~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Selasa, 12 Jun 2012

Si Bedul Yang Lurus Bendul - sekadar hiburan - AMARAN - ada unsur 18SX

Sebelum korang baca, lawak ni benar-benar ada unsur 18SX. maafkan aku, sekadar hiburan, aku dapat daripada email.

Pak Mat seorang duda kematian isteri, ada anak nama Bedul yang lurus bendul. Tahap maksima kebendulannya. Pak Mat susah hati mengenangkan jika dia mati esok siapa nak tengok-tengokkan si Bedul.

Keputusan diambil untuk mengahwinkan si Bedul dengan seorang 'andalusia' bernama Minah.

"Bedul, bapak nak kawinkan kau dengan Minah. Setuju tak?"

"Ikut suka bapak lah. Saya mengikut saja," kata Bedul selamba walaupun dia tak tahu apa itu kahwin.

Dipendekkan cerita maka berkahwinlah Bedul dengan Minah.

Pak Mat pening memikirkan macam mana nak ajar Bedul apa-apa yang perlu dibuat bila tidur dengan Minah sebab si Bedul, lurus bendul.

Pada malam pertama sebelum masuk bilik, Pak Mat bisik ke telinga Bedul.

"Bedul, sebelum tidur kau buka baju Minah."

"Baik, pak."

Keesokan pagi masa bersarapan Pak Mat tengok muka Minah masam mencuka lalu sambil berbisik dia bertanya Bedul, "kau dah buat macam mana yang bapak ajar?"

"Sudah, pak. Saya buka baju dia."

"Lepas tu kau buat apa?"

"Saya tidur."

Pak Mat garu kepala.

"Malam ni lepas kau buka baju Minah, kau selak kain kau ya."

"Baik, pak."

Malam berlalu. Keesokan pagi, masa sarapan Pak Mat tengok Minah masam mencuka.

"Kau buat apa yang bapak ajar malam tadi Dol?"

"Dah, pak."

"Kau buat macam mana?"

"Lepas buka baju Minah saya selak kain saya."

"Lepas tu?"

"Lepas tu saya tidur."

Pak Mat merungut-rungut kerana kebendulan melampau si Bedul.

"Bedul, malam ini lepas kau buka baju Minah dan selak kain engkau, kau masukkan anu engkau dalam anu Minah tau."

"Baik, pak."

Besok paginya Minah tak keluar sarapan sebagaimana biasa. Pak Mat tersenyum memikirkan tentang keberkesanan ajarannya kepada Bedul. Tiba-tiba dia nampak Minah dengan wajah yang lagi masam dari semalam. Sambil berjalan dihentak kakinya kuat-kuat.

Pak Mat pandang Bedul.

"Kau dah buat macam bapa ajar malam tadi Dol?"

"Dah, pak."

"Kau buat macam mana?"

"Saya buka baju Minah, saya selak kain saya dan masukkan anu saya ke dalam anu Minah."

"Bagus. Lepas tu?"

"Lepas tu saya tidur."

Pak Mat betul-betul bengang dengan si Bedul. Takkan yang itu pun dia nak ajar jugak. Lebih baik dia sahaja yang kahwin dengan Minah. Seharian dia mundar-mandir mencari idea. Last- last idea pun datang dan dia pun bisikkan ke telinga Bedul.

"Bedul, bapak nak tolong engkau, tapi bapak tak boleh sebilik dengan engkau. Bapak kat luar pintu saja. Macam ni. Lepas kau buka baju Minah, kau selak kain engkau dan lepas kau masukkan anu engkau dalam anu Minah kau tunggu bapak bunyikan botol. Bunyi pertama kau sorong anu kau dan bunyi kedua kau tarik anu engkau. Begitulah seterusnya, faham?"

"Faham, pak. Janji bapak tolong Bedul ya."

Malam menjelang, Bedul sudah sedia menunggu bunyi botol.

Pak Mat berada di luar pintu, setelah pasti Bedul dah bersedia dia pun ”TOING” ketukan pertama. Bedul pun sorong, ”TOING” ketukan kedua Bedul pun tarik. Begitulah kerja Pak Mat. Dia terdengar rengekan dari Bedul dan Minah.

Dia berasa seronok kerana berjaya membuatkan Bedul bertindak sebagai seorang suami sejati. Last- last dia terdengar Bedul menjerit, "bapak, boleh lajukan ketuk botol tu tak? Apasal lembab sangat?"

Pak Mat : #$%^*&)(*_)+++

Kisah Rizal - Ngeh ngeh ngeh


Fasha adalah seorang jurujual. Ketika sampai di sebuah rumah di kawasan satu taman perumahan dia ternampak seorang budak lelaki bermain-main di depan pintu sebuah rumah.

