~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Isnin, 31 Oktober 2011

Basah Bersama

Disebabkan dah banyak kali hujung minggu aku dan suami tak kemana-mana, maka apabila suami aku mengajak aku ke Shah Alam untuk menonton perlawanan bola sepak antara Laos dan Malaysia, aku terima dengan berbesar hati, lagipun tiket free apa salahnya kan, sesekali layan bola secara live.

Sempat singgah dan menziarahi saudara aku di Kelana Jaya setelah hampir sebulan aku tak ke sana. Kemudian memulakan semula perjalanan ke Stadium Shah Alam, semasa kami sampai jam menunjukkan ke angka 330pm. Masih awal, patutlah belum nampak ramai orang, hanya ada 2-3 buah kenderaan yang parking. Maknanya di sini, kami antara penonton terawal yang tiba. Mmm, excited bangatlah konon, walhal kami mengelak memandu di dalam hujan.

Sempat aku melayan novel Tautan Hati sekejap sementara menantikan pintu stadium dibuka jam 4 lebih. Penonton dah makin ramai, deretan kereta dah memenuhi luar stadium. Jenuhlah macam ni, aku cakap dalam hati, confirm sesak teruk time nak keluar nanti.

Apabila pintu dibuka, perkara pertama yang aku dah suami buat ialah bergegas mencari surau untuk solat asar dengan segera sebab asar pun baru je masuk. Ni 1st time aku solat di stadium shah alam walaupun ni kali kedua aku sampai di stadium ni sejak bertahun-tahun lamanya aku tak ke situ. Suraunya tidaklah selengkap mana, dengan tak ada tanda arah kiblat (atau aku memang tak nampak walaupun atas bawah aku dah belek), akhirnya atas bantuan seorang kakak, baru aku tahu arah sebenar kiblat, tak ada tempat wuduk yang sempurna, tapi syukurlah sebab masih ada surau kan. Orang lain kat luar negara boleh je bersolat di tepi jalankan, apalah sangat. Ye tak?

Game dimulakan kira-kira 445pm, aku ni tak adalah kusyuk sangat tengok bola, kejap-kejap aku sambung baca novel, mungkin aku tak fanatik bola seperti aku fanatikkan sukan badminton, aku pun tak tahu kenapa aku tak fanatik bola, mungkin aku tak tahu sepenuhnya undang-undang dalam dunia bola sepak sebagaimana aku tahu sepenuhnya undang-undang dalam dunia badminton, dan mungkin sebab aku reti main badminton semata daripada main bola, mungkinlah, aku agak je ni. Tapi sebab suami tercinta, aku layankan saja game bola ni walaupun tidak sepenuhnya aku memberi perhatian kepada game yang sedang hangat berlangsung. Bila lagi nak dating dengan suami sendiri kan? Dapat pahala lagi apabila menggembirakan hati suami.

Hati aku sebenarnya lebih cenderung melihat aksi-aksi penyokong bola sepak Malaysia. Pelbagai aksi melucukan, daripada gaya jersi yang pelbagai warna biru dan kuning, gaya ikatan kain di kepala, gaya rambut dah macam Trojan, dengan lontaran suara mereka menjerit walaupun pitching dah lari jauh ke laut, gaya body languange mereka, tulisan pada banner mereka dll. Aku turut terkesan sebenarnya melihat penyokong bola sepak Malaysia sanggup basah kuyup dalam hujan yang lebat menggila, petir dan kilat semata-mata mahu membuktikan mereka setia menyokong pasukan kesayangan mereka.

Dan akhirnya rasa teruja melihat mereka bertukar menjadi kagum sekagum kagumnya apabila mereka sanggup tak nak berganjak ke tempat yang lebih tertutup, tempat yang tak kena hujan, semata-mata nak menyorak pasukan Malaysia apabila pasukan Malaysia berterusan menjaringkan gol. Mereka masih bertahan berdiri dan melompat-melompat melaungkan nama Malaysia dalam keadaan basah kuyup, kalau aku dah lama sejuk beku.

Sorakan mereka, jerit pekik mereka membuatkan aku lebih rasa terharu, kalau aku, dah lama aku akan rasa penat, dah lama aku akan hilang suara, bayangkan selama hampir 2 jam non stop melompat, menjerit, bersorak, dengan pelbagai gaya dan aksi, dengan penuh keterujuaan dan bersemangat, dalam hujan lebat yang menggila, masih sanggup bertahan sehinggalah tamat permainan.

Aku dan suami pun walaupun sekadar kena tempias hujan semata, sanggup berpindah tempat duduk ke tempat yang lebih tertutup dan selamat daripada tempias hujan, tapi penyokong Malaysia yang lebih dikenali sebagai Ultras Malaya sanggup hadapinya dalam keadaan petir dan kilat yang sabung menyabung. Aku jadi sangat kagum dengan semangat juang mereka. Kalau aku di tempat mereka, dah lama aku duduk, sebab ada kerusi kan, dah lama aku cabut sebab hujan lebat, dah lama aku diam tak berbunyi sebab aku dah penat menjerit sejak game bermula, dah lama aku kaku tak bergerak sebab aku dah penat buat aksi yang pelbagai, so aku nak cakap sekali lagi, aku kagumlah dengan mereka. Tahniah kerana membuktikan ketaksuban mereka.

Dan aku dapat satu iktibar di sini, kalau mereka sanggup buat apa sahaja demi pasukan tersayang, sanggup bersusah payah demi pasukan tersayang, sanggup basah bersama demi pasukan tersayang, sanggup menjerit dan melaung-laungkan nama pasukan tersayang, sanggup berdiri sepanjang hampir 2 jam untuk pasukan tersayang, sanggup hilang suara demi pasukan tersayang, sanggup bla bla bla untuk pasukan tersayang, aku pun tentu boleh kan, buat macam mereka demi agama yang tersayang

Terima kasih kepada Ultras Malaya atas semangat juang anda yang telah membuka minda aku. Katakan boleh, aku juga mampu lakukannya, cuma cara aku mungkin agak berbeza mengikut kesesuaian.

Akhirnya Malaysia berjaya mengalahkan Laos 4-1 dalam hujan lebat yang menggila itu. Dengan angin kencangnya, dengan padang yang becak dan berlumpur, dah macam main dalam bendang je aku tengok. Gelagat player kedua negara tersebut menjadi isu dan satu bahan lawak di antara penyokong Malaysia, antaranya bola yang 'malas nak bergerak' di dalam hujan lebat menggila itu menjadikan player diketawakan, dah macam sesi Maharaja Lawak pulak. Hahaha. Aku tak pandai nak gambarkan situasi tersebut, tapi nilah 1st time aku tengok game bola secara live, penonton beramai-ramai ketawakan player yang beriya dan bersungguh menendang bola ke sana ke mari, tapi nampak seseolah bola tu pula macam tak mahu bergerak  ke mana-mana pun.

p/s : Ada penyokong yang berbunyi, agaknya player Malaysia ni kena main dalam padang yang basah dan becak macam tu kot baru beriya nak score gol, feel macam main kat kampunglah.



10 Ciri kejahatan yang menghapuskan Keikhlasan beribadat

1- Memurkakan Allah SWT.

2- Mengembirakan musuh Allah SWT dan musuhnya iblis.

3- Menjauhi Syurga Allah SWT.

4- Mendekatkan diri ke arah Neraka Jahannam.

5- Mengabaikan kepentingan diri sendiri.

6- Mengotori dirinya sendiri.

7- Mengganggu para Malaikat yang menjaganya.

8- Menyedihkan Rasulullah SAW yang telah berada dalam kubur.

9- Mempersaksikan siang dan malam atas kejahatan dirinya dan menyusahkan mereka.

10- Mengkhianati semua makhluk yang terdiri daripada anak-anak Adam dan lain-lainnya.
Kitab Tanbihul Ghafilin.



Jumaat, 28 Oktober 2011

Tentang dosa dan pahala kita

Seorang rakan ada cakap pada aku baru-baru ni, dia kata, pendapat peribadi dialah ni, manusia ni lebih cenderung melakukan dosa daripada pahala kerana manusia tak nampak syurga dan neraka, sebab tu barangkali manusia ni tak endah langsung dalam nak menjadi manusia beriman dan bertakwa.

Aku tanya, ye ke tak nampak? Dia cakap yelah, tak nampak, Allah tak pernah bagi nampak dalam bentuk zahir, mungkn barangkali kalau Allah jelmakan dosa dalam bentuk gunung yang gah dan besar macam Everest, mungkin manusia akan lebih berhati-hati dalam nak melakukan dosa.

Wahhh, ni dah macam nak mempertikaikan di mana Allah itu Maha Bijaksana je, aku cakap dalam hati.

Sesungguhnya, dalam keadaan spontan macam tu aku tak ada idea nak berhujah, tapi aku hanya mampu cakap macam nilah lebih kurang

Allah dah kurniakan kita akal dan nafsu, pilihlah mana satu nak guna untuk masuk ke dalam syurga atau neraka. Itu aje.

Oh ya, sapa kata Allah tak nampakkan ganjaran dosa dan pahala, dalam al Quran dah terang lagi bersuluh apa, cakap siapa buat dosa, seksaaan dan azabnya gitu dan gini.

Oklah, aku ambil contoh paling-paling sempoilah, contoh solat berjemaahlah ek, ni contoh ek, Allah dah cakap, barangsiapa solat fardhu berjemaah, pahalanya menyamai 27, dan siapa solat fardhu sendirian pahalanya hanya 1 je, betul tak, betulkan kalau aku salah ye, bab nak ingat fakta melibatkan nombor, sesungguhnya aku failed.

So, katalah begini, bos nak bagi kita bonus, bos bagi kita pilihan, nak rm27 ribu ke nak rm1 ribu je, takkan kita nak jawab begini, bos bagi saya rm1 ribu sudah cukuplah, gitu ke?

