~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Jumaat, 30 September 2011

Kisah sekotak kurma




Semalam, selesai makan malam, semasa mengemas dapur, aku lihat masih ada berbaki sekotak kurma yang belum terusik. Gara-gara kurma ni tak habis bukan kerana aku dan suami tak suka kurma tapi ofis aku lah ni puncanya, last-last minute baru nak kasi kurma pada staff yakni dah hujung Ramadhan baru nak kasi lagi 2 kotak kurma. So, tak ada siapa nak makan sebab kurma dah ada banyak stok dalam rumah.

Supaya tragedi tahun lepas tak berulang di mana kurma aku tahun lepas aku lupa nak makan dan akhirnya membusuk begitu sahaja dan terpaksa dibuang, maka, aku dapat ilham untuk buat jus kurma dan agar-agar kurma. Segera aku bekerja keras merealisasikannya :-)

Jus kurma memang favourite akulah, sebab tiap kali menjelangnya Ramadhan, aku wajib cari jus kurma selain air kathira. Tapi agar-agar kurma semalam 1st time aku buat. Maka, aku dah ambil tindakan bijak di mana aku tak membazir buah kurma. Alhamdulillah, satu pembaziran dapat dielakkan.







Untuk yang berminat

Khamis, 29 September 2011

Bengkel Penulisan


Boleh rujuk di blog ini

Tafsiran - Surah Al Fatihah

Aku pernah tanya orang sekeliling aku secara rambang, secara rawak, maksud dan makna al fatihah. Tapi ramai yang tak tahu. Padahal teknologi di hujung jari je kan. Kat sini aku paste kan makna surah al fatihah untuk kita selami.

p/s : entry ni aku tujukan untuk diri sendiri juga yang mudah alpa. Aku manusia yang mudah lupa.

[1]

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[2]

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

[3]

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[4]

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

[5]

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

[6]

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

[7]

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
 
p/s lagi : yang aku highlightkan merah tu, ustaz selalu cakap, ayat tu ayat amaran tu, supaya kita sentiasa sedar siapakah kita kat bumi Tuhan ni.

Tentang Jin Asyiq

Jin Asyiq adalah gelaran bagi jin yang jatuh cinta atau suka kepada manusia sama ada jin jantan suka pada manusia perempuan atau jin betina jatuh cinta pada manusia lelaki..ataupun suka kepada kaum sejenis (homoseks@lesbian). Jin asyik akan menjadikan manusia yang dia cintai itu sebagai kekasihnya atau teman hidupnya dalam keadaan manusia tersebut tidak mengetahuinya.

PUNCA BERLAKUNYA JIN ASYIQ

Terdapat banyak faktor timbulnya jin asyik pada diri seseorang. Antaranya:

1. Selalu suka bersendirian tanpa melakukan aktiviti yang berfaedah

2. Wajah atau perawakan manusia yang cantik atau tampan yang mempesonakan sesiapa saja yang melihatnya.

3. Terpesona dengan budi bahasa dan akhlak seseorang.

4. Tidak menjaga aurat walaupun bersendirian.

5. Terlalu lama di dalam bilik air/ tandas.

TANDA-TANDA SESEORANG ITU MEMILIKI JIN ASYIQ

1. Selalu merasa tidak puas hati pada pasangan

2. Kurang terangsang apabila melakukan persetubuhan dengan pasangan.

3. Terbayang wanita @ lelaki lain apabila bersama pasangan.

4. Terasa sakit pada kemaluan secara tiba-tiba.

5. Sentiasa bergaduh dengan pasangan.

6. Selalu bermimpi gadis @ lelaki yang tidak dikenali.

7. Terasa seperti disentuh atau dibelai.

8. Tidak suka kepada lelaki / wanita baik yang ingin berkenalan dengannya.

9. Menjauhkan diri dari aktiviti keagamaan.

CARA MENGHINDARI JIN ‘ASYIK

1. Rajin menuntut ilmu khususnya yang berkaitan dengan jin supaya dapat mengetahui dengan lebih awal tanda2 gangguan jin.

2. Selalu membaca al-Quran dan rajin berzikir

3. Mengamalkan zikir pagi dan petang.

4. Elakkan diri dari melakukan perkara-perkara yang menjadi faktor timbulnya jin Asyik.

5. Menjaga kebersihan diri, pakaian dan tempat tinggal.

Rabu, 28 September 2011

Seminar Pikat Remaja dengan Kata-kata

4 Perkara mengeraskan hati orang mukmin


1- Perut yang kenyang (penuh).

2- Kawan yang busuk.

3- Lupa terhadap dosa-dosa yang lalu.

4- Panjang angan-angan sedangkan seharusnya seorang muslim pendek angan-angan sebab ia tidak mengetahui dalam malas yang mana ia akan mati dan dalam langkah mana ia akan mati.

Kitab Tanbihul Ghafilin

Selasa, 27 September 2011

Kubur kata mari

Tadi semasa kat mesin photostat, aku tengah dok scan document tender, sambil fikiran aku jauh melayang entah ke mana, tapi mata aku memandang whiteboard depan aku, tertera 27 September 2011, ditulis oleh secretary bos aku.

Laaaaaa, aku terjerit kecil. Kenapanya? mesin photostat sangkut lagi ke, tanya akak secretary dengan pandangan berkerut.

Taklah akak, saya baru realize dah nak masuk September lah. Cepat bebenor. Aku jawab dengan muka tak puas hati.

Akak secretary tidak menjawab, tapi hanya menggelengkan kepala, sebaliknya berkata, Kau ni cemas semacam, aku ingatkan mesin photostat rosak lagi. Eeeeeee....

Aku cuba mencongak, beberapa hari lagi masuk bulan October. Pastu November, akhirnya December, pastu January. Wahhhh, pastu umur aku bertambah lagi satu angka. Satu-satunya dalam hidup aku, yang tak akan turun ialah berat badan dan umur, korang pulak macam mana? Hahaha. Umur tu sudah pastilahkan, berat badan korang pula macam mana? Statik ke atau ada pasang surutnya?

Umur makin bertambah, amalan tak sebanyak mana. Bak kata seorang sahabat baik aku, kita ni dah boleh tempah lubang kubur dah ni sebab kubur kata mari.

Mmmm, takutlah aku, aku ni sibuk dengan urusan duniawi je. Celik mata sampailah nak pejam mata  semula kang, sibuk dengan duniawi. Jika dihitung, Allah bagi aku 24 jam sama je dengan orang lain, tapi orang lain mampu hafal al quran, aku, setakat surah Yassin bolehlah tunjuk lagak, surah lain, confirmlah kena buka kitab lah kalau nak baca.

Tiba-tiba aku rasa malu, macam ni ke nak masuk syurga. Ada hati gak tu nak masuk syurga. Orang lain sibuk menuntut ilmu agama dengan ribuan orang guru, pun masih tetap tak puas dengan ilmu agama yang ada seperti Imam Bukhari ada 1000 orang gurunya. Tapi aku ni sejauh mana sangat menuntut ilmu agama? Alah setakat attend kuliah Zohor dan tazkirah pagi Jumaat je, tak payahlah nak mendabik dada, tu pun belum tentu aku amal apa yang ustaz sampaikan.

Padahal aku dah sedia maklum, bila-bila sahaja malaikat maut akan datang mencabut nyawa. Kalau pahala beribu-ribu lemon tak apalah jugak, setakat ciput mampukah aku terlepas azab kubur?

Rupanya ramadhan penghulu segala bulan itu tak sepenuhnya mampu mendidik jiwa aku menjadi mukmin yang bertakwa. Menyedihkan.



6 Langkah orang mukmin dalam menghadapi Akhirat

1- Ilmu yang membawa ke Akhirat.

2- Kawan yang membantu melakukan taat kepada Allah SWT dan mencegah daripada melakukan maksiat.

3- Mengenal musuh dan berhati-hati daripadanya.

4- Memerhati ayat Allah SWT dan perubahan siang dengan malam.

5- Baik kepada semua orang supaya tidak ada musuhnya pada hari kiamat.

6- Siap menghadapi mati sebelum tibanya, supaya tidak kecewa pada hari kiamat.



Kitab Tanbihul Ghafilin,

Isnin, 26 September 2011

Kata-kata hikmah yang lebih bernilai daripada emas

1-Setiap kali bertambah ilmu, nescaya aku makin mengetahui betapa luasnya kejahilanku.

2-Setiap kali bertambah kecintaan pada diri sendiri, makin bertambah manusia membencinya.

3-Lidah tidak bertulang tetapi lidah dapat mematahkan tulang.

4-Berurusan dengan manusia sebagai mana kamu ingin dilayani semasa kamu berurusan dengan mereka.

AL FADHIL USTAZ  DR AHMAD TERMIZI AL JANGKANGI HADITH

Jumaat, 23 September 2011

Tazkirah tentang makan, makan dan makan

Allah kan dah cakap setiap perbuatan yang kita lakukan kat dunia ni akan dihisab walaupun sebesar zarah, tak kiralah samada perbuatan itu baik ataupun jahat.

Pagi tadi tazkirah ustaz adalah berkisar mengenai makan dan minum, maklumlahkan, bulan syawal di kenali sebagai bulan melantak sesedap rasa.