Fasha : Siapa nama adik?

Rizal : Nama saya Rizal, kak.

Fasha: Rizal, ibu Rizal ada di rumah tak?

Rizal : Ada, sedang menonton tv.

Setelah memberi salam dan mengetuk pintu rumah hampir 20 minit, tapi tidak mendapat sebarang jawapan dari dalam.

Fasha : Hai, Rizal. Tadi Rizal cakap ibu Rizal ada di rumah. Dan hampir 20 minit kak Fasha ketuk pintu. Tak ada jawapan pun.

Rizal : Betul kak. Mak ada di rumah. Tapi ini bukan rumah saya. Rumah saya di depan sana.



Seorang nenek ingin ke rumah kawannya di sebuah kondominium. Di pintu masuk dia bertemu seorang budak lelaki namanya, Rizal.

"Nak, anak tahu tak di mana rumah mak cik Fasha?" tanya mak cik Janet pada Rizal.

Dengan ramah Rizal menjawab, "Ooooo, saya tahu nek. Mari saya tolong hantarkan nenek ke rumah mak cik Fasha."

Rizal pun mengajak mak cik Janet menaiki anak tangga menuju ke tingkat 15 kondominium tersebut dan membawanya sampai ke depan pintu rumah mak cik Fasha.

"Ini nek. Pintu rumah mak cik Fasha."

Dengan nafas yang masih tersekat-sekat mak cik Janet mengetuk pintu berkali-kali tetapi tidak ada jawapan.

"Nak, macam mak cik Fasha tidak ada di rumah aje."

"Betul nek. Mak cik Fasha ada di taman bawah tadi sedang menunggu nenek datang. Kan nenek tanya di mana rumahnya."

"Aku lesing budak ni nanti," kata mak cik Janet dalam hati.



Rizal ketika berumur 8 tahun mengikut keluarganya untuk mandi di Sunway Lagoon. Tiba-tiba dia di datangi oleh penjaga kolam renang lalu menegurnya, "Adik. Kamu tidak boleh buang air kecil di kolam renang ini. Kalau adik teruskan juga, saya akan melaporkan perbuatan adik ini kepada orang tua adik."

"Tapikan, ramai lagi yang buang air kecil dalam kolam ketika sedang berendam."

"Mungkin juga," kata penjaga kolam, "tapi mereka tidak membuang air kecil dari papan anjal ini."

Hampeh.

Persiapan menghadapi bulan mulia

Isnin, 11 Jun 2012

KL - Kedah

Assalamualaikum

Sejak dalam 2-3 bulan ni mood aku nak menulis dalam blog ni agak merudum, nak cari info nak sumbat dalam blog ni pun malas. Nak mengarang maklumat yang aku perolehi daripada kuliah Zohor lagilah malas sebab terpaksa mencari kesesuaian ayat dan perkataan supaya orang mudah faham cara olahan aku. Sudahnya, aku biarkan blog bersawang sahaja.

2 minggu lepas, aku dan Tok Ketua balik Kedah. Tumpang adik kembar aku, menaiki kereta barunya. Maka, bersama suaminya, jadilah kami berempat. Atas kehendak aku, aku minta Tok Ketua menemani aku di tempat duduk belakang, senang aku nak baring atasnya, nak minta dia urutkan badan aku yang mudah sangat mendapat kebas dan lenguh je kebelakangan ni, urut tapak kaki aku yang semakin hari semakin sakit, agaknya kaki aku dah tak mampu nak menampung berat badan aku kot (aku agak sahaja), almaklumlah saiz kaki aku 4 sahaja. Berat aku pulak dah makin melampau-lampau pulak peningkatannya. Ngeri aku bayangkannya. Tak pernah berat badan aku mencecah ke tahap seperti sekarang.

Perjalanan ke kampung boleh dikatakan lancarlah, hanya sangkut dalam jem sekitar Subang, Damansara, Sg Buloh sehingga ke Tapah. Aku tak sabar nak jejakkan kaki ke kampung setelah lebih setahun aku tak pulang. Berjumpa sanak saudara ni memang seronok apatah bila umur dah meningkat senja ni, tak macam zaman kanak-kanak dulu.

Aku paling seronok berada di kampung apabila dapat makan biji buah gajus yang dibakar secara tradisional. Aku rasa teruja sangat-sangat. Sedapnya, lemaknya tak terkata. Rasanya sangat berbeza daripada yang ada dijual di pasaran, aku tak tahu kenapa. Mungkin ditambah perisa atau chemical yang dibenarkan. Last aku makan biji gajus bakar ni masa aku sekolah rendah dulu. Tok ketua pun makan bersama, dan aku dapat rasakan itulah kali pertama dia makan biji gajus yang dibakar secara manual.