So kat sini pilihan di tangan kita, di hati kita, kita yang tentukan, kita yang nilaikan, kita yg dah tetapkan, mana satu kita nak pilih walhal sudah terang lagi bersuluh Allah nampakkan ganjaran di depan mata kita, tapi kita masih nak pertikai.

Dari sudut lain, kalau kita buat dosa, dah terang dalam al Quran terangkan dengan begitu padat dan lengkap apa azab yang bakal kita terima dan dapat, semuanya bergantung kepada kita samada nak ikut yang mana satu.

Contoh lainlah, sempena bulan Zulhijjah yang bermula di pagi jumaat yang mulia ni, ustaz selalu pesan, barangsiapa yang berpuasa pada 1 - 8 Zulhijjah Allah akan kurniakan 700 pahala, dan barangsiapa yang berpuasa pada 9 Zulhijjah pula Allah akan ampunkan dosanya setahun sebelum dan setahun selepasnya, bayangkan betapa besarnya imbuhan yang Allah bagi, tapi cuba tengok sekeliling, siapa yang sanggup berpuasa, memang, ini ibadah sunat, tapi kenapa kita tak nak kejar melakukannya sebab Allah dah nampakkan ganjarannya, dan sebagai manusia biasa, setiap hari kita ada melakukan dosa, siapa berani angkat tangan dalam sehari confirm tak melakukan dosa samada dosa secara sedar dan tidak sedar, saya ni walaupun dilabel sebagai ustaz pun tak berani nak mengaku terlepas daripada berbuat dosa, so kenapa kita tak jernihkan dosa kita dengan pahala yang Allah dah janjikan?

Itu baru huraian tentang soal puasa, belum masuk perkara lain lain. Sesungguhnya Allah tu Maha Bijaksana, maka sebagai hambaNya yang hina dina jangan sesekali kita mempersoalkan kenapa manusia akhir zaman ni lebih cenderung melakukan dosa, mari kita muhasabah diri


Khamis, 27 Oktober 2011

Cerita tak ada kuliah

Tadi aku kelam kabut makan tengahari (bekal yang dibawa), ayam goreng berempah dan sayur campur dengan harapan nak dengar kuliah Zohor dengan segera. Rugi rasanya kalau lambat menghadiri kuliah, apatah kalau ustaz dah mulakan ceramah. Kang tercengang-cengang aku tak faham hujung pangkal pula kang.

Alhamdulillah selesai makan, aku segera mencuci bekas dan turun ke surau. Harapan aku punah, tak ada kuliah hari ini, ustaz ada hal emergency. Mmmm, tiba-tiba aku rasa kehilangan sebab hari ni aku belum dapat sebarang input yang baru tentang agama Islam. Dahlah ilmu aku agama cetek-seceteknya, tak gigih cari input kalu, malulah nak mengaku aku ni umat Islam yang beriman. Ke mana aku pergi, aku bawak imej Islam, tapi di dada tak ada ilmu yang mantap, macam mana ni?

Dahlah esok tak ada kuliah Zohor, yang ada cuma tazkirah pagi jumaat. Tak apalah, tazkirah pun tazkirahlah, tak sabar pulak nak tunggu esok pagi.

Terus aku ke pantry buat air nescafe tarik, biasanya yang jadi pilihan aku nescafe tarik atau kalau tahap kemalasan melanda aku akan pilih air cafe mocha, melalui mesin kopi segera tu. Tapi lebih afdal aku buat sendiri, sebab aku tahu selera tekak aku.

Kemudian, kembali ke tempat duduk, aku dah macam hilang arah sekejap, tak tahu nak buat apa, sebab jadual aku time lunch selama ni hanya dengar kuliah Zohor, so, tak ada apa nak buat, tak nak masa terbuang begitu sahaja, aku pun bacalah tafsir al Quran. Atas niat nak dapatkan info terbaru tentang Islam. Rupanya, makin aku mencari, makin banyak aku tak tahu tau. Adakah ni melambangkan aku ni umat Islam yang jahil tentang ugama sendiri? Adoiiila

Adalah beberapa surah pendek yang sempat aku khatam tafsirnya. Tekun aku membaca tafsirnya, ada juga tu kena batang hidung sendiri. Padan muka aku.

Dalam dok membaca tafsir, aku teringat perbualan seorang rakan yang ditujukan kepada aku beberapa bulan sebelum ni, katanya, alahhh, Allah kan Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Maha Pemurah, Maha Mulia, Maha Pemaaf dan Maha Penerima Taubat, bla bla bla, aku dah lupa yang Maha seterusnya yang dikatanya tu, so nanti-nantilah minta ampun, surelah Allah akan ampun punya. Terbelalak biji mata aku mendengar kata-kata itu.

Tapi lupakah dia, Allah juga Maha Adil dan Saksama, Maha Menghitung, Maha Bijaksana dan Maha Pandai, Maha Menghakimi, Maha Menetapkan Hukum, Maha Melihat, Maha Mendengar? Jangan sangka sekalipun Allah Maha Pengampun, Allah takkan hisab segala perbuatan kita?

Allah Maha Adil, so barangsiapa bertakwa, ganjarannya syurga, so sesiapa yang engkar perintah Allah, takkan Allah nak sumbat dalam syurga juga? Allah Maha Adil kan. Untunglah kalau yang dihisab itu perkara yang melibatkan pahala dan amalan mulia, dan bersedialah kalau yang dihisab tu semuanya dosa, Allah kan Maha Menghitung.

Janganlah guna point Allah itu Maha Pemurah, Maha Pengampun, Maha Penyayang dalam nak membuat dosa. Aku ingatkan diri sendiri ni.

Setiap kali baca tafsir, aku rasa gerun nak berterusan membaca, sebab apa tau, sebab aku akan rasa ngeri setiap kali terbayangkan hari pembalasan yang bakal tiba. Orang yang banyak dosa macam aku je ke takut nak baca tafsir? Korang takut tak? Kalau aku baca al Quran elok je, sebab aku tak faham maknanya kan. Hahaha. Sebab tulah pentingnya di sini selalu baca tafsir al Quran. Dapat menginsafkan diri. Dapat muhasabah diri.

mmmmm, molek sungguh sususan ayat dalam al Quran ni kan. Tu pun ramai tak nak percaya pada al Quran, tak nak ikut al Quran, aku cakap pada diri sendiri ni


Keajaiban menangis

Siapa kata menangis tidak ada faedahnya? menangis terlalu lama boleh membuatkan mata merah dan bengkak. Tapi , menangis dan mengeluarkan air mata boleh menjadi ubat ajaib yang berguna bagi kesihatan tubuh dan fikiran. Apakah keajaiban itu?

Dipetik dari Beliefnet, ini dia 7 keajaiban yang anda perolehi setelah menangis dan berair mata:

1. Membantu penglihatan

Air mata terbukti membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria

Tak perlu ubat eye drop tu, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria secara semulajadi. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95% bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pemegang tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Memulihkan mood

Seseorang yang menangis boleh menurunkan level depresi kerana dengan menangis, mood seseorang akan pulih kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandungi 24% protein albumin yang berguna dalam mengembalikan sistem metabolisme tubuh berbanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun

Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan berjaya mengkaji bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosi dikatakan mengandungi racun. Tapi jangan salah faham, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.

5. Mengurangkan stress

Macam mana menangis boleh mengurangkan stress? Air mata dikatakan mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Mengeratkan hubungan silaturahim

Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang mengeratkan silaturahim antara kawan-kawan. Biasanya seseorang yang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan kawan-kawannya atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan seterusnya meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.

7. Me’rileks’kan perasaan/diri

Semua orang pernah mengalamai perasaan selepas menangis. Walaupun anda didera pelbagai masalah dan rintangan, namun selepas menangis pasti akan me’rileks’kan perasaan dan diri. Selepas menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran anda dengan menangis, jangan dipendam kerana anda boleh menangis sepuas-puasnya tanpa halangan.

5 Permata terbaik dalam kehidupan

Umar R.A. berkata :

1- Aku telah memperhatikan semua teman, namun tidak ada teman yang lebih utama daripada memelihara lisan.

2- Aku telah memperhatikan semua pakaian, namun tidak ada pakaian yang lebih utama daripada memelihara warak.

3- Aku telah lihat semua harta, namun tidak ada harta yang lebih utama daripada sifat Qanaah ( bersyukur dengan apa yang Allah SWT kurniakan) .

4- Aku telah melihat semua kebaikan, namun aku tidak melihat yang lebih utama daripada ikhlas dalam beramal.

5- Aku telah melihat semua makanan, namun aku tidak melihat yang lebih nikmat daripada sabar.

Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam

Selasa, 25 Oktober 2011

6 Golongan manusia terkutuk di sisi Allah SWT

Rasulullah SAW telah bersabda :

Ada 6 golongan manusia yang aku kutuk dan Allah SWT pun mengutuk mereka. Setiap nabi yang doanya dimakbulkan mengutuk mereka. Mereka adalah :

1- Orang yang menambah-nambah ayat dalam kitab Allah SWT.

2- Orang yang mendustakan ketentuan Allah SWT.

3- Pemerintah yang kejam sehingga dia memuliakan orang yang dihinakan Allah SWT dan menghinakan orang yang dimuliakan oleh Allah SWT.

4- Orang yang menghalalkan perkara yang diharamkan oleh Allah SWT.

5- Orang yang menghalalkan perbuatan yang telah diharamkan oleh Allah SWT terhadap ahli bait ( keluarga Junjungan Rasulullah SAW ).

6- Orang yang meninggalkan Sunnahku.

Maka pada hari kiamat nanti Allah SWT tidak memandang mereka dengan pandangan rahmat – Hadis Riwayat Tirmizi dan Hakim.

Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam

Isnin, 24 Oktober 2011

Tabiat buruk aku

Assalamualaikum. Hari ni aku datang kerja tak delah jem yang teruk, mungkin ramai yang bercuti kot untuk meraikan deepavali. So memang enjoylah perjalanan pagi tadi.

