~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Isnin, 14 September 2015

Lokasi impian ku untuk mati


Assalamualaikum

Tragedi kren runtuh di Mekah menyebabkan kita di sini berdukacita, sekalipun yang meninggal itu bukan di kalangan ahli keluarga kita, bukan juga kawan-kawan kita, tapi ianya sangat meruntun jiwa, sedih sangat-sangat. Mereka saudara seagama kitakan.

Setiap kali berita menayangkan kisah menyayat hati itu, aku cuba bercerita kepada Rania & Marsya, menyusun ayat menerangkan kepada mereka mengikut pemahaman perbendaharaan kata mereka. Rania seseolah mengerti maksud kematian @ meninggal @ mati, apabila dia cakap sian kat untie tu kan ibu.

Aku kemudian cakap pada Rania, yang impian aku adalah untuk mati di sana, itu doa aku hampir setiap hari, So, nanti kakak Rania jaga adik elok-elok tau, tu pesanan aku.

Rania tiba-tiba cakap tak naklah ibu, ibu ni kenapa? Muka Rania sangat tak puas hati. aku cakaplah kakak Rania tak sayang ibu, kakak tak nak dengar ibu cakap, kakak selalu gaduh dengan adik, ibu pergi sana, mati kat sana ye

Hahahahahahaha, tapi Rania tetap berkeras dengan jawapan tak nak.

Ya, aku faham, si kakak yang berumur 3 tahun ni masih tak faham soal ajal dan maut. Tapi memang itulah impian aku, meninggal di Mekah semasa menunaikan haji & umrah

Khamis, 10 September 2015

Beg Doraemon

assalamualaikum

sejak ada anak ini, aku tak boleh melaram dengan beg tangan kecik

nak tak nak aku beli yang besar, senang nak sumbat segalanya, terutamanya barang-barang anak, seperti diapers, ubat-ubatan seperti krim, minyak, tuala kecil, baju anak pun aku sumbat sorang sehelai, botol susu pun kadang-kadang aku sumbat sekiranya aku tak bawak beg susu diaorang, kalau botol susu dah sumbat, susu pun aku sumbat jugak, aku pek dalam bekas yang kecil, untuk mudah di bawak. Snek, diaorang pun aku selalu gak sumbat dalam beg, sebab kadang-kadang snek-snek tulah menjadi rasuah apabila diaorang buat perangai di luar rumah, hahahahhahaha

itu belum masuk barang-barang lain, kadang-kadang aku perasan handbag aku macam berat sangat, bila aku check, segala mainan diaorang pun ada dalam beg aku, belum masuk tudung diaorang, entah masa bila diaorang sumbat aku pun tak tahu, dah sampai ofis aku baru perasan.

sebab tu aku cakap beg aku macam beg doraemon, hampir semua barang yang diperlukan ada, hahahahahahah, barang aku sendiri ada 10% je dalam tu, yang lain semua barang diaorang,

pernah kawan-kawan mentertawakan aku, tapi aku anggap mereka tak paham, pada aku, aku malas nak bawak banyak beg, kadang-kadang perjalanan tu bukan jauh pun, nak pergi giant kat depan rumah je, takkan nak usung banyak beg, cukuplah aku bawak hand beg aku saja, hahahahaha, pemalas ke begitu?

heheheheheheh

tak dapat aku bayangkan kawan-kawan sekeliling aku yang mempunyai lebih daripada 5 orang anak, macam mana lah agaknya ye, aku kagum sangat dengan mereka

Selasa, 8 September 2015

Aktiviti di hujung bersama keluarga - dalam kos yg diminimakan

Assalamualaikum wbt

Hari sabtu, Rania dan Marsya bosan berada di rumah. Asyik bergaduh je dua beradik ni. Kalau tak saling menampar saling menggigit antara satu sama lain, gara-gara berebut barang mainan, begitulah rutin mereka 2 beradik setiap hari. Tapi kalau time diaorang baik, baik betul, siap boleh berkongsi apa saja termasuk mainan dan selimut, tapi time diaorang berperang, jenuh aku dan Tok Ketua kena leraikan. Kadang-kadang rasa penat sangat dengan kerenah diaorang, tapi diaorang takde rasa sunyi pulak.

Tapi pengasuh cakap bila ada di rumah pengasuh, diaorang saling jaga antara satu sama lain. Hmmmm, begitu pulak.

Walaupun Rania dan Marsya dibenarkan main di taman permainan di bawah rumah aku hamper setiap hari, kalau dah hari-hari di tempat yang sama meraka seakan bosan. Aku mengambil alternative mengajak Tok Ketua ke taman permainan di Putrajaya, sesekali ubah angin. Mujurlah Putrajaya dan rumah tak jauh mana. Mujurlah jugak Putrajaya ada banyak kawasan reakreasi untuk sekeluarga bersantai dalam kos yang murah. Maklumlah dah nak raya haji ni, nak balik kampong lagi, so kena jimat kos gitu. Hahahahahaha

Dalam nak menjimatkan kos pulak, bila ada anak ni kena lakukan jugak aktiviti di luar rumah, kesian pada diaorang terperap aje di rumah,nak tak nak kena jugak keluar daripada rumah.

Rania sangat excited apabila diberitahu nak pergi taman permainan. Sepanjang jalan, Rania dan Marsya kerap menyanyi dan bersorak. Budak-budakkan, fikir seronok saja.

