Tadi aku kelam kabut makan tengahari (bekal yang dibawa), ayam goreng berempah dan sayur campur dengan harapan nak dengar kuliah Zohor dengan segera. Rugi rasanya kalau lambat menghadiri kuliah, apatah kalau ustaz dah mulakan ceramah. Kang tercengang-cengang aku tak faham hujung pangkal pula kang.
Alhamdulillah selesai makan, aku segera mencuci bekas dan turun ke surau. Harapan aku punah, tak ada kuliah hari ini, ustaz ada hal emergency. Mmmm, tiba-tiba aku rasa kehilangan sebab hari ni aku belum dapat sebarang input yang baru tentang agama Islam. Dahlah ilmu aku agama cetek-seceteknya, tak gigih cari input kalu, malulah nak mengaku aku ni umat Islam yang beriman. Ke mana aku pergi, aku bawak imej Islam, tapi di dada tak ada ilmu yang mantap, macam mana ni?
Dahlah esok tak ada kuliah Zohor, yang ada cuma tazkirah pagi jumaat. Tak apalah, tazkirah pun tazkirahlah, tak sabar pulak nak tunggu esok pagi.
Terus aku ke pantry buat air nescafe tarik, biasanya yang jadi pilihan aku nescafe tarik atau kalau tahap kemalasan melanda aku akan pilih air cafe mocha, melalui mesin kopi segera tu. Tapi lebih afdal aku buat sendiri, sebab aku tahu selera tekak aku.
Kemudian, kembali ke tempat duduk, aku dah macam hilang arah sekejap, tak tahu nak buat apa, sebab jadual aku time lunch selama ni hanya dengar kuliah Zohor, so, tak ada apa nak buat, tak nak masa terbuang begitu sahaja, aku pun bacalah tafsir al Quran. Atas niat nak dapatkan info terbaru tentang Islam. Rupanya, makin aku mencari, makin banyak aku tak tahu tau. Adakah ni melambangkan aku ni umat Islam yang jahil tentang ugama sendiri? Adoiiila
Adalah beberapa surah pendek yang sempat aku khatam tafsirnya. Tekun aku membaca tafsirnya, ada juga tu kena batang hidung sendiri. Padan muka aku.
Dalam dok membaca tafsir, aku teringat perbualan seorang rakan yang ditujukan kepada aku beberapa bulan sebelum ni, katanya, alahhh, Allah kan Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Maha Pemurah, Maha Mulia, Maha Pemaaf dan Maha Penerima Taubat, bla bla bla, aku dah lupa yang Maha seterusnya yang dikatanya tu, so nanti-nantilah minta ampun, surelah Allah akan ampun punya. Terbelalak biji mata aku mendengar kata-kata itu.
Tapi lupakah dia, Allah juga Maha Adil dan Saksama, Maha Menghitung, Maha Bijaksana dan Maha Pandai, Maha Menghakimi, Maha Menetapkan Hukum, Maha Melihat, Maha Mendengar? Jangan sangka sekalipun Allah Maha Pengampun, Allah takkan hisab segala perbuatan kita?
Allah Maha Adil, so barangsiapa bertakwa, ganjarannya syurga, so sesiapa yang engkar perintah Allah, takkan Allah nak sumbat dalam syurga juga? Allah Maha Adil kan. Untunglah kalau yang dihisab itu perkara yang melibatkan pahala dan amalan mulia, dan bersedialah kalau yang dihisab tu semuanya dosa, Allah kan Maha Menghitung.
Janganlah guna point Allah itu Maha Pemurah, Maha Pengampun, Maha Penyayang dalam nak membuat dosa. Aku ingatkan diri sendiri ni.
Setiap kali baca tafsir, aku rasa gerun nak berterusan membaca, sebab apa tau, sebab aku akan rasa ngeri setiap kali terbayangkan hari pembalasan yang bakal tiba. Orang yang banyak dosa macam aku je ke takut nak baca tafsir? Korang takut tak? Kalau aku baca al Quran elok je, sebab aku tak faham maknanya kan. Hahaha. Sebab tulah pentingnya di sini selalu baca tafsir al Quran. Dapat menginsafkan diri. Dapat muhasabah diri.
mmmmm, molek sungguh sususan ayat dalam al Quran ni kan. Tu pun ramai tak nak percaya pada al Quran, tak nak ikut al Quran, aku cakap pada diri sendiri ni
0 ulasan:
Catat Ulasan