Oh ya, kalau korang nak tahu, aku ada tabiat buruk yang aku sukar kikis sebelum ni, masa zaman jahiliah akulah. Aku nak share di sinilah, tak kisahlah buka pekung di dada, asalkan niat aku ke arah kebaikan semua pihak.

Kalau korang nak tahukan, setiap kali pegang stereng kereta, setiap kali itulah aku berazam untuk tidak mencilok dan pandu laju, tapi azam itu tak pernah tercapai, sehinggalah baru-baru ni, apabila baru-baru ni aku terbaca satu artikel tentang pesanan seorang ustaz, ustaz cakap, cara pemanduan kita sebenarnya menunjukkan siapakah kita sebenarnya, maksudnya 'true color kita terserlah kat situ. Maka, apabila ingatkan pada kata-kata itu, tanpa sedar, cara pemanduan aku sekarang dah jauh berbeza jika dibandingkan dengan dulu. Kalau dulu, ikut suka hati aku nak bawa melebihi had laju, suka hati nak mencilok sana sini, sekarang benda tu dah jarang aku buat, kalau dulu, 15 minit aku boleh sampai ke ofis kalau tak jem, sekang kalau tak jem pun, setengah jam baru aku akan sampai. Satu anjakan paradigma yang aku baru sedar sebenarnya.

Dan aku sangat bersyukur sebenarnya dengan perubahan ini. Dulu kalau ada yang mencilok depan aku secara kurang ajar, aku sanggup kejar mereka bersungguh hati dan kemudian membalas dendam atas tindakan mereka sebagaimana mereka mencilok secara kurang ajar depan aku, tapi sekarang aku dah tak sanggup nak buat. Pernah juga dulu aku take over mereka, dan kemudian aku brek mengejut di depan mereka yang kurang ajar, bayangkan apa yang berlaku, nyaris kemalangan, sebab aku bengang, cara mereka colik sangat berbahaya, aku atas niat nak menyedarkannya tapi cara aku salahkan.

Dulu, kalau ada yang take over tanpa memberi signal yang sewajarnya, aku sanggup kejar driver tersebut, melintasinya dan buat muka bengang, tapi sekarang aku ambil tindakan mengabaikan sahaja walaupun hati aku rasa terbakar dan geram. Walaupun aku yang hampir terbabas ke kiri.

Kalau dulu, ada yang bawa terhegeh-hegeh di fast lane, aku sanggup melintasinya secara kurang ajar dan renung setajam-tajamnya pada driver tersebut dan bagi isyarat tangan tanda tak puas hati pada driver tersebut, tapi sekarang aku hanya take over tanpa buat apa-apa tindakan.

Sebenarnya, aku menyesal dengan semua tindakan bodoh aku. Kalau dalam menghadapi situasi tersebut aku tak dapat nak bersabar, macam mana aku nak mendidik jiwa aku dalam perkara yang lebih besar. Aku akui aku bukan dalam kategori manusia yang bersabar sekiranya aku berada di jalan raya, tapi di tempat lain aku boleh pulak menjadi manusia yang bersabar, maka, kenapa aku tak boleh menjadi manusia yang bersifat mahmudah sekiranya di jalan raya, maka kata-kata ustaz tu betul-betul menginsafkan aku.

Bagaimana aku nak menjadi manusia bertakwa, sekiranya sifat-sifat mazmumah masih menguasai diri aku? Kalau bukan diri sendiri, siapa lagi nak ubah diri aku? Suami aku dah tak larat nak berleter setiap kali aku pandu melebihi had laju, suami aku dah tak larat nak nasihat apabila aku tiba-tiba kejar kereta depan yang mencilok secara kurang ajar, suami aku dah berbuih mulut bising pada aku apabila aku marah-marah pada kereta yang terhegeh-hegeh di fast lane.

Tiba-tiba aku tersedar, agaknyalah kan, kalau aku ditimpa kemalangan jalan raya, perkataan pertama yang bakal suami aku, kawan-kawan aku dan rakan-rakan ofis tentu akan cakap adalah PADAN MUKA sebelum mereka menghulurkan simpati, bukan apa, semua orang dah penat dalam usaha nak nasihat aku supaya memandu secara berhemah di jalan raya. Kata-kata itu sememangnya tepat pada orang yang degil macam aku ni. Buktinya tahun lepas sahaja, aku baru perasan yang aku ada  total 7 saman, semuanya saman sebab pandu melebihi had laju. Padan muka aku sebab habiskan duit membayar saman semata.

Dan sekarang, baru aku tersedar bahawasanya aku tidak lagi seperti dulu. Semuanya berpunca daripada kata-kata seorang ustaz di laman blognya, aku berterima kasih pada ustaz itu. Kata-katanya sungguh membuka minda aku, menyedarkan aku betapa bodoh dan bengongnya aku sebelum ni.

Walaupun berzikir di dalam kereta belum tentu kita mampu menjadi manusia yang matang di jalan raya. Berzikir bukan sahaja di mulut, di hati tapi realisasikan melalui perbuatan, barulah menyeluruh.

p/s : aku mampu mengubahnya, sesungguhnya aku belum terlewat. Alhamdulillah

memandu juga boleh menjadi cabang ibadah jika kena caranya

safety kan salah satu sunnah.

entry ni semata untuk diri sendiri






Khamis, 20 Oktober 2011

5 Keindahan bersama Allah SWT

Yahya bin Muaz berkata dalam munajatnya kepada Allah SWT :

1- Wahai Tuhanku, tiada keindahan malam kecuali dengan bermunajat kepada Mu.

2- Tiada keindahan siang hari kecuali dengan taat kepada Mu.

3- Tiada keindahan dunia ini kecuali dengan zikir kepada Mu.

4- Tiada keindahan Akhirat kecuali dengan keampunan Mu.

5- Tiada keindahan Syurga kecuali dengan melihat Mu.


Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam

3 Hutang yang mendapat jaminan dan pujian Allah SWT

1- Berhutang untuk berkahwin kerana takut terjerumus dalam kancah maksiat.

2- Berhutang untuk membantu saudara yang ingin berjihad di Jalan Allah SWT.

3- Berhutang untuk mendapatkan kain kafan bagi menyempurnakan jenazah yang mati.

Kitab Tanbihul Ghafilin .

Rabu, 19 Oktober 2011

Orang alim belum tentu masuk syurga

"Orang yang alim belum tentu baik sebab syaitan yang dok hasut dia syaitan berpangkat Jenerallah lebih kurang, so tak semestinya dia akan masuk syurga tau. Macam kitaorang ni syaitan tahap prebet je, so belum tentu kitaorang ni akan masuk neraka, belum tentu kitaorang ni jahat tau, so kau kena ingat tu, belum tentu kitaorang ni tak dapat masuk syurga", begitulah lebih kurang ayat yang aku dapat apabila setiap kali aku ajak mereka menghadiri majlis ilmu. Aku tak pernah pulak kata sapa masuk neraka, masuk syurga, tu di luar bidang kuasa aku. Aku ajak pergi majlis ilmu je pun. Aku hanya kata, jomlah kita ke surau ofis kita dengar kuliah, tu aje.

Setakat alasan yang diberi sebelum ni mereka tak nak join kuliah Zohor sebab nak pergi makan, aku masih terimalah walaupun sebenarnya setakat nak lunch berapa minit je nak telan makanan tu, aku pun sempat jamah makanan sebelum menghadiri kuliah Zohor yang bermula jam 110pm. Dikhuatiri aku lapar sebelum mendengar ceramah, kang ceramah tah ke mana, solat Zohor berjemaah entah ke mana. Tujuan nak dapatkan pahala, tapi sia-sia je sebab lapar punya pasal kan. So, aku akan pastikan aku jamah makanan at least makan sebuku roti, semata-mata tak nak lapar.

Tapi, ayat di atas betul-betul mengejutkan aku. Aku ajak atas niat nak berdakwah. Aku ajak atas niat nak dengar kuliah secara berjemaah, lagi ramai lagi meriah. Walaupun aku tetap bersangka baik, mereka mungkin menghadiri majlis ilmu di tempat lain, tapi aku tetap ajak. Tapi, jawapan mereka agak pedas

Kalau begitulah pemahaman mereka, kalau begitulah mereka tanam dalam diri mereka, alamatnya sukarlah nak menambahkan amalan dan ibadah, sebab dikhuatiri kalau terlebih iman dan amal, maka syaitan yang akan goda kita terdiri daripada yang berpangkat besar. Waduhhh

Aku pun tak dapat nak kenal pasti syaitan tahap gaban ke tahap apa yang sentiasa dok hasut aku supaya sentiasa lengahkan amal, sentiasa tundakan ibadah, sentiasa buat dosa dengan sengaja, aku rasalah, syaitan yang masih dalam tempoh probation, yang belum pun ada pangkat prebet atau habis belajar, tu pun kadang-kadang jenuh aku nak tepis dan psikologi diri sendiri supaya sentiasa tambah amal, sentiasa elakkan melakukan dosa dengan sengaja, sengaja lengahkan ibadah wajib

Banyak sungguh jawapan tak terduga aku dapat kebelakangan ni. Mmmm, aku pun mati akal dalam nak menjawab, nampak sangat ilmu di dada tak cukup mantap.

Sila bantu aku dalam memberi idea

3 situasi menggunakan jawapan sama

Assalamualaikum

Aku nak cerita beberapa situasi yang menggunakan jawapan yang sama, aku nak share di sini bersama korang.

Siituasi 1

Semalam, salah seorang rakan satu ofis aku yang berlainan department mengadu kepada aku penyewa rumahnya tidak menjelaskan sewa bulanan secara konsisten, dan yang lebih menyedihkan, bil TNB dan bil air juga ada tunggakan yang berjumlah lebih rm200. Apabila kawan aku sms penyewanya meminta melunaskan pembayaran bil dan sewa bulanan dengan segera dan konsisten, maka jawapan yang diberi ialah,

Pasti saya akan lunaskan petang ni jam 4pm. Maaf, kita hanya merancang, Allah yang menentukan,

Situasi 2

Aku tengah baca paper KOSMO yang kawan aku beli seawal pagi tadi. Muka depan akhbar mendedahkan statistik penceraian di Malaysia pada tahun 2010 mencecah ke angka 28 ribu lebih kes. Aku mengeluh membaca data yang menyedihkan itu. Tiba-tiba seorang rakan daripada belakang menyampuk,

Kita hanya merancang, Allah juga yang menentukan...

