~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Jumaat, 15 Jun 2012

Apakah yang paling anda rindu nak dilakukan tapi ianya tak boleh dilakukan buat masa ni?

Soalan aku di atas tu hanya ditujukan kepada mereka yang pernah mengandung, atau sedang mengandung. Yang tak mengandung pun boleh jawab, tak ada masalah. Soalan ni fleksibel je sebenarnya.

Aku ulang, soalan berbunyi, Apakah yang paling anda rindu nak dilakukan tapi ianya tak boleh dilakukan buat masa ni? Tak boleh dilakukan sebab sedang berbadan dua, sedang jadi mak buyung, sedang mengandung, ni maksud sebenar akulah.

Budak ofis aku pernah tanya aku soalan tersebut. Tapi masa tu aku sedang drive di dalam jem yang sangat melampau, maka aku tak dapat nak fikir apakah jawapan yang paling tepat aku nak berikan.

Tadi semasa aku sedang siapkan entry pasal teh ais tu, aku terfikir nak buat entry baru tentang sesuatu yang aku rindukan nak lakukan tapi aku tak mampu nak lakukan ketika sedang mengandung ni, antaranya :-)

1) Aku paling rindu nak berlari. Serius sangat. Tahap kronik dan melampau sebenarnya keinginan yang satu ini. Kenapa aku teringin nak berlari? Aku tak boleh nak berlari semasa melintas jalan. Aku tak boleh nak berlari nak kejar orang depan aku yang dah jauh tinggalkan aku. Aku hanya mampu jalan terkengkang-kengkang dalam langkah yang perlahan. Cuma dalam 2-3 minggu ni je aku mampu dah berjalan laju, perghhhh terasa nikmat yang hebat woooo, tapi masih kekal terkengkang-kengkang, sebab perut aku dah berat bebenor, semua orang kata dah sarat, padahal baru 6 bulan lebih, sehinggakan kawan ofis aku tegur, boleh tak kau slow sikit berjalan, jalan laju sangat tu, kau tu mengandung. Aku rasa tak best bila dipaksa berjalan perlahan tau. Nilah satu sikap aku yang tak boleh nak ubah.

Oh ya, aku paling rindu nak berlari apabila aku rasa badan aku ni rasa berat sangat. Berat yang melampau. Selama ni, kalau aku rasa badan aku dah berat, aku dah rasa tak selesa dengan badan sendiri, haruslah aku pergi berjogging, tapi buat masa ni, aku hanya mampu berjalan sejauh yang boleh, selama yang boleh supaya aku masih menikmati nikmat bersenam

2) Aku paling rindu nak main badminton. Sejak aku mengandung, aku dah tak sudi nak teman Tok Ketua bermain badminton di court. Alasan aku, aku sangat cemburu melihat aksi mereka di gelanggang. Aku tak mampu nak melihat sahaja, aku rasa gerammm je. Geram yang amat-amat. So selagi aku tak boleh bermain badminton kembali, aku tak nak ke gelanggang badminton. Tak pernah dalam sejarah hidup aku, aku pergi court badminton hanya untuk menyaksikan perlawanan / permainan badminton semata, pasti aku akan beraksi sama. Pastilah aku akan terjebak bermain. Betapa aku sangat fanatik dunia badminton. Haru sungguh.

3) Aku teringin sangat nak masak. Dah 6 bulan dapur rumah aku tak berasap. Sejak aku disahkan pregnant, Tok Ketua tak kasi. Eee, geram betul aku. Tapi kenalah patuh arahan, kang kena daulat kang baru tau. Sebab tulah masa bulan 4 tu hari adik Tok Ketua kahwin di kampung, aku beriya memasak sampai aku jatuh sakit. Kebetulan pulak, makanan dimasak secara bergotong royong, bukan catering, lagilah galak aku tolong diaorang memasak. Tok Ketua dah tak larat nak bising kat aku supaya duduk je diam-diam, tapi tulah aku degil, lepaskan gian nak memasak, kan dah jatuh sakit, padan muka aku. Dah kena daulat.

