~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Khamis, 10 Februari 2011

Mentaliti akhir zaman

Pernah atau tidak anda berdepan dengan situasi sebegini :

Aku pernah bertanya kepada beberapa kenalan sebelum ini,

Aku : Akak puasa lagi ke hari ni?
Akak : Tak puasalah, dah lama habis la puasa ganti akak.

Situasi kedua :

Aku : Akak puasa lagi ke hari ni?
Akak : Apsal pula nak puasa, puasa ganti akak dah abislah.

Sebenarnya ada lagi perbualan dan jawapan yang aku terima setelah aku bertanya mereka berpuasa ke tak pada hari itu. Tujuan aku bertanya sekadar nak meramahkan diri, lagipun sebelum itu aku perasan di mana mereka beriya-iya puasa setiap isnin dan khamis. Aku tak tahu pula mereka berpuasa ganti. Aku ingatkan mereka sengaja berpuasa sunat.

Apa yang cuba aku nak sampaikan di sini, jawapan mereka siap merangkap dahi yang berkerut agaknya tanda tak puas hati sebab wujudnya rasa marah akibat soalan daripada aku yang mereka rasa memalukan jika mereka menjawab ya.

Aku ada 2 kesimpulan di sini. Pertama, kalau mereka menjawab ya, bermakna mereka akan mendapat malu sekiranya puasa ganti mereka belum beres lagi. Maka, mereka tak senang dengan soalan aku tadi. Kedua, pada mereka selepas puasa ganti tak perlu puasa sunat dan sebagainya, dikhuatiri dikutuk kawan-kawan kononnya puasa ganti belum habis (walaupun mereka mencuba nak berpuasa sunat)

Aku juga pernah ditanya, kenapa banyak sangat aku puasa? Puasa nazar ke? Aku sekadar anggukkan kepala walaupun itu bukan jawapan sebenar. Sebab aku malas nak layan soalan yang bukan nak menambahkan iman ini. Biarkan saja ianya berlalu, aku bukannya berniat untuk berbohong, biarlah Allah saja yang tahu kenapa aku berpuasa banyak. Kang kalau aku jawab berpuasa sunat, aku bimbang rasa riak akan datang. Syaitan ni anytime je nak menghasut aku.

Ada juga kes di mana jika aku menjawab berpuasa sunat, ada yang mempersoalkan aku kenapa aku kerap puasa sunat? Aku jawablah aku ni banyak dosa, sedangkan baginda kita Rasullulullah S.A.W pun berpuasa isnin dan khamis, sedangkan baginda maksum, aku ni lagilah yang sering berterusan melakukan dosa. Lagipun Allah dah cakap, Dia suka pada hambanya yang berlapar (berpuasa) keranaNya. Banyak ganjaran menanti esok, antaranya di padang mashyar esok akan hilang rasa dahaga dan lapar. Bukan senang nak dapatkan nikmat tu.

Apa yang aku nak cakap di sini lagi, aku tak faham dengan mentaliti orang sekarang, kenapa susah nak berpuasa sunat? Dan sekiranya orang lain beriya berpuasa sunat, kenapa menjadi satu isu?

5 ulasan:

Unknown berkata...

Alhamdulillah....bagusnya sebab selalu berpuasa sunat. Saya perlu mencotohi saudari.

Biasalah mentaliti orang sekarang. Tapi kalau saya, dah biasa dengar orang berpuasa sunat sebab mak dan nenek saya mmg rajin buat. Saya je sekali sekala buat..huhu. Bila nak lebih insaf agaknya..:)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

yus : sy pun bukan serajin mana, cuma selalu paksa diri, kalau tidak bila lagi sy nak mulakan

meh kita sama2 berpuasa sunat berjemaah :-)

marinahunny berkata...

betullaaaaahhh...mentaliti mmg mcm tu kan. asal puasa selain bulan pose bukan hanya nk pose ganti. diorang lupa ke selain yg wajib yg sunat pun afdhal utk dibuat.

cikceriacorner berkata...

puasa sunat bagus..

tp biasenye nak mulakan payah..tp kalo da mulakan..jadi ok..hehhe

Wanita Bertudung Hijau berkata...

marina : betul tu, sunat itu penyelamat :-)

cikceria : hepi belated besday :-)
benda yg paling payah kat dunia adalah nak memulakan sesuatu kan :-) tp kalau dah mula, dah jd mudah