~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Jumaat, 18 Februari 2011

Zina yang tidak kelihatan secara zahir

Aku ada seorang kawan perempuan yang lebih muda rasanya 2-3 tahun daripada aku. Dia dah berkahwin dan ada seorang anak perempuan. Setiap kali dia bosan, dia pasti buzz aku dalam YM. Sebagai kawan, aku tetap layan dia borak walaupun masa aku sendiri kadang-kadang agak terbatas.

Antara ungkapan yang sering dia lafazkan melalui jari jemarinya ialah, dia selalu bosan, tak ada kerja nak buat. Selain bosnya, hanya dia staff tunggal di syarikat itu. Maka, dia cuba chatting dengan aku untuk menghilangkan kebosanannya. Bestnya kalau aku seperti dia, sering tak ada kerja nak dibuat, bolehlah selalu baca al Quran kan. (baca ke?)

Ada masa dia mencari aku untuk meminta pendapat tentang masalah yang membelenggu dirinya. Untuk lebih adil, aku memberi 2 pendapat pro dan kontra, supaya dia boleh menilai kembali di antara 2 pilihan yang aku telah berikan itu.

Setiap kali dia mengadu bosan, setiap kali itulah aku cuba menghiburkannya dengan cara aku. Aku cuba menghilangkan kebosanannya dengan memberikan teka teki. Antara contoh teka teki adalah, kotak apa yang berdosa? (ko tak solat) Dalam banyak-banyak pintu, pintu apakah yang apabila ia terbukak, tak boleh tutup.  Tapi apabila ia tertutup tak boleh bukak? (pintu taubat) Apakah perkara / benda yang paling ringan dalam dunia ini? (solat, sebab manusia akhir zaman dah memandang ringan terhadap solat). Benda apa buat sunat, tak sambung buat berdosa (memberi dan menjawab salam). (ini antara yang aku ingat semasa entry ini ditulis).

Tujuan aku memberi teka teki ni supaya dia dapat mengisi masanya yang terbuang dengan tidak berfikir perkara yang sia-sia. Secara tak langsung dapat menghilangkan mengantuknya. Lagipun, secara tak langsung aku berdakwah secara halus. Mungkin baginda Rasullullah S.A.W tidak menggunakan kaedah ini dalam berdakwah, tapi aku sebenarnya cuba elakkan bercakap perkara sia-sia dengannya kerana fitrah seorang wanita suka mengutuk, ini yang paling aku tak suka, maka aku elakkan perbualan kosong melalui teka teki yang sebenarnya aku cilok merata-rata, dalam radio IKIM, dalam blog kawan-kawan, dalam internet dll.

Sebelum ni aku pernah kemukakan soalan berbentuk street forward macam ala-ala pop kuiz, contohnya ada berapa surah dalam al Quran? Malangnya, aku perasan kawan aku ni nampaknya bosan dalam nak menjawab. Maka, melalui teka teki, aku rasa membantu dia secara tak langsung untuk berhibur. Kadang-kadang aku tengok dia ketawa terbahak-bahak menerusi ikon ym nya.

Dia juga sering tanyakan aku tentang isu yang terdapat dalam kuliah zohor yang sering aku hadiri di ofis aku. Dengan penuh bersemangat, aku cuba huraikan semula apa yang telah ustaz ceritakan. Ini akan menambahkan daya ingatan aku juga sebenarnya selepas mengulangi semula apa yang telah diperkatakan oleh ustaz.

Ada sekali aku memberi satu teka teki kepadanya, aku tanyakan kepadanya apakah berzina yang kita tak nampak secara zahir? Dia kelihatan confuse dalam nak menjawab. Dia kata ada ke? Aku jawab ada. Ustaz ada cakap kalau kita tak solat Magrib perumpamaannya kita berzina dengan orang tua kita sendiri. Kalau lelaki tak solat seseolah berzina dengan ibunya dan begitulah sebaliknya.

Selain memberi info padanya, aku tujukan terhadap diri sendiri. Aku ingatkan diri sendiri. Masih banyak aku nak perbetulkan, masih banyak ilmu kena aku cari dan amal. Aku tak nak dikatakan cakap berdegar-degar, aku kena kotakan apa yang aku katakan. Lagipun, kepimpinan melalui teladan. Secara tak langsung, aku latih diri aku sebelum aku nak didik generasi anak-anak aku esok. Chewahhh, dah ada plan nak timang anak ni.

Bestnya kalau dapat anak kembar kan? Aku sendiri kan kembar, boleh ke dapat anak kembar?

6 ulasan:

cikceriacorner berkata...

salam..

emm..btul tu saya setuju..kdg2 soalan teka teki ni menguji minda dan secara xlangsung ianya berdakwah secara halus..

awak kembar?bestnye..insyaallah pasti dpt anak kembar..:)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

salam cik ceria : sy kembar yg x seiras :-) thanks atas doa :-)

Ana Aisyah berkata...

xtau nak komen apa...selalu daatang sini jadi silent reader je.hehe ^^

Wanita Bertudung Hijau berkata...

ana : harapan sy ana dpt input drpd entry2 merapu sy :-)

Tanpa Nama berkata...

boleh ambik teka teki ni bg kat anak2 :)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

mak dara : pasti kiut jawapan diaorang nanti, macam dlm rancangan macam2 aznil :-)