~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Selasa, 9 November 2010

Bukan roadtax dan driving license je kena renew

Daripada Abu Hurairah r.a., berkata Rasulullah s.a.w. bersabda, "Perbaharui iman kamu semua." Beliau ditanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana kami memperbaharui iman kami?" Beliau bersabda, "Perbanyakkan kamu semua mengucap "Laa ilaaha illallaah" (tiada tuhan melainkan Allah)"

(Riwayat Ahmad dan Thabrani di dalam At Targhib, isnad Ahmad adalah hassan)

Nota tambahan, semalam semasa on the way pulang ke rumah, aku ada dengar radio IKIM mengatakan sekiranya mengucap "Laa ilaaha illallaah" (tiada tuhan melainkan Allah)"  sebanyak 100x, syaitan akan menjauh. Cubalah. Berbaloi. Kalimah ini sangat agung!!!