~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Jumaat, 29 Ogos 2014

MERDEKAkah kita?

Assalamualaikum kawan-kawan tersayang


cuti merdeka nanti sahihkan semua orang dah ada agenda sendiri. Tok Ketua macam biasa ajak balik kampung. Kampung siapa lagi, kampung dialah kat Pahang

hampir setiap bulan kitaorang pasti balik kampung Tok Ketua. Aku tak kisahlah, walaupun bukan kampung aku. Untunglah kan Tok ketua kawin dengan anak yatim macam aku. kekekekekkeke. Raya puasa balik Pahang, raya Haji balik Pahang, raya Cina balik Pahang, raya merdeka pun balik Pahang, tak raya pun balik Pahang. Hahahahahahahahahahaha. tapi aku suka, kampung husband aku pun kampung aku jugak kan. betul tak?

Tak kisahlah kampung siapa pun, yang penting aku ni memang jiwa kampung. Aku yang tak sabar balik kampung walhal bukan kampung aku. Mungkin sebab aku ni rapat dengan adik-adik ipar aku, kakak ipar aku, mentua aku, sebab tu aku tak terasa macam orang asing bila aku balik, yelah kan aku nak rapat dengan siapa lagi. Ada adik kembar, sebaya, tak terasa macam ada adik dah pun.

Maka dengan adik iparlah aku berkongsi cerita, bermanja-manja especially dengan adik-adik ipar perempuan. Lagipun diaorang warak, aku yang jahil ni bolehlah menimba ilmu. Lagipun setiap kali aku balik pahang pasti aku akan mendapat ilmu baru especially ilmu masak memasak ni daripada ibu mertua dan kakak ipar ku.

Paling aku suka balik Pahang ialah part makan. kalau balik Pahang selera aku automatik berubah. Kalau kat KL sehari 2kali je aku boleh makan nasi, tapi sekiranya balik Pahang, 5x sehari pun aku boleh melantak. Buruk lantak betullah aku ni kan. Apa taknya, aku ada geng, adik ipar aku kaki makan, so aku suka makan berjemaah ni. Dah tu kalau balik Pahang mesti dapat makan ikan patin fresh masak tempoyak, mesti dapat makan ayam hutan fresh, tu yang aku suka tu.

so, aku tak sabar nak balik kampung, tapi barang belum packing lagi. kebiasaannya bila balik kampung pasti barang anak-anak kena packing extra especially pakaian. Si rania yang lasak bajunya sehari berganti-ganti. Lepas makan kena ganti, penuh bajunya kotor dengan makanan atau basah dengan air.

Rindunya nak balik kampung. Moga Allah permudahkan perjalanan kami dan berkatilah perjalanan kami

Maaf, cerita ini tiada kaitan kot dengan tajuk. hahahahahaha


Rabu, 27 Ogos 2014

Sekiranya aku pergi dulu

Assalamualaikum wbt kawan-kawan tersayang

apa khabar?

aku harap kalian semuanya sihat walafiat dan dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah

dah bersawang blog aku ni, aku dah lama tak post dalam blog ni, bukan sebab malas, tapi sebab aku tak tahu nak tulis apa.

Nak cerita pasal anak, takut orang muak dan bosan, nak cerita pasal agama, dah lama sangat aku tak hadiri kuliah agama secara live sejak aku resign daripada ofis lama, so aku dah tak ada input atau info yang baru yang boleh share.

Nak cerita pasal politik aku tak reti,nak cerita pasal sukan, lagi bukan bidang aku, nak cerita pasal artis, aku tak kenal sangat artis ni.

tiba-tiba satu ilham datang. Maka boleh tak hari ni aku nak cerita tentang kasih sayang?

aku sedar, sejak dua 3 menjak ni, aku banyak belajar sesuatu yang sangat penting daripada pengalaman orang lain, melibatkan tentang aspek kasih sayang, terutamanya daripada tragedi MH370 dan MH17.

sesuatu yang berbentuk kenangan seperti SMS terakhir, whatssapp terakhir, merujuk kepada kata-kata terakhir daripada orang tersayang yang telah pergi takkan kembali, akan menjadi sesuatu yang sangat istimewa dan bermakna, akan menjadi satu memori dan tinggalan sejarah kepada yang masih hidup / atau ditinggalkan.

tiba-tiba, aku terfikir sesuatu. datangnya idea untuk aku buat sesuatu kepada Tok Ketua. Aku beli t-shirt ni secara online dan aku alamatkan ke pejabat tok ketua. Ni hasil gambar daripada Tok Ketua setelah dia menerima parsel daripada aku.