Itulah antara keinginan yang aku tak mampu nak lakukan buat masa ni. Apa pulak keinginan korang? Kawan ofis aku cakap, dia sangat rindu nak meniarap.

Penangan teh ais punya pasal

Dalam 2 minggu ni setiap hari aku akan minum teh ais. Seawal 7am, kemudian tengahari, kadang-kadang berlarutan sehingga ke malam. Minggu lepas aku sekadar beli di kedai, tapi minggu ni dah pandai buat sendiri di pantry ofis aku.

Kadang-kadang waktu malam aku dah tidur pun, tapi boleh tu tersedar jam 230am sebab semata terasa lapar. Aku abaikan sahaja rasa lapar tu, sebab takkan nak ajak Tok Ketua keluar makan time macam tu pulak. Tapi belum aku bukak mulut Tok Ketua terlebih dahulu dah faham, katanya jomlah pergi makan, dia tahu aku lapar, apa tidaknya aku boleh termenung di atas tilam macam orang kalah judi. Nak bagitau Tok Ketua yang aku ni kebulur, aku memang tak tergamak, suara tersangkut kat kerongkong sebab aku tahu setakat ni Tok Ketua akan tunaikan segala permintaan aku sejak aku jadi mak buyung ni. Aku tak naklah dikatakan mengambil kesempatan, aku cuma sekadar menghitung masa supaya cepatlah cerah, boleh solat Subuh dan kemudian boleh terus bersarapan.

Sejak alami gastrik ni lagilah kan, aku memang kena makan setiap 2 jam. Sebab tu aku standby apa yang ada, kurma, coklet, roti, kismis, kuih atau apa sahaja. Kalau tidak aku akan muntah lebih teruk dan rasa lesu. Sebab tu bila Tok Ketua tahu aku lapar, dia memang akan ajak aku makan. Tak berpeluang lagi aku nak masak di rumah. Rindu pulak nak memasak, dah hampir 6 bulan aku tak masak.

Kalau nak keluar makan tu, apa lagi, aku akan request teh ais lah. Tok Ketua dah malas nak cakap, dia tahu aku ni bukan suka minum ais batu, tapi sejak mengandung kebelakangan ni, aku gila teh ais pulak, so Tok Ketua abaikan je.

Sudahnya, apa yang berlaku, sejak semalam, aku diserang batuk. Padan muka aku. Padan muka. Padan muka akuuu. Gara-gara penangan teh ais la ni, siang malam, pagi petang. Budak ofis aku dah ramai berleter kurangkan minum teh ais, tapi aku dah tak boleh nak buat apa lagi, sehinggakan aku berdoa pada Allah supaya tarik nikmat teh ais buat sementara waktu buat aku. Sampai macam tu sekali aku ketagih teh ais, dah batuk-batuk ni pun masih telan teh ais.

Saat entry ni ditulis, aku baru je buat segelas besar teh ais di pantry tadi. Ohhh nikmatnya minum teh ais. Sedap pulak tu. Ishhhhh, aku bukan pandai buat teh ais, tapi boleh pulak aku rasa sedap sangat teh ais buatan air tangan sendiri.

Harulah macam ni.

Rabu, 13 Jun 2012

10 golongan yang masuk syurga tanpa hisab

Terdapat 70,000 umat Muhammad s.a.w yang dapat masuk syurga tanpa hisab dan tiada azab. Ini bersumberkan hadis yang diriwayat Bukhari dan Muslim bersumber daripada Ibnu Abbas r.a. Muka mereka bercahaya seperti bulan purnama. Mereka adalah:

1. Ahl al-fadl (ahli kemuliaan)- orang yang menanggung kesakitan apabila diperbodohkan, bersabar apabila dizalimi dan memaafkan apabila dilakukan kejahatan terhadap mereka.

