~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Rabu, 29 Februari 2012

Rabu tanpa kata


kalian, lihatlah, lembu pun tahu guna jejantas, hehehe, maka kita sebagai manusia yang mempunyai akal takkan nak cross jalan sesuka hati je kan. Ingat, safety first tu sunnah Rasullullah SAW! Selamat menggunakan jejantas ye kawan-kawan. :-)

7 Perkara menyebabkan hati mati

Saidina Umar telah berkata “

1- Siapa banyak ketawa maka kewibawaannya sedikit.

2- Siapa meremehkan orang lain, maka dia akan diremehkan oleh orang lain.

3- Siapa memperbanyakkan sesuatu, maka dia akan dikenakan sesuatu.

4- Siapa banyak bercakap, maka banyaklah dosanya.

5- Siapa banyak dosa, maka sedikitlah rasa malu.

6- Siapa sedikit rasa malu, maka sedikitlah juga sifat waraknya.

7- Siapa sedikit sifat warak, maka hatinya akan mati . “

Selasa, 28 Februari 2012

Isnin, 27 Februari 2012

Siapa dah tengok cerita Dalam Mihrab Cinta?




Semalam aku berkesempatan tengok cerita ni. Excited aku nak bagitau di sini bukannya apa, aku ni kan jarang tengok cerita Melayu / Indonesia. So kalau tertengok tu rasa bestlah pulak. Cuma tak best bila endingnya aku boleh jangka, wanita yang bakal jadi isteri Syamsul kemalangan. Mmm, bila dah boleh agak, terus hilang rasa best.

Rupanya, baru aku tahu, cerita ni berdasarkan novel rupanya.

Tapi, aku tetap nak ucap tahniah atas usaha mereka menjayakan cerita tersebut. Banyak moral dan pengajaran yang boleh kita dapat daripada cerita tersebut. Sepatutnya cerita sebeginilah yang sepatutnya sentiasa ada di pasaran Malaysia, bukannya cerita seram yang boleh merosakkan akidah. Sekurang-kurangnya cerita begini mampu sedikit sebanyak menambahkan iman di dada walaupun ada babak yang aku tak berkenan, tapi babak tersebut minoriti, maka aku maafkan, boleh gitu? Hahahaha.

Oh ya, tahniah juga kepada filem Hafalan Shalat Delisa, 2x aku tengok barulah habis. Bukan bermakna cerita tu tak menarik, tapi masa aku yang terhad. Tahniah jugaklah.

uwekkk uwekkkk uwekkkkk

Salam Isnin. Selamat bersiaran kembali. Apa khabar kalian? Aku doakan agar semua sihat sejahtera dalam lindungan Allah. Aku ni tidaklah sihat sangat sebenarnya, hanya gagahkan diri juga datang kerja, sejak dalam 2-3 minggu, aku sentiasa rasa tak selesa dengan diri aku sendiri.

Tak kira masa, tak kira tempat, aku rasa mual dan kemudian muntah. Maka, apa yang berlaku, aku hanya menjadi manusia pasif di rumah. Suami aku yang menolong aku membasuh baju, menggosok baju aku, kerana aku betul-betul lemah dan tak larat. Aku mabuk yang teruk. Sehingga saat entry ini ditulis, aku masih rasa mual yang melampau.

Sesungguhnya, aku sangatlah tidak selesa dengan keadaan ini. Tapi aku cuba bersabar dan menghadapinya kerana nak tak nak aku terpaksa hadapi. Aku akan alami masalah muntah yang lebih teruk menjelangnya Magrib sehinggalah ke tengah malam. Ketika itu, aku hanya menyimpan tenaga dan kudrat semata-mata untuk solat Magrib dan Isyak. Untunglah sesetengah orang yang hanya mengalami gejala morning sickness, aku bukan morning sickness lagi dah, lunch sickness, tea time sickness, dinner sickness, supper sickness, semua sickness aku conquer, hahahaha. Hilang semua tenaga aku. Lembik rasanya.

Paling teruk minggu lepas, aku hanya mampu baring, suami aku yang menyuapkan makanan ke dalam mulut. Mampulah aku telan 2-3 suap, kemudian uwekkk uwekkk uwekkk. Penat rupanya muntah ni, sampai sakit perut aku, seperti ditarik-tarik urat perut aku. Kesannya, dalam 4 hari begitu, jam dan seluar yang aku pakai menjadi longgar. Yang membengangkan aku, di waktu malam, semua makanan yang aku nak makan, semuanya aku bau busuk. Sudahnya, aku tak boleh nak jamah makanan tersebut, kecuali roti gardenia 70 sen tu. Itulah penyelamat perut aku di kala aku benar-benar kebuluran. Kalau aku tak makan, aku akan menggigil kelaparan, maka, roti tersebut sangat membantu.

