~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Khamis, 28 April 2011

Tolonglah aku kasi idea

Patutlah selama ini setiap hari aku dengar kawan-kawan ofis sibuk tanya sesama sendiri menu apa yang nak di masak malam kang kerana mereka dah kekeringan idea. Sekarang perkara yang sama berlaku kepada aku. Cuma yang membezakan cuma adalah aku tak pernah pula kekeringan idea, tapi, kebolehan memasak aku adalah sangat terbatas dan terhad untuk beberapa menu sahaja sebab aku ni bukanlah jenis yang pandai memasak.

Maka, pilihan terakhir aku adalah bertanyakan kepada lebai google. Terasa rugi yang amat sangat sebab aku tak pandai masak. Teringat kenangan kat kampung suami di mana aku kena ragging untuk masak. Syukurlah keluarga mentua awal-awal lagi dah sedia maklum aku ni tak pandai masak.

Tak pandai masak pun aku kena rajinkan diri ke dapur. Kenalah pandai ambil hati mentua. Dahlah aku tak ada mak bapak, dengan keluarga mentualah aku nak bermanja. Ye tak? Cemburu pula aku tengok layanan mentua dengan adik ipar aku yang bongsu. Aku dah lama rindukan kasih ibu, tu yang cepat tersentuh tu. Padahal layanan mentua dengan aku sama je dengan anak dan menantunya yang lain.

Aku nak masak apa ni? Adui la, aku tak tahu, aku patut rasa malu. Aku dah gagal kat sini.


3 ulasan:

gadisBunga berkata...

try tgk blog mat gebu. heheh~

tapi kalau makan ber2 je rasanya masa simple2 la kot kan? burger ke, sandwich ke, tak pun nasi tgk telur masak kicap, sardin dan ulam. lagi simple lagi bertambah makan. heheh~

marinahunny berkata...

hahahhaa akak dulu pun sama jugak. slalu dgr kwn2 bertanyakan idea nk masak apa balik keja. masa tu duk dgn mak lg tak terpikir pun. skrg dh duk sendiri mmg betul pening lah tak de idea..hahaha

Wanita Bertudung Hijau berkata...

GB : mat gebu? baik baik, sy akan cuba tgk kang :-)

part ulam tu sy sukalah :-)

marina : hahahaha, nmpk gayanya sy kena rajin tny pd lebai google la ni :-)