~ JANGAN LUPA MENGUCAPKAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA RASULLULLAH S.A.W. DAN KELUARGA BAGINDA SEMASA MEMASUKI BLOG INI :-)~

Jumaat, 15 Jun 2012

Apakah yang paling anda rindu nak dilakukan tapi ianya tak boleh dilakukan buat masa ni?

Soalan aku di atas tu hanya ditujukan kepada mereka yang pernah mengandung, atau sedang mengandung. Yang tak mengandung pun boleh jawab, tak ada masalah. Soalan ni fleksibel je sebenarnya.

Aku ulang, soalan berbunyi, Apakah yang paling anda rindu nak dilakukan tapi ianya tak boleh dilakukan buat masa ni? Tak boleh dilakukan sebab sedang berbadan dua, sedang jadi mak buyung, sedang mengandung, ni maksud sebenar akulah.

Budak ofis aku pernah tanya aku soalan tersebut. Tapi masa tu aku sedang drive di dalam jem yang sangat melampau, maka aku tak dapat nak fikir apakah jawapan yang paling tepat aku nak berikan.

Tadi semasa aku sedang siapkan entry pasal teh ais tu, aku terfikir nak buat entry baru tentang sesuatu yang aku rindukan nak lakukan tapi aku tak mampu nak lakukan ketika sedang mengandung ni, antaranya :-)

1) Aku paling rindu nak berlari. Serius sangat. Tahap kronik dan melampau sebenarnya keinginan yang satu ini. Kenapa aku teringin nak berlari? Aku tak boleh nak berlari semasa melintas jalan. Aku tak boleh nak berlari nak kejar orang depan aku yang dah jauh tinggalkan aku. Aku hanya mampu jalan terkengkang-kengkang dalam langkah yang perlahan. Cuma dalam 2-3 minggu ni je aku mampu dah berjalan laju, perghhhh terasa nikmat yang hebat woooo, tapi masih kekal terkengkang-kengkang, sebab perut aku dah berat bebenor, semua orang kata dah sarat, padahal baru 6 bulan lebih, sehinggakan kawan ofis aku tegur, boleh tak kau slow sikit berjalan, jalan laju sangat tu, kau tu mengandung. Aku rasa tak best bila dipaksa berjalan perlahan tau. Nilah satu sikap aku yang tak boleh nak ubah.

Oh ya, aku paling rindu nak berlari apabila aku rasa badan aku ni rasa berat sangat. Berat yang melampau. Selama ni, kalau aku rasa badan aku dah berat, aku dah rasa tak selesa dengan badan sendiri, haruslah aku pergi berjogging, tapi buat masa ni, aku hanya mampu berjalan sejauh yang boleh, selama yang boleh supaya aku masih menikmati nikmat bersenam

2) Aku paling rindu nak main badminton. Sejak aku mengandung, aku dah tak sudi nak teman Tok Ketua bermain badminton di court. Alasan aku, aku sangat cemburu melihat aksi mereka di gelanggang. Aku tak mampu nak melihat sahaja, aku rasa gerammm je. Geram yang amat-amat. So selagi aku tak boleh bermain badminton kembali, aku tak nak ke gelanggang badminton. Tak pernah dalam sejarah hidup aku, aku pergi court badminton hanya untuk menyaksikan perlawanan / permainan badminton semata, pasti aku akan beraksi sama. Pastilah aku akan terjebak bermain. Betapa aku sangat fanatik dunia badminton. Haru sungguh.

3) Aku teringin sangat nak masak. Dah 6 bulan dapur rumah aku tak berasap. Sejak aku disahkan pregnant, Tok Ketua tak kasi. Eee, geram betul aku. Tapi kenalah patuh arahan, kang kena daulat kang baru tau. Sebab tulah masa bulan 4 tu hari adik Tok Ketua kahwin di kampung, aku beriya memasak sampai aku jatuh sakit. Kebetulan pulak, makanan dimasak secara bergotong royong, bukan catering, lagilah galak aku tolong diaorang memasak. Tok Ketua dah tak larat nak bising kat aku supaya duduk je diam-diam, tapi tulah aku degil, lepaskan gian nak memasak, kan dah jatuh sakit, padan muka aku. Dah kena daulat.

Itulah antara keinginan yang aku tak mampu nak lakukan buat masa ni. Apa pulak keinginan korang? Kawan ofis aku cakap, dia sangat rindu nak meniarap.

4 ulasan:

kakcik berkata...

Sabar... InsyaAllah semuanya dapat dilakukan selepas bersalin dan habis tempoh berpantang nanti. :)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

kak cik : hehehehhee, itulah tak sabar nak habis berpantang ni, nak bawak anak sekali, berlari, jogging dan main badminton :-)

Egg Head berkata...

huhuhu...mesti la nak peluk mak dan cium kat pipi mak saya!!!

dah hampir 2 thn tak jumpa...rasa rindu giler sgt!!

jeles sgt bila cuti sem,nampak org len mak ayah dia datang ambil?

dan rindu sgt bila makan nasi mak yg suapkan!!!rasa nak menitik air mata bila ingat balik...bila la lg bole rasa.....mak saya rindu mak!!

Wanita Bertudung Hijau berkata...

Egg Head : duduk di oversea ya? mesti sedihkan tak dpt jmp mak, saya paham sgt2, sy pun rindu mak sy kat alam kubur