Situasi 3

Seorang staff di ofis aku, beberapa minggu yang lepas cuba membunuh diri dengan meminum racun apa tah namanya, gara-gara dia frust bekas isterinya menolak untuk rujuk kembali. Dia akhirnya meninggal di hospital beberapa kemudian kerana organ dalamannya tidak dapat diselamatkan lagi. Apabila mengenangkan saat-saat kematian, aku selalu cakap pada kawan-kawan, kita ni entah bila agaknya akan mati ye, aku takut sangat kalau cerita pasal mati ni. Tiba-tiba seorang rakan cakap pada aku,

Kita hanya merancang, Allah juga menentukan...

Ok, sebelum aku nak ulas situasi di atas, aku hanya nak bagitau di sini, ini pendapat peribadi aku yang sangat-sangat jahil. Kalau tak betul atau nak tambah, aku sangat berbesar hati.

Tentang situasi yang pertama, aku cakap pada rakan aku, apa yang aku faham daripada sms tersebut ialah, memang seseolah dia yang sengaja merancang untuk melewatkan pembayaran duit sewa rumah. Sebab dia kata kita hanya merancang, Allah yang tentukan. Betul tak? Memang rezeki adalah daripada Allah, tapi Allah dah cakap, segerakan bayar hutang. Maka ayat kita merancang, Allah yang menentukan adalah tidak tepat di sini. Kenapa aku cakap tidak tepat, meh baca huraian aku kat bawah.

Ok, first aku nak bersangka baik, mungkin penyewa tu bergaji kecil, sebab tu dia tak mampu nak bayar sewa rumah yang berjumlah rm400 secara konsisten. Dan juga dia tak mampu nak bayar bil TNB dan bil air sehingga tunggakan mencecah lebih rm200.

Kat sini, aku nak share pengalaman aku sendiri. Aku pun bergaji kecil, aku nak kena bayar kat bank duit rumah, duit kereta, bil astro, maintenance rumah, bil hp, setiap bulan. Maka, aku dah tak boleh nak bermewah, aku kena bayar hutang, tu belum masuk minyak petrol yang wajib diisi, belum masuk cukai tanah dan cukai pintu lagi. Gaji aku ciput aje, maka aku kena fikir macam mana nak minimakan kos. Ada aku makan mewah-mewah macam kawan-kawan aku, hampir setiap hari secret recipelah, MCD lah, macam-macamlah, ada aku berbelanja yang bukan-bukan? beli itu ini yang bukan keperluan? tak ada, kalau aku keluarkan duit pun beli barang-barang dapur yang suami aku tak sempat beli. Setiap kali dapat gaji, aku sentiasa fikir macam mana nak langsaikan hutang aku dulu sebab gaji aku bukan besar. Dan aku ada komitmen hutang keliling pinggang. Aku dahlah takde mak bapak nak boleh tolong cover segala hutang yang aku sendiri cipta. So padan muka aku.

Di sini, aku cuba minimakan kos dengan bawak bekal setiap hari ke ofis. Memang jimat gila, dan kat sini, aku masih mampu lebihkan bayar hutang. Sebenarnya boleh sahaja aku minta pada suami aku untuk bayarkan bil, kat sini aku dah boleh lepas tangan apa, tapi aku tak nak, aku dah biasa hidup susah, so aku tak kisah, aku hidup dalam bersederhana, secara ala kadar. Suami aku sendiri pun banyak koleksi hutang dia, lagipun dia anak lelaki sulung dalam keluarga dia, aku sebolehnya takkan libatkan dia kecuali perkara yang wajib aku libatkan dia seperti nafkah makan minum zahir dan batin. Ahakssss.

Aku takkan sesekali lari daripada hutang, kot mana sekalipun, aku tetap utamakan hutang, setiap kali dapat gaji, tak pernah aku fikir nak beli benda-benda tak sepatutnya, tapi aku terus bayar hutang siap-siap, sebab aku tak nak mati dalam hutang, sekurang-kurangnya aku dah gigih dan berusaha dalam membayar hutang semasa hayat aku.

Aku tak boros dalam berbelanja, dalam shopping barang-barang mekap contohnya, sebab aku tak pernah pakai mekap. Aku tak pernah terfikir nak beli perabot mewah, nak tukar langsir setiap bulan macam rakan-rakan ofis aku buat, tukar perabot setiap tahun. Sebab aku tak patut buat semua tu sebab aku tak mampu. Biarlah mereka sahaja yang melaram dengan duit gaji mereka yang besar.

Siapa yang tak jeles bila kawan-kawan cerita tukar perabot jati yang baru, beli cincin berlian, aku tetap manusia biasa, tapi perlukah aku layan rasa cemburu itu semata-mata nak memenuhi keperluan nafsu aku? Dah rezeki mereka bergaji besar, maka biarlah mereka dengan cara hidup mereka, aku tak perlu berlumba-lumba nak bersaing kemewahan dengan mereka, aku hanya mampu hidup dengan cara yang amat sederhana.

Orang lain berlumba tukar kereta baru, biarlah aku dengan kereta kecik aku yang sungguh berjasa itu. Aku tak pernah terfikir untuk tambahkan hutang, apa yang aku sentiasa target ialah nak bayar dan selesaikan hutang dengan kadar yang paling segera.

Apa yang menaikkan kemarahan kawan aku tadi apabila dia kata dia ambush rumah penyewanya itu untuk minta sewa, macam-macam perabot baru yang ada dalam rumah tersebut. Anak dia pun dah ada laptop. Tapi kata tak ada duit, macam mana tu, tu yang menyebabkan kawan aku ni semakin bengang.

Inilah mentaliti orang Melayu berbaka Islam, so jangan sewenangnya guna perkataan kita hanya merancang, Allah yang tentukan. Sebab apa yang berlaku, sememangnya daripada awal lagi dia dah merancang tak nak bayar sewa. So jangan sesekali nak kaitkan nama Allah dalam perkara sebegini. Tolonglah.

Situasi kedua pula, pada aku barang siapa yang pasang niat nak berkahwin adalah orang yang ingat pada mati. Kenapa aku cakap begitu? Kalau tak ingat mati, tak payahlah kahwin, pergi je ke Thailand sana, bersepah, pilih dan bayar yang mana berkenan, atau buat je maksiat dan seks kat mana-mana dengan couple masing-masing, free je, tak bayar bayar, tak payah kahwin. Orang-orang begini adalah manusia yang tak ingat matilah betul tak?

Kedua, orang yang nak berkahwin adalah orang yang ada matlamat dalam perkahwinan mereka. Cuma, mungkin matlamat semua orang tak sama. Ada yang kahwin sebab pasangan dia cantik, ada yang kahwin kerana simpati, ada yang kahwin kerana cinta, ada yang kahwin sebab mereka rasa serasi, ada yang kahwin sebab nak halalkan seks. Tapi akhirnya bercerai, jika ditanya kenapa, pasangan dah tak cantik kah? simpati dah hilangkah? dah tak cintakan pasangankah? tak dah serasikah?

Di sinilah kita kena betulkan matlamat kita. Sebenarnya perkahwinan adalah salah satu peluang daripada Allah untuk tambah pahala berganda. Masak untuk suami ustaz kata dapat pahala umrah dan haji (sila betulkan), lahirkan zuriat untuk suami dapat pahala, layan suami dapat pahala, pegang tangan suami dapat pahala, senyum pada suami dapat pahala, main mata dengan suami dapat pahala, taat pada suami dapat pahala, begitulah sebaliknya suami pun dapat pahala berganda-ganda.

Apabila setiap pasangan setkan di minda dan di hati benda alah ni, aku jamin kadar penceraian kat Malaysia ni akan menurun secara drastik. Tak percaya? Percayalah! Kerana semua pasangan akan berlumba-lumba dalam nak menambahkan koleksi pahala. So, takkan wujud penceraian lagi, atau kes penceraian dapat diminimakan.

Tapi tak semua pasangan berniat macam tu. Betul tak? Bila dah berkahwin, matlamat tah ke mana-mana, syaitan pun dah mula menghasut, apalagi syaitan bernama Dasimlah ni, takkan pernah putus asa dalam nak merosakkan ikatan perkahwinan yang mulia, kemudian masing-masing mula mencari salah pasangan, masing-masing dah bosan dengan pasangan masing-masing, bayangkan antara punca penceraian di rekodkan di JAKIM adalah salah satunya kerana ubat gigi je tau. Nampak macam tak logik kerana ubat gigi boleh bercerai berai, tapi itulah hakikat. Realiti!

Maka, tak sesuai langsung nak guna ayat kita merancang Allah yang tentukan. Kalau tak pernah merancang untuk sentiasa menambah pahala dalam alam perkahwinan, jangan nak salah Allah apabila penceraian berlaku. Di sini, mari buat kempen mari menambahkan koleksi pahala dalam perkahwinan kita.

Mungkin aku tak layak berbicara tentang alam perkahwinan, sebab baru 6 bulan aku berkahwin, apa yang aku nak cakap di sini, entry ni aku tujukan khas untuk diri aku sendiri, supaya aku sentiasa jelas dengan matlamat perkahwinan yang aku telah bina.