Sampai di Putrajaya, kami memilih parking betul-betul di depan taman permainan. Tak ramai sangat orang. Mungkin diaorang bawak anak-anak diaorang ke tempat yang lebih ekslusif seperti taman tema dan lain-lain.

Rania dan Marsya meluru ke taman permainan sejurus keluar saja daripada kereta. Aku tak sempat kejar Marsya yang lari ke depan dan tiba-tiba dia tersepak akar, tersembam lantas menangis. Tok Ketua berlari dan mendapatkan Marsya sambil berpesan, janganlah lari, jalan elok-elok, kan dah cakap tadi.

Berhenti menangis Marsya sambung berlari semula ke taman, sekali lagi tersepak akar, tersembam dan menangis, habis baju dan seluarnya kotor, lututnya bercalar. Sekali lagi Tok ketua mendapatkan Marsya dan memujuk Marsya agar jangan menangis dan jangan berlari. Tak serik langsung. Marsya sekadar diam sejenak.

Aku hanya pandang je mereka, nak berlari, bagai dikata aku ni mak buyung, mulut aje boleh menjerit-jerit. marsya tidak peduli, dalam esak tangis dia berlari sekali lagi mendapatkan kakaknya yang sudah berada di atas jongkang-jongket. Senyuman terukir di wajahnya. ceria. Sesungguhnya kesakitannya tadi lenyap terus. Sabo jelah wahai anak.

Lebih sejam bermain gelongsor, buaia, jongkang-jongket dan semua permainan dah mereka cuba, tiba-tiba hari hujan, kami segera beredar ke dalam kereta. Tak sampai 10 minit hujan dah berhenti. Tok Ketua mengambil keputusan membawa kami berjalan di tepi Tasik Putrajaya pula.

Seperti dijangka, Rania dan Marsya sangat seronok melihat tasik, ada pulak banyak ikan besar-besar dalam tu, kelihatan di tepi tasik ada sepasang suami isteri dan seorang anak mereka sedang memberi makan kepada ikan-ikan di dalam tasik. Bila Rania dan Marsya menghampiri mereka, mereka dengan senang hati memberi sedikit makanan ikan kepada Rania dan Marsya untuk diberi kepada ikan yang sedang berebut makanan di dalam kolam.

Rania segera melontar makanan ikan sebaliknya Marsya masukkan ke dalam mulut. Aduhai, cepat-cepat Tok Ketua mengorek mulut marsya dan menasihati Marsya supaya tidak mengulanginya lagi. Makanan ikan tu tak boleh di makan, berkali-kali aku mengingatkan Marsya


habis sudah sebungkus makanan ikan, pasangan suami isteri dan anak mereka telah beredar. Aku sempat ucap terima kasih kerana sudi berkongsi makanan ikan tadi. Marsya dan Rania seolah tak nak berganjak daripada situ. Cuaca kelihatan baik sekali, redup dan tidak panas.

Apabila marsya merengek nak susu, kami kembali ke kereta, dua beradik tadi minum susu sambil baring di dalam kereta. Tok Ketua membawa kami memusing sekitar pusat jualan KUD, berkali-kali tawaf memusing mencari parking, dukacitanya tiada yang kosong, walaupun jauh daripada kawasan KUD tersebut, tiada langsung yang kosong, Nampak macam mustahil tapi itulah reality, betapa ramainya orang dan betapa banyaknya kereta penuh dan padat di kawasan tersebut.

Akhirnya kami berputus asa, pulang ke rumah walaupun Rania mengamuk nak pergi ke KUD tersebut, dia dah Nampak ada belon besar, dia nak naik belon tersebut, ada pulak banyak mainan yang dijual di tepi-tepi jalan membuatkan Rania mengamuk apabila kami mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.

Puas memujuk namun rania tetap tak puas hati, dia tetap nak sangat naik belon, itu impiannya yang belum tertunai lagi. Sabo jelah. Sudahnya Tok Ketua cakap, petang kang kita mandi kolam kat bawah rumah ye, terus rania ceria. Seperti diduga, menjelang petang saja, Rania dah menuntut janji daripada bapaknya.

Mujur jugak ada kolam kat bawah rumah, dapat minima kos lagi, hahahahahahahaha

hai anak-anak, macam-macam permintaan kalian ye, agaknya budak zaman sekarang macam ni ke, aku dulu tak de pulak berani meminta-minta kepada mak dan ayah, barangkali mak aku garang, tapi sekarang pun aku rasa aku singa kot kepada Rania dan Marsya tapi entahlah.

Kadang-kadang diaorang bukan fikir pasal kos dan duit, nak tak nak aku dan Tok Ketua cuba memuaskan hati diorang dengan mencari aktiviti yang percuma atau yang dapat menjimatkan kos. Kalau setiap minggu perlukan kos yang tinggi jenuhlah, banyak komitmen lain yang perlu diberi perhatian.

Janji diaorang seronok dan puas hati, tak bosan asyik terperap di rumah.

Minggu yang sebelum-sebelum ni bawak diaorang tengok burung di Putrajaya jugak, tak salah aku wetland kot. Diaorang seronok dan terhibur melihat gelagat burung especially marsya yang baru nak teroka macam-macam benda.

Entahlah, kadang-kadang buntu jugak nak bawak diaorang bereakreasi, nak bawak masuk hutan aku pulak yang preggy, nak masuk shopping complex bukan kegemaran aku dan Tok Ketua kecuali ada barang yang dicari.

Mungkin aku kena lebih banyak mengkaji tempat-tempat yang boleh anak-anak aku lawati tanpa melibatkan kos yang tinggi.