Maka, kalau aku nak enjoy dengan makanan, hanya berlaku di siang hari. Aku telan sesedap rasa, walaupun kesannya selepas itu aku tetap akan muntah, dan segala makanan tadi terhambur keluar semula, sekurang-kurangnya aku puas hati kerana aku masih terasa nak makan makanan yang aku idamkan.

Oleh yang demikian, suami aku akan paksa aku makan apa sahaja yang aku terlintas nak makan di siang hari, sekiranya di malam hari kang, aku bau semua makanan tersebut sangat busuk. Kesudahannya, suami aku juga yang terpaksa menghabiskan makanan yang patut aku makan tadi.
Kawan-kawan ada mengesyorkan supaya aku ambil ubat muntah di klinik, tapi apabila ada kawan-kawan lain pula mencegah, terus aku batalkan niat tersebut. Aku pun tak tahu nak ikut pendapat mana satu. Ada saranan juga supaya aku ambil produk Salindah, entahlah buat masa ni, aku belum pun order lagi. Ada yang suruh aku amalkan Walit Gold, entahlah, aku belum cuba lagi.

Aku harap masalah mabuk aku ni tidaklah berlarutan sehingga mencecah kandungan aku 9 bulan, ikhlas aku cakap, aku rasa terseksa, tapi hati aku kena tabah. Ni ujian Allah. Bulan pertama, aku tak diuji, relaks je, aku tak muntah, tak mual, tak mabuk, bulan ke 2 ni aku betul-betul diuji. Setiap ujian Allah kan ada diberi ganjaran pahala, maka aku tak bolehlah nak merungut, kang pahala tak dapat, dosa kering pula yang berganda kang.

Maka, dalam bulan ke 2 ni, aku tidaklah stabil daripada fizikal dan mental, rohani dan jasmani. Aku sendiri sedang menerima keadaan ni seadanya. Aku masih bersyukur aku tak perlu masuk wad, seperti kawan aku, asal pregnant je, kena masuk wad sebab alahan dan mabuk yang sangat teruk.

Walaupun aku sentiasa rasa pening, rasa memusing, rasa mual, rasa loya dan asyik muntah, aku patut rasa bersyukur, aku diberi peluang oleh Allah untuk merasakan pengalaman sebagai ibu mengandung. Ramai orang nak merasa apa yang aku sedang rasa kini, maka, aku kena elakkan rasa tak best itu sejauh mungkin. Aku kena happy dengan keadaan sekarang. Aku tetap kena enjoy walaupun aku sangatlah tidak bermaya.

Kadang-kadang malu nak keluar rumah, sebab aku akan muntah sesedap rasa, sesuka hati tak kira tempat. Malulah aku kalau aku termuntah depan khalayak, maka, aku elakkan ke tempat lain kecuali pergi kerja dan balik kerja semata. Makanan aku minta suami tapaukan dan aku makan di rumah. Walaupun aku paksa diri telan makanan tersebut, aku pasrah sebab selera makan aku dah terus hilang semenjak 2-3 minggu ni.

Kadang-kadang sambil mengunyah makanan, mengalir air mata sebab aku nak paksa diri menelan makanan tersebut. Kalau tak makan, tenaga aku yang sikit akan makin berkurangan. Aku hanya berselera minum air semata. Dan favourite aku sekarang adalah teh ais, walaupun selama ni aku paling tak suka minuman berais, entahlah kenapa sejak 2-3 minggu ni minuman itulah yang aku begitu fanatik nak minum. Suami aku pun layankan je walaupun dia tidak bersetuju dengan minuman berais ni, apatah sekarang ni pula aku dah mula batuk-batuk. Kan, padan muka aku.

Sekarang ni selagi aku belum terlelap, selagi itulah suami aku akan berjaga menemani aku. Dia cuba menenangkan aku setiap malam, cuba mengurut urat sendi aku yang dah mula rasa sengal dan ngilu di sana di sini. Mengurut kepala aku yang saban malam akan sakit dan kepala aku pula akan panas tiba-tiba. Begitu juga suhu badan aku. Betapa besarnya pengorbanan seorang suami. Untunglah aku mengandung di sisi suami tersayang, teringat  kawan aku berada di Miri, mengandung sorang-sorang, suaminya di KL.

Sejujurnya, mood aku sekejap merudum, sekejap normal, sekejap tak terkawal, apabila sentiasa rasa tak selesa pada diri sendiri sentiasa berlaku, akan wujud satu perasaan yang tak stabil dalam diri. Emosi aku entah apa-apa walaupun aku sentiasa cuba setkan pada minda, biasalah ni perkara normal bagi ibu mengandung. Tapi, siapalah aku, apabila aku tidak lagi pernah rasa selesa dengan badan aku, dengan diri sendiri, terganggulah jugakkan hati dan perasaan.

