahir dari perut ibunya. Jika engkau sakit, janganlah segera meminta sembuh”.

Rasulullah SAW bersabda :

Ketika seorang hamba sakit, Allah SWT mengutus dua Malaikat kepadanya seraya berkata : “Lihatlah semua apa kata hamba Ku,Jika dia berkata  “Alhamdulillah “. Maka diberitahu kepada Allah SWT. Dia lebih tahu dan berkata ” Aku berjanji untuk hambaKu. Jika Aku mematikannya. Ku masukkan di ke Syurga. Dan jika Aku menyembuhkannya. Ku gantikan dia daging yang lebih baik daripada dagingnya serta darah yang lebih baik daripada darahnya. Dan Aku hapuskan pula keburukkannya “.

Kitab Penenang Jiwa. Imam Al-Ghazali.