2. Ahli as sabr (ahli kesabaran)- bersabar dalam menjalankan ketaatan kepada Allah dan menghindarkan maksiat terhadap-Nya.

3. Jiran-jiran Allah- saling berziarah dalam berkasih-sayang kerana Allah, duduk dan bangun bersama-sama saudara mereka kerana Allah. (hadis riwayat Abu Nu’aim daripada Ali bin Husain)

4. Orang yang mati dalam perjalanan ke Mekah samada pergi atau balik (hadis riwayat Jabir)

5. penuntut ilmu, perempuan yang taat kepada suami dan anak yang berbakti kepada ibu bapa (hadis marfu’ sumber Abu Ayyaub al-ansari)

6. Sesiapa yang berjalan kerana hendak menunaikan hajat saudaranya yang muslim sehingga tertunai hajat itu dan meniggal dalam masa tersebut. (hadis marfu’ sumber daripada Anas)

7. Sesiapa yang mengasuh kanak-kanak sehingga berupaya mengucapkan ‘lailahaillallah” (hadis sumber daripada A’isyah r.a)

8. Orang islam lelaki dan perempuan yang mati pada malam dan siang hari Jumaat (hadis marfu’ sumber daripada ‘Ata’)

9. Hamba yang bersabar apabila diuji dengan bala bencana pada tubuhnya dan anaknya (hadis marfu’ riwayat Hakim at-Tirmidzi)

10. Orang yang menggali perigi di tengah padang dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran Allah (Ibn Mas’ud)

5 perkara yang kita semua mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya

1:wajah yang cantik

2:duit yang banyak

3:kesihatan yang baik

4:anak2 yg cerdik dan berjaya

5:tidur yang nenyak tanpa ganguan

senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari
 
Sabda Rasulullah s.a.w.
 
siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya
 
dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat

dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,

dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat

dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak








Kejadian sedih petang semalam - Paradigm Mall

Assalamualaikum wbt.

Bismillah.

Aku nak cerita ketidakpuasan hati aku dalam blog ni tentang kejadian petang semalam. Aku malas nak tulis dalam FB sebab aku tak boleh nak tulis panjang-panjang. Aku bukan nak aibkan sesiapa, aku nak selepas ini, semua orang membuka mata dan sama-sama muhasabah diri dengan apa yang berlaku.

Ceritanya begini, sejak hari Isnin, 11 Jun, Tok Ketua ada kursus 3 hari sehingga Rabu (hari nilah). Maka, setiap kali Tok Ketua ada kursus, aku akan tidur di rumah sepupu aku di Kelana Jaya, apatah sejak berbadan 2 ni, aku khuatir sekiranya sesuatu terjadi kepada aku. Maka, aku rasa selamatlah kalau tidur di Kelana Jaya, dengan ditemani anak-anak sepupu aku.

Bila dah Tok Ketua tak ada ni, aku akan makan malam dengan rakan ofis terlebih dahulu di mana-mana shopping complex sebelum ke Kelana Jaya, lagipun bolehlah kalau nak cuci mata dengan kawan-kawan. Survey barang baby dan harganya, kerana masih banyak barang bayi yang belum aku beli.

Sebab kedua, dengan kawan-kawan aku sahajalah aku dapat buat tawaf seluruh shopping complex tu, kalau dengan Tok Ketua tak de harapanlah. Tok Ketua bukanlah suka sangat masuk shopping complex kalau tak ada urusan, dalam sebulan tu sekali pun susah, kecuali ada urusan, atau ada barang yang disasar nak dibelinya, itu pun masuk kedai barang itu semata.

Sebenarnya, aku pun sama jugak, tak suka masuk shopping complex kalau tak ada urusan, tapi kalau dah masuk, adalah jugak berjalan-jalan pusing dalam mall tu, tapi kali ni, aku niat nak bersantai dengan kawan-kawan, (sejak bernikah, sangatlah terbatas masa aku dengan kawan-kawan) dan niat nak makan malam, maka aku dan kawan-kawan pergi ke Mid Valley pada hari Isnin.

