~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Rabu, 4 Januari 2012

Terapi minda

Yang memberikan penawar segala penyakit , iaitu: agama, ilmu pengetahuan, kekayaan, harga diri, sikap pemaaf dan kesihatan. 


Jauhi perdebatan yang tidak membawa faedah, majlis yang sia-sia dan sahabat yang tidak bermoral. Sesungguhnya teman dapat mempengaruhi diri: karakter dapat tercuri: dan pandangan mata dapat mempengaruhi. 



Menghias diri dengan menjadi pendengar yang baik, tidak memotong percakapan orang yang sedang bercakap, lemah lembut dalam bertutur dan halus budi bahasa adalah lencana penghargaan yang disematkan di dada orang mulia. 


Memakai keperibadian orang lain, larut dalam identiti orang lain, dan meniru orang lain adalah bentuk tindak seperti membunuh diri dan menghancurkan nilai-nilai utama keperibadian. 


Jauhilah kesedihan, kerana itu adalah racun. 

Jauhilah kelemahan, kerana itu adalah kematian 

Jauhilah kemalasan, kerana itu adalah kegagalan

Jauhilah pendapat yang tidak lurus, kerana itu adalah tanda buruknya pengurusan anda.