Assalamualaikum semua
Bersiaran di hari hujan. Hujan sejak pagi. Alhamdulillah. Sekarang ni musim hujan merangkap musim demam
Semalam aku bawak Rania & Marsya ke klinik, sebab demam. Doktor bagi ubat bontot pada Rania & Marsya.
Rania seperti boleh menerima, tetapi Marsya sebaliknya, dia mengamuk, menjerit sekuat hati. Marsya kelihatan fobia pada nurse yang berkeliaran di dalam klinik, terpandang je nurse (sebab semua nurse memakai seragam), Marsya dah menangis, sampai macam tu sekali. Nak tergelak pun ada, penat pun ada, maklumlah aku sendiri dalam keadaan mabuk (alahan).
Kecoh seketika klinik tersebut dengan ragam dua beradik tu. Malunya rasa. Mujur juga pesakit tidak ramai. Mujur nurse di situ ramai yang membantu mententeramkan keadaan semasa aku buat check-up. Bersungguh mereka cuba membantu Marsya supaya diam. Aku hanya menahan telinga mendengar tangisan Marsya semasa doktor tengah scan perut aku. Selepas check up selesai, segera aku mendapatkan Marsya, peluk Marsya. Terus Marsya diam, barangkali dia rasa selamat dalam pelukan aku. Tapi dia tetap mencuri pandang ke arah nurse yang lalu lalang, apabila nurse mendekatinya, kelam kabut dia peluk aku dengan erat.
Terasa kelakar, aku segera whatsapp Tok Ketua memberi laporan penuh. Barangkali ada pesakit di situ yang pelik kerana ketidakhadiran Tok Ketua. Aku sorang-sorang yang terkejar memantau Rania & Marsya yang lasak di dalam klinik tu. Aku tak kisah, semalaman Tok Ketua menjaga Marsya & Rania demam, sedangkan waktu tu aku terkulai tak larat walaupun aku cuba nak bangun. Aku bersyukur Tok Ketua membantu sepenuhnya di saat aku hilang segala kudrat, rupanya bila umur semakin meningkat, aku makin rasa tak larat, penatnya oh mengandung di usia tua begini.
Lagipun 2 hari lepas Tok Ketua dah ambil cuti menjaga mereka 2 beradik kerana pengasuh ambil cuti menjaga anaknya di hospital eksiden motor, maka aku pulak yang kena berkorban cuti membawa mereka ke klinik.
Pulang daripada klinik, aku sempat tanya Rania, doktor buat apa tadi kat kakak Rania?
Rania jawab, doktor bagi gula-gula kat kakak.
hahahahahaha. Gula-gula yang diingatnya. Padahal tu kronologi terakhir selepas doktor masukkan ubat ke dalam bontotnya.
Tiba di rumah, kedua-duanya tidur, aku ambil peluang untuk rehatkan diri. Sungguh, aku mabuk yang sangat teruk, penatnya Allah yang tahu.
Bangun saja daripada tidur, kedua-duanya mencari bapak kesayangan diaorang, aku cakap bapak di ofis, kejap lagi bapak pulang, tunggulah jam 6 petang kang.
"Ibu, kakak nak mandi kolamlah", Rania tiba-tiba bersuara. Amboi dah rasa sihat sikit, macam-macam permintaan yer!
"Tunggu bapaklah ye, ibu tak larat nak bawak kakak mandi", aku pulak yang meminta simpati daripada anak sendiri.
"Ibu kenapa?" Rania confuse
"Ibu tak larat, ibu penat, perut ibu sakit". Memang aku masih tak selesa dengan badan aku sendiri, dengan perut aku yang kerap kali sakit.
"Siapa buat perut ibu sakit"? Aku dah agak itu soalan susulan daripada Rania.
Tiba-tiba aku rasa nak buat lawak. aku jawab, "Bapak yang buat perut ibu sakit", dalam hati aku tergelak besar.
Apabila Tok ketua memberi salam dan membuka pintu sahaja, menderu 2 beradik tu mendapatkan bapak mereka. Rania dengan pantasnya bertanya pada Tok Ketua, "Kenapa bapak buat perut ibu sakit?"
Tok Ketua tercengang-cengang tapi menjawab, "mana ada bapak buat ibu"
Rania segera mendapatkan aku dan berkata "Bapak kata bapak tak buat ibu pun"
Aku masih dalam proses nak buat lawak, aku jawab selamba, "Rania tak nampak bapak buat ibu", kemudian aku dah tak tahan, aku ketawa besar, Tok Ketua aku lihat tersenyum.
Teruk aku nikan, menyebabkan Rania semakin keliru. Mujur dia punya keliru tu tak lama, kerana selepas itu permintaannya untuk mandi kat pool segera disuarakan kepada Tok Ketua.
Seperti dijangka, Tok Ketua memperkenankan permintaan 2 beradik itu nak mandi kolam.
aku hanya mampu pandang mereka daripada balkoni saja.
0 ulasan:
Catat Ulasan