Ustaz cerita, ada 3 jenis makan yang Allah tak kan hisab, iaitu :-

1- apabila kita makan semasa berbuka - dengan syarat makanan tersebut halallah kan dan kenalah ada adabnya dan etikanya seperti baca doa sebelum dan sesudah makan. Mentang-mentang takkan dihisab, tak nak baca doa, tak berkatlah pula rezeki tersebut.

2- makan bersama tetamu

3- makan dengan kanak-kanak termasuklah anak atau adik sendiri.

3 perkara di atas takkan dihisab oleh Allah. Tu janji Allah, so, moral of  the story, mari kita amalkan.

Sebenarnya, masih ada banyak tazkirah yang disampaikan, aku simpan kat minda aku dulu, sebab aku tak ada idea nak susun ayat :-)

p/s : oh ya, ustaz ada cakap, kalau memberi makan kepada sesiapa yang lapar sehinga kenyang, Allah jarakkan api neraka daripada kita, jaraknya ialah 2 parit. Tahu tak 2 parit tu bersamaan 500 tahun kat dunia. Selamat menjamu orang makan ya. (jangan lupa jemput aku, ngeh ngeh ngeh!)

Tidur mampu menurunkan berat badan




JIKA anda mahu meningkatkan peluang mengurangkan berat badan, turunkan aras stres anda dan dapatkan tidur yang cukup.

Kajian terbaharu Kaiser Permanente menunjukkan orang yang cuba menghilangkan 10 paun berat badan akan lebih mudah mencapai matlamat itu jika mereka tidak tertekan dan tidur lebih enam jam. Bagaimanapun, pastikan tidur itu tidak melebihi lapan jam setiap malam.

Penyelidikan yang turut disiarkan dalam International Journal of Obesity pada 29 Mac lalu secara keseluruhannya melibatkan hampir 500 responden.

Antara yang soalan-soalan yang ditanya meliputi waktu tidur responden, tekanan dan tahap kemurungan.

Waktu menonton televisyen dan skrin komputer yang sering dikaitkan dengan kehilangan berat badan turut diselidiki.

p/s : sumber KOSMO

Khamis, 22 September 2011

Pantang baring

Masih dalam mood majlis raya. Tadi masa makan ramai-ramai, kebetulan ada seorang 'key person' makan bersama aku dan rakan-rakan lain. Kebetulan dia seorang sahaja lelaki di kalangan kumpulan kami. Dia ni adalah bos untuk department lain. Tapi, dia yang paling banyak mengeluarkan topik. Dia ni makan sampai berpeluh-peluh. Dah ramai aku jumpa golongan manusia bila mana time makan je sure keluar peluh macam baru berlari pecut 100 meter.

Diaorang semua masih rancak bercerita. Cerita pasal makanlah topik utamanya. Aku lebih gemar layan makanan daripada berborak, sebab aku betul-betul nak menikmati makanan aku. Entah tiba-tiba aku sambung menyampuk.

Kemudian, aku dicuit oleh rakan sebelah, dia kata pada aku, akak ni kalau dah mula bercakap sure ala-ala islamik. Dia kemudiannya ketawa dan tersengih.

Haaa, ye ke? Yelah, dah lama Yana (bukan nama sebenar, tapi aku suka guna pakai nama ni), perasanlah, kalau bercakap dah ala-ala ustazah.

Aku tidak menjawab, sebaliknya aku ajukan persoalan, suka ke tidak? Aku pandang dia dengan wajah kerang busuk, mohon pencerahanlah tu konon.

Yana sukalah, at least sampai rumah sebelum tidur kang kadang-kadang Yana terfikir apa akak cakap tau tak?

Laaaa, bagusnya macam tu,  aku ni tidak pula sempat macam tu, sebab pantang letak kepala, terus lelap, tak sempat nak fikir masalah dunia mahupun akhirat. Aku jawab dengan ketawa bersambung-sambung.

Baguslah akak ni, si Yana pulak kata, orang tua kata senang tidur ni nikmat dunia tau, tak semua orang macam akaklah. Tu kira bertuahlah tu.

Aku jawab, hmmmmm tak jugak, kadang-kadang niat nak baring je, pastu terlelap sampai Subuh. Tu bahayanya kalau aku baring, so aku pantang sikit bab-bab baring ni, confirm terlelap, tak kiralah celah batu ke, atas akar kayu ke, atas katil lagilahkan, confirmlah 100%. So, kalau ada niat nak buat kerja rumah, atau nak buat amal ibadah, aku memang tak boleh baring walau sekejap cuma, pastilah tertangguh semua kerja duniawi atau pun akhirat, sebab dah 'mati'.

Begitulah kira-kiranya topik aku dengan dia. Akhirnya sambung makan 'berjabu-jabu', sehinggakan tak ada ruang udara untuk perut aku, boleh gitu? Takdelah (coverlah kononnnn)

Sepasang kurung biru

Hari ni ada majlis jamuan raya kat ofis aku. Staff digalakkan memakai berbaju raya, baju kurung atau kebaya atau jubah raya bagi muslimat dan baju melayu bagi muslimin. Pada muslimat, mungkin tak nampak kelainan, tapi pada muslimin mungkin nampak berbeza dengan pakaian baju Melayu.

Memandangkan aku memang tak ada baju raya pada tahun ni, aku pakailah baju raya aku tahun 2009. Baju ni memang aku jarang pakai sebab agak ala-ala pengantin jenis kainnya. Kalau aku pakai pun biasanya pergi majlis kahwin atau ada majlis kat hotel sahaja. Seganlah nak pakai baju ni kalau ke ofis, yelah, aku ni bukan jenis bergaya pun.

Sesungguhnya ramalanku benar belaka. Ramai yang sangka baju ni baju kahwin aku masa kenduri kat kampung suami. Dan ramai juga cakap baju aku ni baju tunang aku yang lepas. Semuanya salah aku cakap. Baju ni baju raya aku tahun 2009, beli kat tepi Jalan TAR sahaja, kiranya kes bidan terjun sebab baju raya aku pada tahun tersebut tak sempat siap. Kan baju kahwin aku kat kampung suami colornya hijau lumut. Ni color maroon maaa, aku sambung jawab.

Kemudian, ada juga suara-suara yang cakap, laaa, kau muat lagi ek baju tahun 2009, kalau aku, sure lah tak muat dah. Aku cakap muatlah. Masih muat. Sambung seorang rakan lain menyampuk, kalau korang nak tahu, dia ni baju zaman sekolah menengah pun dia masih boleh pakai. Haaa ye ke? Yelah aku jawab. Sayang aku nak buang, sebab kualitinya masih elok, cuma kalau tengok kainnya tu dah zaman pak kadoklah, tapi trend kain tu dah diguna pakaikan semula pada zaman sekarang.

Tujuan aku tulis entry ni bukan nak mendabik dada kononnya aku masih maintain kurus. Untuk pengetahuan, aku bukanlah kurus sekeping dan aku tidaklah berisi. Apa yang aku nak sampaikan, memang aku masih ada stok baju kurung lama-lama yang masih elok dipakai, dan masih nampak baru, sebab aku memang jarang pakai baju kurung selama ni kat luar, kecuali ada majlis kenduri kahwin atau kematian.

Kebanyakan koleksi stok baju kurung aku adalah sejak zaman sekolah dan awal tahun 2000. Selebihnya adalah tahun 2005 ke atas, tu pun boleh dihitung dengan jari. Jangan fikir aku tak gemar berbaju tradisional ya, aku sangatlah selesa memakainya. Tapi, aku hanya pakai baju kurung di ofis, dan apabila baju-baju masih elok dipakai, aku sayang nak buang. Sebenarnya dah banyak jugak stok baju aku disedekahkan secara rawak pada yang memerlukan seperti kes tsunami suatu tika dulu. Tapi stok baju aku masih banyak, sebab tu sehingga kini aku jarang tempah baju kurung. Aku dah rasa membazir sangat kalau aku tambahkan koleksi baju sebab baju yang aku rotate sekarang 2 -3 bulan kemudian baru aku jumpa dan pakai semula. Nampak tak, betapa aku dah buat pembaziran kat sini. Ni zaman jahiliahlah ni, masa tu nak bergaya je nawaitunya. Ishhhhh

Maka, sekarang, dalam setahun boleh dibilang dengan jari kuantiti baju yang aku tempah. Bukan aku tak suka pakai, tapi aku dah tak nak membazir, banyak lagi baju aku yang masih elok untuk dipakai. Lagipun aku bukan pengikut setia trend kain daripada semasa ke semasa.

Baju zaman sekolah menengah memang masih ada, tapi cuma 2 pasang tu yang aku memang sayang nak buang, dan masih elok dipakai, cuma kalau perasan, pendek sikit kat lengan, tapi masih menutup aurat. Tapi saiz pinggang dan bahu tetap tak berubah.

Aku bersyukur sebab saiz badan aku tak banyak berubah, cuma pipi jelah kot sentiasa kembang.

So, kat sini, aku dah ambil langkah berjimat sebenarnya. Dan setiap baju sebenarnya ada nilai estetika tersendiri :-)

p/s : tajuk di atas adalah sempena lagu raya je :-)


Jangan tertipu dengan bau

Kawan aku pernah cakap, kalau sedang memasak, masakan tu dah bau wangi semerbak, tu tandanya masakan tersebut memang confirm sedap. Betul ke korang? Bagilah pendapat.

