~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Selasa, 26 Jun 2012

Nak buat semua perkara berjemaah? Agak-agaklahkan...

Entry ini bukan nak tujukan kepada sesiapa. Cuma sekadar luahan perasaan sebagai seorang yang bergerak secara 'lone ranger' (betul ke eja?)

Kat ofis aku nikan, dah jadi satu tradisi turun temurun agaknya kot, kalau nak ganti puasa kena berjemaah. Sekarang kan dah masuk bulan Syabaan, maka ramailah kawan-kawan ofis aku tergesa-gesa baru nak berpuasa ganti. Aku pulak yang risau mereka tak sempat habiskan. Tapi mereka selamba je. Hahaha.

Mereka berpakat beramai-ramai nak puasa bersama, saling menetapkan tarikh dan hari nak puasa. Aku bukan nak mempertikaikan tak boleh buat benda ni, tapi kadang-kadang aku rasa kelakar. Terjadi kes salah seorang period, nak mengikut kawan punya pasal, dia tak dapat puasa. Padahal jumlah puasa gantinya melebihi kawan-kawannya yang lain. Sebab kawannya tak nak berpuasa lebih awal, dia pun turut terjebak samalah.

Tak ke haru bila jadi macam ni? Mujurlah jangkasa masa period sekitar 7 hari je. Tapi, lepas tu dia dah rasa tak best sebab kawan-kawannya dah habis puasa ganti, tapi dia masih terkapai-kapai kena puasa sorang diri. Nak tak nak kenalah puasa jugak, sebab tak boleh nak tangguh lagi dah kan.

Sekali lagi aku nak tegaskan aku bukan nak mempertikai perkara berjemaah begini. Melakukan secara berjemaah ni aku puji, tapi tak nak pulak join solat berjemaah bersama?

Yang aku nak mempertikaikan di sini, buatnya termengandung ke? Kan ke susah nak ganti puasa. Orang perempuan ni macam-macam isu. Kalau nak mengikut kawan sekalipun, berpada-padalah. Aku tak faham jenis manusia macam ni, mentalitinya jenis ikut kawan je. Aku tahulah korang berkawan baik.

Sebenarnya, aku tak kisah pun. Mereka tak kacau hidup akukan. Tapi, aku rasa kelakar sangat. Bila kawannya cuti, dia sanggup tak makan tengahari, segan nak turun bawah seorang diri tapau makanan. Sanggup makan pagi secara heavy supaya lunch kang boleh skip. Hahaha. Lawak tak? Aku rasa kelakar sebab aku tak sangka masih ada spesis macam ni.

Pernah aku tengok mereka yang bergolongan macam ni mati kutu bila rakan kroni mereka Maternity Leave. Haaa, 2 bulanlah menung macam orang bodoh. Masa tu tak nak pulak puasa ganti kan, dah alang-alang nak skip lunch. Heheheheh

Pastu dah huru hara kena puasa sorang-sorang.

Sebenarnya banyak lagilah kes dan isu melibatkan nak buat sesuatu perkara kena ada kawan, kena ada kroninya. Kalau kawannya tak nak join sesuatu event, sekali dengan dialah tak join. Kelakar tak? Aku sangka fenomena ni hanya berlaku di alam persekolahan. Tapi rupanya spesis ini masih wujud walaupun mereka dah jadi mak budak. Lawaknya.

Aku pulak jenis tak reti ikut-ikutan macam tu. Aku jenis main terjah je. Kalau aku dah suka, dah berkenan, dah minat, aku sanggup buat perkara tu seorang diri. Kalau aku jenis nak ikut orang puasa barulah aku nak mula berpuasa, alamatnya tak berlakulah istilah puasa sunat isnin khamis, tak wujudlah puasa nazar dalam hidup aku.

Contohnya, aku bernazar kalau aku mengandung, aku akan puasa nazar 10 hari, kalau aku nak tunggu kawan-kawan aku puasa, silap-silap tahun depan pun tak habis lagi puasa nazar tu. Aku bernazar lagi kalau aku bersalin secara normal, dan baby aku sihat dan sempurna, aku nak puasa lagi nazar 10 hari. Kat sini sahaja puasa nazar aku dah cecah 20 hari, kalau aku tunggu kawan-kawan aku nak berpuasa berjemaah, silap-silap anak aku dah besar panjang pun jumlah puasa aku masih berbaki.

