~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Selasa, 1 Julai 2014

kisah hari ke 3 ramadhan

Assalamualaikum kawan-kawan tersayang

dah 3 hari dah puasa ya, sekejap bangat. jom pulun khatam quran kawan-kawan, baca banyak-banyak supaya habis cepat sebelum puasa berakhir, bukan apa, sehari atau 2 hari nak raya, semua sibuk dengan persiapan raya, so jom pulun khatam quran cepat-cepat, target seminggu lagi nak raya kita dah berjaya khatam. aku cakap pada diri sendiri jugak. sepatutnya tahun ni amalan aku ibadah aku sepatutnya lebih banyak daripada tahun-tahun lepas.

oh ya, aku bersahur dengan ikan pekasam, kononnya 2 kilo tu macam banyak, hakikatnya tak cukup pun. hahahahaha.

baju melayu tok ketua pun dah sampai, aku bersyukur sebab dia suka, tok ketua ni bukannya boleh dijangka, kadang-kadang datang cerewetnya tak bertempat jenuh aku. tapi oklah dia suka dengan kualiti kain walaupun baju tu tidaklah mahal mana pun. berbaloi sangat dengan harganya tu, tahun depan boleh beli lagi dengan mamat nama Mie tu. hahahaha

semalam aku terlebih rajin, aku buat biskut kacang. sebab aku kan sukakan kacang, so apa saja berasaskan kacang, aku mesti suka. aku siapkan sebalang, yang nak makan aku dengan Rania je. so sekali bakar satu tray je dah siap. aku simpan dalam balang, konon nak makan sahur kang.

bangun sahur je mengadap nasi dah kenyang, tapi sempat la aku suap 2-3 butir ke dalam mulut. rania bangun subuh tadi nampak sebalang terus menjerit nak. bagi sebutir minta lagi, bagi sebutir minta lagi, bagi sebutir minta lagi, sudahnya dia ambik sebalang terus bawak ke rumah pengasuh, dalam mulut penuh biskut kacang tapi sempat lagi cakap mimi, apis, haziq. ni nama kawan-kawan dialah ni. niat nak bagi kawan dia ;a tu kot. ingat jugak tu kat kawan-kawan dia, sudahnya sebalang tu bukan rezeki aku. hahahaha. nampak gayanya kenalah buat semula.

bulan puasa ni macam tak panas sangat, alhamdulillah, walaupun puasa, produktiviti kerja tetap berjalan seperti biasa, malah perlu bertambah-tambah lagi sebab syaitan takde, so tak bolehlah nak bermasalasan.

mengantuk tu tak usah cakaplah. bulan puasa memang bulan tak cukup tidur. apatah lagi ada anak kecik macam aku ni lagilah kurang tidur. baru nak terlelap, marsya bangun nak susu. pastu rania pulak sambung nak susu, so kalau 4 jam tu kira maksima sangatlah aku dapat tidur. nilah penatnya ada anak kecik. kadang-kadang rindu rasa nak tidur sehingga subuh tanpa gangguan, macam mula-mula kawin dulu.

sekarang tu hanya jadi impian semata jelah, nilah pengorbanan ada anak kecik ni, macam si ranialah, aku sibuk nak berbuka dia pun sibuk nak berbuka, aku sibuk nak bersahur dia pun sibuk nak bersahur, macamlah dia puasa. hahahaha. yang marsya pulak sejak nak pandai merangkak ni dia asyik dengan dunianya sahaja, bila dah penat baru nangis melalak, hahahaha nak tergelak pun ada. bila dah dukung, upah susu, sengih je kerjanya. hahahaha

aku harap biarlah ramadhan ni lambat berlalu. syawal tolonglah jangan datang. aku rindu sangat ramadhan ni walaupun tahun ni aku tetap tak dapat nak berterawih di masjid aku dah biasa buat di rumah, yelah dah berapa tahun dah aku sekadar terawih di rumah.