~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Khamis, 3 November 2011

Bacalah

IMAM al-Ghazali menyatakan dalam Ihya Ulumiddin, membaca al-Quran itu sebenarnya dengan penyertaan lidah, akal dan hati.

Peranan lidah membetulkan sebutan huruf dengan tartil, akal pula dengan pemahaman makna dan peranan hati mengambil iktibar.

Membaca al-Quran dengan penyertaan lidah, akal dan hati dikatakan juga sebagai tadabbur al-Quran. Konsep ini diamalkan generasi sahabat, tabiin dan golongan soleh dahulu.

Hari ini ramai membaca al-Quran dan ramai juga yang tidak membacanya. Tetapi bagi yang membacanya, apakah yang diperoleh atau adakah ia sekadar bacaan, terutama di majlis tertentu?

Memanglah al-Quran apabila dibaca walaupun tidak difahami akan mendapat keberkatan, keistimewaan dan pelbagai ganjaran. Malah, satu huruf al-Quran yang dibaca diberi sepuluh pahala.

Tetapi, adalah lebih baik bagi yang mempunyai kemampuan dan daya kecerdikan turut melakukan tadabbur ketika membacanya, supaya dapat mengetahui lebih banyak ilmu, sama ada yang zahir atau terselindung.

Sebagaimana diketahui, Allah mewahyukan al-Quran dengan hikmah (bijaksana) supaya ia menjadi panduan kepada umat Islam, namun panduan tidak akan diperolehi jika hanya sekadar membaca tanpa memahami dan menghayatinya.

Justeru, perlunya ada tadabbur iaitu pemerhatian dan pemikiran terhadap sesuatu perkara dengan baik, malah sampai ke tahap kajian supaya semua mendapat pengajaran yang baik untuk dijadikan panduan.

Buku ini cuba memberikan bimbingan kepada pembaca mengenai tadabbur al-Quran. Penerangannya membabitkan pelbagai aspek, termasuk sebab penurunan al-Quran, sumpah, pengambilan hukum dan isyarat sains.

Dalam aspek sains misalnya menyentuh mengenai oksigen, penulisnya menyatakan ayat 125 dari surah al-An'am, yang bermaksud: "Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah akannya, maka Allah melapangkan dadanya untuk Islam. Dan sesiapa yang Allah kehendaki kesesatannya, maka Allah jadikan dadanya sempit dan sesak seolah-olah ia sedang naik ke langit."

Ayat terbabit dikaitkan oksigen secara tidak langsung dan menunjukkan oksigen tidak ada di angkasa raya.

Begitu juga pada proses kacukan pokok, ada benih jantan dan benih betina. Isyarat ini disebut seperti pada ayat 22 dari surah al-Hijr bagi menggambarkan kekuasaan Allah, maksudnya: "Dan Kami menghantar angin-angin untuk mengahwinkan (tumbuh-tumbuhan)."

Kemudian pada ayat 56 dari surah an-Nisa' yang mengisyaratkan kewujudan lapisan kulit dan saraf yang sakit. "Setiap kali masak hangus kulit-kulit mereka (ahli neraka), Kami gantikan akan mereka dengan kulit-kulit yang lain agar mereka merasai azab."

Pemerhatian dan penelitian seperti ini memberikan pengetahuan lebih luas dan mendalam, bahkan faedah kejayaan dan pembentukan tamadun manusia yang lebih gemilang.

Bagi golongan awam, pengetahuan seperti ini paling tidak akan dapat menambah minat untuk terus membaca dan berdamping dengan al-Quran.

Dipetik dr ulasan buku:

Tajuk: Beginilah al-Quran Mengajar Kami

Penulis: Mohammad Nidzam Abdul Kadir dan Mohd Zamri Mohd Zainuldin

Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd

Doa Zuriat

Umat Islam digalakkan berdoa kerana ianya merupakan otak ibadah. Di dalam Al-Quran terdapat himpunan doa-doa yang diberi oleh Allah SWT untuk kita bacakan setiap hari

Ikutilah contoh Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Zakaria a.s, masing-masing tidak putus-putus berdoa kepada Allah untuk mendapat zuriat yang soleh. Mereka diduga sehingga usia yang tua dan uzur sebelum mendapat zuriat.

Doa Nabi Ibrahim a.s

Ya Allah, Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajatku, berikanlah permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosaku

Doa Nabi Zakaria a.s

Tuhanku, janganlah Engkau tinggalkan daku seorang diri padahal Engkau Tuhan yang paling baik dari segala orang yang mewarisi

(Surah Al-Anbiya 21:89)

Tuhanku, berilah kepadaku dari sisimu keturunan (anak) yang baik, sesungguhnya Engkau Tuhan yang sangat mendengar doa

(Surah Ali Imran 3:38)

Apa itu Qailulah ?

Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari.

Bila waktu paling sesuai untuk amalkan Qailulah ?

Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, waktu paling baik ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zohor. Namun boleh juga dilakukan selepas Zohor.

Apakah kelebihan atau Kebaikan Qailulah ?

Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk, insyaAllah.

Qailulah @ tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulail.

Orang barat memanggil Qailulah sebagai "nap". Di negara barat biasanya "nap" dilakukan dari pukul 2-4 petang. Hasil kajian menunjukan amalan "nap' waktu tengahari dapat mengelakkan penyakit jantung.

Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga. Kita orang Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat subuh. kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12-1 tengahari, ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga. Jadi Qailulah @ nap ini adalah sangat-sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa itu. Ia sangat sesuai denga fitrah badan manusia.

Menurut mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, sebaik bangkit dari Qailulah, kita mungkin akan pening sedikit selama 5-20 minit. Tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi, kecerdasan dan fokus.

Cubalah amalkan sunnah Qailulah ini. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Rabu, 2 November 2011

Rabu tanpa kata jugak


Aku dapat gambar ni dalam email yahoogroups, aku rasa kelakar so aku nak kongsi di sini, dapat senyum berjemaah bersama :-)

p/s : Senyum tu senyum jugak, tapi bila ingatkan tentang hari kematian yang entah bila berlaku, terus kecut perut aku

Ustaz kata, kita ni kan hamba Allah, maka berperananlah sebagai hamba Allah secara sewajarnya

7 Perkara tertolaknya doa dari langit

1- Kamu telah melakukan amal yang memurkakan Allah SWT dan tidak bertaubat serta tidak menyesalinya.

2- Kamu mengakui kamu hamba Allah SWT tetapi kamu tidak berlaku sebagai seorang hamba Allah SWT yang patuh kepada majikanNya.

3- Kamu membaca Al-Quran tetapi kamu tidak memerhatikan perintah-perintah dan larangan-larangan yang terkandung di dalam Al-Quran Nul Karim.

4- Kamu mengakui sebagai umat Nabi Muhammad SAW tetapi tidak berminat untuk melakukan sunnah Rasulullah SAW dan kamu masih tetap makan benda yang haram.

5- Kamu mengakui dunia ini tidak bernilai di sisi Allah SWT walau sesayap nyamuk tetapi kamu masih berasa tenteram dan nyaman di dalamnya.

6- Kamu berkata dunia ini akan hilang tetapi kamu berbuat seakan-akan kekal selamanya.

7- Kamu mengakui Akhirat lebih baik daripada dunia tetapi kamu tidak bersungguh-sungguh dalam usaha amal Akhirat, bahkan kamu tetap mengutamakan dunia daripada Akhirat.

Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1

Selasa, 1 November 2011

5 Amalan Rasulullah SAW dan Para Sahabat

1- Melazimkan solat berjamaah.

2- Mengikut sunnah rasul-rasul.

3- Memakmurkan masjid.

4- Membaca Al-Quran.

5- Berjihad untuk menegakkan agama Allah SWT.

Kitab Tanbihul Ghafilin

Kedekutkah kita?

Ustaz selalu pesan semasa kuliah Zohor, amalkan sikap bersedekah walaupun kecil nilainya. Mungkin kita terasa berat nak mulakan dengan kuantiti yang besar, boleh bersedekah dengan nilai yang kecil seperti rm1. Yang penting nawaitu kita adalah ikhlas bersedekah kerana Allah. 

Ustaz selalu pesan lagi, jangan jadi manusia kedekut, tetapi belajarlah mendidik diri menjadi manusia pemurah kerana sebenarnya hak kita di akhirat esok adalah apa yang kita telah sedekahkan semasa kat dunia ni.

Jangan kita sangka, duit gaji kita 100% dapat kita gunakan secara mutlak, lupakah kita duit tersebut kadang-kadang rezeki pengasuh kita, tokey stesen minyak petrol, tokey workshop dll, maka, apa yang sebenarnya tinggal untuk kita hanya sedekah jariah yang kita keluarkan tadi.

Maka, ustaz kata, belajarlah bersedekah setiap hari, kalau sehari rm1, sebulan baru rm30, masih sikit nilainya jika dibandingkan dengan tangga gaji kita. Sedekah itu saham akhirat, sedekah itu penghapus dosa.

Mari kita sama-sama latih diri bersedekah kerana Allah, mari bersedekah berjemaah :-)