Ada satu kes di mana berlaku pada tahun 2005. Ofis aku buat trip buat pertama kalinya ke gunung kinabalu. Aku join. Padahal tak ada seorang staff pun yang aku kenal join trip tu. Maklumlah ofis aku ni beribu jumlah staffnya. Aku main terjah je. Janji impian aku nak tawan Kinabalu sebelum kahwin terlaksana. Kalau aku nak tunggu persetujuan kawan-kawan department aku masa tu, aku rasa aku tak merasalah duduk di atas puncak kinabalu tu pada tahun tersebut.

Dan kalau nak buat apa sahaja aku nak kena tunggu keputusan rakan-rakan aku, nak kena buat berjemaah, nampak gaya, banyaklah impian aku tak terlaksana. Kalau aku ikut rakan aku, sampai sekaranglah rasanya aku masih tak mempunyai rumah dan kereta sendiri. Kalaulah aku nak ikut rakan aku, aku tak bekerja di sinilah jawabnya.

Ada perkara yang perlu dilakukan berjemaah, ada perkara yang perlu dilakukan secara lone ranger. Ini pendapat akulah. Bukan tak boleh berpakat puasa beramai-ramai, tapi biarlah berpada. Nak buat perkara lain berjemaah pun biarlah berpada jugak.

Kawan aku berpuasa ganti berjemaah dengan anak-anak gadisnya. Pada aku ni perkara murni, dapat bersahur bersama, berbuka bersama, amalan ni patut diamalkan oleh aku selepas ini. Aku nak jadikan contoh teladan. Dapat mengeratkan lagi hubungan antara ibu dan anak. Tapi ingat, puasa ganti pun tak baik ditangguhkan tau. Jangan tunjuk tauladan macam ni pada anak.

Itu ajelah kot. Mentaliti macam ni pada aku untuk zaman millienium macam ni dah kena buang jauh-jauh. Sebab point aku di sini adalah keperluan semua orang tak sama, impian semua orang tak sama, begitu juga dengan takdir, qada dan qadar masing-masing. Ada perkara perlu fanatik berjemaah, ada perkara perlu lone ranger sahaja, tak perlu sangat ikut kawan-kawan. Kat kubur esok takkan nak berjemaah jugak kot?

Ini pendapat akulah. Aku tahu ramai tak setuju. Tapi pada aku, aku tetap berpegang pada kata-kata aku. Jangan kerana kawan sendiri, hidup kita tak berkembang, atau menjadi statik sampai bila-bila. Inilah yang berlaku kepada mereka yang aku dah kaji selama bertahun-tahun. Nak buat apa sahaja pun wajib berjemaah, payahlahkan. Nak masuk tandas pun berjemaah, nak ke surau pun berjemaah. Tu yang solat fardhu sentiasa lambat tu. Tak pernah di awal waktu. Agak-agaklah. Aku bukan cemburu. Aku cuma sedih dengan mentaliti begitu.

Lebih menyedihkan, setakat puasa ganti pun update beriya-riya dalam FB. Macam dia sorang je mampu puasa ganti. Ni bukan aku yang kata, kawan aku yang kata. Dia kata sangat annoying tulis status dalam FB declare dia berpuasa ganti. Patutnya dia lebih malu sebab saat akhir baru nak ganti. Pada aku, mujur dia ganti. Alhamdulillah

Luahan rasa di Facebook? Perlu ke?

Aku rasa majoriti ada akuan facebook. Yang membezakan samada dia pengguna aktif atau sebaliknya. Samada dia pengguna yang sangat ketagih atau sebaliknya. Tepuk dada, tanyalah selera masing-masing.

Kalau orang tanya aku, aku hanya gunakan FB sebelum ni hanya untuk cari trip mendaki. Dulu budak-budak gunung selalu gunakan akuan Multiply, aku pun ada, tapi bila FB dah famous, ramai dah beralih arah kepada akuan FB, masa tu aku dah lama ada akuan FB, tapi disebabkan akuan FB tak popular seperti sekarang, sebulan sekali pun aku payah aku nak log in.

Aku dikenalkan dengan FB ni melalui seorang rakan. Rakan aku ni mempunyai seorang kekasih hidup dan matinya dengan 'Mat Saleh'. Duduk di luar negara, maka melalui akuan FB mereka berhubungan. Kat negara barat masa ni FB dah aktif dan popular, cuma kat Malaysia masa ni masyarakat masih tak ramai yang tahu kewujudan FB ni. Maka rakan aku tadi, suruh aku register jugak akuan FB ni. Aku pun registerlah, walaupun aku tak rasa aku perlukan. Masa tu contact aku baru 3 orang, merekalah siapalah lagi.