Semalam, suami aku beli buah mangga daripada pasar borong. Dalam plastik tu. adalah lebih kurang hampir 10 biji. Aku tak pasti ia mangga daripada kategori mana, yang pasti kami teruja dengan baunya yang semerbak harum.

Bila dibelah dan dirasa seulas, 2 ulas 3 ulas dan seterusnya buah tersebut rasanya sungguh tak sedap. Aku cakaplah pada suami, jangan tertipu dengan bau.

Itu sahaja. entahlah entry ni korang faham ke tidak. maaflah atas susunan ayat yang tidak proper.

3 Darjat Kebesaran Anugerah Allah SWT kepada mereka yang Qiamullail

1- Sesiapa berjaga malam dan membaca 10 ayat daripada Al-Quran dia terselamat daripada tergolong dalam golongan yang lalai.

2- Sesiapa berjaga malam dan membaca 100 ayat daripada Al-Quran akan mendapat gelaran القانتين yang membawa makna Golongan yang sentaiasa Taat kepada arahan Allah SWT.

3- Sesiapa berjaga malam dan membaca 1000 ayat daripada Al-Quran akan mendapat gelaran المقنطرين yang membawa maksud Golongan yang memiliki jiwa yang bersih.

p/s : semalam ustaz ada cakap semasa kuliah Zohor, untunglah barang siapa yang rajin berpuasa sunat especially, apabila bangun sahur secara tak langsung dapat Qiamullail :-)

Rabu, 21 September 2011

Cerita rakyat yang banyak moralnya...

Ketika musim kemarau baru sahaja mula, seekor Burung Pipit mulai merasakan tubuhnya kepanasan, lalu mengeluh pada lingkungan yang dituduhnya tidak bersahabat. Dia lalu memutuskan untuk meninggalkan tempat yang sejak dahulu menjadi habitatnya, terbang jauh ke utara yang konon khabarnya, udaranya selalu dingin dan sejuk.

Benar, lama kelamaan dia merasakan kesejukan udara, makin ke utara makin sejuk, dia semakin bersemangat memacu terbangnya lebih ke utara lagi.

Terbawa oleh nafsu, dia tak merasakan sayapnya yang mulai terlekat salji, makin lama makin tebal, dan akhirnya dia jatuh ke tanah kerana tubuhnya diselaputi salji. Sampai ke tanah, salji yang menyelaputi sayapnya justeru semakin bertambah tebal. Si Burung pipit tak mampu berbuat apa apa, menyangka bahawa riwayatnya telah tamat. Dia merintih menyesali nasibnya.

Mendengar suara rintihan, seekor Kerbau yang kebetulan lalu datang menghampirinya. Namun si Burung kecewa mengapa yang datang hanya seekor Kerbau, dia mengherdik si Kerbau agar menjauh dan mengatakan bahawa makhluk yang tolol tak mungkin mampu berbuat sesuatu untuk menolongnya. Si Kerbau tidak banyak bicara, dia hanya berdiri, kemudian kencing tepat diatas burung tersebut. Si Burung Pipit semakin marah dan memaki-maki si Kerbau. Lagi-lagi Si kerbau tidak bersuara, dia maju satu langkah lagi, dan mengeluarkan kotoran ke atas tubuh si burung. Seketika itu si Burung tidak dapat bersuara kerana tertimbun kotoran kerbau. Si Burung menjadi pasrah dan berfikir bahawa dia pasti akan mati kerana tak dapat bernafas.

Namun perlahan-lahan, dia merasakan kehangatan, salji yang membeku pada bulunya meleleh sedikit demi sedikit oleh hangatnya tahi kerbau, dia dapat bernafas lega dan melihat kembali langit yang cerah. Si Burung Pipit berteriak kegirangan, bernyanyi sepuas- puasnya.

Mendengar ada suara burung bernyanyi, seekor anak kucing menghampiri sumber suara, menghulurkan tangannya, mengais tubuh si burung dan kemudian menimang-nimang, menjilati, mengelus dan membersihkan sisa-sisa salji yang masih melekat pada bulu si burung. Setelah bulunya bersih, Si Burung bernyanyi dan menari kegirangan, dia berfikir telah mendapatkan teman yang ramah dan baik hati.

Namun apa yang terjadi kemudian, seketika itu juga dunia terasa gelap gelita bagi si Burung, dan tamatlah riwayat si Burung Pipit ditelan oleh si Kucing.

Dari kisah ini, banyak pesanan moral yang dapat dimanfaatkan sebagai pelajaran:

Halaman tetangga yang nampak lebih hijau, belum tentu sesuai buat kita. Baik dan buruknya penampilan, jangan dijadikan sebagai satu- satunya ukuran. Apa yang pada mulanya terasa pahit dan tidak enak, kadang kadang boleh berbalik membawa hikmah yang menyenangkan, dan demikian pula sebaliknya. Ketika kita baru sahaja mendapat kenikmatan, jangan lupa dan jangan terburu nafsu, agar tidak menyesal kelak. Waspadalah terhadap Orang yang memberikan janji yang berlebihan.

P/S: Bukankah ALLAH ada berpesan dalam Al-Quran..barangkali yang kita suka itu tak elok buat kita, dan barangkali yang kita benci itu sebenarnya yang terbaik untuk kita…

Sama-samalah kita beringat, supaya kita tidak termasuk dalam golongan yang rugi…

Kadar penggunaan gula

Berapa kerapkah korang membeli sepaket gula dalam setahun? Aku tahu tahap penggunaan gula di kalangan kita tak sama, seperti peniaga kedai makan pasti menggunakan dalam kuantiti yang memang banyak. Begitu juga pada peniaga part time kek, biskut raya dll. Pada mereka, sepaket setahun adalah mustahil. Tapi tidak pada aku.

Aku pula hanya menggunakan gula dalam masakan. Selama aku duduk di rumah aku yang sekarang, aku hanya menggunakan sekampit gula untuk lebih satu tahun. Aku tak pasti pulak jangka hayat gula ni. Aku tak pernah menggunakan gula dalam minuman sebab aku memang sengaja elakkan minum selain air masak putih di rumah. Maka, kat sini aku dah berjimat dalam penggunaan gula. Air sejuk berais pun aku takkan minum di rumah.

Setelah aku berkahwin 5 bulan, akhirnya gula yang setahun lebih tu habis jua sebelum syawal hari tu. Nampak tak, betapa minimanya aku gunakan gula. Suami aku pula kebetulan sama macam aku, tak nak minum minuman selain air masak putih di rumah sebab alasan diberi dia dah minum air manis di luar atau di ofis, so dia minum air masak putih sahaja apabila di rumah. Dia tak nak jatuh sakit dengan asyik minum minuman yang bergula. So, akulah manusia paling gembira, sebab tak payah susah payah sediakan teh atau kopi padanya especially masa sahur. Hehehe. Suami aku hanya akan minum minuman seperti itu hanya sekiranya ada tetamu datang bertandang. Aku pun sama, hanya minum bila tetamu ada di rumah.

Maka, apa yang berlaku, sepanjang syawal ni, ramai jugak tetamu yang datang menziarahi kami termasuklah saudara mara dan kawan-kawan. Tahu tak, sepaket gula yang aku beli selepas hari raya ke3 tu terus habis minggu lepas. Sebab aku banyak sediakan minuman panas dan sejuk silih berganti pada tetamu yakni aku dah menggunakan gula.

Dan, aku tersenyum sorang-sorang semasa membeli gula beberapa hari lepas. Tahu tak kenapa aku senyum? Sebab aku sedang berkira-kira, agaknya entah bila pulak gula ni nak habis? Hahahahaa

aku tutup dengan tasbih kaffarah

Selasa, 20 September 2011

Kisah pisang & hati

p/s : entry ni copy paste semata

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam.

Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungutdan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Mayam.

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci…!

4 Perkara yang lebih buruk kedudukannya

1- Perbuatan dosa yang dilakukan oleh orang muda yang bodoh adalah buruk, tetapi ianya lebih buruk jika dilakukan oleh kaum tua.

2- Sibuk dengan urusan duniawi oleh orang bodoh itu adalah buruk, tetapi lebih buruk lagi jika orang alim sibuk dengan urusan duniawi.

3- Malas beribadat orang awam adalah buruk tetapi lebih buruk apabila orang alim malas beribadat.

4- Berperangai sombong bagi orang kaya adalah buruk tetapi lebih buruk lagi apabila orang fakir berperangai sombong.

Isnin, 19 September 2011

Nawaitu buat open house

Biasanya sesuatu yang dilakukan bersebab kan. Dan setiap orang ada sebab masing-masing kenapa menganjurkan open house. Aku nak senaraikan secara rawak kenapa orang buat open house.

1-niat nak berkumpul dengan kawan-kawan ofis, kawan-kawan zaman belajar, kawan-kawan sekolah rendah dan menengah, kawan-kawan dalam blog, kawan-kawan dalam FB dll

2- niat nak kumpul sesama saudara-mara

3-niat nak eratkan silatulrahim.

Tapi, ada jugak ada nawaitu tertentu seperti

1-nak tunjuk perabot baru dalam rumah

2-nak tunjuk rumah ada buat sesi renovation

3-nak tunjuk pinggan mangkuk yang mahal

4-juga ada yang nak tunjuk kereta baru

Kalau niat yang macam ni, aku rasa open house tadi tak mencapai matlamat yang sebenarnya dalam Islam. Kemungkinan dapat koleksi dosa lagi. Aku tak nafikan ada di kalangan saudara aku sendiri yang buat open house atas tiket nak menunjuk perabot jati yang baru dibelinya. Kitaorang yang dah memahami sikapnya itu hanya sekadar mengiyakan sahaja. Semoga Allah buka pintunya hatinya.