Situasi ketiga, aku dah malas nak menaip, dah lenguh jari jemari aku ni. Lagipun aku nak kena sambung buat kerja. Pada aku, kalau kita merancang nak bunuh diri, sendiri mau ingatlah. Allah dah bagi kita akal, samada nak pilih syurga atau neraka. Ni pun aku tujukan pada diri sendiri, umur dah meningkat senja, so sendiri mau ingat nak buang masa ke nak tambah amal dan ibadah

p/s : al fatihah untuk arwah.

maaf atas kesalahan ejaan sekiranya ada, atau susunan ayat yang berterabur, entry ni aku terbitkan tanpa ada sebarang double checking. harap maklum

barang siapa nak kasi idea, atau nak tegur aku, sangatlah dialukan







aku tetap manusia biasa yang sentiasa banyak dosa

Mengapa Doa Kita Terkabul?

By: M. Agus Syafii

Ada seorang bapak yang memiliki seorang putri, istrinya yang dicintainya sedang sakit keras tergolek di rumah sakit, setiap hari beliau datang ke rumah sakit menggantikan bajunya dan juga berbincang. Dokternya seolah kehilangan harapan namun beliau sebagai suaminya yakin akan kesembuhan sang istri. Sampai pada suatu hari, beliau melihat sebuah kenyataan istrinya tubuhnya sudah pulih kembali bahkan beberapa hari kemudian dinyatakan telah sembuh dari sakitnya. Beliau bertutur, 'Saya yakin Allah akan Mengabulkan doa-doa saya.' Keyakinan itulah yang menyebabkan doa2 beliau begitu mudah dikabulkan. Di dalam kehidupan sehari-hari banyak di dalam hidupnya mendapatkan kemudahan dan sering dikabulkan doa-doanya.

Ada tiga kunci terkabulnya sebuah doa:

1. Kualitas diri yang berdoa. Doa setiap hamba kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan dikabulkan sangat tergantung pada kualitas hambanya yang berdoa. Allah senantiasa menguji dan melatih kesabaran setiap hambaNya. Bagi hambaNya yang lulus melewati setiap ujian yang Allah berikan maka Allah mengabulkan permohonan yang dipanjatkan oleh hambaNya. Ada seorang gadis yang berdoa ditengah malam senantiasa diiringi dengan tetesan air mata untuk agar segera diberikan jodoh yang terbaik dari sisi Allah dengan berbagai amal kebaikan lainnya dilakukan setelah melalui ujian yang diberikan oleh Allah akhirnya gadis itu mendapatkan jodohnya.

2. Kualitas ketakwaan yang berdoa. Setiap orang yang akan berdoa hendaknya meningkatkan keimanan dan ketakwaanNya sehingga jika doa kita dikabulkan memang karena patut untuk dikabulkan. Saya pernah bertemu dengan seorang pengusaha yang mengalami kemajuan pesat didalam usahanya, beliau menuturkan bahwa kemajuan dibidang usaha berbanding lurus dengan kemajuan spiritualitas. Sholatnya ditingkatkan, shodaqohnya ditingkat, kepedulian terhadap karyawan ditingkatkan maka dengan sendirinya perusahaan meningkat pesat seiring meningkat pesat kesejahteraan karyawannya sehingga semua karyawan bekerja secara optimal dan berdoa untuk kemajuan perusahaan.

3. Amal kebaikan yang berdoa. Sebelum kita meminta dalam doa. Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan mengabulkan permintaan kita, jika memang kita memang telah pantas menerima nilai yang seharusnya kita terima. Berilah kontribusi lebih besar dari apa yang kita inginkan dalam doa. Amal kebaikan yang telah kita lakukan salah satu faktor penyebab dikabulkan sebuah doa. 'Dan Allah senantiasa memberi pertolongan kepada HambaNya selama hambaNya itu suka menolong sesamanya' (HR. Muslim).

Maka tidaklah mustahil mengapa ada orang yang berdoa senantiasa mudah dikabulkan oleh Allah karena orang itu sudah mencapai taraf disayang bahkan sudah menjadi kekasih Allah. Sebagai seorang kekasih apapun yang diminta oleh pujaan hatiNya, apapun yang diminta akan selalu diberi. Bahkan sebelum memintapun sudah diberi karena baginya apapun yang Allah berikan selalu diterima dengan penuh syukur. "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku. Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." (QS Al Baqarah :186).

Wassalam,

M. Agus Syafii

5 Perkara Allah SWT menghalang keberkatan hidup kita

1- Sesiapa tidak menunaikan zakat, Allah SWT menolak keselamatan hartanya.

2- Sesiapa tidak suka bersedekah Allah SWT akan mengurangkan kesihatannya.

3- Sesiapa tidak membayar zakat tanaman, Allah SWT mengurangkan keberkatan tanahnya.

4- Sesiapa tidak suka berdoa, Allah SWT, Allah SWT juga tidak suka menerima permintaannya.
5- Sesiapa tidak mengambil berat tentang solat, Allah SWT menolak ucapan kalimah La Ilaha Illallah ketika matinya.



Kitab Tanbihul Ghafilin,

Selasa, 18 Oktober 2011

10 Perkara mempertingkatkan kedudukan anda di dalam Syurga

Abu Laits berkata :

”Sepuluh jenis amalan yang dapat menyampaikan manusia ke tingkat orang-orang yang baik dan darjat yang tinggi :

1- Banyak bersedekah.

2- Banyak membaca Al-Quran.

3- Duduk bersama orang-orang yang selalu mengingatkan kepada Akhirat.

4- Menghubung silatul rahim bersama kaum kerabat.

5- Menjenguk orang yang sakit.

6- Kurang bergaul dengan orang-orang kaya yang lupa kepada Akhirat.

7- Banyak berfikir tentang bagaimana keadaannya kelak.

8- Kurang angan-angannya dan banyak ingat kepada mati.

9- Banyak diam dan sedikit bercakap.

10- Bertawadhuk, memakai pakaian yang sederhana, cinta kepada orang miskin, mendekati anak-anak yatim dan mengusap kepala mereka ” .



Kitab Tanbihul Ghafilin,

Isnin, 17 Oktober 2011

Sesi pujuk diri sendiri (tak tahu nak taruh tajuk apa)

Assalamualaikum. Hari ni dah 17 Oktober, semalam genap 6 bulan aku menikah. Alhamdulillah, walaupun belum setahun jagung, tapi aku kena bersyukur dah berjaya ke tahap 6 bulan. Ada yang kahwin 2-3 bulan dah bercerai berai, maka, aku kena belajar bersyukur banyak-banyak.

Yang bercerai berai tu syaitanlah hasut tu. Syaitan yang bernama Dasim setiap hari akan hasut kita pasangan suami isteri ni supaya sentiasa bergaduh dan akhirnya bercerai. So, sebelum nak bergaduh, sebelum nak bertekak dengan pasangan anda, ingat pada Dasim ni, sure marah dan temper korang akan cair secara automatik. Percayalah, cuba try.

Oh ya, apa cerita hujung minggu kalian? Tentu meriahkan, apabila masa dimanfaatkan bersama keluarga, lagilah bestkan. Pada yang terer memasak tu, pasti pelbagai menu dicuba untuk dijamu pada keluarga tersayangkan.


Kebetulan, cuti 2 hari aku takdelah ke mana. Cuma pada hari ahad aku menghadiri majlis kenduri akikah kawan aku. Best tu dapat makan kari kambing free, menu ni salah satu favourite aku tau. Suami pun suka kambing, so terbaeklah.


Biasanya, sabtu dan ahad aku jarang update blog, nak kata tak sempat tak jugak, cuma aku dah malas nak update kecuali membaca sepintas lalu blog kawan-kawan. Masa ni dimanfaatkan membaca sepenuhnya blog kawan-kawan yang ada dalam list aku atau tak ada.


Best tau ziarah blog kawan-kawan, apatah kawan-kawan yang tidak lokek share ilmu agama dalam blog mereka. Secara tak langsung mereka dapat pahala berganda-gandakan. Sungguh, aku berasa cemburu yang maksima. Banyak sungguh ilmu agama mereka.


Aku ni kalau update pun, biasanya nota yang aku dapat semasa kuliah Zohor atau semasa sesi tazkirah je. Semua tu aku dapat di ofis aku. Ilmu ni aku dapat free aje, maka aku rasa berat hati kalau aku nak resign daripada company ni walaupun sebenarnya kerja aku dah overloading sebenarnya, tak berbaloi dengan gaji aku yang ciput ni.


Mungkin aku berprasangka negatif, mungkin kat tempat lain lebih baik aku dapat ilmu agama, tapi kalau kat tempat lain aku tak dapat macam mana? Tulah yang menyebabkan aku rasa berat sangat nak resign. Memang ceramah agama boleh dengar melalui youtube, tapi kalau ada di rumah, aku memang dah payah nak bukak youtube sebab aku dah sibuk nak memasak, nak kemas dapur, nak basuh baju dll. Maka, aku hanya gunakan secara maksima masa mencari ilmu agama adalah sebelum masuk kerja, yakni jam 730am ke 830am dan masa lunch sahaja untuk mendalami ilmu agama. Kalau hari jumaat jam 820am ke 845am. Tapi, tu pun tak cukup, macam mana?


Kenalah aku berusaha lebih keras, masuk blog kawan-kawan, penceramah bebas, penceramah low profile dan sebagainya, sebagai contoh, blog kawan-kawanlah yang antaranya membantu aku dalam menambahkan ilmu agama aku yang begitu cetek. Sebagai manusia yang jahil agama, aku kena berusaha lebih keras untuk mendapatkan ilmu. Kadang-kadang aku hadiri juga kuliah Magrib di masjid semata-mata dahagakan ilmu agama.

Lagipun, aku takut bila beberapa orang ustaz pernah cakap, kalau dalam masa 7 hari (ada ustaz kata 44 hari) tak hadiri majlis ilmu, hati kita akan jadi keras, hati kita akan jadi gelap, apabila dah keras, dah gelap, hidayah payah nak serap masuk. Nilah yang membimbangkan aku, ditambah dengan godaan syaitan dan nafsu yang sentiasa cuba nak jauhkan aku dari Islam, sesungguhnya aku semaki rasa ngeri. Aku dahlah banyak koleksi dosa.

