~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Selasa, 10 Januari 2012

Peranakan aku dikatakan jatuh

Assalamualaikum, ketika entry ni ditaip, aku berada dalam keadaan lemau yang maksima. Sesuai ke tak penggunaan istilah aku tu? Yang pastinya, buat kesekian kalinya, semalam aku masih tak dapat nak tidur. Dah penat aku paksa mata aku pejam, dah lenguh mulut aku menguap, aku masih tak mampu nak lena. Hampir jam 5am akhirnya aku terlelap. Aku dah tekad, kalau malam ni aku masih tak mampu nak lena dengan aman, aku nak pergi klinik minta ubat tidur. Aku dah tak mampu nak tahan sakit kepala, terasa gelong segelongnya. Boleh sakit jiwa sekiranya masalah ini berterusan.

Aku tiba di ofis agak lewat, 730am, kelam kabut aku ambil wuduk dan pergi mengaji. Kelas asalnya bermula jam 745am, tapi guru mengaji aku juga stuck dalam jem yang melampau. Sambil menunggu beliau, aku menahan sakit yang maksima di bawah bahagian perut. Aku tak tahu kenapa sakit bawah perut kembali wujud. Aku terduduk-duduk menahan sakit. Bergenang air mata menahan sakit.

Sehingga selesai mengaji, masih berterusan sakit. Di tempat photostat menunggu turn nak photostat, aku dah terduduk-duduk mengerang kesakitan. Aku akhirnya ke pantry mengadu pada seorang akak tea lady, dia ni boleh dikatakan tukang urut di kalangan kami. Semasa aku jatuh terhempas hari tu pun dia yang bantu urut tangan dan bahu aku.

Aku sebenarnya malas nak mengadu pada dia tentang kesakitan yang aku alami, tapi, aku tak ada pilihan, daripada menderita berkekalan baik aku bagitau akak tersebut hal sebenar mengikut kronologi daripada hari jumaat di mana aku sangka aku period, dan juga kes main badminton.

Aku dah bersedia dengan mental dan fizikal untuk kena marah, dan sangkaan aku tepat. Akak tu benar-benar marah aku, kenapa aku masih main badminton kalau niat nak mengandung? Aku cuba membela diri, sebab saya sangka saya periodlah akak, tapi bleedingnya color coklat, saya sangka period saya gelong akibat aku jatuh terhempas hari tu.

Kau tak tahu ke orang mengandung pun ada tanda bleeding? Keras intonasi suara akak tu.

Tak pernah tahu, aku jawab sejujurnya.

Lainkali tanya, jangan nak buat keputusan sendiri. Kau tu tak ada mak bapak, tanyalah kitaorang ni yang berpengalaman, jangan ingat dalam semua hal kau decided tu betul.

Aku angguk dalam mengerang kesakitan. Akak, tolonglah kak, sakit sangat perut saya ni. Saya tak selesa, duduk tak selesa, jalan tak selesa, tolonglah kak, aku merayu minta perhatian.

Jom, akak urutkan kau. 

Maka, bermula sesi meraung dalam bilik pantry. Aku dibaringkan dan peranakan aku dinaikkan semula. Kata akak tu, peranakan aku jatuh teruk, dan berdasarkan perut aku, katanya, aku berkemungkinan sedang mengandung.

Aku tak ambil kisah pun apa yang akak tu cakap, sebab aku sedang melayan rasa sakit yang melampau, niat nak je terajang akak tu sekuat hati biar dia melekat kat dinding, tapi niat tu hanya sekadar niat. Aku tak buat pun. Meraung-meraung aku dalam bilik pantry tu menahan sakit yang melampau. Sakit kak, aku menangis meleleh air mata. Dah hilang rasa malu, dah hilang sifat berlagak cool kononnya. Suara aku tenggelam timbul dengan raungan aku dan esak tangis.

Akhirnya penderitaan mengurut selesai. Tiba-tiba aku rasa hilang sikit rasa sakit. Tak adalah sakit sampai terduduk-terduduk. Aku bangun dengan relaks sambil mengelap air mata. Selepas ucapkan terima kasih, aku keluar daripada bilik pantry dan beberapa rakan lelaki tercengang-tercengang tercegat depan aku dengan muka penuh tanda tanya melihat air mata aku berjurai-jurai dan mata aku yang merah kesan daripada menangis. Aku terus blah sebab malu air mata aku dilihat mereka. Mahal tau air mata aku, bukan sewenangnya orang dapat tengok, kiranya tadi tu esklulif lah tu, tak ada lagi sesi ulang tayang, hahaha.

Kembali ke tempat duduk, sorang sorang datang bebel pada aku, marah aku pasal aku main badminton jumaat malam, aikkk, cepatnya berita tersebar, sedangkan kesahihan aku pregnant belumlah pasti. Dalam kebingungan, aku jawab lepas ni tak main dah. 

Apa lak tak main, lepas ni kau pergi panjat Kinabalu ke Tahan ke, pastu main badminton, futsal, rangbi semua tu. Aku rasa nak ketawa pun ada, sejak bila aku main ragbi pulak ni? Hahaha.

Semua leteran tu aku ambil positif jelah, sebab tanpa mereka siapalah aku. Pada diaorang jugak aku mengadu sakit demam, tapi aku terharu jugak sebab ramai pulak yang prihatian dengan aku. Aku bersyukur walaupun aku diuji dengan sakit, tapi banyak hikmah yang aku perolehi di sini.

Bak kata sahabat blog aku Rulza, aku akan cuba check guna pregancy test esok pagi. Dan petang ni aku akan segera membelinya. Doakan agar aku benar-benar mengandung dan kandungan aku benar-benar berada dalam keadaan sempurna dan baik.