Ada juga yang buat open house atas dasar nak berlagak dan berlumba-lumba dengan juadah yang disediakan. Ini kisah benar, ada seorang kawan aku, tiap-tiap tahun open housenya mesti ada menu 1 ekor kambing golek, maka yang seorang lagi tak puas hati, tahun seterusnya dia buat jugak open house 7 ekor kambing golek. Nampak tak, sesi berlumba-lumba ni bakal mengundang pembaziran.

Walaupun aku tahu zaman junjungan besar baginda Rasullullah tak ada pernah buat sesi open house, tapi amalan mulia sebegini wajar juga diamalkan dalam zaman manusia yang sudah tidak lagi mengamalkan konsep 'menjaga tepi kain orang ni'. Amalan sebegini sangatlah sesuai dengan zaman kini di mana semua orang saling mementingkan diri sendiri, keluarga sendiri dan kadang kala langsung tak kenal jiran sebelah rumah. Maka, open house tadilah yang mengeratkan hubungan jiran tetangga tadi. Tapi, open house tetap juga tak mencapai matlamat sekiranya jiran sebelah rumah langsung tidak dijemput.

Nampakkan, pelbagai ragam manusia dalam menjayakan open house di rumah masing-masing. Kemudian, bila bertemu patutnya banyak cakap tentang kebesaran Allah dan Rasul, tapi perasan tak, banyak yang cakap topik tentang keduniaan. Contoh, wahhh, kereta baru, cat rumah pun baru, perabot baru...

Bukan aku anti cakap keduniaan, tapi aku tak suka kalau cakap pasal keduniaan semata-mata. Kita ni hamba Allah, lebihlah bercakap tentang Pencipta kita. Betul tak? Aku ingatkan diri sendiri.

Tapi, jauh di sudut hati, aku sangat-sangat kagum pada mereka yang buat open house ni. Aku terlebih kagum kepada mereka yang tak pernah miss buat open house ni. Tahu tak kenapa aku kagum? Sebab aku sendiri tak mampu nak buat open house macam tu, tak mampu di sini ialah kerana :-)

1-Aku tak terer masak apatah melibatkan juadah dalam kuantiti yang banyak sekaligus untuk dimakan oleh ramai orang. Aku masih dalam proses belajar memasak pelbagai menu termasuk pencuci mulut. Aku masih gagal kat sini. Setakat 1-2 juadah tu aku rasa mampu kot, tapi takkanlah aku nak sediakan juadah tu je kot. Kesianlah kat tetamu aku.

2-Rumah aku apartment je, kecik je, kalau aku jemput orang datang rumah aku, sure tak muat. Itu pasti, dahlah kawan-kawan aku dan kawan-kawan suami aku memanglah sangat ramai. Itu hari aku jemput saudara aku datang rumah, dalam 5 family, rumah aku dah penuh dan padat, dengan makanan pot lucknya, dan dah berterabur aku rasa.

3-Parking kat rumah aku tak 'user friendly'. Kalau tempat untuk visitor penuh, yang nak datang ke rumah aku kena parking kat luar, kesian mereka nak kena menapak jauh.

4-Barang-barang dalam rumah aku tidaklah selengkap mana. Contohnya tak ada pinggan mangkuk mahal dll

5-Aku jenis manusia yang tak reti nak 'served' semua orang dalam kadar serentak. Aku memang gagal kat sini. Kualiti aku 'served' akan jadi menurun apabila semua orang ada serentak dalam rumah aku. Macam wedding aku dulu lah, apabila semua orang datang serentak meraikan aku, masa aku bersama diaorang adalah terhad. Maybe penyelesaian kat sini, aku kena buat open house berperingkat-peringkat, contohnya budak ofis tengahari, manakala masa untuk saudara mara pula untuk sesi petang. Begitulah.

Hakikatnya, aku memang kagum pada mereka yang buat open house. Aku salutelah, korang sememangnya terer masak. Banyak aku kena belajar ni daripada korang.

Tahniah kepada mereka yang berjaya buat open house secara konsisten.




Selamat mencuba ya

Salam Syawal. 3 hari cuti puas menghadiri open house. Bagus open house ni sebenarnya kan selain dapat mengeratkan silatulrahim sesama Islam, secara tak langsung dapat memberi aku idea nak masak apa kat rumah. Contohnya, seperti rumah kawan ofis aku menjamu aku dan suami Nasi Daging, Nasi Hujan Panas, walaupun menu ni tidak asing pada aku, tapi aku tak pernah mencubanya di rumah. Aku nak try masaklah menu ni. So, hari ni kawan-kawan aku kongsikan 2 resepi Nasi Daging. Biasanya aku takkan rujuk pada satu resepi, malah kadang-kadang, aku refer berpuluh-puluh resepi hanya untuk dish yang sama.

Selamat mencuba


(sumber google)


p/s : kawan aku pernah cakap, kalau kita masak dengan ikhlas, insyaallah sedap.

Nasi Daging Resepi pilihan pertama

bahan-bahan : 4 orang makan

bahan A :

3 pot kecil beras Basmathi (direndam 3 jam)

250 g daging batang pinang (dihiris nipis atau dipotong kiub)

2 sudu makan serbuk rempah kurma (dibancuh dengan sedikit air)

2 helai daun pandan

80 ml susu cair

1 sudu makan puri tomato

2 helai daun limau purut

garam secukupnya

1 sudu kecil gula

1 sudu besar minyak sapi

bahan B :

5 biji bawang merah (dikisar)

3 ulas bawang putih (dikisar)

1/2 inci halia (dikisar)

1 sudu kecil jintan manis

rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang)

1 batang serai (diketuk)

Cara-cara :

Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan B hingga wangi.

Masukkan pes kurma dan puri tomato. Tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.

Kemudian masukkan daging, daun pandan, garam dan gula. Kacau rata-rata.

Masukkan air secukupnya dan masak hingga daging empuk (pastikan air rebusan daging sama dengan sukatan beras Basmathi...agak-agaklah yer)

Masukkan beras. Perlahankan api. Masak hingga nasi hampir kering. (boleh juga dimasak dengan menggunakan rice cooker selepas menumis bahan)

Tuangkan susu cair dan daun limau purut. Kacau perlahan-perlahan hingga rata dan sebati. Biarkan nasi masak sempurna.

Taburkan bawang goreng dan sedikit daun hirisan daun ketumbar pada nasi dan hidangkan bersama air asam serta lauk berkuah jika suka.


Nasi Daging 2

Bahan-bahan ( 5 orang )


1 kilo beras Basmathi

1/2 kilo daging

1 bungkus rempah sup bunjut Adabi

1 sudu besar rempah kurma

1 inci halia

1 batang kulit kayu manis

2 biji buah pelaga

Sedikit mentega/ minyak sapi

1/2 cawan tomato soup

1 cawan susu cair

sedikit garam

Cara-cara Rebus daging bersama rempah sup bunjut Adabi, rempah kurma dan sedikit garam.

Pastikan daging empuk. Simpan air rebusan daging untuk masak nasinya.

Basuh beras dan toskan.

Tumis halia, kulit kayu manis dan buah pelaga didalam periuk nasi hingga naik bau.

Masukkan beras dan kacau sekejap.

Masukkan air rebusan daging. Kalau beras (disukat) satu mangkuk pastikan air rebusan juga satu mangkuk.

Bila beras sudah agak kembang, masukkan tomato soup dan susu cair. Kacau dan biarkan nasi masak.

Hidangkan Nasi daging dengan air asam (tomato, bawang besar, hirisan cili merah, air asam pekat, perahan limau kasturi, sedikit belacan, garam dan gula sesedap rasa) dan daging yang telah direbus tadi.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Mutiara Kebijaksanaan

1- Rasa malu pada lelaki adalah baik, namun rasa malu lebih baik jika ada pada wanita.

2- Adil ada setiap orang adalah baik, namun adil jika ada pada pemerintah adalah lebih baik.

3- Taubat orang tua adalah baik, namun taubat orang muda adalah lebih baik.

4- Bermurah hati pada orang kaya adalah baik, namun bermurah hati pada kaum fakir miskin adalah lebih baik.

Jommmm...

Khamis, 15 September 2011

Cerita Tentang Sejarah...

Tazkirah hari ni menceritakan tentang pejuang kemerdekaan seperti Tok Janggut, Datok Bahaman dll. Aku tahu penceramah kali ni cuba mengaitkan dengan Mat Indera. Kat sini aku tak berani nak komen lebih-lebih. Pertama sebab topik ni sangat-sangat sensitif, dan kedua sebab aku bukan celik sejarah, walaupun aku score subjek ni masa zaman sekolah, tapi aku dah tak ingat banyak benda tentang sejarah yang aku dah belajar, cuma certain je yang aku ingat.

Tiba-tiba aku teringat tentang satu blog yang aku baca. Boleh korang masuk sini. Dah lama aku nak promote blog ni, tapi aku lupa.

Masing-masing ada pandangannya kan. Tak salah kita lebihkan sumber bacaan kita apatah lagi melibatkan sejarah negara kita sendiri.