Semalam pula, hari Selasa, aku ajak kawan-kawan aku pergi ke Paradigm Mall, di Kelana Jaya, pusat membeli belah ni baru sahaja di buka tak pasti bila, mungkin hujung bulan lepas kot, aku sajalah nak survey. Bersama 2 orang rakan, kami ke sana selepas kerja.

Tiba di Paradigm Mall pun dah hampir jam 7pm. Kami jalan-jalan tengok outlet yang ada dalam mall tersebut. Kawan-kawan aku beriya shopping coklet di Mark & Spenser. Sudahnya dengan aku sekali terjebak membeli coklet.

Sedar tak sedar dah nak masuk Magrib. Kami sempat singgah di Tesco. Minggu lepas Tesco ni buat sales secara besar-besaran sempena perasmian pembukaannya. Tapi masa tu aku tak sempat datang, katanya barang seperti lampin pakai buang dan susu bayi murah sangat.

Semasa kawan aku sedang membuat pembayaran di kaunter Tesco, aku sempat bertanyakan cashier yang bertugas, seorang anak muda Melayu yang cukup sihat, di manakah terletaknya surau? Sebab sepanjang aku berada dalam Paradigm Mall tersebut, aku langsung tak nampak signboard surau, entahlah kalau aku terlepas pandang.

Anak muda tersebut tersipu malu menjawab tak tahu. Saya masih baru di sini katanya. Aku terkejut dengan jawapan yang diberi. Kawan aku yang selesai membuat pembayaran terus menyampuk, sahlah kau ni tak solat kan, alasan baru konon, kalau baru sehari kau kat sini pun takkan kau tak solat langsung, takkan tak tahu kat mana surau, takkan tak peduli surau di mana? Aku pulak yang tercengang dengan mulut laser kawan aku tu. Dahlah kuat dan lantang pulak tu suara dia. Tapi aku bersikap selamba, walaupun dalam hati aku mengiyakan kebenaran kata-kata kawan aku tadi. Cuma, aku tak nak berterusan memalukan anak muda tadi. Kami beredar.

Kawan aku tak puas hati. Dia bergegas ke kaunter pertanyaan. Ada 2 orang gadis Melayu free hair sedang menanti di situ. Tanpa berlengah, kawan aku terus bertanyakan di mana surau? 2 orang gadis tadi juga tidak tahu. Masing-masing berpandangan semasa sendiri buat muka blur. Kebetulan, ada seorang staff lelaki Melayu yang umurnya lebih 30 tahun lalu di situ. Salah seorang gadis tadi tanya beliau, di mana surau? Sambil lagaknya memegang walkie talkie, dengan muka yang penuh keyakinan, lelaki tadi menjawab surau di Tingkat 2. Lega dengan jawapan yang diberi, selepas mengucap terima kasih, kami bergegas mencari lif ke tingkat 2.

Sambil berjalan menuju ke lif, kawan aku yang mulut laser tadi, dah membebel, budak pompuan 2 orang tadi tu tak solat jugak ek? Setahu kami, Paradigm Mall ni bukannya dibuka hari ni, bukan juga semalam, bukan juga minggu lepas, tapi kenapa mereka tak tahu di mana surau. Aku jawab dengan muka serius, maknanya mereka tadi tu memang tak solatlah. Kejadian ni membuatkan aku benar-benar tak boleh nak bersangka baik. Adakah sangkaan aku salah? Jauh di sudut hati, aku nak anggapan aku tu benar-benar meleset.

Tiba di tingkat 2, seluruh level 2 kami pusing, tak jumpa langsung signboard surau, aku dah penat, nak je aku duduk, aku bukan lenguh kaki, tapi lenguh perut. Minda aku turut penat bila surau yang dicari tak jumpa-jumpa. Hampir setengah jam berpusing, kami putus asa, jam dah nak menghampiri 8pm. Aku tak nak lewatkan solat Magrib. Aku jadi sedih.

