Pada pagi jumaat, 14 ramadhan aku bangun seperti biasa nak bersahur. Tergeheh-hegeh aku ke bilik air nak membersihkan diri, dengan harapan bila dah segar, selera makan aku wujudlah. Aku memang ada masalah utama dalam bab nak bersahur ni sejak dulu lagi, aku tak ada selera nak makan, tapi atas alasan preggy, aku kenalah jugak telan nasi. Ikutkan hati, nak je aku makan kurma, minum air, udah. Hahahaha. Tapi kesian baby aku, nak tak nak kenalah telan makanan yang mengenyangkan ye tak.
Tiba di bilik air, aku tiba-tiba terus muntah. Sebenarnya, bangun je daripada tidur tadi, aku rasa panas aku panas sangat. Semalam aku tak boleh tidur, aku rasa tak selesa sangat. Tekak aku rasa pahit. Selepas muntah selesai segalanya, aku dan suami makanlah sahur berdua.
Selepas sahur aku segera duduk atas sejadah, menantikan solat Subuh. Dalam dok menunggu, aku dah lalok, kepala aku berat sangat, aku rasa aku demam panas ni. Dengan langkah yang berat, aku selesaikan solat Subuh dengan segera dan berbaring dengan pakaian kerja.
Tok Ketua tanya aku, kenapa ni? Aku jawab tak sihatlah, demam panas ni. Tok Ketua diam. Dia bersiap ala kadar, sebab dia keluar rumah pun lambat, almamlumlah ofis dan rumah dekat je.
Setelah Tok Ketua pergi kerja, aku masih baring, aku capai hp dan sms secretary bos aku inform aku tak sihat, mungkin aku MC. Aku berwhatApp jugak dengan seorang rakan bagitau aku tak dapat datang kerja hari ni. Sepanjang bulan puasa, dia tumpang aku balik daripada kerja. Aku hantarnya di LRT Bukit Jalil.
Dalam dok berwhatApp tu, aku terasa nak muntah lagi. Aku ni asal pening je mesti muntah. Aku sempat cakap pada kawan aku, aku nak muntah jap. Kemudian, aku baca whatApp dia, dia kata aku kena berbuka puasa sebab puasa aku dah batal sebab muntah. Aku terus confuse.
Setahu aku muntah tanpa sengaja tak batal puasa. Tapi malaslah aku nak lawan mazhab dia, dia lagi tua daripada aku, aku cakap tengoklah dulu, aku memang tak larat sungguh ni, macam mana nak pergi klinik ni. Tak tergamak pulak nak suruh Tok Ketua pulang semata-mata nak suruh hantar aku pergi klinik.
Bila pening, bila bangun aku mulalah rasa terhoyong hayang. Tapi aku berkeras bangun, capai tudung dan keluar daripada rumah. Dengan susah payah aku bawak kereta, mujur klinik tak sampai pun 2km daripada rumah aku.
Alhamdulillah, tak pulak ada orang, selalunya klinik ni sentiasa penuh dengan pesakit. Rezeki aku, tak sampai seminit nama aku dipanggil. Dengan muka serabainya, aku jumpa doktor. Aku cakap aku demam. Doktor pun check apa yang patut. Awak demam panas ni. Bahayalah. Awak masih puasa ke? Aku angguk lemah, Eh, awak kena juga berbuka puasa. Awak kena makan ubat. Kandungan awak dah 33 minggu, kalau demam panas macam ni bahaya tau. Saya bagi awak MC hari ni. Aku angguk. Dah malas nak berkata-kata. Padahal dalam kepala, macam-macam aku nak tanya, berapa suhu badan aku? Adakah benar demam ini akan ganggu kandungan aku sekiranya aku berkeras nak puasa?
Tapi, segalanya hanya di minda. Aku tak larat nak bercakap, aku rasa sungguh tak selasa, tak larat, pening kepala yang melampau, sakit berdenyut seluruh badan, aku macam robot hidup yang bergerak. Selesai ambil ubat, aku terus inform Tok ketua, aku nak berbuka puasa. Atas nasihat doktor. Tapi, tiba-tiba hati rasa sebak.
Apa tidaknya, kalau aku ganti sekalipun puasa tersebut tidak akan sama dengan berpuasa di bulan Ramadhan. Sekalipun aku kena bayar fidyah, pahalanya tetap tidak akan sama. Aku berterusan rasa sebak apabila sasaran aku untuk berpuasa penuh di bulan puasa ni tidak jugak kesampaian. Frust yang ditahap maksima.
Tok ketua kata nak makan apa? Tak ada sebarang makanan di rumah melainkan biskut, kerepek dan nasi semalam. Aku pun dah blur. Tok Ketua suruh aku order je domino piza yang ada offer 50% sepanjang ramadhan tu. Aku jawab ok.
Aku pun cuba order online. Internet pulak slow. Aku cuba call operator jawab talian sibuk. Adoiii. Lecehlah. Balik rumah dengan susah payah akhirnya aku goreng nasi bersama isi ayam bakar lebihan malam tadi juga bersama ikan bilis tumbuk lebihan malam tadi juga. Tak ada sayur, simple. Sekadar untuk nampak yang ianya nasi goreng.
Selesai makan aku makan ubat dan tidur sepanjang hari. Hanya solat Zohor dan Asar je aku bangun sehinggalah Tok Ketua pulang, aku request nak makan rojak dengan air khatira dan cempedak goreng. Tok Ketua tanpa banyak kerenah menuju ke pasar ramadhan membeli juadah yang dipesan oleh orang tak puasa ni. Hahahahaha.
Begitulah ceritanya kisah orang tak puasa. Mujur demam aku tak berlarutan. Esoknya aku dapat puasa seperti biasa. Alhamdulillah. Rasanya nilah kali pertama aku demam dalam bulan ramadhan dan terpaksa berbuka. Dan inilah kali pertama sejak mengandung, aku benar-benar makan ubat demam.
Tak dapatlah jugak nak pecah rekod berpuasa penuh tahun ni. :-(
4 ulasan:
hai.. apa nak buatkan demi anak dalam kandungan terpaksa berbuka puasa walaupun berat hati.. alhamdulillah kandungan saya da 17 minggu alahan da tiada dan dapat berpuasa sampai hari ni.. dapat saya rasa apa yang awak saya.. :)) sabar la ye..
balada rindu : thanks atas ulasan
hehehe, awak pun preggy, tahniah, anak yg ke brp?
baguslah alahan dah hilang, selamat berpuasa penuh ya, sy cemburu ni, ehehehee
Sy penah bc tau demam panas mmg blh effect baby dlm kandungan, xpelah awk mengandung pun dpt pahala tau, utamakan kesihatan dulu, sian baby nanti kang demam sama
marina : itulah sy pun baru je baca info ttgnya, selain bahaya pd baby bahaya kpd sy jugak sekiranya lmbt bertindakkan :-)
Catat Ulasan