~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Rabu, 18 Januari 2012

Mimpi ngeri lagi...

Assalamualaikum. Aku tulis entry ni untuk hilangkan mengantuk. Aku berada dalam keadaan yang sangat mengantuk ketika ini. Dengan harapan, menulis sesuatu di sini dapat menghilangkan atau mengurangkannya.

Kalian apa khabar? Aku harap kalian sihat dalam rahmat dan berkat Ilahi. Semalamkan, ada seorang bos daripada department Finance memberi aku sebekas buah kurma Nabi dan sebotol air zam-zam. Beliau suruh aku makan, baik untuk perkembangan bayi. Terus aku teringat pada kata-kata kawan-kawan aku dalam komen reply. Aku terima dengan rasa terharu. Aku memang sedang cari buah kurma pun, tapi buat masa ni belum jumpa, kat Giant area buah kurma dah digantikan dengan buah limau mandarin.

Aku makan dengan senang hati. Ikutkan aku nak buat jus, tapi tak ada kudratlah pulak. 2 hari lepas aku cuba memasak makan malam, sudahnya aku sakit pinggang yang amat sangat, lama sangat kot berdiri. So, buat masa ni, aku dah serik nak memasak.

Oh ya, kenapa aku mengantuk? Untuk pengetahuan kalian, semalam aku tidur dalam jam 11pm lebihlah. Kemudian, aku bermimpi, ada berlaku bleedings yang banyak, terus aku menangis beriya-riya sehingga tersedar. Mujur aku sekadar bermimpi, aku rasa lega, kemudian dengan susah payah aku sambung tidur. Tak sangka, mimpi aku berulang lagi, mimpi yang sama pulak tu. Aku menangis lagi dalam mimpi tersebut, dan aku tersedar. Sudahnya sehingga ke pagi aku tak berani nak tidur, sebabnya aku tak sanggup nak mimpi buat kali ke 3.

Aku perasan sangat-sangat sejak akhir-akhir ni aku suka bebenor mimpi ngeri. Mimpi yang menakutkan. Aku pun tak faham. Aku dah cuba macam-macam cara guna ayat suci al quran, tapi setakat ni, mimpi tersebut masih mengganggu tidur aku. Aku harap dugaan ni segera berakhir. Aku rasa lesu bila aku tak cukup tidur.

Dah penat aku menguap, aku rasa aku boleh terlelap depan pc ni kalau dalam beberapa saat aku terleka. Maka, untuk mengelakkan aku tertidur, aku cuba menulis entry ni. Bukanlah untuk meminta simpati. Tapi sekadar untuk berkongsi rasa.

p/s : Setakat ni, hampir semua orang tanya aku ada alahan loya dan muntah ke tak? Dengan rasa bersyukur, aku jawab setakat ni alhamdulillah tak. Aku harap alahan tersebut takkan wujud terhadap aku. Cukuplah aku rasa menderita sakit bawah perut hari tu.

Setakat ni juga, setiap hari aku dengar dan baca ketiga surah pilihan itu iaitu Luqman, Mariam dan Yusof. Kalau berkekalan macam ni selama 9 bulan, aku harap aku mampu menghafalnya. Doakan aku ya.


4 ulasan:

UMMI YL berkata...

kak, saya rasa elok kalau akak pergi berjumpa ornag yang arif..

sebab masa mengandung ada jin yang suka mengacau kandungan..malahan takut2 dah lama ada yang menumpang...

sebab akak selalu sangat mimpi negeri dan terjatuh dr tempat tinggi. Ustaz sharhan ada sebut yang Kerap mimpi ngeri dan jatuh dr tempat tinggi tu petanda ada gangguan.

cubalah kak pergi jumpa ustaz/ustazah yang arif..

mudah-mudahan dijauhkan mimpi2 dan gangguan yang tak baik kepad aakak tu...Insyaallah amin...

Kakcik Seroja berkata...

Semoga mimpi itu hanyalah mainan tidur. Tapi kalau dah selalu macam tu berulangkali, kakcik rasa ada baiknya juga cari mereka yang pandai (jangan cari bomoh pula) dalam hal-hal yang berkaitan seperti kata RULZA tu...

marinahunny berkata...

stuju dg rulza dan kakcik, trybla cari ustaz ke yg blh tgk tgkkan..jgn lupa sentiasa baca quran..setan ni x kira masa nk kacau org..

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : sy pun terfikir gitu, sy akan refer ustaz masa kat kuliah zohor dan ustaz yg sy dok mengaji tu, itulah, bimbang jin yg suka bertandang nilah, kena lebihkan makanan jiwa lagi

kakcik : sy pun hrp mimpi itu sekadar mainan tidur, sy akan segera refer pd yg pakar dlm soal ni

marina : setakat ni sy lebihkan bacaan al quran, sy akan segera mencari ustaz yg pakar, hrp masalah ni akan berakhir