Pulang ke KL semula adalah hari yang sangat mengazabkan. Kami sangkut dalam jem kira-kira 10 jam lamanya. Aku ni punyalah tak selesa dalam kereta, baring tak kena, duduk tak kena, mengiring tak kena, atas tilam sendiri pun aku dah hilang rasa selesa, apatah berada dalam kereta. Aku rasa lenguh sana sini, sakit sana sini, ngilu sana sini, mujurlah Tok Ketua sudi layan aku, urutkan aku, kalau tidak, mahunya aku stress selama 10 jam lebih dalam kereta. Berstatus ibu mengandung ni, lagilah kerap aku nak buang air kecil, dan masalahnya setiap R & R, Hentian Sebelah atau Stesen Minyak penuh dengan lautan manusia dan kereta. Nak masuk toilet pun kena beratur seolah nak beli tiket wayang. Sudahnya, suami adik kembar aku mengambil keputusan exit ke jalan lama untuk pulang ke KL, untuk memudahkan isi minyak kereta tanpa perlu bersusah payah menunggu lama di R & R, dapat menikmati makan malam tanpa perlu meredah kesesakan pengunjung R & R dan dapat solat jamak dengan aman. 

Asalnya kami mahu pulang ke KL waktu pagi, tapi ada masalah kerosakan yang berlaku terhadap kereta adik kembar aku, maka itulah penyebabnya kami pulang ke KL jam 5 pm dan sudahnya sangkut dalam jem yang sangatlah tidak berbaloi.

Memang serik sangkut dalam jem macam tu. Tu pun aku ada hati nak balik kampung lagi raya puasa kali ni dalam keadaan aku dah sarat mengandung. Aku pasti akan alami masalah sakit, tak selesa, asyik nak buang air kecil, tapi semua toilet penuh dengan lautan manusia yang panjang, sangkut dalam jem yang lebih teruk, silap-silap beranak dalam kereta ajelah aku. Tok Ketua cakap lebih baik tak payah ambik risiko, raya jelah kat KL, macamlah aku tak pernah rasa kat KL kan, hahahaha. Aku tak kisah, tapi bolehkah Tok Ketua yang berjiwa kampung raya di KL tahun ni? Dia tu benar-benar fanatik kampung, samalah macam aku, bezanya aku dah biasa raya kat KL, tapi dia langsung tak pernah. Entahlah tunggu dan lihat sahajalah, tengok sahaja nanti keadaan aku macam mana ye tak.






5 Hikmah disebalik ujian dari Allah SWT


1- Memiliki hati yang lebih kuat, sebab kesulitan akan menguatkan hati kita.

2- Sedar dengan segala kekurangan dan kesalahan sehingga kita bertaubat dan dosa kita diampuni.

3- Bebas dari bersifat ujub, kesulitan adalah teguran yang lebih mematangkan kita.

4- Supaya kita tidak lalai dan sentiasa ingat kepada Allah SWT.

5- Kesulitan atau kesusahan adalah latihan dari Allah SWT untuk kita memahami hakikat kesabaran

Selasa, 5 Jun 2012

Jodoh Dalam Suka Dan Duka

By: Muhamad Agus Syafii

Bagaimana kita menemukan jodoh bukan hanya kita suka? Namun juga dalam suka dan duka? Dalam bahagia dan derita? Sahabatku, bila ingin mendapatkan jodoh dalam suka dan duka, maka lihatlah keimanan dan ketakwaannya kepada Allah sebab kualitas hidup kita akan diketahui dan teruji hanya setelah kita hidup berpasangan, karena dalam hidup berpasangan akan dapat diketahui kualitas, kapasitas dan sifat-sifat kemanusiaannya. Dalam hidup pernikahan itulah seseorang teruji kepribadiannya, tanggung jawabnya, keibuannya, kebapakannya, perikemanusiaannya, ketangguhannya, kesabarannya. Begitu besar makna hidup berumah tangga sampai Nabi mengatakan bahwa di dalam hidup berumah tangga sudah terkandung separoh urusan agama. fitrah kita sebagai manusia membutuhkan sebagai pendamping hidup, sebagai partner dalam suka maupun duka sekaligus sebagai pasangan yang mampu selalu berpikir dan berkehendak baik terhadap pasangannya. Ia akan memberi dukungan jika ia merasa bahwa dukungannya itu akan membawa kebaikan pasangannya.