So, pada aku masa tu FB bukanlah satu keperluan atau kepentingan pada aku. Tapi pada rakan aku tadi, FB lah sumbernya untuk melepaskan rindu dendam kepada kekasihnya yang kafir itu. Aku rasa jengkel juga masa tu, nak boyfriend mat saleh aja, konon orang Melayu ni bukan taste dia. Sebelum tu kekasih dia adalah lelaki yang berbangsa India, mujur hubungan mereka terputus di tengah jalan setelah lebih 5 tahun menjalin kasih. Aku restu sangatlah perpisahan mereka dan terang lagi bersuluh aku cakap depan-depan dia yang aku tak setuju dia nak berkahwin dengan mamat India tu di mana pada aku sentiasa mengambil kesempatan terhadap rakan aku yang satu ni baik dari segi kewangan mahupun segalanya. Tapi, frust menonggenglah dia sebab tak dapat kahwin, dahlah duit gaji habis untuk mamat tu semata.

Apalah aku melalut ni labu? Aku nak cerita pasal FB ni sebenarnya dah melalut cerita pasal kawan aku tadi. Aku tak pasti adakah kawan aku tadi dah menikah dengan lelaki Mat Saleh tadi sebab kami dah renggang. Aku tak boleh nak serasikan cara hidup aku yang kuno ni dengan cara hidup dia yang sangat moden. Terlampau moden sehinggakan melangkaui batas agama. Kalian faham sendirilah, aku tak nak aibkan rakan aku sendiri. Astagfirullah.

Berbalik kepada FB, kini setelah bersara daripada dunia pendakian, aku gunakan FB untuk berdakwah. Chewaahhh, macam bagus pulak aku ni. Tak adalah, bila free, ada kelapangan, aku akan taip beberapa patah kata kesimpulan daripada ceramah / kuliah / tazkirah yang aku hadiri, atas niat nak berkongsi dengan semua contact aku. Secara tak langsung aku dapat pahala apa. Di akhir ayat tu, aku akan pastikan tulis nama ustaz yang berkenaan. Ramai yang tak kenal nama ustaz yang aku tulis sebab majoriti hanya akan kenal ustaz yang keluar kat tv atau famous kat youtube semata. Aku pun tak kenal kalau aku tak join ceramah mereka. Hahahaha

Tapi semakin hari, aku rasa FB ni sangat menjengkelkan aku. Ramai bebenor luahkan perasaan, mengadu kat FB macamlah dengan luahan perasaan tadi dapat membantu. Silap-silap bertambah sakit hati dengan reply daripada manusia yang tidak tahu erti berbahasa. Padahnya diri sendiri, pastu angin dan meroyan satu badan. Apatah bila jawapan atau penyelesaian diberikan sang 'reply' tadi, tak memuaskan kehendak hati, mulalah nak mengamuk dan cakap si reply tak memahami apa berlaku. Kan ke padan muka? Mengadu pada Allah lebih baik, kenapa jadikan FB medan aduan?

Contoh ek, bercerai dengan isteri, bergaduh dengan suami pun di tulisnya dalam FB. Apa kes? Ada juga yang kereta baru kena langgar sikit terus ambil gambar post dalam FB siap tulis Haram Jadah. Apa tu? Mentang-mentanglah kau pengikut fanatik Najib suka hati je taip Haram Jadah pada yang calarkan kereta kau.

Aku yang mengalami kereta kena pecah, kereta kena curi, tak pernah tulis dalam FB haram jadah betul sapa yang curi dan pecahkan kete aku, perlu ke aku tulis macam tu? Perlu ke? Membantu ke? Sejuk ke hati aku selepas aku luahkan begitu? Tenangkah jiwa aku selepas ramai rakan-rakan reply menghulurkan simpati? Ingat ya semua, tak semua orang ikhlas dalam memberi pendapat, ramai yang ketawa dalam hati dengan musibah yang kita hadapi. Tak percaya? Terpulanglah.

Aku akui aku memang jenis tak reti nak mengadu masalah pada orang, apatah pada public. Masa aku operate lutut kena duduk wad, dapat MC 56 hari pun mak aku kat kampung langsung tak tahu tau tak. Itu mak yang jaga aku, yang bela aku, apatah orang lain, lagilah aku tak bagitau. Kecuali sesiapa yang tahu, tahulah, orang sekitar aku biasanyalah.

