~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Isnin, 3 Oktober 2011

Kisah azam tahun baru

Assalamualaikum.

Bulan Oktober dah menjelma. Dah fikir apa azam anda semua tahun depan? Atau sekadar azam tahun ni yang nak di carry forward. Hahaha, jangan salah sangka, aku ketawakan diri sendiri sebenarnya. Aku cakap yang carry forward azam tu rasanya aku sorang je kot. Orang lain mungkin tak.

Azam aku tahun depan banyak sekali. Azam aku biasanya aku pecahkan kepada 2 bahagian, azam tentang duniawi dan azam islamik. Biasanya 2-2 azam ni pasti akan aku bawa ke depan. Selalunya macam tulah.

Tak kisah apa azam kita, harap ianya dapat membentuk kita menjadi mukmin yang profesional, bak kata ustaz Pahrol dalam radio IKIM.fm. Dalam blognya pun dia selalu tekankan benda alah tu, tapi secara jujurnya, aku lebih suka 'bertemu'nya dalam blognya kerana aku teramat suka cara susun atur setiap ayat-ayatnya, buatkan aku berkali-kali baca tanpa jemu. Sungguh aku terpesona.

p/s : Azam islamik, salah satunya nak masuk syurga tanpa hisab, agak-agak tercapai tak?

2 ulasan:

kinakona berkata...

Azam islamik paling tinggi tu and azam kita semua jugak! ^^
Amin insyaallah, yg penting tk kena hisab,sbb once kena hisab,..binasa manusia tu.. Allah..
Moga tahun yg bakal tiba,menjadikan kita insan yg lebih dkt kpd Allah..

Wanita Bertudung Hijau berkata...

ank_ayah : insyaallah & aminnnnn :-)