Daripada sumber, versi cerita tentang Hang Tuah dan Mahsuri adalah sangat berbeza. Kesahihannya aku tak pasti, tapi yang aku difahamkan, Mahsuri dibunuh atas dasar mempertahankan negerinya. Hang Tuah pula dikatakan meninggal di Acheh setelah sempat menjadi 'Agung' di negeri Kedah suatu tika dulu. Banyak pembesar daripada kerajaan Kedah pula menukar identiti untuk tujuan keselamatan kerana masa tu Kedah dijajah oleh Kerajaan Thai. Banyak lagi topik menarik boleh jumpa dalam blog ni.

Jangan tanya aku apa-apa. Kita sama-sama baca dan kita sama-sama kupas. Aku pun baru nak belajar ni.



Cendawan Kukur @ Sisir


(sumber google)

Salam Syawal. Wow. Esok Public Holiday. Tak sabarnya nak bercuti lagi. Aku rasa orang lain pun seperti aku sekarang, sesi menyusun atur jadual open house yang bakal dihadiri pada esok hari, Sabtu dan Ahad. Open house yang bakal aku hadiri tidaklah sepadat minggu lepas. Minggu ni ada kelapanganlah sikit untuk perut aku ada ruang untuk udara menginap. Hahaha.

Walaupun tak sepadat mana, ada juga yang mungkin terpaksa dilupakan sebab tak cukup masa nak penuhi semua. Tapi, aku kena utamakan open house yang dibuat oleh saudara mara aku terlebih dahulu. So dalam sehari, 3-4 jemputan je aku boleh hadiri. Aku tak heran kalau aku serbu ke rumah saudara mara aku, penuh dengan limpahan makanan. Diaorang memang terer masak, tak macam aku, yang masih tahap hingusan dalam dunia masakan.

Sebenarnya, aku masih tak sihat, semalam aku ke klinik lain untuk mengambil ubat. Yang nyata, selsema aku terus hilang. Cuma yang merisaukan aku ialah batuk aku ni. Dah tahap yang teruk jugaklah. Lebih membimbangkan aku, aku ni ada penyakit asma, maka setiap kali batuk, aku risau asma aku akan datang menyerang.

Ni pun setiap nafas aku dah berbunyi-bunyi. Lagilah aku susah hati. Sebab aku dah lama sangat tak mengalami asma. Kali terakhir adalah semasa zaman sekolah menengah. Selepas tu sampai sekarang penyakit tu tak pernah datang bertandang lagi.

Pagi tadi pun masa mengaji al Quran, aku dah semput-semput. Tapi aku gagahkan juga mengaji kerana Allah. Penyakit ni Allah yang beri, maka kepada Allah juga ia akan kembali kan. Suara aku dah makin sengau. Kalau ada panggilan masuk, majority dah tak cam suara aku. Eeee geram jugak rasanya.

Ramai salahkan aku kerana walaupun sakit aku tetap berpuasa. Kalau aku tak puasa, mana sempat lagi nak kejar Syawal? Aku tak nak ketinggalan dalam berpuasa sunat syawal. Akukan banyak dosa, kenalah sentiasa gigih mencari pahala. Kalau tak habiskan, bila lagi, aku ni ada sesi datang bulan, kalau tangguh kang, tak cukuplah puasa aku ni.

Mungkin atas faktor nilah jugak, batuk aku tak lega sepenuhnya sebab aku gagal makan ubat secara konsisten. Ubat batuk kena makan sehari 3x, tapi bila dah puasa, nampak gayanya dapatlah 2x je minum ubat batuk tu semasa berbuka dan bersahur.

Malam ni pula ada beberapa kawan-kawan daripada dunia outdoor nak datang beraya di rumah aku. Mungkin dalam 7-8 orang jugak. Kalau ada rezeki mereka nak tidur je kat rumah aku, sebab diaorang nak mandi pool kat bawah apartment aku esoknya. Aku tak kisah, nak tidur tidurlah, diaorang dengan aku dah macam saudara, dah macam adik aku je, masing-masing masih single but not available. Ahaksss.

Aku tak tahu nak masak apa. Kawan-kawan aku tu boleh tahan cerewetnya, hahaha, teringat dalam hutan masa trekking, ada yang tak makan bawang, ada yang tak minum susu, ada yang tak makan sayur, ada yang tak boleh makan nasi tanpa kicap, ada yang tak makan pedas, so, aku dah buntu nak masak apa.

Walaupun aku boleh dikategorikan suka memasak, sebagaimana aku giler memandu, tapi skills aku sangat-sangat terhad. Perkara ni ada aku suakan pada seorang rakan ofis, dia cakap, tak kelasss la kalau ko goreng mee, cuba buat mee sup ke mee bandung, apabila aku cakap aku nak goreng mee je sebab aku pun bukannya sihat betul. Tapi, aku rasa lawak pula bila member aku cakap tak kelassss. Macam iklan ribena.

Entahlah, kan best kalau aku terer masak, tak ada pening kepala nak fikir tentang juadah. Kek coklat dah aku order, saki baki kerepek-kerepek raya masih banyak yang tinggal. Buat masa ni, mee goreng jelah paling ringkas aku nak masak. Lantaklahkan kalau tak kelasss. Dalam hutan boleh je makan sebungkus maggi mentah kongsi 12 orang. (masa ni ada masalah teknikal tentang ration. trip pulak dalam hutan 8 hari, kurus aku sekejap). Hahahaha

Kalau aku berkesempatan aku buatlah mee sup ke bandung ke apa-apa sahaja. Aku pun tak tahu nak sediakan menu apa untuk berbuka petang nanti. Dah 2 hari aku berbuka sorang, huwaaaaa, suami aku lambat tiba di rumah sebab hujan, huwaaaaaaaaaa. Kesiannya dia kena ujan dan panas terik pergi dan balik kerja, aku yang selesa kena aircond kereta ni patutnya lebih-lebih dalam bersyukur kan. Alhamdulillah. Tulah sapa suruh pergi kerja naik motor. Ahakssss. Inflasi sifar wawasan kita.

Masak lemak cili padi cendawan kukur @ sisir masih berbaki dalam peti ais. Sup ayam pun masih ada saki baki. Hmmmm, nampak gaya makan itu ajelah kot. Sebab dalam keadaan tak bermaya ni, aku tak mampu nak fikir apa-apa pun. Bencinya menjadi manusia yang tidak produktif dalam minggu ni.

p/s : aku tak tahu nak letak tajuk apa, sebab tak mampu berfikir dengan waras lagi, hahahaha, so belasah aje

Aku sudahi dengan tasbih kaffarah.




Rabu, 14 September 2011

Jenis-jenis nafsu

Tadi masa kuliah Zohor, ustaz cerita tentang jenis-jenis nafsu, aku ceritakan kat sini pulak ye, tapi ni versi copy daripada blog orang, sebab nota aku tertinggal dalam beg telekung kat surau. Sama-sama kita kenal pasti.
1. Nasfu Amarah

- adalah nafsu yang berbangga apabila membuat sesuatu kemungkaran.

- mereka adalah dari golongan yang bersultan di mata dan beraja di hati.

- mereka adalah golongan ahli neraka.


2. Nafsu Lawamah

- adalah nafsu yang menyedari apabila melakukan kemungkaran.

- golongan ini baramal tetapi masih ada riak, hasad dengki dan sebagainya.

- nafsu mereka selamat tetapi dalam bahaya.

- mereka adalah golongan ahli neraka.


3. Nafsu Marhamah

- adalah nafsu yang telah dapat membuang sifat mazmumah.

- walaupun begitu, mereka masih mengkritik diri sendiri.

- mereka adalah golongan ahli neraka.


4. Nafsu Mutmainah

- adalah nafsu yang lemah lembut.

- mereka mendapat ketenangan dan hilang gelisah di jiwa.

- mereka adalah wali kecil.

- golongan ini adalah dijamin syurga.


5. Nafsu Raudiah

- adalah nafsu yang berusaha untuk melatih diri untuk makrifat dengan Allah Taala.

- mereka bergaul dengan orang ramai tetapi hatinya kepada Allah Taala semata-mata.

- mereka adalah wali besar.

6. Nafsu Kamaliah

- adalah nafsu yang sempurna, nafsu para-para nabi, rasul


7. Nafsu Mardiah

- adalah nafsu yang paling kemuncak. Nafsu yang paling di redhai Allah Taala.



Belum sampai seru!

Oleh: Mohd Sukki Othman (Ustaz Shauqi)

Setiap manusia tidak terlepas daripada menunaikan amanah dan tanggungjawab terhadap Allah SWT. Kehidupan manusia di dunia ini adalah untuk mencari bekalan yang secukupnya sebagai persediaan untuk akhirat. Untuk mendapatkan kebahagiaan di dunia dan di akhirat, syariat Islam perlu ditunaikan oleh setiap individu muslim yang akil baligh. Persoalannya ialah bilakah seseorang itu sudah mencapai tahap akil baligh?

Terdapat segelintir anggota masyarakat yang masih lagi dangkal dengan pengertian akil baligh yang sebenarnya. Apabila ditanya kepada mereka tentang solat, menutup aurat, berpuasa, dan perintah-perintah Allah yang lain, terdapat di antara mereka yang sudah pun akil baligh dengan selambanya menjawab ‘belum sampai seru’, ‘nantilah, bila hati sudah ikhlas, aku akan laksanakan perintah Allah tu!’, ‘aku tak nak jadi orang yang hipokrit membuat sesuatu tanpa ikhlas’, dan pelbagai ungkapan dan alasan lain yang dikemukakan.

