~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Rabu, 25 Januari 2012

5 TANDA-TANDA ORANG YANG TAKUT KEPADA ALLAH SWT.

Osman bin Affan berkata:

Tanda-tanda orang bertaqwa atau takut kepada Allah SWT 5 perkara,

1-Dia tidak akan duduk melainkan bersama orang yang elok agamanya (dapat menahan kemaluan dari melakukan zina dan dapat menahan lidah daripada ucapan yang tidak baik).

2-Bila ditimpa musibah dunia,maka ia melihat akibat keburukannya. Jika ditimpa musibah berkaitan Akhirat maka ia berkeyakinan bahawa dia akan mendapat keuntungan besar disisi A llah hasil daripada musibah tersebut.

3-Perutnya dipenuhi dengan makanan yang berkat dan halal.

4-Dia melihat orang lain sentiasa selamat dari kecelakaan kerana orang lain sentiasa beribadat kepada Allah Azzawajal.

5-Dia melihat dirinya berada dalam kecelakaan kerana dosa yang dilakukan, ia merasakan kemurkaan Allah akan datang bila-bila masa disebabkan amalannya yang bercampur dengan dosa
AL FADHIL USTAZ FAZLUL RAHIMI