~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Rabu, 9 Mac 2011

Lumpuh separuh badan

9 March. Semalam adalah kali ke 3 aku berpindah tempat duduk selama aku berada di dalam department ini. Penatnya terasa sehingga ke hari ini. Sakit seluruh badan. Bekerja keras sungguh aku semalam. Aku mengerah tenaga yang maksimum untuk mengalihkan kabinet yang berlambak-lambak, kerusi meja dan macam-macam benda. Syukurlah aku dibantu oleh akak-akak yang prihatin. Malangnya, jejaka-jejaka melayu terakhir hanya tolong melihat. Agak tergugat kesabaran aku. Tapi aku sekadar mendiamkan diri, sebab aku rasa masih mampu menolak kabinet besi dan kabinet kayu itu walaupun separuh tenaga aku dah hilang.

Kelihatan akak-akak department aku dah mula merungut dan mulalah mengutuk kaum adam tadi yang berat tulang. Aku masih mendiamkan diri. Menyampuk tidak, mengiyakan pun tidak. Sebab aku dah faham, ini bukan kali pertama mereka berkira kudrat dan tenaga mereka. Aku meneruskan kerja seperti biasa walhal aku kepenatan. Kesannya hari ni aku terasa macam lumpuh separuh badan.

Betapa sakitnya seluruh tubuh badan aku. Nampak sangat kudrat aku dah tak seperti dulu. Dulu setakat buat kerja berat begini, apalah sangat kan. Gunung berapi boleh didaki, KL tower boleh aku panjat anak tangganya, nak tangga batu caves boleh aku buat tawaf 5 kali, penang bridge boleh aku berlari, tapi sekarang semua itu hanya tinggal sejarah. Aku penat yang melampau. Jem yang teruk pagi tadi pula hampir membunuh semangat aku untuk datang kerja pagi tadi.

Pergerakan aku sekarang menjadi agak terbatas. Setiap pergerakan aku rasa sakit. Seawal pagi ni pun aku dah rasa lesu. Walaupun semalam aku dihalang keras menolak dan memindahkan kabinet besi dan kayu yang berat itu, dikhuatiri peranakan aku jatuh, namun apa daya kami semua kerana staff lelaki hanya pandang sebelah mata. Kalau aku tak korbankan tenaga sendiri, aku nak libatkan siapa lagi. Mujurlah staff lelaki daripada department admin sudi membantu, itu pun setelah seorang akak yang dah hilang kesabaran mengambil tindakan mengarahkan mereka supaya tidak sekadar melihat semata. Lagipun bukan sekadar barang-barang aku yang kena pindah, barang tersebut melibatkan dokumen dan fail keseluruhan department aku yang melibatkan 25 orang staff disimpan dalam kabinet. Maka, mereka sewajarnya bekerjasama memindahkan dokumen tersebut bersama-sama. Aku boleh je lepas tangan, sudahkan pemindahan barang bahagian aku dan bahagian mereka aku biarkan, tapi sesungguhnya aku tak sampai hati.
Entahlah, kadang-kadang aku tak faham dengan mentaliti kelakian mereka. Aku sedar aku tak layak pun bersuara walaupun ada yang sudah menjadi suami orang. Takkan tak faham lagi. Akhirnya, aku yang menanggung sakit seluruh badan. Aku tak naklah mengharapkan sepenuhnya bantuan akak-akak yang 'kebal' feminin mereka. Maka, dengan berkebaya semalam itulah aku mengheret, menolak, menarik dan memindahkan kabinet-kabinet yang sesungguhnya amat berat. Rasanya keluar segala peluh jantan, peluh betina dan peluh ala-ala. Hahahaha

Walaubagaimanapun, aku ambil semuanya dengan positif. Secara tak langsung aku dapat exersises. Secara tak langsung aku dah bakar kalori. Secara tak langsung mengantuk aku kan hilang. Ni kaedah pujuk diri sendirilah ni.

Ustaz ada cakap, berdoalah begini setiap kali rasa terbeban dengan sesuatu. Ya Allah, bagilah aku pahala atas apa yang berlaku ini. Sesungguhnya dengan izin Mu aku mampu bersabar dan menghadapi semua ini dengan reda.

Aku kembali ceria. Aku teringat suatu kisah. Kawan aku pernah mengadu pada aku suaminya enggan bekerjasama membantu urusan kerja-kerja rumah, atas alasan kerja rumah hanya tugasan seorang isteri. Aku ketawa dan tumpang bersimpati. Setahu aku tak de pun termaktub sebegitu. Perlu ada toleransi dalam pengagihan kerja-kerja rumah apatah si isteri pun bekerja.

Maka, jawab aku pada kawan aku. Dalam apa jua keadaan, perlu ada term & condition, rules & regulation. Termasuk dalam hubungan suami isteri. Supaya segalanya nampak jelas, terang lagi bersuluh. Bukan untuk memihak kepada mana-mana pihak, tapi untuk kebaikan bersama. Dikhuatiri di masa akan datang ada sesi tak puas hati. Maka, term & condition tadi barangkali dapat membantu. Lalu, jangan ambil remeh perkara ini.

Maka, aku berseru, wujudkanlah term & condition. Dalam banyak perkara kadang-kadang kita kena bertegas. Kita kena tahu hak kita, tapi janganlah sampai melampaui batas kan?

Mmm... agaknya apa list term & condition yang aku nak buat pada sang suami ni yer? hehehe

P/S : Kawan aku ada minta pendapat aku, perlukah dia kembali kepada ex boyfriendnya apabila si jejaka tersebut beriya berjanji tidak akan curang lagi? Aku jawab terpulang, tapi pastikan wujudkan term & condition. Biar si jejaka tadi nampak yang kita pun ada maruah, harga diri dan matlamat yang jelas dalam sebuah perhubungan.

Selamat mencuba

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum WBH

ok jugak tu..setiap apapun kena ada term & condition baru ade sistem..hatta dalam urusan rumah tangga..MDT setuju sgt2..

Kakcik Seroja berkata...

Ego apakah yang dipegang oleh lelaki yang hanya tahu memandang itu? :(

Jaga kesiahatan, dik. Tak lama lagi dah nak jadi isteri orang. :)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

mak dara : meh kita sama2 amalkan utk kebaikan semua pihak :-)

kakcik : thanks atas nasihat, tp betul ke kalau angkat benda berat peranakan boleh jatuh? ngeri lak rasa

Norsha berkata...

entahlah ye....susah betul nk cakap dengan kaum adam ni. Kat tempat kerja akak pun sama, yg rajin buat kerja sebahagian besarnya kaum hawa, kdg2 kaum adam ni jadi tukang tgk je....pelik2 (err...tapi ada juga kaum adam yg rajin dan tiptop kerjanya..bukan semuanya malas....kang marahlak diorang)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

norsha : a'ahh, tak semuanya malas

itu saya setuju, ada yg jauh lebih rajin drpd kaum hawa :-)