Ada juga kawan yang cuba menakutkan aku, katanya akak aku macam kaulah tak sedar dia preganant, sudahnya dia pergi main netball sehingga ke Sabah, selepas 2 minggu dia keguguran, kau nak jadi macam tu ke? Benar-benar membuatkan emosi aku terganggu kala ini.

Apa yang penting, sekalipun sakit, jangan lupa kewajipan pada Allah Taala. Banyakkan berdoa dan meminta jalan penyelesaian daripada Allah. Sesungguhnya Allah takkan pernah menzalimi hambaNya. Cuma, hambaNya saja yang lupa nak bersyukur, lupa nak berdoa, lupa nak meminta. Moga aku tak termasuk dalam golongan tersebut.

Ketika ini, kesakitan aku agak reda, aku cuba elakkan berada dalam keadaan stress, cuma aku tak mampu nak elak daripada rasa mengantuk. Otak aku jadi pasif buat masa ni. Bayangkan, sejak minggu lepas, aku tak mampu lena dengan normal dan dalam masa tidur yang secukupnya.

Aku memang tekad kalau malam ni masih tak dapat lelap, aku nak pergi ambil ubat tidur daripada doktor. Aku dah berada tahap kronik dah ni.

8 ulasan:

marinahunny berkata...

Wbh,

Test dulu mengandung atau tak, pagi2 besok buat urine test dan balik opis jgn lupa beli pregnancy test plak.

Semoga keputusan nye +ve!

Ubat tdo tu jgn ambik dulu, cek dulu pregnant atau tak, takut nanti kalu pregnant bagi effect bila mkn ubt tdo.

Insyaallah semuanya akan selamat..

Wanita Bertudung Hijau berkata...

marina : baik, sy ikut saranan tersebut kang sy beli pregnancy test, doakan ye segalanya dipermudahkan dan selamat :-)

UMMI YL berkata...

mungkin ada betul peranakan jatuh sebab lepas kakak tu mengurut kak wbh rasa lega sikit..
kalau boleh pasni wat rawatan susulan ngan doktor pasal peranakan tu sebab kalau peranakan tak betul boleh jadi sukar mengandung..wallahualam.

apapun esok test dulu..tapi macam mana pun keputusannya kena redha dan sabar..

kalau negative kena sabar kalau positive kena hati2, jaga diri dan kena buat pemeriksaan susulan segera sebab aritu bleeding dan masih sakit..

insyaallah semuanya adalah yang terbaik..:)

ADWAteam berkata...

saya penah kene peranakan jatuh.. memang sakit.. lepas urut 3 kali baru boleh senyum semula.. alhamdulillah.. apa2 hal g check doc dl dan pastu berurut 3 kali.. insyaallah.. happy dengar cerita orang pregnen ni.. huhu

masitah berkata...

Ha, dengar tu saranan kawan2 & kak tu, hehe...
Jgn marah, banyakkan senyum..
(ni mcik pulak ni ..hhee)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : :-) :-) :-)

balada : akhirnya preganant juga setelah 9 bln menanti

masitah : hehehehe, tulah, bagusnya kawan2 dlm blog ni byk membantu

Sufi berkata...

sakitkan peranakan jatuh ni..pernah terasa sakit pinggang sesangat..cepat2 p urut..baru ok..

kongsi share berkata...

๐Ÿ’Assalamualaikum slm sejahtera warga group๐Ÿ“ข
๐Ÿ’ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye๐Ÿ“ข๐Ÿ˜‰

1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kencing manis dan jugak kisah hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 yang pulih dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit....

Boleh Call atau Wasap terus pengasas die..nanti blh cerita direct kt dia kita sakit apa dn lain2.. direct terus senang kn .ni nmbor dia.๐Ÿ‘‰๐Ÿผ *En Mohd Zuhairi- 0174687570*

2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau..kanser yg sudah merebak ke organ2 lain pon boleh diubati insya Allah.☺๐Ÿ‘๐Ÿป

3)Pengamal perubatan herba ni dh banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser..ade ramai yg dh pulih....

5)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


6) Bagi yang ada sakit *KENCING MANIS* pon boleh mendapatkan ubatan *paling mujarab* , termasuk *kencing* *manis* *kronik* seperti *kaki* *berlubang* dan *bernanah* *sehingga* *tidak* *perlu* *dipotong* .

Sy share melalui pengalaman sy sdri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sdri pon guna produk die (jus herba) dh 3thn.

Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar knser yg tepat .๐Ÿ’ช๐Ÿผ

Nanti dh beli produk die blh join group wasap..boleh la kenal2 pesakit die yg dh sembuh mcm yg sy knl antaranya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4..
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan setahun saja untuk hidup.setia dengan jus herba ini.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
*Skg sudah sembuh dr kanser.*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 *sekarang dh sembuh*
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
*Tengku Aziah bt Tengku Ishak,bacaan gula 16 ,bertahun thun hidap kencing manis,minum herba ini bcaan sntiasa 6 shaja *

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Pn. Rugayah Jilani -
Pesakit kanser payudara tahap 3B ketulan 10×10cm- *sudah sembuh !*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Pn. Noridah Md Dom - Pesakit kanser ovari tahap 3 merebak ke tyroid dan lymph- *sudah dapat kesan positif ,kesihatan beransur pulih.*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dan ramai lg lah yg dh sembuh dr kanser leukimia dll yg guna produk jutawan herbs nih....ini kenyataan..bkn rekaan.nti blh cntct en zuhairi dn pm sdri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
*En. Mohd Zuhairi - 017468 7570 ..*

๐Ÿ‘๐ŸปIn sya Allah nanti boleh join group wasap dan boleh pinjam semangat pejuang2 kanser yg lain

๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ

*NOTE* :

Call order wasap@call- En mohd zuhairi- *0174687570*

๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring