~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Isnin, 11 Jun 2012

KL - Kedah

Assalamualaikum

Sejak dalam 2-3 bulan ni mood aku nak menulis dalam blog ni agak merudum, nak cari info nak sumbat dalam blog ni pun malas. Nak mengarang maklumat yang aku perolehi daripada kuliah Zohor lagilah malas sebab terpaksa mencari kesesuaian ayat dan perkataan supaya orang mudah faham cara olahan aku. Sudahnya, aku biarkan blog bersawang sahaja.

2 minggu lepas, aku dan Tok Ketua balik Kedah. Tumpang adik kembar aku, menaiki kereta barunya. Maka, bersama suaminya, jadilah kami berempat. Atas kehendak aku, aku minta Tok Ketua menemani aku di tempat duduk belakang, senang aku nak baring atasnya, nak minta dia urutkan badan aku yang mudah sangat mendapat kebas dan lenguh je kebelakangan ni, urut tapak kaki aku yang semakin hari semakin sakit, agaknya kaki aku dah tak mampu nak menampung berat badan aku kot (aku agak sahaja), almaklumlah saiz kaki aku 4 sahaja. Berat aku pulak dah makin melampau-lampau pulak peningkatannya. Ngeri aku bayangkannya. Tak pernah berat badan aku mencecah ke tahap seperti sekarang.

Perjalanan ke kampung boleh dikatakan lancarlah, hanya sangkut dalam jem sekitar Subang, Damansara, Sg Buloh sehingga ke Tapah. Aku tak sabar nak jejakkan kaki ke kampung setelah lebih setahun aku tak pulang. Berjumpa sanak saudara ni memang seronok apatah bila umur dah meningkat senja ni, tak macam zaman kanak-kanak dulu.

Aku paling seronok berada di kampung apabila dapat makan biji buah gajus yang dibakar secara tradisional. Aku rasa teruja sangat-sangat. Sedapnya, lemaknya tak terkata. Rasanya sangat berbeza daripada yang ada dijual di pasaran, aku tak tahu kenapa. Mungkin ditambah perisa atau chemical yang dibenarkan. Last aku makan biji gajus bakar ni masa aku sekolah rendah dulu. Tok ketua pun makan bersama, dan aku dapat rasakan itulah kali pertama dia makan biji gajus yang dibakar secara manual.


Pulang ke KL semula adalah hari yang sangat mengazabkan. Kami sangkut dalam jem kira-kira 10 jam lamanya. Aku ni punyalah tak selesa dalam kereta, baring tak kena, duduk tak kena, mengiring tak kena, atas tilam sendiri pun aku dah hilang rasa selesa, apatah berada dalam kereta. Aku rasa lenguh sana sini, sakit sana sini, ngilu sana sini, mujurlah Tok Ketua sudi layan aku, urutkan aku, kalau tidak, mahunya aku stress selama 10 jam lebih dalam kereta. Berstatus ibu mengandung ni, lagilah kerap aku nak buang air kecil, dan masalahnya setiap R & R, Hentian Sebelah atau Stesen Minyak penuh dengan lautan manusia dan kereta. Nak masuk toilet pun kena beratur seolah nak beli tiket wayang. Sudahnya, suami adik kembar aku mengambil keputusan exit ke jalan lama untuk pulang ke KL, untuk memudahkan isi minyak kereta tanpa perlu bersusah payah menunggu lama di R & R, dapat menikmati makan malam tanpa perlu meredah kesesakan pengunjung R & R dan dapat solat jamak dengan aman. 

Asalnya kami mahu pulang ke KL waktu pagi, tapi ada masalah kerosakan yang berlaku terhadap kereta adik kembar aku, maka itulah penyebabnya kami pulang ke KL jam 5 pm dan sudahnya sangkut dalam jem yang sangatlah tidak berbaloi.

Memang serik sangkut dalam jem macam tu. Tu pun aku ada hati nak balik kampung lagi raya puasa kali ni dalam keadaan aku dah sarat mengandung. Aku pasti akan alami masalah sakit, tak selesa, asyik nak buang air kecil, tapi semua toilet penuh dengan lautan manusia yang panjang, sangkut dalam jem yang lebih teruk, silap-silap beranak dalam kereta ajelah aku. Tok Ketua cakap lebih baik tak payah ambik risiko, raya jelah kat KL, macamlah aku tak pernah rasa kat KL kan, hahahaha. Aku tak kisah, tapi bolehkah Tok Ketua yang berjiwa kampung raya di KL tahun ni? Dia tu benar-benar fanatik kampung, samalah macam aku, bezanya aku dah biasa raya kat KL, tapi dia langsung tak pernah. Entahlah tunggu dan lihat sahajalah, tengok sahaja nanti keadaan aku macam mana ye tak.






6 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Bila dijangka bersalin ya? Kalau masa raya tu dah sarat sangat, elok juga jangan ambil risiko.

Wanita Bertudung Hijau berkata...

kakcik : sy dijangka bersalin 2 minggu selepas merdeka, kiranya macam mana ya?

marinahunny berkata...

2 mggu slps merdeka lps raya la, raya insyaallah 19 ogos.

Ms sekolah dulu slalu sgt kami adik beradik bakar butir gajus ni. Kbtulan kat rmh mak ada sebijik pokok gajus kami panggil jambu golok. Klu musim buah, hari2 p kutip bijik tu, buah yg rosak buang tp ambik bijik saje, pastu dh bnyk jemur, hemur dulu 2, 3 hari kasi ilang getah baru bakar. Bakar plak letak atas tanah pastu nyalakan rumpun daun kelapa kering yg diikat bnyk2 pastu cucuhkan kat biji2 tu.. Tp kdg x reti nk agak, ada jg hangitnye... Adoi pjg plak, xcited sbnrnya nih, teringt...

Wanita Bertudung Hijau berkata...

marina : ahhhh, betul tu, lebih kurang 19 sept la

oooo korang guna daun kelapa kering ek? kitaorg guna kayu je, tp mmg kena keringkan la getahnya tu, kalau tidak marak menyala apinya menyambar getah biji buah tu, mmg betul tu, kena pandai control api, kalau tidak hangus, hehehehehe

UMMI YL berkata...

saya perah gak bakar buah gajus tu masa kecik..best..makan buah gajus lagi best..hihi

tapi kalau bakar buah gajus tu takleh dok dekat ngan api..nanti dia meletup..kami main bakar je..tiap2 kali main masak2..

kalau 2 minggu lepas merdeka..paling awal pun bersalin mungkin dalam 31 ogos kot..atau paling lewat 2 minggu pas tarikh due..insyaallah sempat le raya...:)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : awak pun pernah makan ya, sedapkan, kan kan? hehhehee

ahhh, biji tu akan mudah meletup, so kena dok jauh2. hehheee

kalau 31 ogos anak merdekalah ni, hehehe, harap sempatlah beraya, nak makan lemang puas-puas, pastu nak kena berpantang, banyak yg tak boleh makan, hehehhehe