Aku hanya sempat fikir 10 aje dalam masa setengah jam
1) Boleh dan sanggup beli dan langgan majalah kesayangan seperti majalah tentang dunia permotoran, tentang artis-artis Malaysia dan dunia secara konsisten tiap-tiap bulan, tapi kitab-kitab agama rm10 pun berkira nak buat koleksi.
2) Sanggup simpan duit untuk bercuti ke destinasi impian yang cecah ribuan ringgit, tapi nak simpan duit untuk ke Mekah menunaikan haji pun berkira
3) Sejarah tentang artis habis dihafalnya, tahu artis mana dah bercerai, nak bercerai, yang dah kahwin, yang kahwin 2, mana kena tangkap khalwat, juga tahu tarikh lahir artis kesayangan, tapi sejarah dan susur galur baginda Rasullullah SAW dan sahabat Nabi tak pernah berminat untuk ambil tahu.
4) Berpakaian menutup aurat mengikut syariat Islam dikatakan kolot dan ketinggalan zaman, tapi pakaian yang mendedahkan aurat dikatakan mengikut arus pemodenan, baik bogel dan telanjang je terus, dah alang-alang nak dedahkan, dah alang-alang nak tunjuk, tapi malu pulak nak berbogel, padahal sama je konsepnya ye tak?
5) Ada yang sanggup bermasam muka dan langsung tak nak bercakap sekiranya dirinya ditegur tentang sesuatu kesilapan walaupun teguran itu secara membina, tapi sanggup pula tu berkawan dengan kawan-kawannya yang tanpa sedar dah kutuk dirinya kat belakang. Seorang kawan yang baik akan cuba bersusah payah sedaya mungkin untuk mengubah kita menjadi manusia yang bertakwa.
6) Sanggup menghabiskan duit gaji untuk perkara-perkara yang tak penting, tapi tak sanggup nak lebihkan bayar hutang atau cuba bersedekah. Sanggup lagi buat koleksi hutang, tapi liat dalam nak membayarnya, kemudian kelam kabut apabila dah kena perintah mahkamah.
7) Hal orang lain semua diambil tahunya, diselidikinya, tapi tak pernah cuba nak muhasabah diri sendiri. Lebih menyedihkan, dalam semua hal, cuma menyalahkan orang sekeliling tapi tak pernah menyalahkan diri sendiri.
8) Tak pernah rasa bersalah apabila sentiasa menyibukkan diri dengan hal duniawi, sedangkan akhirat adalah kekal abadi. Bila ditanya tak takut mati ke, jawabnya takut, tapi tak ada sebarang usaha yang menunjukkan rasa takut pada mati.
9) Bercampur lelaki dan perempuan kononnya tidak membuat perkara yang tidak senonoh tidak mengapa walaupun boleh mendatangkan fitnah di mata orang lain.
10) Setiap kali tiba tahun baru, kebanyakannya hanya memasang azam yang berkisar tentang duniawi sahaja, jarang yang cuba berazam contohnya berpuasa isnin dan khamis sehingga ke akhir hayat atau cuba bersolat di awal waktu selagi bernyawa. Itu sekadar contoh azam
(entry ni untuk diri sendiri jugak)
Salam hari jumaat yang mulia, jangan lupa share khutbah Jumaat dengan aku
0 ulasan:
Catat Ulasan