Aku nak delete sms dalam hp aku ni. So aku masukkan dalam sini supaya aku boleh rujuk bila-bila masa sebelum hp aku jem.
1) Ramai manusia beragama tapi sesat dalam beragama
2) Penyakit yang paling berat adalah penyakit hati
3) UMMI yang HAKIKI adalah segala kebolehan dan kebaikan adalah daripada Allah Taala
4) Bila bersahabat dari muka sampai ke akhir
5) Kita kena ada 3 anak kunci, barulah sempurna kehidupan
6) Barangsiapa kucup kening ibu, maka dia ahli syurga
7) Guru mursyid lagi siddiq adalah guru yang mendidik muridnya dari tidak menjadi baik
8) Di mana kita berada dan boleh kita berada ini dinamakan zikir (Ingat pada Allah)
9) Ramai manusia berilmu bergantung kepada ilmu. Ramai manusia beribadat bergantung kepada ibadat. Ramai manusia bersilat bergantung keada silatnya. Maka yang penting bergantunglah kepada Allah.
10) 3 perkara perlu dilakukan bagi doa kita mudah dimakbulkan yakni, hati yang bersih, tempat, masa.
11) Bila sahabat senang memaafkan maka gugurlah dosa sahabatnya
12) Ada hakikat tidak ada syariat ibarat najis, ada syariat tidak ada hakikat ibarat bola. Ada hakikat & ada syariat barulah sempurna hidup.
13) Janganlah suka kepada orang yang memuji kepadamu
14) Ikan yang paling enak dimakan adalah ikan terubuk isinya manis tapi hati-hati isninya penuh dengan tulang
15) Rahsia Al Quran ada pada al fatihah. Rahsia al fatihah ada pada bismillah. Rahsia keseluruhannya ada pada BA.
16) Kenanglah orang yang berjasa kepadamu, walaupun sesuap nasi sekalipun
17) Barangsiapa yang jaga & faham dua kalimah syahadah dia ahli syurga
18) Sahabat yang hakiki, adalah sahabat yang tidak mencari kesalahan sahabat.
19) 3 perkara sebelum menyambut Ramadhan - memohon kemaafan kepada Ibu Bapa, bermaaf-maafan suami isteri dan memohon kemaafan kepada sahabat handai
20) Siapa dekat dan kasih dengan Nabi SAW, Allah akan dekat dan kasih kepada hambaNya
21) Taat kepada Rasul mendapat syufaat. Taat kepada ibu mendapat Karamah. Taat kepada bapa mendapat hikmah. Taat kepada guru mendapat berkat.
22) Seorang musuh itu lebih merbahaya daripada seribu kawan.
23) Basahi bibir dan perbuatan kita dengan sifat Insyaallah
24) Merdeka yang hakiki, merdeka yang berganting hati sepenuhnya kepada Allah
25) Jangan berkawan dengan 5 golongan ini, suka berbohong, pengecut, bakhil, bodoh dan derhaka kepada ibu bapa
26) Jangan jadikan guru sebagai Tuhan, jadikan guru sebagai hamba Tuhan
27) Baca al Quran melalui akal semata-mata adalah nafsu. Mesti petunjuk daripada Allah
28) Dunia ini adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir
29) Sebenar-benar bala itu ialah terima bala, tak sabar walau kecil sekalipun.
30) Mukmin yang paling baik adalah mukmin Kholis (Mukmin yang bersih imannya)
31) Dunia dan pemimpun akan hancur dengan 3 TA, harta, takhta dan wanita
32) Marilah kita bermain-main dengan al Quran
33) Hati mati akan hidup siapa yang hidupkan malam hari raya
34) Orang baling kita dengan batu & kayu, kita balingkan dengan buah yang ranum
35) Barangsiapa yang mudah memaafkan orang maka dia dekat dengan Allah
36) Bersyukur dan berterima kasih kepada Allah kerana kita dipilih untuk diuji
37) Bila sahabat bertemu kerana Allah maka berpisah pun kerana Allah
38) Berpuasa sebenar-benar ikhlas seperti orang-orang KHAWAS berpuasa
39) Jangan bimbang dan marah kepada orang yang rajin mengkritik kamu.
40) Senjata yang paling canggih bagi orang mukmin adalah doa
41) Akan lahir golongan yang dekat dengan Nabi Muhammad SAW iaitu golongan IKHWAn
42) Jangan jadikan guru, ibu bapa sebagai tong sampah
43) Ibadat memerlukan keikhlasan & keikhlasan memerlukan ke Ehsanan
44) Ada pengakuan AKU yang sesat dengan Allah dan ada pengakuan AKU yang dekat dengan ALLAH
45) Barangsiapa gembirakan ahli keluarganya pada hari raya Allah akan gembirakannya dalam syurga
46) Sebenar musuh itu kawan berpaling tadah menjadi lawan, sejahat-jahat musuh itu dalam selimut
47) Jangan jadikan Kaabah sebagai Tuhan, jadikan Kaabah sebagai panduan kepada Tuhan
48) Barang siapa yang dekat dengan Nabi SAW, maka dia akan dekat dengan Allah
49) Ibu segala solat sunat adalah solat Tahajud
50) Jangan solat kerana waktu. Carilah solat yang tidak berwaktu
51) Kita tidak akan dikiran bermula tapi akan dikira pada akhirnya (mati)
p/s : kalau ada pesanan guru tersebut korang tak faham atau kurang jelas, sila jangan tanya aku, sebab aku sendiri tak faham, ada pesanan yang banyak aku sendiri kena kaji, dari situ insyaallah akan faham. Dulu, banyak yang aku tak faham, tapi sekarang dah banyak jugak yang aku faham. Yang penting di sini, rajin-rajinlah mengenal Allah Taala pencipta kita.