~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Selasa, 3 Januari 2012

Kisah akhir tahun 2011

Hari khamis selepas kerja, hujan lebat selebatnya di ofis aku. Maka, aku mengambil keputusan untuk memakai selipar, puncanya aku tak nak kasut aku basah. Kalau basah, mahunya 3 hari baru nak kering. Kalau stokin basah tak apa, aku pakai dengan selipar. Aku lupa selipar jamban aku tu licin. Keluar daripada lobi ofis, aku mula nak kembangkan payung, sekali, payung aku tak kembang-kembang. Sibuk dengan payung aku tergelincir jatuh tersembam 3 anak tangga.

Kerana lebih sayangkan bontot daripada terhempas, aku sanggup menahan dengan tangan. Aku akhirnya bangun dengan muka tebal. Kedengaran beberapa orang lelaki sedang mentertawakan aku. Ada seorang chinese wanita akhirnya datang mendapatkan aku. Dia bertanya aku ok ke tak?

Aku jawab ok dan bangun berdiri untuk mendapatkan kereta. Semasa itu, aku langsung tidak rasa sakit atau apa-apa. Tapi, sakit mula menyerang selepas Magrib, aku rasa tangan aku sakit yang amat sangat. Aku tak mampu nak menggenggam dengan sempurna. 

Lebih malang, esoknya aku bangun dari tidur, sakitnya dah melarat sehingga bahu. Adoii la, aku rasa seakan lumpuh separuh badan. Tapi aku gagahi ke ofis, aku sangkakan sakit itu akan reda kemudiannya. Di ofis, aku dah mula rasa tak selesa, guna stapler sakit, nak guna puncher sakit, segalanya rasa tidak kena. Rasa berdenyutnya menghilangkan mood aku nak bekerja. Akhirnya atas saranan kawan-kawan aku ke klinik dan mengambil ubat. Doktor memberi aku mc.

Selepas lunch aku akhirnya balik ke rumah. Kononnya sesi merehatkan diri. Tapi, aku ni bukan jenis suka duduk diam. Aku memasak untuk diri sendiri, masa nak potong bawang sakit, nak hiris daging sakit, pergerakan otot tangan aku dah terhad penggunaanya. Aku terus teringat pada akak sepupu aku yang jatuh, tangannya retak semasa dia melakukan senaman berjalan kaki di sekitar taman perumahannya.

Aku dah cuak. Bahu aku dah kurang sakitnya, aku suruh kawan aku urut dari tangan ke bahu. Sudahnya pada hari Jumaat lengan dan bahu aku bengkak kesan daripada urutan kawan aku tadi. Lagi payah aku nak melakukan pergerakan. Segalanya menjadi terhad.

Sehingga entry ini ditulis, aku masih rasa sakit setiap kali nak menggenggam tangan aku. Sepanjang bercuti aku cuba urut sendiri tangan dan tapak tangan aku. Sampai muntah-muntah, mungkin sebab angin dalam badan aku kot.

Aku harap kesakitan ni akan pulih segera. Aku rasa tak selesa. Sebab aku memang lebih menggunakan tangan kanan. Tapi tangan itulah pulak yang sakit. Bak kata kawan aku, yang kau tahan dengan tangan tu kenapa, nasib baik tak retak? Bahayalah! Biar jelah bontot kau terhempas.

Oh tidakkk. Mungkin di sini nampak kebodohan aku kat situ. Tapi aku dah fobia kalau bontot aku terhempas sebegitu. Pernah dulu aku jatuh terhempas, lebih seminggu aku tak mampu duduk dengan normal walaupun di atas sofa yang lembut, betapa sakit dan sengsaranya bontot aku masa tu. Nak tidur pun payah dah tak tahu nak mengiring ke melentang ke kerana kesemua posisi akan terasa sakit dan sengal. Kerana itulah aku lebih rela menahan bontot daripada terhempas menggunakan tangan kanan aku ni. Hahahaha.

Moral of the story, malang itu tidak berbau. Yang penting sentiasa bersabar atas musibah yang menimpa. 

p/s : jangan dok gatal pakai selipar lagi selepas ni kerana sayangkan kasut punya pasal. Biarlah kasut basah asalkan aku selamat daripada jatuh. 

Alaram kereta aku tu kena tukar bateri baru sebab dah jatuh dalam air, bateri tu terus kong.

Selamat tahun baru. Semoga tahun ni menjadi zaman kegemilangan kita lagi.

2 ulasan:

UMMI YL berkata...

ya lah kita takkan sangka bila buat begitu akan jadi begini,,,keputusan yang pada masa tu mungkin yang terbaik dapat difikirkan.

semoga cepat sembuh..teruk betoi sapa yang gelakkan tu..

Wanita Bertudung Hijau berkata...

rulza : hahahaha, budak ofis pun cakap teruk betullah tukang ketawa tu, tak apalah, nak buat macam mana, agaknya saya ni sarkis di mata mereka, hahahahaa

tgn sy masih sakit, masih usaha dok mengurut :-)