Dalam aku dok excited dengar ceramah dan kuliah, dalam pada masa yang sama, aku cerita pada kawan-kawan sekeliling aku secara langsung atau tidak. Ada yang sudi dengar, ada yang tidak. Yang mana sudi dengar tu, dia akan tanya aku lagi dan lagi apa ustaz cerita, tapi yang pekakkan telinga tu buat tak tahu je. Walaubagaimanapun, aku takdelah kecik hati. Jauh sekali aku rasa terkilan dalam usaha dakwah aku, walaupun kadang-kadang risalah yang ustaz kasi, aku edarkan pada kawan-kawan yang tak pernah jejakkan kaki ke surau, risalah tu dicopnya sampah. Aku tetap tabah dalam menghadapinya. Sungguh! (buat masa nilah, doakan usaha dakwah aku tidak sekerat jalan ya)

Sebab aku tahu, nak compare dalam usaha baginda Rasullullah SAW berdakwah, apalah sangat aku ni. Nabi macam segala ujian dihadapinya, tak pernah pun putus asa. Aku ni, yang boleh guna segala teknologi yang ada sebagai platform dakwah, sepatutnya lebih teruja dan lebih fokuslah, bukannya bersungut atau kecewa, ye tak?

Untuk pujuk diri sendiri sama, aku gunakan buku ini untuk aku kembali positif dalam usaha yang sedang aku jalankan ni. Memang, buat masa ni, di department ini, aku berdakwah secara solo, tak ada bantuan daripada mana-mana pihak. Mungkin orang sekeliling aku kat ofis ni tak nak ikut dan buat apa yang aku cakap mungkin sebab mereka pandang aku ni tidak pernah sempurna. Mungkinlah kot, sebab tu aku kena buat sesuatukan, aku kena lebih tekun belajar ilmu agama, aku kena tunjukkan contoh yang baik di kalangan semua orang, aku kena jadi manusia berguna di mata mereka, barulah mereka nak menerima usaha dakwah aku kot. Aku rasalah.

Mungkin jugak aku kurang berdoa pohon pertolongan daripada Allah. Mungkin, maka, aku kena lebihkan dalam berdoa, seiring dengan usaha yang telah dan sedang dijalankan. Insyaallah.

Aku takkan putus asa. Takkan putus asa dalam berdoa, takkan putus asa dalam berdakwah, takkan putus asa menimba ilmu.

p/s : coretan ni adalah luahan peribada semata, tak ada sebarang ilmu pun, sekadar untuk pujuk diri sendiri semata.






Iblis itu celaka kerana 5 perkara

1- Tidak pernah mengakui dosa yang dilakukannya.

2- Tidak pernah menyesal setelah melakukan perbuatan dosa.

3- Tidak pernah mencela dirinya (tidak pernah merendahkan diri di hadapan makhluk Allah SWT) di atas dosa yang telah dilakukan.

4- Tidak pernah berniat untuk bertaubat.

5- Putus asa daripada rahmat Allah SWT.

Nabi Adam A.S. bahagia dan mulia kerana 5 perkara:

1- Mengakui dosa yang beliau telah lakukan.

2- Menyesal di atas perbuatan dosa yang telah dilakukan.

3- Mencela diri dan merendahkan diri apabila melakukan dosa.

4- Segera bertaubat kepada Allah SWT apabila tersilap melakukan dosa.

5- Tidak putus asa daripada Rahmat Allah SWT “.



Kitab Mutiara Kebijaksanaan

Jumaat, 14 Oktober 2011

Doa segala penawar


(sumber google)

Mari kita amalkan secara berjemaah ya kawan-kawan. Insyaallah ada manfaatnya

Berpuas hati dengan sedikitnya amalan

Assalamualaikum. Betullah kan, jalan kebaikan ni takkan pernah sunyi daripada diuji, sentiasa berduri, kalau kita tak sabar dalam menghadapinya, kita akan kecundang di tengah jalan.

Ada orang sanggup search macam-macam point di internet semata-mata nak jadikan satu point dan hujah dan terus email pada aku, di mana untuk memberitahu aku bahawasanya diaorang dah berpuas hati dengan amalan orang berdasarkan riwayat di bawah :

Saidina Ali r.a berkata :"Janganlah kamu risau dengan amalan yang sedikit, tetapi risaulah apakah amalan itu dapat diterima oleh Allah! Hal ini kerana Rasulullah S.A.W pernah bersabda kepada Muaz Bin Jabal :

"Ikhlaskanlah amalanmu dan sudah mencukupi untukmu amalan yang sedikit asalkan dilakukan dengan ikhlas."(Riwayat Dailani)

Apa ye aku nak jawab? Aku bukanlah terer dalam berhujah, apatah aku ni cetek ilmu agama. Apa yang aku nak bagitau mereka sepatutnya kita tak patut selesa dengan amalan yang kita dah lakukan, tapi aku tak reti nak susun ayat yang sesuai.

Selama ni, aku ajak mereka menghadiri kuliah Zohor, aku ajak mereka solat Zohor dan Asar berjemaah, aku ajak mereka mengaji dan bertadarus berjemaah, aku ajak mereka menghadiri tazkirah setiap pagi Jumaat, tapi hampa, mereka cakap mereka tak nak, belum masanya, tak berminat, mereka boleh dengar ceramah melalui kaedah lain, dan macam-macam lagilah alasan, sudahnya mereka send email tersebut pada aku. Sedihlah jugak.

Sila share ye kawan-kawan, aku masih tidak berputus asa atas usaha dakwahku pada orang sekeliling aku walaupun aku dihentam secara langsung dan tidak langsung.

Sila bantu aku.

Mentaliti orang melayu yang berbaka Islam

Aku hanya sempat fikir 10 aje dalam masa setengah jam

1) Boleh dan sanggup beli dan langgan majalah kesayangan seperti majalah tentang dunia permotoran, tentang artis-artis Malaysia dan dunia secara konsisten tiap-tiap bulan, tapi kitab-kitab agama rm10 pun berkira nak buat koleksi.

2) Sanggup simpan duit untuk bercuti ke destinasi impian yang cecah ribuan ringgit, tapi nak simpan duit untuk ke Mekah menunaikan haji pun berkira

3) Sejarah tentang artis habis dihafalnya, tahu artis mana dah bercerai, nak bercerai, yang dah kahwin, yang kahwin 2, mana kena tangkap khalwat, juga tahu tarikh lahir artis kesayangan, tapi sejarah dan susur galur baginda Rasullullah SAW dan sahabat Nabi tak pernah berminat untuk ambil tahu.

4) Berpakaian menutup aurat mengikut syariat Islam dikatakan kolot dan ketinggalan zaman, tapi pakaian yang mendedahkan aurat dikatakan mengikut arus pemodenan, baik bogel dan telanjang je terus, dah alang-alang nak dedahkan, dah alang-alang nak tunjuk, tapi malu pulak nak berbogel, padahal sama je konsepnya ye tak?

5) Ada yang sanggup bermasam muka dan langsung tak nak bercakap sekiranya dirinya ditegur tentang sesuatu kesilapan walaupun teguran itu secara membina, tapi sanggup pula tu berkawan dengan kawan-kawannya yang tanpa sedar dah kutuk dirinya kat belakang. Seorang kawan yang baik akan cuba bersusah payah sedaya mungkin untuk mengubah kita menjadi manusia yang bertakwa.

6) Sanggup menghabiskan duit gaji untuk perkara-perkara yang tak penting, tapi tak sanggup nak lebihkan bayar hutang atau cuba bersedekah. Sanggup lagi buat koleksi hutang, tapi liat dalam nak membayarnya, kemudian kelam kabut apabila dah kena perintah mahkamah.

7) Hal orang lain semua diambil tahunya, diselidikinya, tapi tak pernah cuba nak muhasabah diri sendiri. Lebih menyedihkan, dalam semua hal, cuma menyalahkan orang sekeliling tapi tak pernah menyalahkan diri sendiri.

8) Tak pernah rasa bersalah apabila sentiasa menyibukkan diri dengan hal duniawi, sedangkan akhirat adalah kekal abadi. Bila ditanya tak takut mati ke, jawabnya takut, tapi tak ada sebarang usaha yang menunjukkan rasa takut pada mati.

9) Bercampur lelaki dan perempuan kononnya tidak membuat perkara yang tidak senonoh tidak mengapa walaupun boleh mendatangkan fitnah di mata orang lain.

10) Setiap kali tiba tahun baru, kebanyakannya hanya memasang azam yang berkisar tentang duniawi sahaja, jarang yang cuba berazam contohnya berpuasa isnin dan khamis sehingga ke akhir hayat atau cuba bersolat di awal waktu selagi bernyawa. Itu sekadar contoh azam

(entry ni untuk diri sendiri jugak)

Salam hari jumaat yang mulia, jangan lupa share khutbah Jumaat dengan aku



Khamis, 13 Oktober 2011

5 Anugerah agong Allah SWT pada mereka yang solat berjemaah

1- Terhindar daripada kesempitan hidup.

2- Terhindar daripada seksaan kubur.

3- Menerima suratan amalan di Akhirat dengan tangan kanan.

4- Melalui Siratul Mustaqim selaju kelajuan kilat.

5- Masuk Syurga Allah SWT tanpa dihisab.


Kitan Tanbihul Ghafilin,

Rabu, 12 Oktober 2011

Cara rawatan ikut sunnah Nabi

Tadi masa kuliah Zohor, ustaz ada ceritakan kaedah yang digunakan baginda Rasullullah SAW dalam nak merawat sihir iaitu melalui 3 sunnah :-)

1- merawat menggunakan alam semulajadi, sebagai contoh, air, garam
2- berdoa & bacaan daripada ayat-ayat al quran dan hadis Nabi
3- gabungan antara kedua di atas

Ustaz kata kalau selain daripada 3 cara di atas, bukanlah datangnya daripada Nabi, maka boleh timbul keraguan di sini.

