Dah lama jugaklah surau ofis aku tak ada buat aktiviti pada hari jumaat tengahari. Rasanya dah 3 minggu ke 4 minggu gitulah. Selalu buat solat hajat dan baca Surah Yassin secara berjemaah. Aku pernah juga usulkan supaya baca Surah Al Kahfi berjemaah. Tapi setakat ni belum terlaksana, barangkali agaknya Surah Kahfi panjang sangat kot, diaorang tak sempat nak makan tengahari. Alah, bukan jauh beza sangat pun Surah Yassin dengan Kahfi, kan kan kan, hehehe, tak pelah, aku baca sorang-sorang je sudah.
Tadi ada aktiviti baru. Kitaorg solat sunat tasbih berjemaah. Dengan lurus bendulnya, aku mengaku terang-terang bahawasanya aku tak pernah lagi melakukannya seumur hidup. Ada yang tersengih. Aku tak peduli, jauh sekali nak kecik hati.
Aku sangatlah excited tadi. Walaupun agak penat sebab jangka masa solat ni agak panjang, yelah 300 kali tasbih, tapi rasa teruja melebihi rasa segala. Sebelum nak mulakan solat sunat tersebut, diaorang suruh aku solat secara duduk je, sudah pastilah aku tak nak. Dahlah buat untuk kali pertama, rugilah aku kan.
Lepas solat sunat tasbih berjemaah, kitaorang solat Zohor berjemaah pulak. Mujur aku tak terkentut. Hahahah, bila jadi ibu mengandung ni, semuanya tak boleh langsung ditahan-tahan, kalau lapar kena makan segera, kalau nak buang air kecil ke besar pun kena dengan kadar segera, tak wujud istilah bertangguh lagi dah.
So ini satu pengalaman barulah pada aku. Rupanya selepas solat ramai mengaku tak pernah buat dan tadi adalah pengalaman pertama mereka. Patutlah sebelum bermula, banyak sungguh soal jawabnya. Hahaha.
p/s : kalau entry ni nak kata aku riak, aku tak boleh nak buat apa, aku sekadar nak share pengalaman aku sahaja. Dan niat paling utama, nak seru pada semua orang supaya lakukan solat ni walaupun cuma sekali seumur hidup. Moga dengan amalan ni, menjadi penyelamat kat akhirat kelak.
Aku ni pulak kan banyak dosa. Kenalah lebih beramal, kenalah lebih beribadat, setakat nak harap pahala wajib, entah Allah terima atau tidak.
2 ulasan:
WBH,
Ttg anggapan riak, atau menunjuk2 tu, bergantung pada tanggapan sesorg. Positif dia, positif le dia dapat & sebaliknya.
Klu perkara tu bole memberi contoh,ikutan, tak salah beritau. Mcm blog Prof Dr Mohd Kamil dll, kak suka baca sbb bnyak pengajaran.
Lain le klu kita ceritakan yg bole menyakitkan hati org lain spr, 'si A tu, saya yg taja dia belajar, dah senang skrg, lupa dia kat saya'..dll
Perkara2 baik/bagus yg lum pernah dibuat, mmg kena mulakan dgn pembimbing, then biasakan, lama2 mudah insyaAllah. Yg penting, azam & keinginan mesti ada..
masitah : mujur akak memahami, selama nikan jujur sy mengaku nak buat sorang2 rasa macam tak mampu, sebab solat ni lama sangat, tapi tak sangka pulak bila berjemaah rasa excited tahap melampau, lama2 pun tak apalah, sanggup aje, tulahkan, kalau nak mulakan sesuatu memang payah, dah selesai rasa senang bangat :-)
Catat Ulasan