~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Isnin, 10 Oktober 2011

Tautan Hati

(sumber google)

Assalamualaikum. Selamat bekerja. Aku nak share sebuah novel yang aku sedang baca. Belum habis pun aku baca, tapi aku nak berkongsi keterujaan aku membaca novel ni. Sesungguhnya, aku bukanlah fanatik membaca novel, tapi aku hanya fanatik dengan karya Ramlee Awang Murshid. Sebab novelnya buat masa ni, berjaya menambahkan iman di dada dari masa ke semasa. Tahniah.

Aku tak nafikan ramai penulis novel di luar sana yang bersifat pendakwah. Salah seorangnya ialah Fatimah Syarha. Aku suka dengan penulisannya yang cuba mendidik jiwa kita menjadi seorang muslimah yang sejati. Aku sendiri tak pasti adakah ni novel pertama beliau yang aku baca, sebab aku jarang menghafal nama penulis.

Sebenarnya apa yang aku nak sampaikan ialah aku sukalah novel ni. Suka yang amat sangat. Novel ni berkisar tentang konflik akidah, aku suka sebab novel ni berjaya buatkan aku berfikir segalanya tentang kebesaran Allah dan Rasul. Apabila ada sesuatu yang mampu menggerakkan hati dan jiwa aku pada Allah dan Rasul, aku memang suka bebenor. Suka suka suka dan suka.

Sebenarnya novel ni aku pinjam daripada adik ipar aku, sebab seumur hidup aku, tak pernah aku beli novel atau majalah juga kaset (nak bagitau jugak), kalau aku nak baca novel, aku boleh pinjam daripada anak saudara, dan kalau aku nak baca majalah, aku boleh pinjam daripada adik kembar aku. Hahahaa, sebab tu aku tak pernah beli, atau aku akan ke library mencari bahan bacaan.

Sebenarnya lagi, aku mula meminjam novel ni pada penghujung ramadhan yang lalu, dan bayangkan sehingga ke saat ini entry ni ditulis, aku belum habis membacanya. Hahaha, punca yang utama adalah kekangan masa, sebagai seorang kuli di ofis dan sebagai seorang isteri, masa aku adalah sangat terhad. Jarang aku dapat pegang novel dan baca berjam-jam, ianya adalah mustahil. Alasan kukuh kedua ialah kerana aku sanggup baca setiap perenggan dalam novel ni berkali-kali kerana aku suka dengan susunan ayat dan perkataan yang ditulis dalamnya, dan tujuan lain aku baca berkali-kali adalah untuk aku benar-benar faham makna tersirat dan tersurat yang cuba disampaikan penulis.

Maka, walaupun sekarang dah masuk bulan Oktober, aku belum sampai separuh membacanya, sungguh lembab aku ni kan. Nak buat macam mana, aku dah usaha nak habiskan segera, tapi aku tak mampu sebab aku tak punya waktu yang cukup. Maka, terselit rasa kagum apabila ada orang boleh habiskan membaca novel dalam masa 2 hari.

Insyaallah, aku tetap akan habiskan bacaannya. Biasanya walaupun kadang-kadang novel tu tak best pun, aku paksa diri baca sehingga habis jugak, sebab pada aku, aku dah mulakan, maka aku kena akhirinya jugak-jugak

Kat sini, aku nak sarankanlah barang siapa yang ada konflik akidah, bacalah novel ni yang penuh dengan input yang berguna. Secara tak langsung novel ni mampu menyuntik semangat aku untuk terus berdakwah secara terang dan secara halus.

Sesungguhnya tak rugi beli novel islamik macam ni, banyak menambahkan iman di dada. Insyaallah.

p/s : salah satu impian aku yang tinggal kenangan ialah nak buat novel sendiri. malangnya, ianya terkubur begitu sahaja.



6 ulasan:

kakcik berkata...

Dah lama kakcik tak beli novel.

RULZA berkata...

wbh nak tahu, sahabat baik saya juga fanatik kepada karya ramli awang murshid..pantang ada yang baru mesti beli punya..

Wanita Bertudung Hijau berkata...

RULZA : baguslah, Ramlee Awang Murshid bijak dalam kerja dakwahnya, melalui novel pun dia berjaya mendidik orang Islam :-)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

kakcik : mungkin kakcik suka hobi lain :-)

kakcik berkata...

Kakcik memang suka baca novel dan ada banyak novel karya RAM kakcik ada. :)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

KAKCIK : wow, ramainya yg suka baca novel dia ya :-)
patutnya gaya bahasa akak indah, kesan drpd suka membaca rupanya, sy kena belajar ni :-)