ni gambar asal daripada FB



mungkin t-shirt adalah sesuatu yang biasa kepada sesetengah orang. sebenarnya pada aku pun biasa je pun. ini bukan kali pertama aku hadiahkan t-shirt pada Tok Ketua, cuma yang agak berbeza kali ini tulisan yang tertera di t-shirt itu yang membuatkan tshirt itu menjadi sangat istimewa kepada si pemakai

pada aku, dalam usia perkahwinan aku yang kian menginjak ini, hadiah itu bukanlah penting, tapi cara penyampaian penghargaan itu yang lebih penting.

pada aku lagi, usaha begini perlu untuk harmonikan lagi rumah tangga aku. Aku dah tak ada masa macam dulu nak dating berdua dengan Tok Ketua, tengok wayang dan lain-lain sebab anak-anak aku takkan nak tinggal pula dan takkan pula nak bawak usung tengok wayang.

mungkinlah, sekiranya aku yang pergi dulu, aku harap pemberian ni akan menjadi kenangan satu manis yang sangat bermakna kepada Tok Ketua. Kerana, aku tak ada kata-kata terakhir yang romantik untuk dipersembahkan sebab aku tak pandai nak menyusun ayat.




Sabtu, 2 Ogos 2014

kontroversi puasa sunat syawal dan puasa qada

Assalamualaikum kawan-kawan tersayang

macam dah jadi trend pulak, perasan tak, setiap kali tibanya syawal, setiap tahun, isu tentang menggabungkan puasa 6 dan puasa qada menjadi isu yang paling hangat. di sana sini mereka membicarakan tentangnya, especially menjadi perdebatan di media sosial.

sebenarnya, ianya terpecahnya kepada dua jawapan. ada ulamak yang membolehkan menggabungkan dan ada ulamak yang tidak membenarkan, di atas alasan kukuh masing-masing. di atas hujah masing-masing.

kedua-dua ulamak tadi pula adalah idola aku, mungkin juga idola kalian dan lain-lain. so kalau korang, yang mana satu korang nak ikut???

aku bukan ulama, malah bkn tahfiz, juga bukan ustazah, bukan pakar hadis, bukan pendakwah, bahasa arab pun tak reti, maka aku tak nak komen pasal benda ni. bukan tak nak komen, tak reti nak komen sebenarnya, itu lebih tepat. lagipun siapalah aku untuk memberi hujah.

pada aku, aku berpegang pada satu alasan yang dikemukakan oleh seorang ulama, yakni, sekiranya berkemampuan, elakkan daripada menggabungkan puasa sunat dan qada, ini bertujuan untuk menambahkan kuantiti amal ibadat dan bertujuan untuk lebih dekat kepada Allah SWT. Insyaallah!

Aku mengguna pakaikan alasan ini buat masa ni, buat masa ini, buat masa ni, kerana aku yakin aku masih mampu. masih mampu berpuasa, masih mampu menahan lapar dan dahaga. mungkin tahun ini juga adalah tahun terakhir yang aku mampu, manalah tahu, mungkin tahun depan aku sudah tidak mampu, maka pada masa itu mungkin aku terpaksa menggabungkan puasa tersebut. maka pada masa itu aku akan ikut saranan atau alternatif yang kedua itu.

hidup ini kan ibarat roda, sekejap di atas sekejap di bawah, maka aku tak boleh nak mendabik dada kononnya aku ni mampu selamanya mengasingkan ibadah puasa tersebut tidak seperti orang lain yang ambil mudah untuk menggabungkan sahaja puasa tersebut. aku tidak akan berbuat begitu. tidak sesekali.

lagipun banyak hikmahnya pada aku apabila aku mengasingkannya. kerana aku yakin puasa itu penyembuh penyakit. maka dengan banyak berpuasalah penyelamat kepada aku setakat ini. biarlah orang nak kata aku rugi kerana degil mengasingkan ibadah mulia ini. kerana aku yakin Allah lebih tahu isi hati aku.

aku tak boleh nak salahkan mereka dan tidak akan menyalahkan mereka sesekali. biarlah setiap tahun isu ini menjadi kontroversi dan buah mulut di kalangan mereka. aku tetap dengan pendirian aku, kerana aku bukan seorang ulamak untuk membahaskan satu-satu kepada mereka. Aku juga tidak pandai menyusun ayat untuk menerangkan kepada mereka, tidak pandai langsung nak berhujah kepada mereka kenapa kenapa kenapa aku bertegas mengasingkan puasa aku buat masa ini. biarlah.

Allah lebih tahu