Aku demam, aku tak de duit, mak aku tak pernah tahu. Bukanlah aku ni jenis perahsia, tapi sesungguhnya aku tak reti nak mengadu. Kawan aku bajunya kena minyak pun terus call mak kat kampung mengadu. Aku rasa perkara ni sangat luar biasa tau tak. Bukan aku nak nafikan haknya yang boleh mengadu, tapi aku rasa aku tak reti nak buat macam tu.

Susah senang aku, aku sendiri yang tahu dan orang-orang sekitar aku. Kalau pun aku nak mengadu, aku akan mengadu sekali lalu, samada orang perasan atau tidak, itulah aku. Biasanya ramai yang tak perasan yang aku sedang luahkan perasaan. Cuma, sejak aku kahwin je aku sikit-sikit nak mengadu kat Tok ketua, saja nak menggedik, sebab Tok Ketua ni jenis serius dan pendiam, aku suka benar sakat dia, nyamuk gigit aku pun aku nak mengadu, boleh gitu? Tapi itu niat nak menggediklah, bukan nak mengadu dalam erti kata  yang sebenar. Nak menggedik dengan siapa lagi, kalau bukan laki sendiri. Untungnya Tok ketua layankan je, sebab dia tahu, aku sentiasa nak tarik perhatiannya. Sehinggakan pernah dia cakap aku ni jenis manja jugak rupanya, selama ni dia anggap aku ni jenis agresif dan kasar. Aku tetap wanita biasa, ada masa agresif, ada masa feminin, ikut kesesuaian masa dan keadaanlah. Auwwwmmm!!! Takkanlah tengah drive aku nak feminin, mahunya asyik kena buli je kat jalan raya, takkanlah dengan suami sendiri aku nak berkasar, mahunya aku cium neraka je nanti.

Oh ya, lagi, cuma sejak ada blog ni jugak, aku mengadu kat sini, aku rasa puas dapat tulis kat sini, biarpun aku tahu ada yang membacanya tapi aku tak kisah, selagi cara aku mengadu tu tak dapat dosa, tak aibkan sesiapa dan tak guna kata-kata kesat, aku rasa oklah kot. Lagipun, aku dah mengadu terlebih dahulu pada Allah. Sebab Dia walaupun dah tahu, aku tetap bagitau. Aku puas begitu. Dia lebih tahu. Perancangannya lebih sempurna. Maka, aku tak terfikir pun nak mengadu kes kereta aku kena pecah, banyak barang berharga hilang, kereta aku kena curi perlu aku luahkan dalam FB dan taip haram jadah.

Haram Jadah tu apa? Aku tak tahu maknanya sehinggalah sekarang ni.

Jumaat, 22 Jun 2012

Pengalaman baru buat solat sunat

Dah lama jugaklah surau ofis aku tak ada buat aktiviti pada hari jumaat tengahari. Rasanya dah 3 minggu ke 4 minggu gitulah. Selalu buat solat hajat dan baca Surah Yassin secara berjemaah. Aku pernah juga usulkan supaya baca Surah Al Kahfi berjemaah. Tapi setakat ni belum terlaksana, barangkali agaknya Surah Kahfi panjang sangat kot, diaorang tak sempat nak makan tengahari. Alah, bukan jauh beza sangat pun Surah Yassin dengan Kahfi, kan kan kan, hehehe, tak pelah, aku baca sorang-sorang je sudah.

Tadi ada aktiviti baru. Kitaorg solat sunat tasbih berjemaah. Dengan lurus bendulnya, aku mengaku terang-terang bahawasanya aku tak pernah lagi melakukannya seumur hidup. Ada yang tersengih. Aku tak peduli, jauh sekali nak kecik hati.

Aku sangatlah excited tadi. Walaupun agak penat sebab jangka masa solat ni agak panjang, yelah 300 kali tasbih, tapi rasa teruja melebihi rasa segala. Sebelum nak mulakan solat sunat tersebut, diaorang suruh aku solat secara duduk je, sudah pastilah aku tak nak. Dahlah buat untuk kali pertama, rugilah aku kan.

Lepas solat sunat tasbih berjemaah, kitaorang solat Zohor berjemaah pulak. Mujur aku tak terkentut. Hahahah, bila jadi ibu mengandung ni, semuanya tak boleh langsung ditahan-tahan, kalau lapar kena makan segera, kalau nak buang air kecil ke besar pun kena dengan kadar segera, tak wujud istilah bertangguh lagi dah.