Kemudian, ustaz ada selitkan beberapa potongan ayat daripada beberapa mukjizat Nabi Muhammad iaitu al quran, ada beberapa ayat yang ustaz suruh hafal selain ayat Qursi dan 3 Qul yang sering kita gunakan sebagai pendiding diri, tapi buat masa ni aku tak dapat nak sertakan di sini potongan ayat-ayat tersebut sebabnya buku nota aku tertinggal dalam beg telekung aku tadi, insyaallah kalau tak ada aral melintang aku akan share kemudian.

So buat masa ni, mari kita teliti cara rawatan yang ada di sekeliling kita adakah mengikut sunnah Nabi?

p/s : Nabi pernah kata, kalau ikut cara Nabi, insyaallah selamat, tapi kalau tak ikut, Nabi tak mengaku umat (tolong betulkan ayat lintang pukang ni)

Mari tanam dalam hati kita


Kredit pada lebai google. Semalam kuliah Zohor, ustaz tekankan kepada sidang jemaah bahawasanya tanamkan dalam diri masing-masing iaitu yakin pada Allah secara sedalam-dalamnya, secara semaksima yang mungkin. Kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Contoh terdekat, ambil iktibar daripada Kisah Nabi Ibrahim, di mana sanggup tinggalkan anak dan isteri di tengah-tengah padang pasir tanpa makanan dan minuman, hanya bergantung sepenuhnya pada Allah untuk menjaga anak dan isterinya itu. Ustaz tanya, agak-agak kamu semua sanggup tak buat macam tu, atas tiket untuk memenuhi perintah Allah? Ustaz tak menunggu jawapan, tapi ustaz sambung cakap, kalau Allah dah perintah kita buat sesuatu, tentu ada sebab musababnya, kita patutnya contohi Nabi Ibrahim tanpa persoalkan anak dan isterinya siapa nak jaga, dah tentu Allah ada untuk menjaga mereka.

Cuba check tahap keimanan dan keyakinan kita pada Allah, adakah setahap Nabi Allah Ibrahim?

p/s : Huhuhu, aku masih terlalu kerdil dan hina untuk sampai ke tahap itu, patutlahkan mereka itu dapat ganjaran syurga, sangatlah layak. Cuba bayangkan, aku di tempat isteri Nabi Ibrahim, huhhh, tak dapat aku nak bayangkanlah. Agaknya kalau iman tipis, dah lama minum racun bunuh diri, dahlah nak dapat anak tu tunggu bertahun-tahun, dah dapat, semudah tu je tinggalkan anak tanpa bagi nafkah pulak tu. Eeee, bayangkanlah, bayangkanlah, bayangkanlah. Sesungguhnya apa saja perintah Allah, kita patut ikut tanpa mempertikaikanya kerana Allah lebih tahu. Masalahnya, zaman sekarang, ramai yang lebih suka mempersoalkan secara terang lagi bersuluh.

5 Langkah ke arah mencapai Ketaqwaan di sisi Allah SWT

1- Memilih amal yang berat dan meninggalkan cara hidup yang bersenang-senang.

2- Memilih kepenatan dalam beribadat kepada Allah SWT dengan meninggalkan perkara yang mensia-siakan masa.

3- Memilih kerendahan hati dan meninggalkan sikap sombong.

4- Memilih diam dengan meninggalkan percakapan yang tidak memberi manfaat.

5- Memilih mati daripada hidup (kerana mati adalah jalan yang kita wajib lalui sebelum melangkah memasuki Syurga Allah SWT).



Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam.

5 Perkara Allah SWT menghalang keberkatan hidup kita

1- Sesiapa tidak menunaikan zakat, Allah SWT menolak keselamatan hartanya.

2- Sesiapa tidak suka bersedekah Allah SWT akan mengurangkan kesihatannya.

3- Sesiapa tidak membayar zakat tanaman, Allah SWT mengurangkan keberkatan tanahnya.

4- Sesiapa tidak suka berdoa, Allah SWT, Allah SWT juga tidak suka menerima permintaannya.

5- Sesiapa tidak mengambil berat tentang solat, Allah SWT menolak ucapan kalimah La Ilaha Illallah ketika matinya.

Kitab Tanbihul Ghafilin,

5 Golongan Dijamin Masuk Syurga Allah SWT

1- Wanita solehah yang taat kepada suaminya.

2- Anak yang taat kepada kedua orang tuanya.

3- Orang mati kerana menunaikan Fardhu Haji.

4- Orang yang memiliki Akhlak Mulia dan Terpuji.

5- Orang yang melaungkan azan di masjid kerana mengharap pahala daripada Allah SWT.



Kitab Tanbihul Ghafilin,

Isnin, 10 Oktober 2011

Ayat-ayat tafsir

Surah Khafi

(ustaz kata, amalkan surah ini untuk murah rezeki)

[1]

Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):

[2]

(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.

[3]

Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.

[4]

Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak".

[5]

(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.

[6]

Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.

[7]

Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.

[8]

Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.

[9]

Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?

[10]

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami".

[11]

Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya.

[12]

Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu).

[13]

Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.

[14]

Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

[15]

(Mereka berkata pula sesama sendiri): "Kaum kita itu, menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah; sepatutnya mereka mengemukakan keterangan yang nyata yang membuktikan ketuhanan makhluk-makhluk yang mereka sembah itu? (Tetapi mereka tidak dapat berbuat demikian); Maka tidak ada yang lebih zalim dari orang-orang yang berdusta terhadap Allah.

[16]

Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah yang lain dari Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmatnya kepada kamu, dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk (menjayakan) urusan kamu dengan memberikan bantuan yang berguna".

[17]

Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya.

[18]

Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka.

[19]

Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: "Berapa lama kamu tidur?" (sebahagian dari) mereka menjawab: "Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari". (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: "Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.

[20]

"Sesungguhnya, kalaulah mereka mengetahui hal kamu, tentulah mereka akan merejam dengan membunuh kamu, atau mereka akan mengembalikan kamu kepada ugama mereka (secara paksa); dan jika berlaku demikian, kamu tidak sekali-kali akan berjaya selama-lamanya".

[21]

Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya orang-orang itu mengetahui bahawa janji Allah menghidupkan semula orang mati adalah benar, dan bahawa hari kiamat itu tidak ada sebarang syak padanya; pendedahan itu berlaku semasa orang-orang itu berbantahan sesama sendiri mengenai perkara hidupnya semula orang mati. Setelah itu maka (sebahagian dari) mereka berkata: "Dirikanlah sebuah bangunan di sisi gua mereka, Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka". orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka (pihak raja) pula berkata: "Sebenarnya kami hendak membina sebuah masjid di sisi gua mereka".

[22]

(Sebahagian dari) mereka akan berkata: "Bilangan Ashaabul Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka "; dan setengahnya pula berkata:"Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka" - secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: "Bilangan mereka tujuh orang, dan yang kedelapannya ialah anjing mereka". Katakanlah (wahai Muhammad): "Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit". Oleh itu, janganlah engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan dengan bahasan (secara sederhana) yang nyata (keterangannya di dalam Al-Quran), dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorangpun dari golongan (yang membincangkannya).

[23]

Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti".

[24]

Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".

[25]

Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus tahun dengan kiraan Ahli Kitab), dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu).

[26]

Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah jua yang mengetahui tentang masa mereka tidur; bagiNya lah tertentu ilmu pengetahuan segala rahsia langit dan bumi; terang sungguh penglihatanNya (terhadap segala-galanya)! Tidak ada bagi penduduk langit dan bumi pengurus selain daripadaNya dan Ia tidak menjadikan sesiapapun masuk campur dalam hukumNya.

[27]

Dan baca serta turutlah apa yang diwahyukan kepadamu dari kitab Tuhanmu; tiada sesiapa yang dapat mengubah kalimah-kalimahNya; dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat tempat perlindungan selain daripadaNya.

[28]

Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.

[29]

Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya". Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang.

[30]

Sebenarnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh sudah tetap Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya.

[31]

Mereka itu, disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya.

[32]

Dan berikanlah kepada mereka satu contoh: Dua orang lelaki, Kami adakan bagi salah seorang di antaranya, dua buah kebun anggur; dan Kami kelilingi kebun-kebun itu dengan pohon-pohon tamar, serta Kami jadikan di antara keduanya, jenis-jenis tanaman yang lain.

[33]

Kedua-dua kebun itu mengeluarkan hasilnya, dan tiada mengurangi sedikitpun dari hasil itu; dan kami juga mengalirkan di antara keduanya sebatang sungai.

[34]

Tuan kebun itu pula ada mempunyai harta (yang lain); lalu berkatalah ia kepada rakannya, semasa ia berbincang dengannya: "Aku lebih banyak harta daripadamu, dan lebih berpengaruh dengan pengikut-pengikutku yang ramai".

[35]

Dan ia pun masuk ke kebunnya (bersama-sama rakannya), sedang ia berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan sebab kufurnya), sambil ia berkata: "Aku tidak fikir, kebun ini akan binasa selama-lamanya.

[36]

Dan aku tidak fikir, hari kiamat kan berlaku; dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (sebagaimana kepercayaanmu), tentulah aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik daripada ini.

[37]

berkatalah rakannya kepadanya, semasa ia berbincang dengannya: "Patutkah engkau kufur ingkar kepada Allah yang menciptakan engkau dari tanah, kemudian dari air benih, kemudian Ia membentukmu dengan sempurna sebagai seorang lelaki?

[38]

Tetapi aku sendiri percaya dan yakin dengan sepenuhnya bahawa Dia lah Allah, Tuhanku, dan aku tidak sekutukan sesuatu pun dengan Tuhanku.

[39]

Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandangku sangat kurang tentang harta dan anak, berbanding denganmu,

[40]

Maka mudah-mudahan Tuhanku akan mengurniakan daku lebih baik daripada kebunmu, dan (aku bimbang) dia akan menimpakannya dengan bala, bencana dari langit, sehinggalah menjadilah kebunmu itu tanah yang licin tandus.

[41]

Ataupun air kebun itu akan menjadi kering ditelan bumi, maka dengan yang demikian, engkau tidak akan dapat mencarinya lagi".