Walaubagaimanapun, aku tetap ceria bila berdamping dengan kawan-kawan di ofis walaupun semua cakap muka aku dah pucat lesi. Mana tidaknya, aku bukannya bertenaga sangat. Asyik muntah, muntah dan muntah, tenaga pun hilanglah. Dahlah setiap malam, aku asyik mimpi aku treking masuk hutan, atau pun bermain badminton, bila terjaga, aku rasa letih dan penat yang amat sangat, sampai berpeluh-peluh. Sabar jelah. Hahaha, lawak pun ada. Sehinggakan kawan-kawan outdoor aku cakap, cepatlah kau bersalin, manusia lasak macam kau ni memang tak boleh hidup dalam dunia manusia pasif. Boleh dapat sakit yang lebih teruk. Iyer ke?

Suami aku pun tiba-tiba bersuara, memang pun. Kalau dia sakit, baru dia nak terfikir nak berehat, macam sekarang ni, tak bermaya, terpaksalah jadi manusia pasif sekejap, cuba kalau dia sihat, lupa diri yang dia tu mengandung, berlarilah, macam-macam dia nak buat. Tak apalah, biar dia dalam keadaan macam ni sekejap, tak larat, tak bermaya, mabuk teruk, kang kalau larat ada je dia nak buat, tak reti nak duduk diam. Apaaa? Suami aku pun cakap macam tu, sabar jelah. tak patut betul. Eeee!

Tak apa, tak apa, aku cuti setahun je, lepas ni aku akan kembali aktif, dah lama tak main badminton, rasa badan berat semacam je walaupun seluar, jam tangan dan cincin aku semakin longgar.
Tapi, mujur jugaklah aku berhadapan dengan kawan-kawan dan suami yang memahami.

Semasa entry ni aku habiskan, aku sedang menikmati roti Gardenia berperisa coklat 70 sen tu. Puncanya sebab aku dah lapar, tadi tengah hari dah melantak nasi, pagi tadi pun makan nasi lemak dah, sekarang dah lapar lagi. Sabau jelah. pastu kang uwekkkkkkkk uwekkkkkkk uwekkkkkkkkkkkkkkk

7 Perkara yang wajib kita tinggalkan

1. Tinggalkan pandangan liar akan dapat tekun dan khusyuk.


2. Tinggalkan bercakap banyak akan dapat hikmah dan bijaksana.

3. Tinggalkan makan banyak akan dapat sihat dan rajin beribadah.

4. Tinggalkan melihat aib orang akan dapat melihat aib diri.

5. Tinggalkan memikirkan zat Allah akan lepas dari keraguan dan munafik.

6. Tinggalkan banyak tidur akan terlepas dari papa.

7. Tinggalkan makan haram akan hidup hati dan kabul doa.

8. Tinggalkan makan syubahat akan jernih hati dan kuat agama.

9. Tinggalkan maksiat akan dapat terang hati dan manis ibadah.

10. Tinggalkan cinta dunia akan dapat mencintai Allah.

11. Tinggalkan riak, ujub dan takabur akan terlepas dari syirik halus dan diterima ibadah.

12. Tinggalkan da’wi akan dapat tawadduk. (da’wi iaitu mengaku diri kita terbaik).

Tentang Qiamullail

Qiamullail bermaksud beribadah malam iaitu bangun pada 2/3 malam atau sekurang-kurangnya 1/3 akhir malam, bermula dari pukul 2.30 hingga terbit fajar pertama untuk beribadat kepada Allah SAW. Waktu ini adalah masa teristimewa dan turunnya Rahmat Allah SWT ke bumi dan amat sesuai untuk Qiamullail dengan melakukan solat-solat sunat dan berzikir kepada Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW: “Sehampir-hampir masa seseorang hamba Allah kepada Tuhannya ialah pada waktu tengah malam yang terakhir, maka kalau kamu berminat menjadi seorang dari orang-orang yang mengingati Allah pada saat yang tersebut, maka hendaklah kamu lakukannya.” (At-Tirmizi)

Ibadah Qiamullail sangat digalakan di dalam Islam. Qiamullail boleh dikerjakan secara berseorangan atau secara beramai-ramai. Orang yang mengamalkan Qiamullail akan diangkat darjat dan dihapuskan dosa2 mereka.