So ini satu pengalaman barulah pada aku. Rupanya selepas solat ramai mengaku tak pernah buat dan tadi adalah pengalaman pertama mereka. Patutlah sebelum bermula, banyak sungguh soal jawabnya. Hahaha.

p/s : kalau entry ni nak kata aku riak, aku tak boleh nak buat apa, aku sekadar nak share pengalaman aku sahaja. Dan niat paling utama, nak seru pada semua orang supaya lakukan solat ni walaupun cuma sekali seumur hidup. Moga dengan amalan ni, menjadi penyelamat kat akhirat kelak.

Aku ni pulak kan banyak dosa. Kenalah lebih beramal, kenalah lebih beribadat, setakat nak harap pahala wajib, entah Allah terima atau tidak.


Monthly check up - semalam

Semalam dengan penuh rasa keterujaan aku scan lagi buat kali ke 3. Dengan harapan, aku akan dapat trace juga jantina anak aku. Malangnya, tak nampak. Huwaaaaaa. Terselindung jantinanya di sebalik uri. Tapi, doktor wanita itu ada mengatakan dalam beberapa saat dia ada nampak 'bird' baby. Tapi tak boleh nak pastikan kesahihannya lagi.

Aku agak kecewa. Tapi aku tahu ada hikmahnya, kalau aku tahu jantina baby, lagilah sakan aku shopping pakaian baby. Mujur juga Allah masih rahsiakan daripada aku. Alhamdulillah. Selepas scan, aku kena inject di bahu kiri. Lenguhlah jugak. Dahlah pagi ni jem macam melampau je.

Doktor cakap berat baby aku tak sampai 1 kg lagi. Agak terkejut juga aku dengar, almaklumlah perut aku kan besar bangat. Tak ada siapa yang cakap perut aku ni tak besar, semua cakap besarrrr. Aku risau jugak kalau baby aku tak besar. Tapi doktor macam perasan perubahan wajah aku, maka doktor cakap, tak apalah, kandungan awak masih 27 minggu. Lambat lagi kan.

Bulan depan aku akan buat check up terus di Pusat Rawatan Islam Az Zahra, Bangi. Tiba-tiba aku jadi tak sabar nak tunggu bulan depan. Tak sabar nak puasa, tak sabar nak bersalin. Semoga aku bersalin normal. Semoga urusan bersalin aku dipermudahkan Allah SWT.

Rabu, 20 Jun 2012

Pesan Guruku lagi - Akhir

1) Buatlah ibadat & kebalkan seperti penyu bertelur, JANGAN seperti ayam betina bertelur

2) Manusia yang tidak ada perasaan dengki - Ibu bapa yang hakiki dan guru yang hakiki

3) Ibu yang hakiki adalah keramah. Bapa yang hakiki adalah hikmah. Kasih dan taatlah kepada mereka kecuali sembah.

4) Semoga kita termasuk dalam golongan hamba yang sebenar, umat yang sebenar, anak yang sebenar dan juga murid yang sebenar lagi benar.

5) Pengertian cekak mempunyai pegangan, bukan hidup sebagi angan-angan, kepada Allah tempat perlindungan, kepada Rasul sebagai pedoman

6) Istighfar adalah ubat yang paling mujarab merawat hati

4 Golongan Terhalang Daripada Menjadi Hamba Yang Soleh

1. Orang yang takabbur atau membesarkan diri.

2. Orang yang merasa cukup dengan apa yang telah ia ketahui.

3. Orang Yang Malas.

4.Orang yang malu tidak kena pada tempatnya.

Amalan dan Petua Ulamak Silam.

Isnin, 18 Jun 2012

3 Bala Daripada Allah SWT untuk Umat Muhammad SAW

Aku telah memohon 3 perkara dari Tuhanku tetapi diberi 2 perkara dan ditegah satu perkara:

1. Aku memohon pada Tuhanku supaya umatku tidak dibinasakan dengan kemarau, maka permintaanku diperkenankan.

2. Aku memohon pada Tuhanku supaya umatku tidak dibinasakan dengan ditenggelami, maka permintaanku diterima.

3. Aku memohon pada Tuhanku supaya umatku tidak dibinasakan dengan berbunuh-bunuhan. tetapi doaku ditolak