~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Rabu, 25 Januari 2012

Janda Merana

(sumber google)

(sumber google)

Gambar pertama di atas namanya pokok janda merana, gambar kedua ialah pokok bucida @ busida. Sebenarnya tujuan aku kongsikan 2 gambar di atas ialah kerana aku teringin sangat nak tanam 2 pokok tersebut di rumah aku kelak sekiranya aku berpeluang memiliki rumah teres. Buat masa ini, niat ni terpaksa aku pendam dan peram sahaja kerana rumah yang sekarang adalah tidak sesuai untuk menanamnya kerana aku duduk apartment semata. Tak apalah, berangan jelah mampu buat masa ni. Bolehkah aku kategorikan teringin ni sebagai mengidam? Kah kah kah, saja jelah nak buat lawak bodoh. Mengidam tu hanya melibatkan makan je ek? Ahaksss.

Sebut mengidam, aku teringat last 2 weeks aku ziarah ofis lama aku, sajalah aku cakap nak makan ayam hutan, sekali pagi tadi kawan aku sms suruh pergi ambil ayam hutan kat ofis lama tersebut, dia dah pergi memburu khas untuk aku. Laaa, timbul rasa bersalah, aku saja je cakap gitu, aku kalau ke ofis lama sure request macam-macam, sajalah nak menggedik dan mengada, sebab diaorang semua rapat dengan aku, sebagai abang dan akak, maka sebagai adik aku konon nak bermanja. Sekali, permintaan aku diperkenankan daa. Lepas ni tak boleh sesuka hati aku nak request macam-macam, kang bila ditunaikan, aku pulak diserang rasa bersalah berganda-ganda, rupanya kalau permintaan ibu mengandung ni, diaorang tak pandang remeh ya, ishhh, bersalahnya aku, tak pasal je brader tu masuk hutan kelapa sawit semata memburu ayam hutan demi aku. Walaupun itu memang hobi rutinnya setiap hujung minggu, aku tetap rasa bersalah. Lepas ni aku janji tak nak meminta-minta lagi. Sabar jelah. Pastu aku teringat aku request lokan juga pada masa yang sama, tak tahulah kalau dia balik kampung dan cari lokan untuk aku pulak. Sebab kat kampung dia masih ada banyak lokan, tak macam kampung aku, kawasan bakau dah dijadikan jelapang padi. Menyedihkan.

Sebut pasal mengidam, aku tak pasti sejauh mana aku mengidam. Aku ni memang jenis teringin nak makan macam-macam sejak dulu sampailah sekarang, so aku pun tak tahu adakah aku mengidam ke tak? Geng-geng 4wd cakap pada aku, kau mengidam jelah, biarlah laki kau carikan untuk kau, masa nilah nak bermanja pun, cuma jangan mengidam pelik-pelik sudahlah. Aku jawab dalam senyuman, nantilah nak fikir nak mengidam apa, boleh gitu. Hahaha.

Oh ya, aku nak bagitau lagi kenapa aku google 2 pokok di atas. Actually sepanjang cuti CNY, aku dapat perintah berkurung oleh Tok Ketua (sang suami), aku tak dibenarkan travel jauh-jauh, maka untuk menghilangkan rasa bosan, aku menghabiskan novel ini,




kawan satu ofis yang pinjamkan dan suruh aku baca sampai habis, akhirnya habis jua, setelah hampir berbulan-bulan aku baca dan pada hari Isnin lepas dapat juga aku menghabiskannya. Dalam novel tersebut, banyak mengisahkan tentang pokok-pokok landskap, dari situ aku terpengaruh dan aku google untuk melihat gambaran pokok yang dimaksudkan. Rupanya salah satu daripada pokok yang disebutkan termasuk dalam list target aku.

Aku tak nak komen pasal novel di atas, pada siapa yang berjiwa jiwang dan minat novel cinta, aku rasa novel di atas patut korang miliki, tapi pada yang tak de perasaan macam aku (bukan aku yang labelkan), biasa jelah. Tapi, aku nak puji penulis itu mampu menghasilkan novel yang hebat seperti ini. Bukan calang-calang orang mampu tulis novel, aku sendiri tak mampu nak mengarang ayat dan mencipta plot seperti itu. Ternyata, penulis memang berbakat dan cemerlang. Tahniah aku ucapkan.

p/s : setakat ni aku masih belum ada alahan muntah. Aku rasa bersyukur sangat. Tapi aku rasa pening memusing-musing sejak hari Khamis. Kawan ofis aku cakap mungkin tekanan darah aku rendah, entahlah. Buat masa ni, aku dah tak alami lagi masalah gangguan tidur dan mimpi ngeri. Alhamdulillah, syukur pada Allah.


3 ulasan:

RULZA berkata...

alhamdulillah kak...harap2 dah takde lagi mimpi burok2..

pasal mengidam tu, yang saya pernah baca ia disebabkan tindak balas badan yang kekurangan zat..wallahualam..tak ingat sumbernya kat mana..

tapi jangan mengidam yang pelik2,,insyaallah kalau amalan agama kita baik kita takkan mengidam benda2 yang buruk..

semoga kak wbh sihat2 selalu..Amin..:)
dah nazar macam ibu maryam ke kak?? Nazar awal2 supaya anak yang bakal lahir jadi pembela agama kelak..:)

RULZA berkata...

ini ayat yang allah ceritakan perihal ibu maryam bernazar dimana akhirnya maryam berkhidmat di baitulmaqdis..

benarlah kata-kata allah..

(Ingatlah) ketika isteri `Imran berkata: "Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat, kepadaMu semata- mata), maka terimalah nazarku sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui".35 al imran

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : alhamdulillah, cuma hari apa tah mimpi jumpa arwah mak, excited bgtau mak sy pregnant, tp mak tak ckp apa pun cuma senyum dan blah

ic, maknanya kena lebihkan makanan berzat la ni ek, sebenarnya konsep mengidam ni mcm mn? smp x leh tidur ke sbb terbayangkan menu yg diidamkan dan terkenang2 stp masa? atau frust x dpt mkn menu tersebut, dok teringat so kira mengidam? mcm hari ahad lepas sy hadiri kenduri kawan sy kat lubok cina, sy target menunya adalah daging salai masak lemak cili padi, sbb tukan makanan tradisi N9, sekali tak adalah, daging kari je, so td sy carilah kat gerai bawah kot ada menu daging salai, frustnya bila tak ada, so adakah ni termasuk dalam kategori mengidam? hahahaaha, sy sendiri confuse, sbb sy mmg teringin mkn mcm2 selama ni pun, sbb tu sy declare diri sy mengidam forever n ever, hahahahahaa

sy dah bernazar dah, sy jugak kena tunaikan berpuasa 10 hari sbb nazar kalau preg akan puasa 10 hari.

:-)