Nabi SAW bersabda; “Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang yang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah dosa.” (HR; Muslim)

Hebatnya Malam

Malam adalah waktu paling istimewa dan hebat. Allah SWT menyifatkannya sebagai malam yang berkat. Firman Allah SWT; “Dan lagi dalil yang terang (tanda kebesaran Allah) untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita;” (Yaa Siin 36:37)

Firman Allah SWT: “Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta dirikan solat Tahajud padanya sebagai solat tambahan bagimu. Semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Surah al-Isra’: 79)

Banyak perkara-perkara kerohanian berlaku pada waktu malam, contohnya Nabi Muhammad SAW mengalami Israk dan Mikraj pada waktu malam, al-Quran turun pada malam Lailatul Qadar, Allah SWTberdialog dengan Nabi Musa a.s. setelah baginda bermunajat selama 40 malam di Bukit Tursina juga berlaku pada waktu malam. Kitab-kitab terdahulu juga diturunkan pada waktu malam, Nabi Ibrahim menemui hakikat ketuhanan pada waktu malam dan baginda mendapat perintah Allah mengorbankan anaknya Ismail pun berlaku pada waktu malam.

Terdapat keistimewaan dan kekuatan luar biasa pada waktu malam. ( 5 Rahsia Qiamullail )

* Menghidupkan dan membuka mata batin/hati sebagaimana Nabi Ibrahim a.s. menemui hakikat ketuhanan yang sebenar.

* Dapat mendatangkan tumpuan atau kekhusyukan

* Dapat muhasabah kekuatan diri

* Mewujudkan keikhlasan dan kejujuran dalam beramal.

* Menghindari sifat riak kerana hanya melibatkan hubungan kita dengan Allah SWT sahaja.

Nas Keutamaan Mengamalkan Qiamullail

Orang-orang yang melalui malam hari dengan bersahur dan berdiri untuk Tuhan mereka itu maksudnya ialah orang-orang yang berqiamullail di malam hari semata-mata kerana Allah Ta’ala. Allah SWT juga bersaksi dan mengakui bahawa mereka itu ialah orang-orang yang beriman. Firman Allah Taala :

إِنَّمَا يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا الَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا خَرُّوا سُجَّدًا وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لاَ يَسْتَكْبِرُونَ , تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ , (السجدة : 15-16)

“Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan solat Tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.”

Apabila manusia mendekatkan diri kepada Allah maka Allah SWT mengatur dan menjamin kehidupannya. Rasulullah SAW menerangkan bahawa, Allah SWT berfirman:

“Manusia menjadi hampir dengan Daku apabila dia melakukan perbuatan yang Daku sukai iaitu amalan fardhu yang diperintahkan kepadanya. Dia kemudian terus berusaha mendekatkan dirinya dengan-Ku dengan melakukan amalan sunat, sehingga Daku mencintainya. Apabila Daku mencintainya, maka Daku menjadi pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar. Daku juga menjadi penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, tangan yang dia gunakan untuk memegang dan kaki yang dia gunakan untuk berjalan. Apabila dia memohon sesuatu kepada-Ku, pasti Daku kabulkan. Apabila dia memohon perlindungan, pasti Daku memberikan perlindungan kepadanya”. (HR; Bukhari;)

Berkata Salman Al-Farisi, Rasulullah SAW. telah bersabda: “Hendaklah kamu mengerjakan Qiamullai, kerana ia ibadah kelaziman orang-orang soleh sebelum kamu dan juga menghampirkan kamu kepada Tuhan kamu, yang mengkafaratkan bagi kesalahan-kesalahan, mencegah dari berbuat dusta dan membuang penyakit dari tubuh badan”.

Berkata Abdullah bin Muslim, Rasulullah SAW bersabda: “Wahai manusia! Kamu tebarkanlah salam, berjamulah makanan, hubungilah silaturrahim, dan kerjakanlah solat waktu malam dikala manusia sedang tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan selamat”. (Hadis Riwayat Tirmizi)

Dan berkata Suhal b. Saad : Telah datang Jibril kepada Rasulullah SAW, lalu berkata: “Hai Muhammad! Hiduplah atas apa cara yang tuan hamba mahu kerana tuan hamba akan mati, kerjakanlah apa yang tuan hamba mahu kerana dengannya tuan hamba akan dibalas, dan cintailah sesiapa yang tuan hamba mahu kerana tuan hamba akan meninggalkannya. Dan ketahuilah bahawa kemuliaan seseorang mukmin itu ialah Qiamullai dan harga dirinya ialah terkayanya (tidak meminta-minta) dari manusia.”

FADILAT QIAMULAIL

1. sentiasa mendapat keredaan dan pengawasan Allah.

2. memudahkan menyeberangi jambatan siratulmustakim.

3. Saat mustajab doa dikabulkan Allah.

Jabir mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Pada malam hari, ada satu saat (yang berkat) yang jika seseorang Muslim menepati saat itu dan berdoa kepada Allah meminta keberkatan dunia dan akhirat, nescaya Allah kabulkan doanya. Saat itu wujud pada setiap malam.”

HIKMAH QIAMULAIL

Bangun bersolat dan bertasbih pada sebahagian malam akan;

1. Ayat-ayat bacaannya lebih sempurna dan betul.

2. Membawa kesan iman yang mendalam