Adakah mereka masih lagi belum bersedia untuk memikul tanggungjawab dalam mentaati perintah Allah SWT?. Adakah mereka beranggapan bahawa masih lagi muda, masih banyak masa untuk bertaubat bila tiba masanya yang difikirkan sesuai? Mungkin ada yang sampai usia 55 tahun pun masih lagi belum baligh, kononnya belum sampai seru!

Maksud baligh ialah apabila seseorang lelaki atau perempuan telah sampai pada tahap umur tertentu, maka dia menjadi seorang yang layak menerima taklif (tanggungjawab) yang ditentukan oleh syarak seperti solat, puasa, haji dan lain-lain. Orang Islam yang akil baligh disebut juga sebagai ‘mukalaf’. Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, baligh bermaksud cukup umur atau dewasa (biasanya apabila mencapai umur antara 9-12 tahun bagi perempuan dan 12-15 tahun bagi lelaki). Manakala ‘mukalaf’ bermaksud orang yang telah cukup umur dan diwajibkan mematuhi hukum-hukum Islam.

Menurut Syeikh Dr. Mustafa al-Bugha dan rakan-rakan dalam buku al-Fiqh al-Manhaji, tahap baligh seseorang itu dapat diketahui dengan beberapa perkara:

Mimpi keluarnya mani, sama ada lelaki atau perempuan.

Melihat darah haid. Ini khusus untuk perempuan sahaja. Waktu yang menjadikannya baligh disebabkan mimpi atau keluar haid ialah apabila dia mencapai umur sembilan tahun Qamariah. (menurut bulan Islam). Kelewatan atau tidak daripada umur tersebut adalah bergantung keadaan sesebuah negeri dan suasana kehidupan.

Berumur 15 tahun berdasarkan tahun Qamariah (hijrah). Keadaan ini diambil kira apabila tidak berlaku mimpi atau tidak keluar haid.

Sewajarnya setiap individu muslim sudah mengetahui dengan yakin apabila sudah sampai umur baligh, maka sudah sampailah ‘seruan’ kepada mereka untuk melaksanakan perintah Allah SWT dan menjauhi segala laranganNya. Pada tahap itu mereka sudah mampu dari segi segala aspek fizikal dan mental untuk memikul serta melaksanakan perintah Allah SWT, dan sudah lengkap bersedia dengan ilmu fardu ain dan bukan masanya lagi untuk berlengah dan bertangguh! Ini kerana mereka telah bertanggungjawab atas segala perbuatan sebagai ‘hamba’ Allah SWT. Baik atau buruk akhlak dan prestasi sebagai ‘hamba’ Allah SWT sudah ada ganjaran dan hukumannya.

Akan tetapi, apa yang mendukacitakan dewasa ini ialah persoalan baligh tidak lagi diambil berat malah dipandang remeh pula. Terdapat di antara anggota masyarakat sama ada ibu bapa atau remaja hanya menganggap baligh merupakan perkara biasa yang tidak perlu diberi perhatian serius. Natijahnya, kewajipan dan amanah yang perlu ditunaikan terus diabaikan.

Anak ialah amanah Allah kepada ibu bapa supaya menjaga dan memelihara mereka mengikut landasan Islam. Ibubapa diwajibkan berusaha dengan bersungguh-sungguh melaksanakan didikan agama terhadap anak mereka. Mendidik anak agar memahami tanggungjawab terhadap Islam itu adalah wajib hukumnya.

Ramai ibubapa pada hari yang hanya mementingkan pembelajaran akademik anak mereka semata-mata, akibatnya terdapat anak yang tidak tahu membaca al-Quran, tidak tahu menunaikan solat, dan tidak boleh membaca surah al-Fatihah. Lebih teruk lagi apabila terdapat anak yang tidak tahu apa itu mandi hadas besar, dan masih tidak tahu menyebut kalimah syahadah dengan betul walaupun sudah mencapai usia baligh.

Justeru, ibu bapa memainkan peranan penting untuk mendidik anak agar mereka memahami erti baligh dan dewasa. Apabila seseorang anak sudah mencapai umur baligh, ibu bapa perlu memisahkan anak lelaki dan anak perempuan mereka dari bilik tidur masing-masing untuk menghindarkan berlakunya perkara yang tidak diingini. Langkah ini akan dapat menyedarkan mereka bahawa tidak manis berkongsi bilik apabila telah meningkat akil baligh.

Ibu bapa juga sebenarnya bertanggungjawab untuk melatih anak-anak mereka untuk melaksanakan perintah Allah sejak mereka belum mencapai usia baligh lagi sebagai persediaan ke arah itu. Ini telah ditegaskan oleh hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud yang bermaksud:

"Suruhlah anak kamu solat apabila mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka apabila mereka berumur sepuluh tahun (sekiranya enggan menunaikan solat) dan pisahlah mereka di tempat tidur apabila mereka berusia sepuluh tahun."

Selain itu, ibu bapa juga wajar memberi penerangan kepada anak-anak supaya tidak masuk ke dalam bilik tidur ibu bapa mereka dengan sesuka hati dan tanpa keizinan. Peraturan ini telah ditetapkan oleh Islam agar tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti sumbang mahram dan sebagainya.

Firman Allah SWT dalam surah al-Nur ayat 58 bermaksud :

"Wahai orang yang beriman, hendaklah budak-budak (lelaki dan wanita) yang kamu miliki, dan orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah 'aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa ; (iaitu) sebelum solat Subuh, dan ketika kamu menanggalkan pakaian (luar)mu di tengah hari, dan sesudah solat Isyak. (Itulah) tiga aurat bagi kamu. Tidak ada dosa atasmu dan tidak (pula) atas mereka selain dari (tiga waktu) itu. Mereka melayani kamu, sebahagian kamu (ada keperluan) kepada sebahagian (yang lain). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (yang menjelaskan hukum-hukum-Nya); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."

Tambahan daripada itu, anak-anak juga perlu diajar agar bersopan santun menurut kacamata Islam sama ada dari segi berpakaian, pergaulan sehari-hari, akhlak, ketaatan kepada Allah dan seumpamanya. Mereka perlu dididik dan diberi kefahaman yang cukup tentang Islam sejak mereka kecil lagi agar bila mereka mencapai usia baligh, mereka dapat melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya dengan mudah dan selesa.

Di samping tanggungjawab ibubapa terhadap anak, para remaja yang meniti usia baligh juga perlu berperanan untuk memastikan diri mereka berada pada jalan yang lurus dan yang diredhai Allah. Jangan hanya asyik membicarakan tentang perubahan fizikal pada tubuh badan sahaja seperti soal jerawat yang mula tumbuh, suara yang mula garau dan bentuk badan yang sudah berubah. Persoalan iman, ilmu dan akhlak perlu diutamakan!.

Mereka yang sudah akil baligh sepatutnya sudah menjadi matang iaitu mampu berfikir, menilai dan bertindak dengan betul. Sesuatu perkara yang hendak dilakukan, hendaklah didasarkan kepada pemikiran yang sihat berlandaskan syariat Islam. Ingatlah, bahawa setiap perlakuan yang dilakukan di atas dunia ini akan dihitung oleh Allah SWT di akhirat kelak. Firman Allah SWT dalam surah al-Zalzalah ayat 7-8 bermaksud: “Sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah sekalipun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya, dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah sekalipun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula”.

Ringkasnya, antara tanggungjawab seorang mukallaf yang sudah akil baligh ialah:

Mematuhi dan menunaikan segala perintah Allah seperti menunaikan solat, berpuasa di bulan Ramadhan, menutup aurat, menunaikan amanah, berdisiplin, dan lain-lain.

Meninggalkan segala larangan Allah seperti berzina, minum arak, berjudi, melepak, menagih dadah, menderhaka kepada ibubapa, menipu, khianat dan sebagainya.

Mewujudkan hubungan yang baik sesama manusia seperti berkasih sayang, bermaaf-maafan dan saling bekerjasama.

Melaksanakan konsep amar maaruf dan nahi mungkar iaitu menyeru masyarakat ke arah perkara-perkara kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Menjauhi perkara yang boleh menjatuhkan maruah agama, keluarga, bangsa dan negara.
 

Antibodi aku lemah

Hari ahad saudara aku datang rumah seperti yang aku tulis di sini. Konon-konon open house, tapi sebenarnya konsep pot luck. Jadilahkan, aku bukannya terer masak, saudara aku yang datang ni semuanya tokey restoran, masing-masing ada restoran sendiri, so aku jadi malulah kalau aku masak tak sedapkan. So konsep pot luck adalah satu penyelesaian terbaik sebab kami boleh bertukar juadah.

Asalnya aku nak try buat roti jala seperti disarankan oleh salah seorang kenalan blog, tapi tak kesampaian sebab aku tak sempat nak beli barang untuk memasak roti dan kuahnya, sebabnya aku tiba di rumah selepas 1am. Kan sabtu tu aku menghadiri open house seawal pagi bermula daripada Seremban terus ke Puchong, Kelana Jaya, Shah Alam dan Taman Melati, tapi ada tambahan satu lagi iaitu Kampung Melayu Subang. Tiba di rumah hampir 2am, nak mandi membersihkan diri lagi, maka, tak jadi aku nak buat roti jala.

