~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Selasa, 10 Januari 2012

Sejuta Rahmat Allah SWT bersama anda ketika sakit

Rasulullah SAW bersabda :

Allah SWT telah berfirman

Sesiapa ditimpa bencana, lalu dia memohon perlindunganKu, pasti Aku memberinya sebelum dia meminta. Dan sesiapa ditimpa bencana, lalu dia meminta perlindungan kepada makhluk,  pasti Ku tutup semua pintu langit baginya”.

Rasulullah SAW bersabda :

Sesiapa sakit semalam, dia sabar dan rela kepada Allah SWT. Maka bersih daripada dosa bagaikan ketika lahir dari perut ibunya. Jika engkau sakit, janganlah segera meminta sembuh”.

Rasulullah SAW bersabda :

Ketika seorang hamba sakit, Allah SWT mengutus dua Malaikat kepadanya seraya berkata : “Lihatlah semua apa kata hamba Ku,Jika dia berkata  “Alhamdulillah “. Maka diberitahu kepada Allah SWT. Dia lebih tahu dan berkata ” Aku berjanji untuk hambaKu. Jika Aku mematikannya. Ku masukkan di ke Syurga. Dan jika Aku menyembuhkannya. Ku gantikan dia daging yang lebih baik daripada dagingnya serta darah yang lebih baik daripada darahnya. Dan Aku hapuskan pula keburukkannya “.

Kitab Penenang Jiwa. Imam Al-Ghazali.

5 ulasan:

suri solehah berkata...

perkongsian bermanafaat.tq

RULZA berkata...

subhanallah, maha baik allah.

ustaz kazim kata kita kena seronok kalau sakit sebab allah nak hapuskan dosa.. :)

masih sakit lagi kak? harap cepat reda dan sembuh...amin

Noorieda berkata...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Mak cik kat depan rumah saya cakap, ALLAH kasi kita sakit sebab ALLAH sayang dekat kita...:)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

suri solehah : moga ada manfaatnya

rulza : sehingga semalam kalau nak tahu, saya masih tak dapat tidur, dan hari ni terpaksa jugak dtg ofis. dahlah sakit yg amat kat bawah perut, kawan satu ofis check dan urut tadi, dia kata peranakan jatuh, bila dia cuba nak naikkan peranakan, apalagi meraung2 saya dalam bilik pantry, sakit Allah je yang tahu, meleleh2 air mata menahan sakit. dan berdasarkan apa yg kawan tu ckp, mmg ada kemungkinan saya pregnant

noorieda : wsalam wbt, betul tu, sakit itu sbb Allah sayangkan kita utk menghapuskan dosa