Sebaliknya jika pasangannya keliru jalan, ia akan berkata tidak! meski pahit diucapkan dan pahit di dengar. Pasangan yang materialistis biasanya rajin hadir dalam keadaan suka, tetapi ia segera menjauh jika pasangannya dalam kesulitan, ia pasangan hanya dalam suka, tidak dalam duka. Pasangan dunia biasanya angin-anginan, terkadang mesra, tetapi suatu ketika bisa menjadi musuh, bahkan musuh yang sukar didamaikan. Pasangan dunia adalah pasangan sehidup, tetapi belum tentu semati. Hanya pasangan setia dunia dan akhirat yang biasanya hadir dalam keadaan suka, tetapi juga hadir membela ketika dalam duka. Pasangan yang terikat oleh nilai-nilai kebaikan, ikhlas dan ibadah. Ketika kita sudah matipun pasangan sejati tetap menjaga nama baik kita, mendoakan kita. Dialah jodoh anda sehidup semati, pasangan di dunia dan pasangan di akhirat.

Sahabatku yang ingin segera menikah, carilah jodoh dunia akhirat, jodoh yang setia dalam mengarungi bahtera rumah tangga hanya dengan mengharap keridhaan Allah. bila memang ada niat & keinginan sungguh2 untuk mendapatkan jodoh. Jangan putus asa, tetaplah berikhitiar & memohon kpd Allah maka Allah akan mengirimkan jodoh yg terbaik untuk anda.

Sahabatku, yuk..aminkan doa ini untuk anda agar segera mendapatkan jodoh yg terbaik dari sisi Allah untuk membina keluarga sakinah mawaddah warahmah. 'Rabbana hablana milladunka zaujan thayyiban wayakuna shahiban lii fiddini waddunya wal akhirah' Artinya. 'Ya Tuhan kami, berikanlah kami pasangan yg terbaik dari sisiMu, pasangan yg juga menjadi sahabat kami dlm urusan agama, urusan dunia & akhirat.'



Wassalam,

Muhamad Agus Syafii

Konflik seorang bakal ibu

Assalamualaikum.

15 Rejab. Cepatnya masa berlalu. Sangat pantas. Jika dikenang, amalan aku tidaklah sebanyak mana. Usia makin meningkat. Ngeri aku mengenangkannya. Teringat ustaz zahazan cakap tadi dalam radio IKIM.fm, apalah sangat dunia yang singkat ni, setakat umur 60 tahun tu seakan 2 jam lebih je kat akhirat, biar betul, adoi la.

Aku mengenangkan lagi, aku bakal jadi ibu. Satu berita yang sangat menggembirakan aku dan Tok Ketua. Kawan-kawan tak putus doa semoga anak yang bakal lahir kelak menjadi anak yang beriman.

Tapi, sebelum nak anak jadi beriman, ibu bapa tu sendiri sepatutnya dah menjadi manusia beriman. Barulah kebarangkalian anak menjadi anak beriman tu tinggi peratusannya. Memang iman itu tidak mungkin diwarisi, tapi kepimpinan adalah melalui teladan. Inilah yang membimbangkan aku sebenarnya.

Aku dan Tok Ketua bukanlah asal daripada sekolah agama. Maka, di sini, ilmu agama kami tidak cukup dalam nak mendidik anak yang bakal lahir esok. Anak itu amanah daripada Allah, bukan sekadar anugerah, bukan sekadar rezeki.

Aku mula diserang rasa bimbang. Entah macam manalah aku nak didik anak aku esok. Dahlah aku ngeri dengan generasi anak-anak sekarang. Banyak sangat kes maksiat berlaku. Dah tahap melampau. Dah seakan tak boleh nak dibendung. Aku tak nak salahkan sesiapa, tapi aku sangatlah bimbang dengan fenomena ini.

Kalau generasi sekarang dah seakan huru-hara, generasi anak aku esok entahlah macam mana. Samada di takuk yang semakin parah, atau semakin pulih. Tapi aku rasakan semakin parah, aku rasalah, lihat sahajalah statistik kes buang bayi, anak luar nikah, semakin tak terbilang-bilang. Kes remaja yang berzina juga dilaporkan setiap hari dalam akhbar. Setiap hari. Pening kepala aku, sakit jiwa dan seakan nak terhenti jantung aku membacanya.

Mampukah aku mendidik anak aku esok? Mampukah? Buat masa ni terang lagi bersuluh aku memang tak mampu. Tapi, aku kenalah berusaha menambahkan ilmu di dada, kenalah berusaha menjadi ibu yang solehah demi amanah yang Allah dah beri ni.

Sesungguhnya, menggigil aku nak memikul peranan sebagai seorang ibu solehah ni. Beratnya tanggungjawab yang satu itu. Ya Allah, bantulah aku insan yang lemah ni, jadikanlah anak aku seorang yang beriman, semoga imannya itu setebal Saidina Abu Bakar atau lebih lagi. Dan bantulah aku dan suami juga menjadi manusia beriman selama-lamanya.