Di Kampung Melayu Subang ni, aku hanya mampu jamah air sahaja. Teringin nak makan laksa Sarawak dan kari ayam kaw, tapi aku terpaksa ambik bau je sebab aku kekenyangan yang maksima. Suami aku pun tak makan sangat, cuma berborak dengan kawan-kawan yang datang.

Maka, ahad pagi, aku sekadar buat bihun goreng 2 versi, satu pedas dan satu lagi tak pedas. Lemang dan kek prune dah ada, kerepek dan kuih raya pun dah banyak, oklah kot. Menunggu menu daripada saudara aku, akhirnya penuh rumah aku dengan makanan. Dahlah rumah aku kecik. Nasiblah tak jemput kawan-kawan, kalau tidak tak muatlah rumah aku ni.

Kebetulan adik kembar aku dan abang kandung aku demam. Adik aku pula mengada nak makan kat sebelah aku, dia nak bermanjalah tu sebab dia demam. Bermanja dengan suami versinya lain, bermanja dengan aku konsepnya lain. Aku dah kata, jarakkanlah dengan aku. Aku ni dahlah antibodi lemah, kang aku yang demam kang.

Majlis selesai selepas Asar. Suami aku sibuk membantu aku mencuci pinggan mangkuk kat dapur. Aku mengemas meja dan makanan. Banyaknya makanan. Syukurlah pot luck, kami dapat bertukar juadah. So, kat rumah aku dah ada belambak versi makanan. Walhal sejak daripada awal aku dah cakap supaya mereka membawa balik semua makanan ni sebab aku dan suami tak mampu nak habiskan. Suami aku tu bukannya jenis kaki makan, tengoklah badannya sekeping. Hahaha.

Selepas Solat Magrib, tiba-tiba aku terus demam. Seluruh badan rasa berdenyut-denyut, badan aku panas dan aku mula selsema. Ohhh tidak, akhirnya aku terpaksa MC 2 hari yakni Isnin dan Selasa. Hari ni aku mula bekerja, tapi aku masih tak sihat sepenuhnya.

Sebenarnya apa yang aku nak sampaikan adalah aku pelik sebab aku masih tak sembuh sepenuhnya daripada demam. Biasanya, demam aku takkan berlarutan sehingga 3 hari kecuali aku tak makan ubat secara konsisten. Bila difikirkan, mungkin pengambilan ubat daripada klinik yang berbeza. Ni pendapat aku yang bukan doktorlah ni. Aku agak je.

Sebelum ni, aku biasanya ke klinik berhampiran rumah sewa lama. Ubatnya selepas makan 5-6 jam aku akan terus rasa sihat, dah boleh melompat-lompat, tapi klinik yang aku pergi ni berdekatan rumah aku sekarang. Ni kali kedua demam aku berlarutan sehingga hari ke 3, aku tak pasti adakah ubat yang diberi tak serasi dengan aku?

Mungkin, kalau masih tak sembuh, aku nak ke klinik yang aku selalu pergi selama ni. Aku dah datang kerja hari ni sebab aku dah bosan 2 hari duduk kat rumah, langsung tak produktif.

Adik kembar aku ketawa apabila aku bagitau dia aku berjangkit demam daripada dia. Lemahnya antibodi aku katanya. Memang, sejak tua-tua ni antibodi aku memang lemah. Kalau kat ofis, sesiapa yang demam datang depan aku, esoknya aku pasti demam berjangkit, so, aku kena ambil langkah berjaga-jaga selepas ni.

p/s : Teringat dulu zaman sekolah, antibodi aku memang kuat, pernah ada kes keracunan makanan kat asrama, satu asrama Putra dan Puteri dikejarkan kat hospital disebabkan muntah dan cirit birit, tapi aku dan beberapa orang rakan lain tak pula sakit macam tu, relaks je ke sekolah macam biasa. Tak ada langsung simptom sakit perut atau tanda-tanda keracunan makanan, walhal makanan yang mereka makan sebijik sama dengan aku makan, malah aku yang terlebih-lebih makan. Hahaha. Lengang je sekolah hari tu sebab hanya ada beberapa je orang pelajar yang tak kena keracunan makanan. Agaknya sekarangkan, janganlah buat hal, silap-silap aku yang paling teruk di antara yang terteruk kena keracunan makanan.

Lemah sungguh antibodi aku ni. Adoiiii

Jumaat, 9 September 2011

Tasbih Kaffarah

Marilah kita menyingkap kembali kenangan lalu, dan mengamalkannya walaupun ringkas namun Tasbih Kaffarah ini sungguh besar ertinya. Antara yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW didalam beberapa riwayat anataranya ialah:

1. Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang duduk dalam satu majlis, dan melakukan banyak salah dan silap, maka sebelum dia meninggalkan majlis itu dia menyebut:

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

melainkan diampunkan segala dosa yang telah dilakukan sepanjang dia berada dalam majlis itu” .

Daripada Abu Barzah Aslami RA berkata: Rasulullah SAW pernah menyebut pada hujung usia baginda apabila baginda hendak bangun meninggalkan sesuatu majlis:

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

Maka berkata seorang lelaki: Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau telah menyebut suatu ucapan yang mana tidak pernah engkau ucapkan sebelum ini. Berkata (Rasulullah SAW): “Ia merupakan kaffarah (penebus dosa) terhadap apa yang berlaku dalam majlis” .

Di riwayatkan daripada Aisyah RA bahawa apabila baginda bangun daripada majlis, baginda akan membaca:

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

Saya bertanya: kenapa tuan sering membaca doa ini?

Baginda menjawab: Sesiapa yang membaca doa ini pada penutup majlis maka akan di ampunkan kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam majlis tersebut.

Open house

Selagi tak habis syawal, selagilah tu sesi open house meriah semeriah meriahnya. Tahun ni senarai jemputan open house aku tidaklah sepadat 2 atau 3 tahun lepas. Sehingga ada jemputan yang terpaksa aku tolak atas sebab kekangan masa. Kekangan masa di sini adalah melibatkan masalah jem yang akan wajib berlaku sepanjang sabtu dan ahad di bulan Syawal dan sebab lain tak dapat hadir adalah kerana menghadiri jemputan yang lebih awal.

Berbeza senario tahun ni, ramai kawan-kawan nak beropen house di rumah aku pula. Puncanya mereka nak datang sejak tahun lepas lagi selepas aku berpindah ke rumah sendiri. Tapi disebabkan rumah aku masa tu belum sempurna, tak ada langsir, aku sekadar tutup dengan kepingan suratkhabar, sekali pandang dah macam rumah Bangla, rumah Bangla pun tak macam tu, kemudian, penuh ruang dalam rumah dengan kotak-kotak yang belum aku unpack ketika tu, maka aku cakap tak sesuai nak datang rumah aku, mungkin lain kali sahaja.

Maka, tahun ni mereka kembali menagih janji. Hahaha. Datanglah, aku alu-alukan kedatangan kalian. Kitakan bertemu dan berpisah kerana Allah. Silatulrahim yang terjalin sekian lama patut dieratkan lagi di dalam syawal yang mulia ni.

Ada yang kawan-kawan rapat yang dah pun datang sejak sebelum ramadhan lagi, yakni selepas aku menikah dengan suami aku. Ada yang sering datang banyak kali dah sebab diaorang suka melepak kat rumah aku, aku rasa dia suka sebab rumah aku ni strategik, di mana lokasi rumah aku berada di tengah antara rumah dan pejabatnya. Hahaha. Rumah aku tu dah jadi laluan utama dia setiap hari.

Aku tak kisah, aku suka tetamu datang, walaupun bagi sesetengah orang maybe tak selesa kawan-kawan datang main terjah je, dahlah datang sekitar jam 10pm ke atas pula tu. Sebab pada aku, diaorang dah ikhlas nak datang apa salahnya. Ni pendapat akulah. Sebab aku belajar untuk menjadi manusia fleksibel kat sini.

Esok pula sesi aku terjah open house bermula daripada Seremban, kembali ke Puchong, Shah Alam, Taman Melati dan akan berakhir di Kelana Jaya. Yang pastinya, aku tak pasti jam berapa aku akan sampai di rumah. Ahadnya pula sedara aku nak datang beraya di rumah, aku tak pasti samada aku sempat atau tidak menyediakan juadah. Yang pasti aku kenalah sediakan jugak juadah, sebab temanya adalah pot luck, idea adik kembar aku.

Mungkin malam ni paling sesuai untuk aku beli bahan nak masak untuk hari ahad ni. Sebab esok dari pagi sehingga malam,  aku tak ada kat rumah.

Ada sesiapa nak kasi aku idea nak masak apa untuk hari Ahad?

-Twin aku nak buat mee bandung
-anak sedara aku nak buat nasik impit, kuah kacang dan rendang ayam
-sepupu aku nak buat tart telur dan rojak
-anak sedara aku yang sorang lagi maybe buat spageti

Aku nak masak apa ye? Tapi aku dah order lemang dan kek basah prune

Suami aku kata kalau tak sempat masak, dia nak order je beriani kambing. Tapi aku cakap, aku nak masak sesuatu walaupun bukan pakar dalam dunia masakan, tapi aku sangat berbesar hati kalau orang sudi menjamah masakan aku walaupun akhirnya kena komplen kadang-kadang, aku tetap suka, sebabnya aku boleh improve skill masak aku.

