~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Ahad, 4 September 2011

Kepala Lemang

Salam Syawal daripada aku. Aduiii, payah bebenor nak buat entry bila line internet kat kampung tak stabil. Bila balik KL pula, sibuk beraya sana sini, tak lekat di rumah, pun satu masalah jugak nak stay depan laptop ni.

Apa cerita raya kalian? Tentu meriahkan, raya bersama keluarga, sanak saudara dan ada ramai di kalangan kawan-kawan aku yang beraya dengan baby baru. Perghhh seronoknyakan. Aku jugalah yang belum beraya ber-3 lagi. Huk huk huk. Harap rezeki tahun depanlah. Insyaallah.

Sesungguhnya raya tahun ni aku sangat-sangat puas makan kepala lemang. Kepala lemak yang berlemak tu memanglah favourite aku. Pantang pontong lemang je, sure aku akan ngap dulu kepala lemang. Sehingga husband aku dah bising, tak baik untuk kesihatan. Memang betul pun, apabila makan melebihi had dan muatan, tak kiralah apa sahaja pun, tentu tak baik untuk kesihatan. Makan kena bersederhana. Kena ikut sunnah Nabi.

So kalian semua, dah check ke paras kolestrol? Paras gula dalam darah? Aku sebenarnya dah tahap cuak ni, bimbang paras gula dan paras kolestrol di tahap bahaya. Sebelum puasa aku dah check paras gula, 4.2 tak salah aku, tapi kalau dah melantak lemang, rendang dll sesedap rasa, takkanlah angka tersebut statik tidak bergerakkan, silap-silap melonjak ke tahap tertinggi. Oh tidakkk.

Maka, aku kena kawal pemakanan aku secara drastik. Oh ya, mengamalkan puasa 6 turut membantu untuk kembali mengawal paras gula dan kolestrol di dalam badan kan. Marilah kita berpuasa 6 berjemaah. Semoga kita akan dapat pahala dan rahmat dari Allah.

Sekian buat masa ni, aku nak sambung beraya. Salam syawal daripada aku dan suami.