[42]

Dan segala tanaman serta hartabendanya itupun dibinasakan, lalu jadilah ia membalik-balikkan kedua tapak tangannya (kerana menyesal) terhadap segala perbelanjaan yang telah dibelanjakannya pada kebun-kebunnya, sedang kebun-kebun itu runtuh junjung-junjung tanamannya; sambil dia berkata: "Alangkah baiknya kalau aku tidak sekutukan sesuatupun dengan Tuhanku!"

[43]

Dan ia tidak mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya, selain dari Allah; dan ia pula tidak dapat membela dirinya sendiri.

[44]

Pada saat yang sedemikian itu kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu bagi Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya; Dia lah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahagia (kepada hamba-hambaNya yang taat).

[45]

Dan kemukakanlah kepada mereka misal perbandingan: Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin; dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

[46]

Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.

[47]

Dan (ingatkanlah) hari Kami bongkar dan terbangkan gunung-ganang dan engkau akan melihat (seluruh) muka bumi terdedah nyata; dan Kami himpunkan mereka (di padang Mahsyar) sehingga Kami tidak akan tinggalkan seorangpun dari mereka.

[48]

Dan mereka tetap akan dibawa mengadap Tuhanmu dengan berbaris teratur, (sambil dikatakan kepada mereka): "Kamu sekarang telah datang kepada Kami - (berseorangan) sebagaimana Kami telah jadikan kamu pada mulanya; bahkan kamu dahulu menyangka, bahawa kami tidak akan menjadikan bagi kamu masa yang tertentu (untuk melaksanakan apa yang Kami telah janjikan)".

[49]

Dan "Kitab-kitab Amal" juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:" Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!" Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun.

[50]

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu.

[51]

Aku tidak memanggil mereka menyaksi atau membantuKu menciptakan langit dan bumi, dan tidak juga meminta bantuan setengahnya untuk menciptakan setengahnya yang lain; dan tidak sepatutnya Aku mengambil makhluk-makhluk yang menyesatkan itu sebagai pembantu.

[52]

Dan (ingatkanlah) masa Allah berfirman: "Panggilah sekutu-sekutuKu yang kamu katakan itu (untuk menolong kamu); lalu mereka memanggilnya, tetapi sia-sia sahaja, kerana makhluk-makhluk itu tidak menyahut seruan mereka: dan kami jadikan untuk mereka bersama sebuah tempat azab yang membinasakan.

[53]

Dan orang-orang yang berdosa itu tetap akan melihat neraka, maka yakinlah mereka, bahawa mereka akan jatuh ke dalamnya dan mereka tidak akan mendapati sebarang jalan untuk mengelakkan diri daripadanya.

[54]

Dan demi sesungguhnya Kami telah huraikan dengan berbagai-bagai cara di dalam Al-Quran ini untuk umat manusia, dari segala jenis contoh bandingan; dan sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya.

[55]

Dan tiada yang menghalang manusia daripada beriman, ketika datang petunjuk Al-Quran kepada mereka, dan daripada memohon ampun kepada Tuhan mereka, melainkan (kerana kedegilan mereka dan kerana mereka) menunggu didatangi azab yang memusnahkan yang telah menimpa orang-orang dahulu, atau di datangi azab yang dilihat dan dihadapi.

[56]

Dan tidak Kami mengutus Rasul-rasul, melainkan sebagai pemberi berita gembira dan pemberi amaran; dan orang-orang yang kafir membantah dengan alasan yang salah untuk menghapuskan kebenaran dengan bantahan itu; dan mereka jadikan ayat-ayatku, dan amaran yang diberikan kepada mereka sebagai ejek-ejekan.

[57]

Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya; sesungguhnya (disebabkan bawaan mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak). Dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka dengan keadaan yang demikian, mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayah petunjuk selama-lamanya.

[58]

Dan Tuhanmu Maha Pengampun, lagi melimpah-limpah rahmatnya. Jika Ia mahu menyeksa mereka (di dunia) disebabkan apa yang mereka telah usahakan, tentulah Ia akan menyegerakan azab itu menimpa mereka; (tetapi Ia tidak berbuat demikian) bahkan ditentukan bagi mereka satu masa yang mereka tidak sekali-kali akan dapat sebarang tempat perlindungan, yang ialah daripadanya.

[59]

Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.

[60]

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada temannya: "Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau aku berjalan terus bertahun-tahun".

[61]

Maka apabila mereka berdua sampai ke tempat pertemuan dua laut itu, lupalah mereka akan hal ikan mereka, lalu ikan itu menggelunsur menempuh jalannya di laut, yang merupakan lorong di bawah tanah.

[62]

Setelah mereka melampaui (tempat itu), berkatalah Nabi Musa kepada temannya: "Bawalah makan tengah hari kita sebenarnya kita telah mengalami penat lelah dalam perjalanan kita ini".

[63]

Temannya berkata: "Tahukah apa yang telah terjadi ketika kita berehat di batu besar itu? Sebenarnya aku lupakan hal ikan itu; dan tiadalah yang menyebabkan aku lupa daripada menyebutkan halnya kepadamu melainkan Syaitan; dan ikan itu telah menggelunsur menempuh jalannya di laut, dengan cara yang menakjubkan".

[64]

Nabi Musa berkata: "Itulah yang kita kehendaki "; merekapun balik semula ke situ, dengan menurut jejak mereka.

[65]

Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami.

[66]

Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?"

[67]

Ia menjawab: "Sesungguhnya engkau (wahai Musa), tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku.

[68]

Dan bagaimana engkau akan sabar terhadap perkara yang engkau tidak mengetahuinya secara meliputi?

[69]

Nabi Musa berkata: "Engkau akan dapati aku, Insyaa Allah: orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu".

[70]

Ia menjawab: "Sekiranya engkau mengikutku, maka janganlah engkau bertanya kepadaku akan sesuatupun sehingga aku ceritakan halnya kepadamu".

[71]

Lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, ia membocorkannya. Nabi Musa berkata: "Patutkah engkau membocorkannya sedang akibat perbuatan itu menenggelamkan penumpang-penumpangnya? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perkara yang besar".

[72]

Ia menjawab: "Bukankah aku telah katakan, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?"

[73]

Nabi Musa berkata: "Janganlah engkau marah akan daku disebabkan aku lupa (akan syaratmu); dan janganlah engkau memberati daku dengan sebarang kesukaran dalam urusanku (menuntut ilmu)".

[74]

Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu ia membunuhnya. Nabi Musa berkata "Patutkah engkau membunuh satu jiwa yang bersih, yang tidak berdosa membunuh orang? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perbuatan yang mungkar!"

[75]

Ia menjawab: "Bukankah, aku telah katakan kepadamu, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?"

[76]

Nabi Musa berkata: "Jika aku bertanya kepadamu tentang sebarang perkara sesudah ini, maka janganlah engkau jadikan daku sahabatmu lagi; sesungguhnya engkau telah cukup mendapat alasan-alasan berbuat demikian disebabkan pertanyaan-pertanyaan dan bantahanku".

[77]

Kemudian keduanya berjalan lagi, sehingga apabila mereka sampai kepada penduduk sebuah bandar, mereka meminta makan kepada orang-orang di situ, lalu orang-orang itu enggan menjamu mereka. Kemudian mereka dapati di situ sebuah tembok yang hendak runtuh, lalu ia membinanya. Nabi Musa berkata: "Jika engkau mahu, tentulah engkau berhak mengambil upah mengenainya!"

[78]

Ia menjawab: "Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, aku akan terangkan kepadamu maksud (kejadian-kejadian yang dimusykilkan) yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya.

[79]

Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut; oleh itu, aku bocorkan dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat.

[80]

Adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang yang beriman, maka kami bimbang bahawa ia akan mendesak mereka melakukan perbuatan yang zalim dan kufur.

[81]

Oleh itu, kami ingin dan berharap, supaya Tuhan mereka gantikan bagi mereka anak yang lebih baik daripadanya tentang kebersihan jiwa, dan lebih mesra kasih sayangnya.

[82]

Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu; dan di bawahnya ada "harta terpendam" kepuyaan mereka; dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka). Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya".

[83]

Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. Katakanlah: "Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya":

[84]

Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.

[85]

Lalu ia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya).

[86]

Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam di sebuah matair yang hitam berlumpur, dan ia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): "Wahai Zulkarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka".

[87]

Ia berkata: "Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya.

[88]

Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati".

[89]

Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.

[90]

Sehingga apabila ia sampai di daerah matahari terbit, ia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya.

[91]

Demikianlah halnya; dan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi akan segala yang ada padanya.

[92]

kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.

[93]

Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.

[94]

Mereka berkata: "wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?"

[95]

Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.

[96]

Bawalah kepadaku ketul-ketul besi"; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, ddia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: "Tiuplah dengan alat-alat kamu" sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: "Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya".

[97]

Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.

[98]

(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar".

[99]

Dan Kami biarkan mereka pada hari itu (keluar beramai-ramai) bercampur-baur antara satu dengan yang lain; dan (kemudiannya) akan ditiup sangkakala, lalu Kami himpunkan makhluk-makhluk seluruhnya di Padang Mahsyar.

[100]

Dan Kami perlihatkan neraka Jahannam, pada hari itu kepada orang-orang kafir, dengan pendedahan yang jelas nyata;

[101]

(Iaitu) orang-orang yang matanya telah tertutup daripada melihat tanda-tanda yang membawa kepada mengingatiKu, dan mereka pula tidak dapat mendengar sama sekali.

[102]

Maka adakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka mengambil hamba-hambaKu sebagai makhluk-makhluk yang disembah, selain daripadaKu, dapat menolong mereka? Sesungguhnya Kami telah sediakan neraka Jahannam bagi orang-orang kafir itu sebagai tempat tetamu.

[103]

Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?

[104]

(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".

[105]

Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.

[106]

(Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan.

[107]

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah).

[108]

Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya.

[109]

Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".

[110]

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".