Kawan aku tiba-tiba nampak security guard. Tapi foreigner, bukan Melayu. Aku berharap sangat dia dapat membantu. Aku tak nak terlepas solat Magrib. Aku dah penat buat tawaf kat level 2 ni. Security guard cakap, surau di UG bukan level 2. Apa? Aku dah nak mengamuk. Nak menangis pun ada, menangis sebab penat kerana usaha kami tadi berpusing di level 2 adalah sia-sia, nak menangis lagi sebab aku sedih dengan jawapan salah yang diberikan oleh lelaki Melayu tadi. Sedih yang maksima. Aku terus terbayangkan muka confident lelaki Melayu tadi. Aku nampak dia kecik je. Macam ni ke aku nak bersangka baik. Ohhhhhhh.

Kawan aku yang mulut celupar tadi cakap, kaunter pertanyaan di bawah tadi cakap level 2 tau tak? Sebab tu kami cari kat level ni. Penat tau tak kami berpusing? Dahlah kawan saya ni mengandung. Dahlah Magrib dah nak habis ni. Kawan aku seakan mengamuk. Suara dia pulak memang jenis kuat, tak marah pun seolah macam dah mengamuk. Tak pasal je security foreigner tu kena tempias ketidakpuasan hatinya. Mujurlah security tu berdiam diri, buatnya dia menjawab atau melawan, tak pasal jadi kes lain pulak nanti.

Kecewa aku semakin parah. Kami mencari lift untuk kembali turun ke level UG. Tiba di level UG, segera mencari signboard surau, tapi tak jumpa. Kawan aku sekali lagi bertanyakan seorang anak muda maintenance yang sedang bekerja di sudut tepi tangga di manakah surau? Anak muda tadi terus menunjukkan arah, katanya korang terus jalan sampai ke hujung. Ada surau di hujung kanan.

Kami bergegas mengikut arahan. Sampai ke hujung mujur nampak signboard surau, kami segera menunaikan solat Magrib yang dah masuk saat-saat kecederaan. Dalam doa di akhir solat, aku minta supaya Allah bagi Taufik dan Hidayah pada insan-insan yang kami tanyakan arah surau tadi. Aku merintih di dalam doa, merintih kesedihan. Air mata aku berlinang mengenangkan kejadian tadi. Betapa solat itu dipandang ringan rupanya. Tapi cepat-cepat aku kembali bersangka baik selepas selesai berdoa.

Astaghfirullah.

p/s : itulah, niat nak buat tawaf sangatkan kat mall, hambikkk, padan muka aku, hahahaha.






Selasa, 12 Jun 2012

Hudud - Apa kata mereka?





Sebenarnya, hari ni sahaja, banyak blog dan facebook memaparkan gambar di atas. Tergerak hati aku nak copy dan paste di sini. Aku bukan nak pertikaikan atau aku nak menyokong sebab aku sebenarnya tak tahu sejauh mana kebenaran cerita di atas. Kang aku salah kupas salah menilai aku jugak dapat dosa kering.

Aku paste di sini sebab aku nak kita semua sama-sama muhasabah diri kita terlebih dahulu. Tadi masa kuliah Zohor ustaz berkata, dalam segala hal, kita kena ikut cara dan acuan Islam, tak ada sistem pengecualian, tak ada sebarang alasan. Tapi malangnya, manusia akhir zaman ni biasanya hanya akan kembali kepada Islam apabila diselubungi masalah semata. Aku akui kata-kata ustaz ni benar. Ramai yang dah jauh sangat daripada menjadikan al quran dan sunnah Nabi itu sebagai rujukan.

Renungkan. Aku jadi takut. Aku takut generasi akan datang, generasi anak aku.

Tiga perkara yang menyebabkan Allah memayungi hambaNYa:

1. Berwuduk dalam waktu sejuk yang melampau.

2. Berjalan ke masjid dalam keadaan gelap-gelita.

3. Memberi makan kepada mereka yang lapar.