Aku tutup entry ni dengan tasbih kifarah. Sebab cerita aku ni tentang keduniaan sahaja.


Senario Restoran Melayu

Disebabkan semalam pun aku tak masak untuk sesi makan malam, sebab tak ada stok dan bahan nak masak, tak sempat nak beli, maka, aku dah suami decided nak makan kat kedai. Kedai makan area rumah aku banyak yang dah beroperasi seperti biasa.

Disebabkan jarang makan kat luar, kami tak tahu nak makan di mana. Bosan pula kalau asyik makan di Giant atau Jaya Jusco yang berdekatan dengan rumah aku tu. Akhirnya kami memilih satu restoran yang tak pernah kami jejaki berhampiran rumah kami.

Kami memilih sebuah meja berhampiran skrin tv besar, dapatlah menonton sambil menjamu selera. Sementara menunggu pekerja datang mengambil pesanan, aku melihat di sekeliling kedai. Tak ramai pelanggan, cuma ada tak sampai 10 orang. Agaknya ramai yang menghadiri open house yang masih meriah berlangsung sekitar bulan Syawal ni.

Tunggu punya tunggu, tak ada sesiapa yang datang mengambil pesanan. Kami masih bersabar, cuma aku je tercangak-cangak mencari kelibat pekerja kedai terbabit. Hampa je rasanya apabila pekerja yang mengambil pesanan hanya seorang yang kelihatan. Mungkin pekerja tersebut sibuk, langsung dia tak mengendahkan lambaian tangan aku dan suara aku yang tenggelam timbul dengan suara tv.

Aku akhirnya tarik tangan suami, ajaknya dia beredar daripada situ. Kami mengambil inisiatif untuk ke sebuah restoran yang lebih ramai kakitangan. Juga restoran Melayu. Wahhh, kerusi meja hampir penuh dengan pelanggan. Mudah mengenali pekerja di restoran ni kerana mereka memakai unifrom khas.

Kami tak mempunyai pilihan meja kerana meja kebanyakan dah penuh. Maka, kami duduk di meja yang masih berselerak dengan pinggan mangkuk dan gelas yang belum di'clearkan'. Kebetulan kawan suami aku datang sepasang suami isteri bersama seorang anak kecil. Kami berborak sambil menantikan pekerja membersihkan meja kami. Malangnya, tak ada sesiapa yang datang bertindak.

Sehinggalah kawan suami aku dah hampir hilang pertimbangan, memanggil salah seorang pekerja dan menyuruhnya mengangkat pinggan mangkuk tadi dan sekaligus membersihkan meja. Selepas dia mengangkat semuanya, dia berlalu dan kami masih terpinga-pinga si situ dengan berharap dilayan sebagaimana seorang pelanggan.

Tak lama kemudian, datang seorang pekerja dengan pen dan menu di tangan. Dia datang mengambil pesanan. Amat menyedihkan apabila dia kata, kalau order makanan lambat sampai bang, sebab ramai orang. Terus terbantut kami berempat nak order. Akhirnya kami decided untuk menikmati makan malam di restoran mamak sahaja.

Layanan bukan sahaja pantas dan mesra, tapi esfisyen. Walaupun pelanggan di kedai mamak terbabit sangatlah ramai dengan pelanggan, tapi servis mereka sangatlah terbaik.

Dan ini bukan pengalaman kali pertama berlaku kepada restoran Melayu, dahlah mahal dengan senyuman, kebanyakan tiada etika dalam melayan pelanggan. Ada yang tidak pernah rasa bersalah melayan pelanggan, dalam pada masa yang sama berborak di hp atau berborak dengan rakan sekerja lain. Owner restoran Melayu patut wajibkan pekerja restoran menghadiri kursus Etika dalam melayan pelanggan. Tak rugi keluarkan belanja sedikit, tapi berbaloi untuk kesan jangka panjang.

Ini pendapat peribadi aku. Dan entry ni bukan bermakna aku sokong 100% restoran Mamak. Restoran mamak tetap ada kelemahannya, tapi ni pengalaman aku semalam.

Menu aku semalam adalah nasi beriani kambing. Perghhh, terbaeklah.

Khamis, 8 September 2011

Tentang peti ais

Sejak balik beraya dari kampung suami, aku cuti memasak sehinggalah ke saat ini. Puncanya adalah kerana peti ais rumah aku rosak. Aku sangkakan peti ais tersebut hanya akan merajuk sekejap je sebab 12 hari aku tak ada kat rumahkan, tapi rupanya sehingga semalam rajuknya tak de kesudahan.

Peti ais ni aku beli masa zaman bujang, rasanya dah 5 tahun kot, takdelah mewah, murah je, satu pintu je, aku tak ada duit, walaupun cuma 1 pintu, dia tetap berjasa pada aku sehinggalah sekarang. Tapi, peti ais aku tu dah tak nak sejuk. Syukurlah sebelum bercuti aku dah clearkan stok bahan basah dalam peti ais iaitu segala ikan sayur dan daging. Cuma adalah saki baki sayur carrot dan sawi.

Aku tak tahu sejak bila dia gagal sejuk, tapi semua sayur aku dah mula membusuk dan berulat semasa aku tiba di KL. Sedihnya aku bukan sebab aku terpaksa buang semua sayur tadi, sedihnya sebab aku terpaksa cuci sekali lagi keseluruhan peti ais tu sebab peti ais tu dah berbau busuk dan berulat, penat tau, kenapa aku rasa penat, sebab aku baru je cuci peti ais tu sebelum aku pulang bercuti kat kampung. Rasa penat tu berganda sebab aku kena buat kerja yang sama 2x. Sangat membuang masa aku kan.

Tapi, aku dah tak de pilihan selain 'menyamak' peti ais tersebut sebab aku dan suami dah tak tahan aroma bau peti ais itu. Kemudiannya, semalam technician peti ais datang repair peti ais.Technician cakap termostat rosak, sebab tu dah tak sejuk. Aku tak tahu menatang apa termostat tu, ejaan pun aku tak pasti tepat atau salah, cuma aku bersyukur apabila technician tu cakap kalau compressor (juga tak tahu ejaan yang tepat) yang rosak, kosnya adalah sama dengan nilai harga peti ais yang baru.

Syukurlah aku tak payah beli peti ais baru dalam keadaan aku yang banyak komitmen hutang ni. Dahlah kami baru saja beli mesin basuh yang baru semasa hari raya ke 4, sebabnya mesin basuh aku yang dah berusia 9 tahun tu dah 'padam' masa bulan puasa. Innalillah. Maka, sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi. Selagi boleh, aku dan suami, tak naklah menambahkan koleksi hutang, daripada tambah hutang, betterlah lebihkan bersedekah, ye tak? Memanglah mesin basuh tu suami aku prefer beli cash, kalau aku, aku cakap terus terang, aku tak mampu.

Oh, ya, kembali ke asal. Aku yang jahil pasal peti ais tanpa bersalah bertanya, menatang termostat ni kena tukar tiap-tiap tahun ke misalnya macam timing belt kereta aku ni kena tukar setiap 100 ribu kilometer? Technician tu dah tersenyum ala-ala tak ikhlas dengan kebodohan soalan aku (aku rasa je). Tapi, dia cuba jawab berhemah, dia cakap tak adalah puan, berdasarkan pendapat saya, puan berkongsi  main plug peti ais dan plug microwave, ni akan menyebabkan salah satunya rosak. Pada hemat saya lagi, microwave ni panas, peti ais ni sejuk, ianya berlawanan, maka kebarangkalian salah satu akan rosak adalah tinggi apabila penggunaan plug adalah secara serentak.

Ohhh begitu, aku angguk tanda puas hati dengan keterangannya. Ahaksss, nampak sangat aku tak peka benda-benda ni, dan seperti disarankan, aku segera asingkan penggunaan plug tersebut kerana ianya akan meminimakan kerosakan peralatan dapur aku itu. Dan sesungguhnya, ni satu info yang baru pada aku yang jahil. Mungkin korang kat luar dah sedia maklum, napa korang tak bagitau aku? Ahaksss.

Kosnya lebih rm200, termostat itu sahaja bernilai rm180. Walaupun peti ais tu aku beli masa zaman pak kadok, tapi boleh tahan juga termostat punya kos ya. Aku tanya lagi technician itu, peti ais macam saya ni orang pakai lagi ke? Technician ketawa, masih ramai yang pakai. Aku rasa dia nak ambil hati aku kot. Mana ada dah rumah orang lain pakai peti ais 1 pintu macam aku. Jiran sebelah rumah aku pun pakai yang paling besar tu, yang 2 pintu tu, kalau masuk 5 orang pun masih da banyak ruang kosong dalamnya.

p/s : memandangkan aku tak ajar suami aku makan kat luar, maka, apa yang berlaku, suami aku dah rasa tak best sebab kena makan kat luar, samada tapau atau makan kat kedai. Sebab alasan aku, aku tak tahu nak taruh bahan mentah kat mana, takut busuk, lagipun aku tak reti nak beli dalam quantity yang sedikit, hahahaha. Alasanlah tu

tak apa, malam ni aku start masak ye sayang, tunggu....

hahaha, nanti aku leh 'mandrem' lagi dalam masakan. Ngeh ngeh ngeh.